THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Friday, September 27, 2013

N3 ikut gerak hati

Salam Jumaat semua,

Cuaca yang amat redup
tadi hujan renyai2
memang solat dhuha dan solat taubat yang amat syahdu

Saki baki sakit auntie masih ada tapi
gerak hati mahu menulis
apa sajalah yang fikiran terlintas dan jari2
dengan izinnya tercatitlah di screen putih ini..

Meh kita citer pasal nilai
Nilai isteri pada suami
Bagaimana dan macamana nak dapatkan
nilai yang tinggi dimata dan dihati suami?

Jawapannya ialah :

Meletakkan Allah s.w.t  sebagai cinta pertama
Buat apa2 kerja kerana Allah s.w.t
Taati suami bukan kerana suami tetapi kerana perintah Allah s.w.t
Mentaat suami untuk keredhaan Allah s.w.t dan kasih sayangNya.
Allah akan anugerah kepada isteri, kasih sayang suaminya itu sampai akhirat.

Bukan mudah tapi slow2lah buat begitu
Auntie sendiri pun masih membenihkan dihati saperti diatas..





Auntie tak pulak memengang janggut sebab uncle tiada janggut
Jika uncle berjanggut bolehlah auntie memengang dagunya setiap pagi..hihihihi

Sambil buat n3 ni sambil auntie prepare masak
jap dilappy jap kedapur
akhirnya siap masakkan rezeki hari ni

 Kari Ayam Melaka

Buncis dan karot goreng

Nak makan nanti bila uncle balik solat jumaat
auntie tambah telur dadar
Ikan Tenggiri asin+bawang+cili api

Moga bertemu lagi Jumaat hadapan
dengan izinNya
Aamiin




Saturday, April 7, 2012

Barang2 Tembaga



Ada ker orang pakai lagi?
Barang2 tembaga?
Suatu ketika dulu..
Masa auntie bertunang dan kawin
barang2  tembaga yang digunakan,
dulang berkaki, tempat merinjis
tepak sireh, kaki lilin dan lain2

Arwah Mak yang beli, bayar bulanan secara ansur2..
Auntie ketika tuh baru sekolah rendah..
Dari saorang Mok Cik dari Trengganu
Banyak arwah mak beli, kain songketlah
kain batik dan juga kain pelekat
Masih auntie ingat, mok cik tuh
ada buntil barang2 jualannya
bila datang rumah auntie..
Dan juga buku catitan siapa
pembeli2nya...

Ari ni, auntie keluarkan barang2 tembaga tu dari kabinet dapur..
Ishhh...berkepam kotor sebab dah lama tak dibasuh

Uncle sedang cuci dengan sabun dulu..

Abaikan dinding berlumut tuh..huhuhuhu
Bila lah nak di cat putih, entahlahhhhh

Jap lagi auntie akan lumurkan dgn asam jawa
untuk kilatkan..
InshaAllah kilat lah nanti barang2 tembaga tuh
bila kena cuci dengan asam jawa


Selain asam jawa boleh juga guna
buah limau nipis tapi auntie tak ada stok dalam
peti sejuk..

Barang2 tembaga tuh ada lagi sebenarnya
Emm..dipinjam oleh seseoang beberapa tahun yang lalu
masa arwah mak hidup lagi..
Lama dah..tapi auntie masih ingat lagi
bila auntie nak ambil balik kata nya banyak
yang dah rosak, kaki dulang patah lah, orang
tak pulangkan bila dia sewakan
tak perlah auntie halalkan..

Sekarang auntie nengok, rata2 orang dah tak pakai
dulang2 tembaga lagi..
Kebanyakkannya guna pewter, queen ann dan ada yang
beli  dulang damar cat silver atau gold,dimana  ianya lebih
murah dan ringan dari dulang tembaga.

Auntie sendiri pun dah tak gunakannya
tapi auntie nak display kat atas kabinet dapur
bila dah di cuci nanti..
Pusaka dari arwah ibuku..

Moga rohnya di kalangan orang2 yang beriman
Alfatihah utk arwah ibu ku..



Thursday, June 3, 2010

Dah Dapat Beli

Ada entry aunty pasal pokok halau nyamuk

Emm...aunty dah dapat beli kat Jusco

Tak mahal RM 7 ringgit saja sepokok
aunty beli dua pasu..
letak kat luar rumah dalam porch




Berkesan rupa nya..
Aduh!! Masaalah lah pulak
Semua nyamok2 masuk dalam rumah..

Hish! habis batang hidung dan mata aunty kena gigit nyamuk
Dah sepet mata aunty belah kanan
Uncle ketawakan pulak

Emm...nak letak kat luar rumah, mati lah pulak nanti
sebab masih kecil pokok tuhh..

Nak masuk dalam rumah,
emm..aunty tak gemar pokok dalam rumah
sebab nak kena angkut hari2 utk
process 'fotosintesis'

Alahhhh!
lece lah..

Bawak masuk dalam rumah sepokok dulu lah..



Harap2 semua nyamuk2 tuh terbang keluar rumah

Wednesday, April 21, 2010

Halau Nyamok:??



Pernah dengar dan tahu tak ada pokok boleh halau nyamuk??

Petang Ahad yg lepas, aunty dan uncle pergi jalan2 ke rumah kawan dekat Ukay Perdana
selepas buat appointment. (tak berapa elok kalau redah2 sbab takut mengganggu privasy).

Lama aunty bersembang2 (bayangkan aunty yang tak boleh dengar bersembang, dengan lips reading and sign languages jer) dari pukul 5:30 ptg sampai kul 9:30 mlm.
Nak balik sebelum maghrib tapi di tahan oleh kawan aunty sebab hujan mencurah2..

Topic perbualan banyak kearah keagamaan lah..(dah tua2 mana ada gossip2)

Citer2 pasal hobby masa lapang, kak nani suka menanam pokok2 bunga.
Suami kawan bertanya ada tanam pokok halau nyamuk tak??

Aieee! tak pernah pun dengar sampai umur dah tua..ade ker??

Dia pun tunjuk pokok tuh..

Eh eh! betul ker boleh halau nyamuk..

Betul kata dia.sebab dulu2 rumah dia tak boleh lansung buka pintu atau tingkap lepas maghrib, nyamuk berebut2 masuk dlm rumah..

Kalau duduk kat porch pun kena gigit sana sini..

Sejak dia ada pokok tuh, dah tak de nyamuk lagi berkeliaran..

Memang betul pun sebab malam tuh seekor nyamuk pun tak ada walaupun kami berbual2 dan pintu depan terbuka luas.

Hmm..tapi pokok rumah kawan aunty tuh tak ada anak pokok.
(Jenis menegak lurus tak ada dahan dan ranting2 pun)
Dan yang sedih nya pokok tuh dia beli nun jauh dari Sabah.

Memang tak de chance lah aunty nak dpt kan pokok tuh..

Dah tuh semalam aunty google dan hasil nyer...

Ada tiga macam pokok yg aunty jumpa tapi tak ada pulak pokok macam kat rumah kawan aunty....


Kebetulan, Pokok nih aunty ada tanam dua pasu tapi masih kecil, belum nampak berkesan

Pokok ni pulak aunty ada lima pasu, juga rasa nya tak berkesan


Pokok nih kena cari kat nursery, aunty belum ada..

Adakah lagi pokok2 lain yang boleh halau lipas, semut, cicak dan tikus??

Tak payah kita beli insecticide lagi kannn....boleh juga save duit dan cancel pest control punya contract..

Thursday, November 5, 2009

DILARANG UTK PENGANTIN PEREMPUAN

RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh

'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih,
dari Husaif dari Mujahid daripada
Al-Khudri yang berkata :

"Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a

Di mana baginda telah bersabda :

"Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.

Laranglah pengantin itu daripada
memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu

1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam


Saidina Ali r.a bertanya :

"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab :

"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak.
Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya :

"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..?
(semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab :

"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya
maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan
sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU
TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...