Followers

Tuesday, January 12, 2016

Setiap Sudut Kenangan Bagi Ku

Auntie seorang yang pemerhati
Dari muda hingga lah sekarang
Kuku kaki dan tangan
Bentuk tangan dan kaki
Jangan di tanya mengapa
Memang auntie macam gitu
Kiranya boleh ingat bila sekali dah terpandang

Ermmmm...
Jom bercerita..
Situasi....
Perjalanan ke kampung
Sambil driving tu auntie perhati
Tangannya di gear dan di sterring
Auntie terSenyummmm sendirian

Berbual2 macam2 topik dalam kereta
Salah satunya..
Yang akhir, yang masih terngiang2

Where have you been?
Missing in action for 2 days
Nani so worried tau...
Ohhh.. I take a break awhile katanya
I am here with you again
Dont worry I will always be with you

Auntie terjaga dari tidur 
Jam di dinding menunjukkan pukul tiga pagi
Auntie bermimpi rupanya
Mengalir air mata

Apakah makna dan maksud kata2 uncle dalam mimpi tu?
He take a break and will always wait for auntie
Adakah ini satu pesanan darinya?

Tak mahu kaji
Apakah mimpi
Bagaimana mimpi berlaku
adakah Roh bertemu roh
Yang pasti...
Auntie dapat melepas rindu dalam mimpi
Alhamdulillah
Walaupun sejenak seketika dengan uncle
Kiranya dapatlah auntie lihat tangannya di gear
Tangan yang akhir hidupnya
Yang selalu auntie genggam erat

Bukan mudah melalui harian tanpanya
Orang yang bersama2 puluhan tahun
Semangat auntie amat kosong
Tak sama semasa uncle masih hidup

Hari2 ada saja yg mengingatkan

Auntie habiskan masa pagi auntie 
Duduk disini
Pandang sini dan sana
Kiri kanan dan depan
Kawasan yang kecil depan rumah auntie










Bangku ni
Tempat auntie auntie duduk pagi2 
selepas basuh kandang kucing
Dan sidai baju
Untuk melihat unggas2, kupu2, lebah, tupai dan burung2 
yang datang ziarah pokok2 auntie
Auntie leka bercakap dengan mereka
Setidak2nya dgn kucing2 auntie
Lulu dan Yoki

Pernah auntie bertanya pada kucing2 dan pokok2 tu
Kenapa tak bagi tahu papa dah nak meninggal?
Readers tahu kan?
binatang dan tumbuhan semua tahu bila manusia akan meninggal
Kecuali jin dan manusia

Auntie berhenti dulu
Sbb auntie nak tutup acc ASB dan masukkan dlm TBH
ASB jika ada kematian berlaku
Leceh..procedurenya

Entahlah jika ada jiwa nak menulis
Auntie menulis lagi
Jika tidak, auntie akan terus 
Termenung di bangku tu...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...