Followers

Tuesday, February 16, 2016

Hadir Mu DiSudut Hati

Perjalanan banyak persimpangan
Kehidupan tidak terasing dari ujian
Bermohon pada Allah
agar setiap persimpangan dan ujian
Dapat kita lalui dengan tabah
Jalan yang diredhaiNya

Umur auntie dah nak masuk 61 tahun ini
Berbagai persimpangan dan ujian telah dilalui
dulu terasa beban jika berlaku ujian tapi kini tiada lagi
Kerana setiap ujian adalah bersifat sementara
Ada permulaan dan pasti berakhir...
Dunia hanya sementara
Tiada apa yang dimiliki 
Amalan saja yang dibawa kedunia abadi

Dua tiga hari yang lalu, selepas makan malam
Perbualan auntie dengan abam haji

Auntie : Nak beli apa untuk hadiah harijadi anak ko 
Abam haji : Entahlah mama, bank in duit aja
Pandai2lah ex  belikan apa2
Auntie : Ko tak rindu anak ko ke?
Abam haji : soalan apa mama tanya ni?
Auntie lihat kelopak mata dah bertakungan 
Auntie : sorilah, mama bertanya sbb mama nak tahu perasaan ko?

Kiranya auntie tak patut ajukan soalan itu padanya
Tak patut auntie guris lukanya
Tapi apabila auntie lihat airmata abam haji mengalir dihujung matanya
Auntie mula terasa sedih dan terus menangis juga
Yea, bonding ibu dan anak, amatlah kuat

Auntie: Sabarlah, 
Allah akan tunjukkan 
Yang benar tetap benar
Sekarang ni
Jangan rasa pelik
jika mereka fikir mereka benar 

Yang sebenarnya pengukur kebenaran dalam hal ko ni adalah 
Mengikut hukum Allah, tiada lain..

Hati yang bersih maka jalannya menuju jalan Allah
Jika hati hitam...tak payahlah kita kaji seterusnya..
Semua pasti tahu..kemana halanya nanti

Auntie teruskan perbualan
Jangan sedih2, anak ko anak perempuan
macam mana pun bila sampai jodoh 
dia perlukan wali
selagi ko masih hidup maka anak ko akan cari daddynya
Jika ko tiada, adik ko PG gantinya

Tapi ketika itu mama dah tak ada
Samalah senasib dengan arwah papa hingga keakhir hayat
tak dapat melihat cucu dia

Mama dah tak kisah dah
Biarlah mereka nak buat macam tu
Ko jangan sekali2 abaikan tanggung jawap
menghantar belanja anak ko sampai
anak ko kerja nanti..

Abam haji bercerita pada auntie
Ko nak amik anak ko selepas ni?
kami akan pakai lawyer untuk lawan
kata orang sana

Ish ish ish ish..
apa nak lawan2, lawyer2 bagai
Apalah dia orang ni..
kata auntie pada abam haji masa dia bercerita

Dah tak yah rebut2
biarlah mummy dia jaga
Dia orang bukan aniaya anak ko punnn
mereka pun bela dengan kasih sayang
walaupun mereka boleh buat istana untuk anak ko
boleh belikan segala tapi dia orang tak kesian anak ko
tiada kasih sayang daddy
Tak mengapa, itulah suratan dan takdir anak ko dan ko

hihihi baik hati auntie kan?
tak ada sekelumit iri hati atau berdendam
Berserah pada Allah
Gitulah auntie ajar anak2 auntie
Jangan berbalas dan berdendam
Kerana setiap perlakuan dan berbuatan
pembalasan pasti ada dari Allah
so why worry?
Maka ketenangan bertahta dihati
Alhamdulillah...

Sebelum mengakhiri n3 ni
auntie mengambil kesempatan untuk mengucapkan
sepatah dua kata untuk hari jadi cucu ku
Nur Zara Sofea
yang kelima tahun

Penyatuan daddy dan mummy mu
Lahirlah puteri yang berwajah ayu
Cebisan manisan dari senyuman mu
Yang masih tok mama rindui..

Walaupun hanya seketika bersama keluarga daddy mu
Ianya adalah penawar bagi tok mama dan arwah tok papa
Zara umpama siang dan malam bagi tok mama
hadir setiap hari disudut hati 
Walaupun tok mama masih hidup
Keadaan tidak mengizinkan kita bersama
Melihat  dan mendengar ungkapan kasih
Membelai jari2 kecil mu
Tok mama doakan Zara besar nanti
menjadi seorang yang baik di mata Allah
Selamat Hari Jadi cucu ku..
Nur Zara Sofea






32 comments:

  1. Yakinlah bahawa Allah tahu apa yang terbaik buat kita...

    ReplyDelete
  2. 5 tahun dah umurnya Zara aunti? Ya allah mesti comel.. tak ada ke gambar terbaru?

    sabarlah auntie.. Allah Maha mengetahui hikmah dan reasons nya atas ujian ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea bermakna auntie dah tak jumpa cucu empat tahun.
      Tak ada gambar terbaru sbb daddy dia dah tak jengok cuma hantar nafkah melalui bank saja.
      Allah Maha mengetahui..

      Delete
  3. sedih baca luahan aunty ni. sampai hati diorang. sampai uncle meninggal pun tak jumpa kejamnya mereka. sabar je lah aunty. semoga Allah membalas segalanya baik kebaikan atau keburukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea nana, anak auntie boleh bertahan selama 4 tahun bersabar tapi bila berlaku tidak endah akan keadaan arwah bapanya ketika sakit dan meninggal maka keputusan utk 'tinggalkan' dia dibuat.

      Delete
  4. Semoga Zara dirahmati dan dilindungi selalu...

    ReplyDelete
  5. tersentuh hati saya auntie. Kami anak beranak berjauhan. Atas tuntutan kerja. Setiap hujung minggu kami balik jenguk. 2-3 hari tak jumpa ya Allah tuhan je tahu rasanya.

    Semoga dipermudahkan semua urusan untuk Abam haji.

    Dah besar dah Zara yg comel tu. Happy birthday Zara Sofea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea CikPuanEka, tiada pasangan suami isteri yg suka duduk berjauhan.
      Aamiin, begitulah doa auntie supaya anak auntie jumpa bakal isteri yang caring terhadap dirinya dan keluarganya.

      Delete
  6. assalamualaikum, auntie.
    sedih pulak membaca. pada sy anak kecil patut terima kasih sayang kedua2nya; ibu dan ayah. tak kisahlah apa yg berlaku pun pada both parents, boleh set up giliran berjumpa supaya dia kenal kedua2nya semasa proses membesar. semoga Allah permudahkan semua. take care, auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam wani,

      Betul, sepatutnya begitulah, anak2 perlu mengenal siapa ayahnya.
      Anak auntie tak sanggup nak berdepan dgn bekas parents inlaws sbb perangai mereka amat keji dgn bahasa2 penghinaan jika nak jumpa Zara.


      Delete
  7. Sedih nya.....
    tak tanggung saya yg membaca kata2 abam haji
    tuan punya diri apatah lagi kan aunty...tiap hari aunty dapat lihat kesedihan abam haji
    kalau saya boleh ke setabah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmm bukan lagi sedih tetapi luka bila anak auntie di buat sebegitu.
      Sudah berKahwin tapi tak dibenarkan dibawa tinggal bersama di KL.
      Tak per apa2 pun Allah akan membalas segala perbuatan dan fitnah yg dilemparkan kpd anak auntie.
      Tunggu hari pembalasan nanti, tiada siapa boleh terlepas mahkamah Allah.

      Delete
  8. Allah yang Maha mengetahui kasih sayang auntie pada Zara. Anak saya juga cucu sulung. Menjadi kesayangan Umi dan Ayah saya. Sanggup dari KL ke Melaka demi cucu. Saya tahu kasih sayang Aunty yang tak bertepi. Moga Allah permudahkan urusan Aunty dan Abam Jubah. Insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shuhada, betul, kasih dan sayang terhadap cucu yg pertama dan sorang saja.
      Tapi kini uncle dah arwah tanpa dapat berjumpa cucunya, maka auntie pendamkan rindu dan dendam hingga keakhir hayat auntie pula.
      Tak mengapa jika itu juga suratan auntie.

      Delete
  9. Moga Allah berikan ganjaran atas segala kesabaran... moga kehidupan Zara Sofea akan sentiasa diberkati. kesian kat dia menjadi mangsa keaadaan.

    buat aunty ...take a very good care of yourself

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikumu Auntie Nani....
    Apa kabar?lama dah saya tak tinggalkan komen kat sini (jadi silent reader je)...bukan taknak komen...tapi taknak Auntie bertambah-tambah sedih....
    Takpela Auntie...eloklah Abam Haji mengalah....in sya ALLAH yang terbaik akan datang....
    Auntie jangan lupa ceria-ceria selalu tau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Sue,

      Kesihatan auntie kurang baik sejak pemergian arwah uncle.
      Ramai kawan2 yang jumpa auntie kata auntie nampak uzur bebenar.

      Anak auntie serik nak kawin kot..



      Delete
  11. Zara tu sebaya anak saya Auntie, so bila Auntie bercerita tentang Zara, teringat anak saya juga.

    Semoga Auntie dapat bertemu cucu Auntie nanti ya, Insha Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auntie tak jumpa cucu pun tak mengapa, no hal
      Sbb tak mahu dan tak sanggup jumpa bekas besan yg kejam dan tak takut buat fitnah.
      Biarlah..tak kemana pun, akhirnya kita mati juga..
      Rebut2 hal dunia> takyahlah..

      Delete
  12. Hukum Tuhan kita patuh, hukum dunia kena ambil kira. Beritahu abam aji simpan rekod perbelanjaan yang diberi kepada anak BERSERTA BUKTI. Klu belah sana dah ugut2 nak guna loyer mengatasi hukum Tuhan... boleh bayangkan helah mereka menguasai hukum dunia.
    Semoga dalam perlindungan Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih atas nasihat untuk hukum dunia, the scrabbler.
      Sememangnya auntie dah bukakkan fail untuk cucu auntie.
      Receipt, Duit bulanan insurance hingga umur 18 nanti dan duit perbelanjaannya setiap bulan.

      Delete
  13. bsabar ya auntie.. insyaAllah auntie dapat bjumpa zara sofea satu hari nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takper CikPuan Fida,

      Tak jumpa pun tak mengapa, auntie redha

      Delete
  14. satu hari pasti mereka akan menyesal

    ReplyDelete
    Replies
    1. SKTJ, tak adanya mereka menyesal,
      memang dia orang dah lama bersedia untuk anak dia orang di'janda'kan.
      Cuma anak auntie pertahankan bersabar selama 5 tahun.

      Biar mati anak jangan mati adat, gitu.
      Anak perempuan tak dibenarkan ikut suami, entah adat mana tak tahulah pulak.

      Delete
  15. Masya Allah.... dah lima tahun Zara ye... Masih ingat sikit2 wajah dia... sedangkan kami pembaca rindu dengan keletah dia, apatah lagi keluarga auntie. Takpelah abam haji, in sha Allah suatu hari zara akan kembali kepada awak sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmm...yea dah lima tahun dan bersekolah sudah.

      Takpa takpa, tak dapat jumpa pun takpa..

      Delete
  16. Berdosa besar selama dia mnjdi isteri abam hj...berdosa kerana x taat pd suami, bkan kah tmpat isteri d sisi suami...moga abam hj tabah mnruskan hari mendtang

    ReplyDelete
  17. Salam Auntie,

    mintak abam hj laporkan pada pejabat agama..kesian Zara yg terima tempias.
    Auntie tahu x, masa sy mengandung dulu..berangan nk ltak nama anak Zara Sofea..tp lpas xkesampaian sb ank lelaki yg keluar...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...