Followers

Wednesday, February 3, 2016

Tiada Kesabaran Dan Kesetian

Dimana dan kemana kah menghilang ?
Followers auntie 
Lesap dari seribu ++ tinggal sembilan ratus ++
Gamaknya auntie dah tak aktif maka mereka
Mengambil keputusan untuk unfollow auntie
Gitulah kesetian yang tiada pada setengah2 individu
Well, sapalah auntie
Bukannya artis hanya blogger tua and with a boring life
Yang menghadapi akhir2 penghujung kehidupan
Yang tunggu masa untuk pergi ke negeri abadi
But then, auntie feel blessed with what i am and what i've gone through
Nothing can buy such plan from Allah
May it be good or bad
That is best for me
Allah knows..

Auntie ni
Kata pada diri sendiri
Nak give up writting
Tapi auntie suka menulis
Cuma kebelakangan ni kesihatan amat2 tidak mengizinkan
Banyak rutin harian menjadi paksa diri
Terasa amat2 berbeza dari segi semangat, selepas uncle tiada
Semangat2 yang hilang
- mencantikkan diri
- memasak
- mengemas rumah
- menghadiri diri untuk majlis2

Pakaian auntie
Dah tidak lagi berbaju kurung dan berseluar jeans
Sekarang berjubah dan bertudung labuh
Bertongkat kemana saja
Kasut tumit seinci dah pakai flat
Barang kemas emas kuning habis dah auntie jual
Harga pulak sungguh tinggi sekarang rm 185 satu gram
Dari yang besar hingga sekecil2nya
Yang tinggal hanya tiga bentuk cincin
Ketika
bertunang berkahwin dan selepas pantang anak pertama
Bukan auntie pakai pun walaupun jari2 auntie masih muat
Simpan Hanya untuk kenangan

Memasak kerana auntie sendiri nak makan
Jika auntie mampu drive keluar,  memang auntie makan luar
Dah hampir sepuluh tahun auntie tak pegang sterring kete
Sebelum sakit dan apalagi kini dah jatuh sakit
Sesudah masak terasa amat2 sedih
Jika dulu makan berdua tapi sekarang bersaorangan
Terasa kesat segala apa yg masuk di tekak
Jangan kata auntie mengada ngada
Itulah hakikatnya sekarang
Auntie tidak bersaorangan dirumah ni
Abam haji dan PG masih tinggal bersama2 auntie
Sorang duda dan sorang lagi bujang terlajak
Dua2 anak perempuan dah ikut suami masing2
Tapi suami2 mereka selang sehari berkumpul dirumah auntie
Datang bawak makanan dan kami makan beramai2
Ceria, seronok, kecoh huru hara 
Tappi bila mereka balik
Sunyiiiiiiii melanda kembali
Pernah Peej kata kat auntie baru2 ni
Jika dia beli rumah, dia nak beli yg ada tujuh atau lapan bilik
Dia nak semua duduk dengan dia
Supaya semua 'the burhan' family intact in one roof
Mama rehat, ada bibik lagi
Hahahaha a cheeky laughter
But then, mama will always pray someday your dreams will be true
Even though papa is not around and probably mama too will go soon
You still have yr burhan blood in you
Strive yr life with good deeds

Kembali citer pasal semangat
Jika dulu bersemangat sebab ada suami
Tapi sekarang semangat hanya tinggal untuk anak2..
Auntie miskin cucu
Dua2 anak perempuan auntie mengalami keguguran
Belum ada tanda2 terdekat untuk menimang cucu
Cucu yang ada pun tak diberi peluang untuk berkasih
Tak mengapa...
Jangan rebut2...
Biarlah..
Kita bukan tongkat dunia
Akhirnya semua tinggal
Yang dibawa pulang hanya kebaikkan dan keburukkan amalan
INGAT
Setiap kejahatan akan ada pembalasan - neraka
Setiap kebaikkkan ada ganjaran - syurga
Tidak terlambat untuk bertaubat
Sebelum dipanggil Illahi

Auntie stop dulu
Walaupun badan dan fikiran mahu menulis lagi
Time auntie berduha untuk mengadap Allah

Jumpa lagi readers ku
Dengan izin MU jua...




46 comments:

  1. Sebenarnya semua blog kehilangan pengikut (followers). Blog saya juga tidak terkecuali. Khabarnya, hanya yang menggunakan akaun google sahaja yang tinggal. Follower yang mengguna akaun selain dari google semuanya ditendang keluar... :(

    Semoga akak sihat dan gembira sentiasa hendaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, terima kasih doakan auntie.

      Ohhh..gitu

      Delete
  2. auntie bukan auntie sorang je kena rasnaya. Saya pon dari dua ribu lebi tinggal seribu lebih je. pelik jugak sebab banyak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah bukan senang nak dapat followers..
      Huahhhhh

      Delete
  3. i am your silent reader auntie..
    keep on writing please.. your entries are very motherly. i love reading them all
    i lost my mum last year. it still feels like a bad dream everyday. =(
    i pray that Allah will reward you strength and health.
    take care auntie! syafi

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Syafi for being my reader, really appreciate.

      Sorry to hear of your lost.

      Tq again for yr doa for auntie.

      Delete
  4. Asalamualaikum Kak Nanie, I'm one of ur silent reader...

    tentang follower tu, ramai yang mengadu punya masaalah yang sama, even saya punya pun banyak berkurang... memula tu ingat follower unfollow berjemaah. tapi bila baca ramai yang kena, sabo jer lahhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam
      Terima kasih sudi membaca blog auntie

      hihihi tulah pasal auntie punya dah tak sampai seribu
      Aduhaiiii..

      Delete
  5. Auntie jgn tak tahu sebenarnya ramai dari kalangan kita yg follower dah kena 'culik' bukan unfollowed. Blogger dah taken action those yg tak guna google a/c, guna Open ID, Yahoo semuanya kena keluar. Itu yg follower kita hilang...

    Ujian keguguran itu amat memilukan tapi percayalah Allah tahu apa yg kita tak tahu Auntie. Moga baik-baiklah semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa lah pula yang culik followers? Kita boleh culik balik tak
      Ngeeee...

      Terima kasih doakan auntie. Aamiin

      Delete
  6. salam aunty..jangan laa sedih2..wlupun bukan followers tapi ada masa gembira jugak tengok aunty update di blog..selalunya lebih mudah kita respond melalui instagram aunty jer..kita doa aunty sihat sentiasa dan di dalam perlindungan Allah selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali doll

      hihihihi doll juga followers auntie kat ig ?

      Tq TQ tq

      Delete
  7. assalamualaikum auntie...xpe anak2 cyber auntie masih ramai..im one of them...xjemu2 baca coretan2 dari auntie yang di sayangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam shuweet

      Wahhhh...felt inspired with yr statement
      Ngeeee...

      Delete
  8. Aunty, saya masih mengikut cerita aunty :)
    take care

    ReplyDelete
  9. salam alaik auntie.... semoga Allah sentiasa peliharamu..jangan berhenti berblog kerana coretan auntie penuh dengan jiwa....Subhanallah...jagadiri ye auntie..dr Dil bumi iskandariah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali ummi khalish,

      Aamiin, terima kasih sudi mendoakan auntie.

      Delete
  10. Assalamualaikum Auntie,
    Alhamdulillah Auntie menulis lagilah.. Mak Long gemar membaca tulisan Auntie. Tulisan Auntie mencuit hati..walaupun Mak Long biasa menjadi pembaca senyap-senyap. Semuga Auntie sihat dan ceria hendaknya. Mak Long pun suka baca blog Peej anakanda Auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam OMK,

      Terima kasih sudi membaca blog auntie dan anak auntie.

      Delete
  11. Salam anty. Sy silent reader anty. Anty jangan berhenti menulis ye. Nti sy rindu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Anne Dyana

      Wahhhh...terima kasih kerinduan untuk auntie, terharu

      Delete
  12. As salam Aunty. Please keep writing. Do share story with us. Hopefully it may enlighten your loneliness. Stay strong aunty! Looking forward to read your story, sharing recipe and so on. Allah bless you always!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam deyana,

      With Allah permits, i will do write and write.
      Tq for reading my articles.

      Delete
  13. Assalamualaikum, auntie. Apa khabar? Hopefully sihat2 selalu. Rindulah jgk nk membaca blog ni sebab lama xde entry. At least terubat rindu hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam wani ezryl,

      Auntie lately ni kurang sihat.
      Ermmmmm terima kasih sudi rindu rinduan pd auntie..

      Delete
  14. aunty...sy masih ada lg!!
    and..we still being friend in FB :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay dear, we are friends in fb?
      TQ so much

      Delete
  15. rindu aunty sangat2.. stay strong aunty... semoga ada jodoh dan rezeki untuk bersua dengan aunty..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terharu lah, kay nataleya rindu kat auntie.

      Aamiin, yes may be someday we will meet kay..InSya Allah.

      Delete
  16. Sayu dan sedih juga mengenang hakikat keseorangan walaupun masih ade anak-anak disamping!
    Kautkan semanggat..writing and keeping the mind and memory alert the best legacy dan therapy.
    Tanah masih merah..bila jauh macam arw Mak kak, pun masih ade yang mengingati, maut tetap menunggu, siSakit dan sisegar.
    Semalam seorang pemadu43 tahun selamat dgn kelurganya dLPT2 setelah terlanggar Rimau.
    Cantek binatang tapi setelah dibedah rimau betina dan mereka tunjuk janin yg turut tewas.
    Kita masih diberi masa..manfaatkan takpe cucu yg tak jumpa! Allah Maha mengetahui!
    You are doing better. Kalau rajin chek out, my aunt Sarimah produk. Mungkin ade yg menyegarkan dan memberi tenaga.
    She survived cancer of the brain and nose, alhamdulillah!
    In life not everyone will care or`balas' kebaikan!'
    Wassalam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sabihah,

      TQ for dropping by with your lengthy comments.
      Okay, i will check on yr aunt's product.

      Delete
  17. saya pembaca senyap auntie.. teruskan menulis.. terus bersemangat auntie.. sentiasa menunggu tulisan auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih pembaca senyam nurli sallleh, hihihihi

      Terima kasih lagi kerana bersabar..

      Delete
  18. antie,
    jangan sedih sedih ok, i'm your silent reader sentiasa ade je baca luahan hati antie
    kipidap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norwani sulikin,

      sedih sikit2 aje..hihihihi

      Delete
  19. Antie,
    dont give up writing, saye selalu bukak antie punye blog, suka sgt ur nasihat and celoteh. i want more !!! semoga auntie sihat sentiasa ceria di samping keluarga. aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai, you want more?
      I can only afford to offer a little at a time
      Ngeeee..

      Aamiin, tq for yr doa.

      Delete
  20. Salam aunty..teruskan menulis ye..sy suka bc blog aunty..actually im your silent reader..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali siti zamarah,

      Tq for reading my articles and liking it.

      Delete
  21. Assalamualaikum aunty...teruskan menulis blog ya..sya sntiasa ternanti2kan entry aunty...smoga aunty sntiasa sihat dan kuat smngat ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Farzen Fasihah,

      Terima kasih doakan kesihatan auntie.
      InsyaAllah dengan izinnya auntie menulis lagi.

      Delete
  22. Assalamualaikum..saya tak follow auntie tapi saya jarang miss entry-entry baru auntie. lagi-lagi bila auntie menulis kisah zaman kanak-kanak anak-anak auntie, lauk pauk yang auntie masak.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum mama...sya rindu Mama
    Harapan dan doa agar Mama diberi kesihatan yang baik supaya mudah untuk beribadat
    Love u mama

    ReplyDelete
  24. auntie.berjuriaan airmata saya.
    saya bkn follower blog auntie tp saya reader tegar.

    ReplyDelete
  25. mama.. nadia rindu mama..
    skrg mama nadia menghadapi perasaan yg same macam mama..
    mama ingat nadia pernah ajak ke kenduri nadia?
    jodoh nadia pun setakat ini saja..
    xpela mama.. redha itu adalah indah sbnrnya..
    semoga mama tabah dan nadia selalu doakan supaya mama sentiasa sihat .

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...