Followers

Tuesday, February 16, 2016

Hadir Mu DiSudut Hati

Perjalanan banyak persimpangan
Kehidupan tidak terasing dari ujian
Bermohon pada Allah
agar setiap persimpangan dan ujian
Dapat kita lalui dengan tabah
Jalan yang diredhaiNya

Umur auntie dah nak masuk 61 tahun ini
Berbagai persimpangan dan ujian telah dilalui
dulu terasa beban jika berlaku ujian tapi kini tiada lagi
Kerana setiap ujian adalah bersifat sementara
Ada permulaan dan pasti berakhir...
Dunia hanya sementara
Tiada apa yang dimiliki 
Amalan saja yang dibawa kedunia abadi

Dua tiga hari yang lalu, selepas makan malam
Perbualan auntie dengan abam haji

Auntie : Nak beli apa untuk hadiah harijadi anak ko 
Abam haji : Entahlah mama, bank in duit aja
Pandai2lah ex  belikan apa2
Auntie : Ko tak rindu anak ko ke?
Abam haji : soalan apa mama tanya ni?
Auntie lihat kelopak mata dah bertakungan 
Auntie : sorilah, mama bertanya sbb mama nak tahu perasaan ko?

Kiranya auntie tak patut ajukan soalan itu padanya
Tak patut auntie guris lukanya
Tapi apabila auntie lihat airmata abam haji mengalir dihujung matanya
Auntie mula terasa sedih dan terus menangis juga
Yea, bonding ibu dan anak, amatlah kuat

Auntie: Sabarlah, 
Allah akan tunjukkan 
Yang benar tetap benar
Sekarang ni
Jangan rasa pelik
jika mereka fikir mereka benar 

Yang sebenarnya pengukur kebenaran dalam hal ko ni adalah 
Mengikut hukum Allah, tiada lain..

Hati yang bersih maka jalannya menuju jalan Allah
Jika hati hitam...tak payahlah kita kaji seterusnya..
Semua pasti tahu..kemana halanya nanti

Auntie teruskan perbualan
Jangan sedih2, anak ko anak perempuan
macam mana pun bila sampai jodoh 
dia perlukan wali
selagi ko masih hidup maka anak ko akan cari daddynya
Jika ko tiada, adik ko PG gantinya

Tapi ketika itu mama dah tak ada
Samalah senasib dengan arwah papa hingga keakhir hayat
tak dapat melihat cucu dia

Mama dah tak kisah dah
Biarlah mereka nak buat macam tu
Ko jangan sekali2 abaikan tanggung jawap
menghantar belanja anak ko sampai
anak ko kerja nanti..

Abam haji bercerita pada auntie
Ko nak amik anak ko selepas ni?
kami akan pakai lawyer untuk lawan
kata orang sana

Ish ish ish ish..
apa nak lawan2, lawyer2 bagai
Apalah dia orang ni..
kata auntie pada abam haji masa dia bercerita

Dah tak yah rebut2
biarlah mummy dia jaga
Dia orang bukan aniaya anak ko punnn
mereka pun bela dengan kasih sayang
walaupun mereka boleh buat istana untuk anak ko
boleh belikan segala tapi dia orang tak kesian anak ko
tiada kasih sayang daddy
Tak mengapa, itulah suratan dan takdir anak ko dan ko

hihihi baik hati auntie kan?
tak ada sekelumit iri hati atau berdendam
Berserah pada Allah
Gitulah auntie ajar anak2 auntie
Jangan berbalas dan berdendam
Kerana setiap perlakuan dan berbuatan
pembalasan pasti ada dari Allah
so why worry?
Maka ketenangan bertahta dihati
Alhamdulillah...

Sebelum mengakhiri n3 ni
auntie mengambil kesempatan untuk mengucapkan
sepatah dua kata untuk hari jadi cucu ku
Nur Zara Sofea
yang kelima tahun

Penyatuan daddy dan mummy mu
Lahirlah puteri yang berwajah ayu
Cebisan manisan dari senyuman mu
Yang masih tok mama rindui..

Walaupun hanya seketika bersama keluarga daddy mu
Ianya adalah penawar bagi tok mama dan arwah tok papa
Zara umpama siang dan malam bagi tok mama
hadir setiap hari disudut hati 
Walaupun tok mama masih hidup
Keadaan tidak mengizinkan kita bersama
Melihat  dan mendengar ungkapan kasih
Membelai jari2 kecil mu
Tok mama doakan Zara besar nanti
menjadi seorang yang baik di mata Allah
Selamat Hari Jadi cucu ku..
Nur Zara Sofea






Wednesday, February 3, 2016

Tiada Kesabaran Dan Kesetian

Dimana dan kemana kah menghilang ?
Followers auntie 
Lesap dari seribu ++ tinggal sembilan ratus ++
Gamaknya auntie dah tak aktif maka mereka
Mengambil keputusan untuk unfollow auntie
Gitulah kesetian yang tiada pada setengah2 individu
Well, sapalah auntie
Bukannya artis hanya blogger tua and with a boring life
Yang menghadapi akhir2 penghujung kehidupan
Yang tunggu masa untuk pergi ke negeri abadi
But then, auntie feel blessed with what i am and what i've gone through
Nothing can buy such plan from Allah
May it be good or bad
That is best for me
Allah knows..

Auntie ni
Kata pada diri sendiri
Nak give up writting
Tapi auntie suka menulis
Cuma kebelakangan ni kesihatan amat2 tidak mengizinkan
Banyak rutin harian menjadi paksa diri
Terasa amat2 berbeza dari segi semangat, selepas uncle tiada
Semangat2 yang hilang
- mencantikkan diri
- memasak
- mengemas rumah
- menghadiri diri untuk majlis2

Pakaian auntie
Dah tidak lagi berbaju kurung dan berseluar jeans
Sekarang berjubah dan bertudung labuh
Bertongkat kemana saja
Kasut tumit seinci dah pakai flat
Barang kemas emas kuning habis dah auntie jual
Harga pulak sungguh tinggi sekarang rm 185 satu gram
Dari yang besar hingga sekecil2nya
Yang tinggal hanya tiga bentuk cincin
Ketika
bertunang berkahwin dan selepas pantang anak pertama
Bukan auntie pakai pun walaupun jari2 auntie masih muat
Simpan Hanya untuk kenangan

Memasak kerana auntie sendiri nak makan
Jika auntie mampu drive keluar,  memang auntie makan luar
Dah hampir sepuluh tahun auntie tak pegang sterring kete
Sebelum sakit dan apalagi kini dah jatuh sakit
Sesudah masak terasa amat2 sedih
Jika dulu makan berdua tapi sekarang bersaorangan
Terasa kesat segala apa yg masuk di tekak
Jangan kata auntie mengada ngada
Itulah hakikatnya sekarang
Auntie tidak bersaorangan dirumah ni
Abam haji dan PG masih tinggal bersama2 auntie
Sorang duda dan sorang lagi bujang terlajak
Dua2 anak perempuan dah ikut suami masing2
Tapi suami2 mereka selang sehari berkumpul dirumah auntie
Datang bawak makanan dan kami makan beramai2
Ceria, seronok, kecoh huru hara 
Tappi bila mereka balik
Sunyiiiiiiii melanda kembali
Pernah Peej kata kat auntie baru2 ni
Jika dia beli rumah, dia nak beli yg ada tujuh atau lapan bilik
Dia nak semua duduk dengan dia
Supaya semua 'the burhan' family intact in one roof
Mama rehat, ada bibik lagi
Hahahaha a cheeky laughter
But then, mama will always pray someday your dreams will be true
Even though papa is not around and probably mama too will go soon
You still have yr burhan blood in you
Strive yr life with good deeds

Kembali citer pasal semangat
Jika dulu bersemangat sebab ada suami
Tapi sekarang semangat hanya tinggal untuk anak2..
Auntie miskin cucu
Dua2 anak perempuan auntie mengalami keguguran
Belum ada tanda2 terdekat untuk menimang cucu
Cucu yang ada pun tak diberi peluang untuk berkasih
Tak mengapa...
Jangan rebut2...
Biarlah..
Kita bukan tongkat dunia
Akhirnya semua tinggal
Yang dibawa pulang hanya kebaikkan dan keburukkan amalan
INGAT
Setiap kejahatan akan ada pembalasan - neraka
Setiap kebaikkkan ada ganjaran - syurga
Tidak terlambat untuk bertaubat
Sebelum dipanggil Illahi

Auntie stop dulu
Walaupun badan dan fikiran mahu menulis lagi
Time auntie berduha untuk mengadap Allah

Jumpa lagi readers ku
Dengan izin MU jua...




Tuesday, January 12, 2016

Setiap Sudut Kenangan Bagi Ku

Auntie seorang yang pemerhati
Dari muda hingga lah sekarang
Kuku kaki dan tangan
Bentuk tangan dan kaki
Jangan di tanya mengapa
Memang auntie macam gitu
Kiranya boleh ingat bila sekali dah terpandang

Ermmmm...
Jom bercerita..
Situasi....
Perjalanan ke kampung
Sambil driving tu auntie perhati
Tangannya di gear dan di sterring
Auntie terSenyummmm sendirian

Berbual2 macam2 topik dalam kereta
Salah satunya..
Yang akhir, yang masih terngiang2

Where have you been?
Missing in action for 2 days
Nani so worried tau...
Ohhh.. I take a break awhile katanya
I am here with you again
Dont worry I will always be with you

Auntie terjaga dari tidur 
Jam di dinding menunjukkan pukul tiga pagi
Auntie bermimpi rupanya
Mengalir air mata

Apakah makna dan maksud kata2 uncle dalam mimpi tu?
He take a break and will always wait for auntie
Adakah ini satu pesanan darinya?

Tak mahu kaji
Apakah mimpi
Bagaimana mimpi berlaku
adakah Roh bertemu roh
Yang pasti...
Auntie dapat melepas rindu dalam mimpi
Alhamdulillah
Walaupun sejenak seketika dengan uncle
Kiranya dapatlah auntie lihat tangannya di gear
Tangan yang akhir hidupnya
Yang selalu auntie genggam erat

Bukan mudah melalui harian tanpanya
Orang yang bersama2 puluhan tahun
Semangat auntie amat kosong
Tak sama semasa uncle masih hidup

Hari2 ada saja yg mengingatkan

Auntie habiskan masa pagi auntie 
Duduk disini
Pandang sini dan sana
Kiri kanan dan depan
Kawasan yang kecil depan rumah auntie










Bangku ni
Tempat auntie auntie duduk pagi2 
selepas basuh kandang kucing
Dan sidai baju
Untuk melihat unggas2, kupu2, lebah, tupai dan burung2 
yang datang ziarah pokok2 auntie
Auntie leka bercakap dengan mereka
Setidak2nya dgn kucing2 auntie
Lulu dan Yoki

Pernah auntie bertanya pada kucing2 dan pokok2 tu
Kenapa tak bagi tahu papa dah nak meninggal?
Readers tahu kan?
binatang dan tumbuhan semua tahu bila manusia akan meninggal
Kecuali jin dan manusia

Auntie berhenti dulu
Sbb auntie nak tutup acc ASB dan masukkan dlm TBH
ASB jika ada kematian berlaku
Leceh..procedurenya

Entahlah jika ada jiwa nak menulis
Auntie menulis lagi
Jika tidak, auntie akan terus 
Termenung di bangku tu...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...