Followers

Wednesday, November 18, 2015

Hari Yang Ke 90

Salam

Hari ni terpanggil untuk menulis
Jengok kalender atas lemari
Iddah auntie dah hari yang ke 90
paling lama auntie ketiadaan uncle  
sejak arwah pencen, auntie sentiasa bersamanya
Jarang auntie berjauhan dengannya
paling lama adalah tahun sudah
masa auntie mengambil haji
itu pun hanya 42 hari 
Semasa muda2 memang selalulah
Almaklum saja 
pegawai tentera memang tinggal2 isteri
kerana bertugas, berkursus diluar negeri
tapi paling lama rasanya setahun
Itu pun disulam dengan surat dan fon
kini hakikatnya, meniti hidup berterusan tanpanya
dan tanpa berita darinya
Hanya kenangan abadi tersemat dihati

Auntie mengira hari bukan tujuan untuk cepat2 tamatkan iddah
tapi...mengira hari untuk mengetahui ketahanan kerinduan
Diri auntie tahu arwah sudah tiada tapi perasaan auntie
masih terasa macam arwah ada
Alfatihah buat mu sayang

Semalam, anakanda Pija datang umah
Lepas Isyak, 
selepas auntie habis solat
tercari2 Pija sbb tak ada depean tv, 
handfon ada, handbag ada,
nak kata dia naik atas, nak buat apa?
Noy tak ada, 
rupa2nya dia tidur dikatil arwah papanya
Auntie biarkan dia terlena disitu

Auntie tanak nasi, nak makan bersama2 ramai2 anak beranak
Ben bawa sambal jering yang diorder dari kakaknya
Auntie masak kari daging kentang
sambal belacan dan rebus bendi buat ulam
sambal tumis sotong kering besan auntie (mak Arif) kirim
auntie dah perangat
Pija bangun dan hidang lauk pauk
Alhamdulillah..kami makan sama2

Macam manalah mama boleh tidur kat katil papa tu! kata Pija
Kenapa? tanya auntie
Sedihlah..
pandang kiri kanan, dinding
pandang atas ceiling
macam manalah perasan papa terbaring selama 3 bulan
kat situ...
Mata Pija dah mula berair..
Sedihhhhh....

Ishhhh...mama sentiasa sedih
tak baring kat situ pun sedih
baring kat situ pun sedih
Ahhhh...kat mana2 saja dalam rumah ni
mama nampak dan terbayangkan papa
Mama dah tak hiba tapi sedih saja

Ada beza antara hiba dan sedih
Rasa auntie lah
hiba makan dalam
tapi sedih datang dan pergi
rasanya perasaan sedih akan berterusan buat auntie

Semalam 
Auntie solat dibilik belakang
sebelah laci side table solek
Banyak barang2 uncle dalam tu
Entah, auntie rasa nak jengok apa ada dlm tu
macam2lah, cheque book, business card dia
kawan2 dia, specmata, pingat2 dan bintang2
Salah satunya 
terjumpa gambar arwah uncle
black and white 
Gambar pertama arwah uncle untuk auntie
Umur arwah masa tu 19 tahun
bila melihat tulisan arwah yang tertera dibelakang gambar tu

"Buat Nani ku, 
Happy and everlasing tenderness from me"
 ~Luv~

Mengalir air mata, 
huahhhhh....

Citer Minggu sudah
Selepas solat Jumaat
Anakanda PG balik dari solat
Auntie lihat muka dia sedih

Kenapa PG? nampak sedih?
tanya auntie

Takkkk....tahan rasa sedih sangat
jawab PG

Kenapa? Khutbah pasal apa hari ni?
tanya auntie lagi 

Bukan pasal khutbah

Habis tu apa? tanya auntie lagi

Hari ni PG duduk kat tempat papa 
pada setiap solat jumaat
memang dia duduk kat situ selalu
Hari ni PG dapat duduk situ
Hiba... mama
Hibaaaa...
Auntie nampak air mata PG bertakung
dikelopak mata

Dah...dah...jangan sedih
Sedekah Alfatihah
kata auntie
sebenarnya auntie sorok perasaan sedih auntie 
bila mendengar cerita PG tu..

Arwah uncle memang selalu bersiap awal untuk solat jumaat
Kemasjid awal, agaknya dia memang duduk tempat 
yang sama setiap kali bersolat Jumaat.

Dah masuk waktu Zohor
Auntie berhenti dulu..
Nanti2 kita citer2 lagi yea..
Dengan IzinNya Jua..
InSyaAllah


Friday, November 6, 2015

Amat Berbeza

Salam Jumaat untuk readers
Ada ker yang merindui auntie?
Perasan betul auntie kan?

Sebenarnya auntie dah berkali2
duduk depan lappy ni
letak jari2 dipermukaan papan kekunci
cuba untuk menulis tapi..
entahlah..jari2 tak bergerak
walaupun bermacam2 cerita dikepala
akhirnya auntie bangun dari kerusi ni..

Kesihatan pulak tak berapa sihat
Seluruh badan bisa setiap inci
Layan ubat pain killer setiap hari
hinggakan perut auntie meragam
pedihhh..

Hari ni hari yang ke 71 auntie ber'iddah
Perit betul perasaan kehilangan teman yang disayangi
yang selama ini telah menempat berpuluh tahun dihati
tempat bergantung, berkasih, bermanja dan
berbual, selama 38 tahun


Suami ku...
Pemergian mu..
membuat hadirnya
kesedihan, kekosongan dan kerinduan
dalam diri ini

Malam dipenuhi dengan tangis
Tangis air mata membasahi pipi
Tangis dihati siapa tak ketahui
Siang ku nanti
tapi masih terasa sunyi
Terbayang kenangan bersama
Ku simpan dihati

Inilah suratan buat ku
Suami ku pergi kini
Akan ku menyusul jua 
bila tiba masa panggilan Ilahi
Yang telah dijanjikan nanti..




Alfatihah buat mu sayangku..
Burhanuddin bin Aliman



Auntie tidak rasa malu untuk meluahkan
Apa yang auntie rasa dan alami
Apabila perasaan ni melanda setiap kali
Auntie perbanyak membawa zikir


Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
"Lahaula wala quwwata illa billah adalah salah satu khazanah syurga"
(HR Bukhari dan Muslim)
"Sesiapa yang mengucapkan zikir ini, maka ia nya menjadi ubat kepada 99 penyakit,
Yang paling ringan adalah kebimbangan"
(HR Tabrani)

Alhamdulillah, walaupun masih bersedih
akan tetapi tidak lah sebak, sempit dan ketat dada
Semoga auntie terus tabah dengan semangat yang nipis ini
dengan izin Allah swt jua

Auntie sudah pun meneruskan aktiviti harian
memasak, membasuh dan sebagainya
tapi rasanya masakkan auntie sudah tidak seenak dulu
mungkin kerana ramuan yang ter'akhir tidak ada dalam masakkan
Yaitu
Ramuan kasih untuk suami
yang tinggal hanya
ramuan kasih untuk anak2..
bila kurang satu ramuan mestilah 'lari' rasa masakkannya
Betul tak?

Anak2,
adakah mereka membantu kesedihan yang melanda?
Mereka ada kehidupan masing2
Auntie pun tidak mahu menambahkan kesedihan mereka
kehilangan kasih sayang seorang ayah
Kesedihan kehilangan ayah dan ibu,  telah pun auntie lalui
memang sedih..tapi
Tak sama..
Amat Berbeza

Maaf, n3 auntie berbaur sedih selama pemergian arwah uncle
masihkah readers auntie mahu membaca penulisan auntie
jika mahu auntie cuba meneruskan
jika jemu, sila lah bagi tahu
supaya auntie berhenti sementara..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...