Followers

Wednesday, July 29, 2015

Teruskan BerSyukur Walaupun Dalam Kesukaran

Wahhhh..lama betul blog terabai
Entahlah badan dan masa mencemburui 
Badan tak berdaya dan masa untuk berihat amat sedikit
Tapi masih lagi boleh menguruskan
rutin harian untuk suami dan anak2
Alhamdulillah
Allah Maha Pengasih dan Penyayang

N3 ni sebenarnya dah ada dalam draft
auntie hanya edit2 sedikit
sayang pula nak delete
Okay lets see what i have here..

****
Auntie mulakan physio therapi dirumah untuk uncle
Bayaran hanya rm 80 - rm 100 satu sessi selama 45 minit
Auntie ambil package 2 kali seminggu



Sessi Pertama


Sessi Kedua

Ada nampak perbezaan uncle
Pergerakkan kaki dan tangan
Selepas beberapa sessi
Kaki uncle kadang2 terjulur terkeluar dari katil
di celah2 besi penghadang tu
hihihi
Maknanya kakinya dah boleh bergerak
Dulu masa mula2
Tangan kanan lebih aktif dari kiri
Tapi sekarang tangan kiri pun dah mula kuat 
Uncle dah boleh cabut tiub dihidungnya 
bergulung tiub ditangan kirinya
hihihi

Kesian pula auntie pada uncle
kerana terlalu kerap cabut feeding tube 
di hidung dan tube dileher
Tangan uncle  terpaksa ditambat dirailing katil
dengan scarf, auntie gunakan scaft sutera
supaya tidak berbirat di pergelangan tangan

Tiub di hidung dah empat kali uncle cabut
Kali pertama memang cemas 
Tak tahu macam mana nak handle
Talipon sana sini klinik kerajaan kata tak buat dirumah
Tanya Private doktor di Setiawangsa, 
charges di kenakan rm250
wah betul2 expensive 

Akhirnya menantu auntie Arif 
talipon khidmat HIC datang kerumah
Alhamdulillah bayarannya hanya rm120

HIC tu
Banyak yang diajarnya pada auntie dan PG

- Bagaimana bersihkan tebukkan dileher uncle
- Mengajar cara menggunakan suction machine 
untuk sedut kahak dileher dan mulut
- Tukarkan brand susu uncle 
sbb stool uncle cair
- Bagaimana nak bersihkan bedsore uncle
- Prescribe ubat2 yang harus di beli 
untuk bersihkan bedsore dan stool

Auntie suka sangat HIC
Service dan staff yang friendly
Jadi dari semenjak itu auntie gunakan 
perkhidmatan mereka
Termasuklah physio terapi 
Alhamdulillah..

Cuma yang tiada khidmat 
Ambulance Kecemasan
Jika ada pasti auntie gunakan mereka juga

Payah betul memahami system Kementerian Kesihatan
Ambulance kecemasan kerajaan hanya 
angkut pesakit dari rumah ke hospital
Tapi dari hospital kerumah 
bila discharge, no way hozeyyyy
Walaupun pesakit dalam keadaan koma or bedridden

Kena panggil private ambulance
Jika ada rawatan susulan kehospital
Ambulance kerajaan tiada khidmat itu dalam klause
Jadi pandai2lah pakai ambulance private
Amboiiii...Boleh tahan bayaran dikenakan
Satu trip rm160 hingga rm 200
ikut masa atau hari
To and fro (pergi dan balik) rm 320 to rm 380
Auntie punya bill/resit Ambulance dah bersusun
Bilamana uncle cabut tube2 
dan rawatan susulan ke hospital

Pernah anakanda abam haji menceritakan pada auntie
Apabila dia lihat
seorang anak membawa ayahnya yang koma
dalam kereta MYVI, seat di recline
dan mendukung ayahnya masuk
ke klinik untuk rawatan susulan
(Nasib baik badan anak badan sado)
Auntie amat faham,  tak semua berkemampuan 
untuk bayaran mengunakan khidmat 
Ambulance Private 
satu trip to and fro rm320

Pesakit macam uncle
ada rawatan susulan yang berbeza2 dalam sebulan
ada susulan untuk  diklinik Neuro dan ada di ENT
tak ker parah gitu..

Yang auntie observed
Ambulance diHospital Tentera ada 6 biji 
Bersusun parking depan wad kecemasan
Begitu juga khidmat kesihatan di Mindef 
Talipon berkali2 tak angkat2
Entahlah...
tunggu berperang baru nak pakai kesemua ambulance tu ke?
Bodohhhh..betul,..
ada kemudahan tapi buat perhiasan?

Satu hal pulak 
Alat yang dileher dan tube dihidung uncle tu
expired setiap 2 minggu 
Bila kena pasang yg baru
Khidmat ambulance lagi..
Nasib auntie baik sbb uncle ada duit dari pencen dia
Jika tidak memang boleh telentang

Memang belanja duit ambulance 
dah boleh pergi buat tambang bercuti
sekurang2nya 
Ostrolia atau Newzealand dah..
hihihihi

Apa2 pun ini semua sudah tersurat
Jadi auntie harus redha

Menantu auntie Arif beli alat leher untuk uncle 
yang boleh tahan setahun
Alhamdulillah


Anakanda abam haji lah yang kerap ambil cuti EL
Sebab nak bawa uncle ke hospital dan rawatan susulan
dialah yang akan duduk menemani
uncle dalam kereta ambulance

Sian anakanda abam haji
sejak papanya sakit, dia berkorban 
Cuti tahunan dan emergency beberapa kali
Harap2 management opis dia faham
keadaan kondisi ayahandanya yang tak dapat dielakkan

Baik betul, bos2 anakanda abam haji
Ada kalanya diberi masuk lewat
Ada juga kalanya diberi unrecorded leave
Auntie amat bersyukur
Hanya Allah saja yang merahmati orang2 spt ini

Gambar perkhidmatan Ambulance Private
Auntie sampai kenal budak2 ni
Amin dan Alif
mereka berdua sepupu
Business mereka sendiri 
Berhenti dari karier guru
Dah ada dua Ambulance sudah





Uncle ada appointment neuro pulak di HKL pada 30/7/2015
Pakai lagilah to and fro Ambulan Private ni

Kos belanja naik berganda2 bila uncle sakit
Anak2 dan menantu2 lelaki banyak membantu
Dari segi kewangan dan tenaga
Bak kata pepatah
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Alhamdulillah














Kepada yang masih membatu, membisu, menghilang dan menyepi
tak mengapa...
Baik atau Buruk laku sesaorang itu..

~Allah Jua Yang Maha Mengetahui Akan RahsiaNya~

Auntie belum lagi berkesempatan mengucapkan 
Selamat Hari Raya kepada readers auntie
didalam negeri dan luar negara

Selamat Hari Raya Semua
Auntie mohon maaf zahir dan batin

Semoga Allah memberi kekuatan untuk menulis lagi..
InSyaAllah




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...