Followers

Friday, January 30, 2015

Dah Makan Tengahari?

Salam Jumaat readers ku
lama betul auntie tak menulis
no mood at all, feeling so tired lately
wonder where are my energies gone to?

Dah makan tengahari?
Auntie dan uncle sudah, Alhamdulillah
Merayau rayau kat facebook nampak nasi tomato
Dah terjebak selera nak makan
Jadi auntie terajin sikit hari ni masaklah
nasi tomato, ayam masak merah dan salad
auntie tak ikut resepi difacebook tu
sebabnya auntie sendiri memang expert dah
masak nasi tomato ikut selera keluarga
Alhamdulillah habis uncle makan
Bila uncle makan habis licin dalam pinggannya
auntie amat gembira




Semalam auntie ke Hospital
Uncle buat check mata
Anak auntie P G bawakkan
Routine ambil no dulu
nengok ada dalam 15 orang terdahulu
Jadi kami sarapan dulu di kafetaria kat situ
auntie makan teow dan bihum, telur mata satu
air nescafe panas
uncle makan nasi lemak, ayam goreng. pergedil dan telur mata
uncle punya teh ais
PG tak nak makan, sakit perut katanya
Auntie beli kuih sikit sbb nampak menarik sangat

Talam lapis dah dimakan sebiji, 
cukup lemak dan kurang manis
i loike it


Yang macam karipap tu nampak pelik tapi bila makan, amboi sedap
Steam base tu, inti kacang merah
Huishhhh rugi sbb auntie beli 2 ketul aja
Yang macam bunga tu talam lapis tapi dia buat dalam acuan comel2
nanti2 auntie nak tanyalah, jika boleh buat tempahan
kedua2 kuih tu
hihihihi bilalah auntie nak buat morning coffee or tea
jemput kawan2 terapat, sembang2
macam masa muda2 dulu
ermmmm...in my dreams lah nampaknya

Sempat auntie ambil gambar uncle dan berselfie
rasa segan pada sekeliling sebab auntie pakai kamera
setiap petikkan keluar flash
arrghhhh..auntie tak reti nak adjust tanpa flash
uncle pulak sekarang jangan nak suruh dia
sejak sakit kebelakangan ni
apa pun dah tak kuasa, dah tak mahu

ohhhh my darling, i miss your original self
please get yourself with good health

 Amboi serombong besaq nohh
hihihihi



 No faundation or pancake powder, just eyeliner and lipstick
dah tak kuasa nak bermakeup, dah tua, lantaklah


Sebelum buat Haji tahun sudah
auntie ada cabut geraham atas
Ishhhh...betul kata uncle
later your teeth will give way
(jarang) and it really happened
nasiblah..dah nak masuk 60 this year..

Beredar ke klinik selepas makan
tinggal dua patient sebelum uncle
Just nice

Doktor mata check uncle punyalah lama
entah apa yang dikatakan pada uncle auntie tak dengar
uncle berbual2 dengan doktor
auntie menanya doktor untuk check power spec uncle
sebab spec tu dah lebih tiga tahun perlu kah tukar spec baru?
ada doktor bagi slip result power untuk buat spec baru nanti
punyalah lama check
satu apa pun tak ada ubat mata
Ishhhh...at least bagilah ubat titik ke apa

Saperti biasa uncle bertemu ramai kawan2 tentera dia
ada yang berkerusi roda ada yang bertongkat
seronok tengok dia berbual
auntie sembang sikit2 aja ngan mak2 datins tu
susahlah...auntie hanya boleh pick up
10 % from all their topic, I can't read their lips
auntie buka ipad dan baca Alquran
anti social? lantakkkk

Dah tu kami pergi pharmacy
auntie ambil ubat2 auntie dan uncle
sebeban punya lah banyak, ubat utk tiga bulan


Ubat2 ni balance prescription from the last visit ie October last year
Memang dia orang issue ubat hanya dua bulan punya stok
Jadi kerja,  kena gi ambil berkali2..nyammmpahhhh betullah

Okaylah, dah hampir waktu zohor sudah
bye2 all

lepas solat baru bukak balik untuk jawab komen2 readers
anyway, my followers tak bergerak oiii..
sebab jarang auntie tinggal jejak dimana2 sekarang
dasar malas lah tu
tapi suka orang tinggal komen kat blog sendiri
so my readers, please drop your comments
and lets interact,
miss all of you
Byeeeeeee...




Wednesday, January 21, 2015

Jeruk Limau Nipis

Permintaan reader nak kan resepi jeruk limau nipis
apabila nengok gambar lauk auntie di facebook
Sian pulak sampai message2 bagai 
entah2 pregnant, takut kempunan pulak
hihihihi
Okaylah lets do it today

Tak ramai yang pandai makan jeruk limau ni
tambahlah generasi muda mungkin tak kenal 
tapi auntie memang diajar makan pengisa2
bila makan nasi tengahari 
bersama arwah abah dan arwah mak
sambal belacan, cencaluk, budu, kicap 
semua auntie pandai makan
auntie juga diajar makan ulam2 selain dari daun2 hijau
temu adalah salah satu kegemaran auntie
daun lemuni hitam yang pahit pun auntie kunyah
auntie tak takut untuk mencuba segala ulam2
hihihihi

Berbalik pada jeruk limau nipis
Senang membuatnya sebenarnya..
Okay satu persatu antie ajarkan

Limau nipis 10 biji
Kikis kulitnya bagi kesat dengan belakang pisau
belah empat tapi jangan putus
sumbat garam halus diantara setiap belahan limau tadi
Masukkan dalam bekas botol kaca
Jika tak ada balang plastik biskut raya pun boleh
Masukkan gula dalam bekas botol tadi 
lebih kurang 3 senduk nasi cukuplah
tuang air mineral dalam botol tadi
hapuskan/tenggelamkan limau2 tu 
masukkan dalam peti sejuk
Limau2 ni boleh tahan sampai setahun
lagi lama lagilah sedap..

Dah bertukar warna limau tu, dah jadi jeruk
dah bolehlah makan 
Ambil sebiji
hiris limau tu kecil2
hiris bawang besar dan cili padi
tuang air masak sikit dalam mangkok
jika tak letak air sikit
masam dan masin sangat nanti bila nak makan
ramaslah limau dan bawang tadi perlahan2
Siap, boleh untuk dimakan dengan nasi panas
dan ikan goreng
Amboi kecur air liur auntie ni






Ni ada tinggal dua tiga biji saja dalam peti sejuk
Jom kita jengok dan ambil gambar



Dah hampir setahun jeruk ni dah auntie buat
Masa tu buat banyak
nih dah tinggal 3 empat biji aja
last call lah tu
nanti2 auntie beli limau nipis boleh buat lagi hihihi

Limau kasturi pun boleh dijerukkan
tapi tak tahan lama sebab kulitnya nipis barangkali
Jika diselongkar n3 lama2, 
auntie juga ada buat n3 untuk jeruk petai

Selamat mencuba yea..


Tuesday, January 13, 2015

Countdown 2014/2015

Teringat dengan lyrik lagu omputih
~~So much things to do but so little time~~

Auntie sakit dan dah tua
segala2 pekerjaan mode perlahan
dah tu penat dan terbaring
Ikut hati semua nak buat
bila buat memang azab selepas tu
but do I have any choice?
no dear..life goes on and housework to be done
no excape really..but I am not complaining
that is my life written on the leaves of the tree in heaven

Allah has given 24 hours a day
It is all about how you manage your time, really
Plan your day, weeks and months
One of the compulsory things in life
dan ingatlah..usaha dan ikhtiar dari kita
ketentuan adalah dari Allah swt

Ermm..on 31st December last day of 2014
is tetamu day
3 visits all together
Some ex army friends,
my neighbour from next door who just came back from umrah
and my siber friends fbook dan blogger too)
yang dah jadi anak angkat
Anyss Jee dan Iyra Mutalib (dah private blog dia)
whenever there is visits from friends
they brought with them blessings from Allah


Atar dan celak dari Mekah
Canggih, atar berbentuk pen
masa auntie kat sana tak lak jumpa
kawan2 askar bawak anggor
Anyss Je dan Iyra Mutalib jika datang memang mewah
minuman 3 in 1, biskut2 yang boleh dimakan sebulan
Iyra Mutalib juga bagi auntie sehelai baju kelawar
hehehehe mengapa Iyra belikan auntie baju?
sebabnya tiga kali dia datang
auntie akan pakai baju yang sama, kebetulan betul
baju yang dah berlubang sebesar duit 50 sen hahahaha
sebenarnya auntie amat suka pakai baju tu
kainnya lembut dan selesa
Alahhh...kelawar trengganu kan terbaik
sayang pulak nak buang..
dah dapat baju baru pun auntie masih pakai lagi
yang dah berlubang tu..hihihi

Alhamdulillah pada malam tahun baru 2015
semua anak branak di rumah
Anak2 organised BBQ dirumah, auntie so happy
good start for 2015 anyway,
sebab selalu setiap tahun mereka akan keluar adik bradik
dan berparty countdown dengan kawan2..
I guess they have grown to be more homely..hihihi

Tetamu pada malam tu adalah dari keluarga sendiri
dan sedikit sahabat handai mereka
Besan dan bakal besan pun ada pada malam tu
Auntie tak jemput sesiapa pun kawan auntie,
hanya sorang saja
dia jiran auntie, seorang balu.
(yang baru balik dari umrah tu)
selebihnya adalah kawan2 mereka yang terapat

Noy anakanda auntie membeli segala bahan2 bbq dan salad
bakal menantu Ariff, merinatekan di rumahnya
ayam, daging dan kambing
terkejut auntie rupa2nya dia sangat pandai memasak
malam tu dia bawa spaghetti bolognese juga
dan ibunya buatkan auntie pengat pisang tanduk
Wahhhh..pengat pisang favorite auntie
bermangkok2 auntie sudu..hihihihi
lupa lansong akan sugar reading dan lupa nak ambil gambar

Anakanda Peej pula beli nasi lemak
choc moist dan raspberry cake dari secret recepi
untuk pencuci mulut
Rajin betul anak2 dan menantu
auntie hanya sediakan perut untuk makan hihihi

Jom layan gambar2


anakanda Peej nak belikan hotplate elektrik
atau bbq set gas
auntie disagree sebab auntie suka yang bbq original
pakai arang..wangi dan sedap
tapi asap memang berkepoi2lah























Suka auntie nengok uncle makan berselera sampai sememeh
tapi bila belek semula gambar ni
obvious nampak 'stroke' muka uncle sebelah kanan
sedihhhh







Amboi hirup kuah spaghetti sampai mata steam
Tuh tapak kaki sampai hitam..Ishhh


 Suami kawan Noy
kagum auntie sebab kebiasaannya
dia tidur dimasjid untuk tahajud dan qiamulai

Kawan Noy
Ustazah graduan luar negeri
guru ngaji quran Noy

Menantu yang baik dan rajin
habis dibasuhnya peralatan membakar
hingga lantai pun di basuh dan mop
Alhamdulillah

Besan (mak ben)


Adik Ipar Ben dan anak buahnya
Auntie tumpang kasih. Auni namanya
keletah dan tak nakal

Bakal Menantu
Meor Mohammad Ariff

Bakal besan 

Bila hampir pukul 12 mlm utk tahun 2015
auntie mohon suami ustazah membacakan doa selamat.
Alhamdulillah
Permulaan tahun baru yang baik

Hampir pukul 12 malam, kami bersedia untuk berdoa






Aamiin
Alhamdulillah

Noy adakan sessi shisha selepas doa selamat
Peralatan shisha suami ustazah punya
Amboi sampai tiga pagi kat luar pagar
Yealah orang muda boleh ber'embun'













Bakal Pengantin dalam masa terdekat, InSyaAllah

Year 2014 has been a very kind year for me
Prosperous Year really
Why??
Finished paying my housing loan (july)
My car loan (Feb )
so now I am free from any loans..
Yeahahhh
Completed my haj (October)
Alhamdulilllahh

Year 2015, another year to face
Praying hard to be another kind year
May Allah grant his blessings for my family
ie my husband and me will get well soon
and my childrens happiness
Aamiin.

To all my friends too
May Allah protects our friendship
Guide us when in troubles
Lead us when lost
May Allah be with us.
Aamiin.

Have a good 2015 year friends..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...