Followers

Wednesday, November 18, 2015

Hari Yang Ke 90

Salam

Hari ni terpanggil untuk menulis
Jengok kalender atas lemari
Iddah auntie dah hari yang ke 90
paling lama auntie ketiadaan uncle  
sejak arwah pencen, auntie sentiasa bersamanya
Jarang auntie berjauhan dengannya
paling lama adalah tahun sudah
masa auntie mengambil haji
itu pun hanya 42 hari 
Semasa muda2 memang selalulah
Almaklum saja 
pegawai tentera memang tinggal2 isteri
kerana bertugas, berkursus diluar negeri
tapi paling lama rasanya setahun
Itu pun disulam dengan surat dan fon
kini hakikatnya, meniti hidup berterusan tanpanya
dan tanpa berita darinya
Hanya kenangan abadi tersemat dihati

Auntie mengira hari bukan tujuan untuk cepat2 tamatkan iddah
tapi...mengira hari untuk mengetahui ketahanan kerinduan
Diri auntie tahu arwah sudah tiada tapi perasaan auntie
masih terasa macam arwah ada
Alfatihah buat mu sayang

Semalam, anakanda Pija datang umah
Lepas Isyak, 
selepas auntie habis solat
tercari2 Pija sbb tak ada depean tv, 
handfon ada, handbag ada,
nak kata dia naik atas, nak buat apa?
Noy tak ada, 
rupa2nya dia tidur dikatil arwah papanya
Auntie biarkan dia terlena disitu

Auntie tanak nasi, nak makan bersama2 ramai2 anak beranak
Ben bawa sambal jering yang diorder dari kakaknya
Auntie masak kari daging kentang
sambal belacan dan rebus bendi buat ulam
sambal tumis sotong kering besan auntie (mak Arif) kirim
auntie dah perangat
Pija bangun dan hidang lauk pauk
Alhamdulillah..kami makan sama2

Macam manalah mama boleh tidur kat katil papa tu! kata Pija
Kenapa? tanya auntie
Sedihlah..
pandang kiri kanan, dinding
pandang atas ceiling
macam manalah perasan papa terbaring selama 3 bulan
kat situ...
Mata Pija dah mula berair..
Sedihhhhh....

Ishhhh...mama sentiasa sedih
tak baring kat situ pun sedih
baring kat situ pun sedih
Ahhhh...kat mana2 saja dalam rumah ni
mama nampak dan terbayangkan papa
Mama dah tak hiba tapi sedih saja

Ada beza antara hiba dan sedih
Rasa auntie lah
hiba makan dalam
tapi sedih datang dan pergi
rasanya perasaan sedih akan berterusan buat auntie

Semalam 
Auntie solat dibilik belakang
sebelah laci side table solek
Banyak barang2 uncle dalam tu
Entah, auntie rasa nak jengok apa ada dlm tu
macam2lah, cheque book, business card dia
kawan2 dia, specmata, pingat2 dan bintang2
Salah satunya 
terjumpa gambar arwah uncle
black and white 
Gambar pertama arwah uncle untuk auntie
Umur arwah masa tu 19 tahun
bila melihat tulisan arwah yang tertera dibelakang gambar tu

"Buat Nani ku, 
Happy and everlasing tenderness from me"
 ~Luv~

Mengalir air mata, 
huahhhhh....

Citer Minggu sudah
Selepas solat Jumaat
Anakanda PG balik dari solat
Auntie lihat muka dia sedih

Kenapa PG? nampak sedih?
tanya auntie

Takkkk....tahan rasa sedih sangat
jawab PG

Kenapa? Khutbah pasal apa hari ni?
tanya auntie lagi 

Bukan pasal khutbah

Habis tu apa? tanya auntie lagi

Hari ni PG duduk kat tempat papa 
pada setiap solat jumaat
memang dia duduk kat situ selalu
Hari ni PG dapat duduk situ
Hiba... mama
Hibaaaa...
Auntie nampak air mata PG bertakung
dikelopak mata

Dah...dah...jangan sedih
Sedekah Alfatihah
kata auntie
sebenarnya auntie sorok perasaan sedih auntie 
bila mendengar cerita PG tu..

Arwah uncle memang selalu bersiap awal untuk solat jumaat
Kemasjid awal, agaknya dia memang duduk tempat 
yang sama setiap kali bersolat Jumaat.

Dah masuk waktu Zohor
Auntie berhenti dulu..
Nanti2 kita citer2 lagi yea..
Dengan IzinNya Jua..
InSyaAllah


21 comments:

  1. Al fatihah buat arwah suami auntie..
    Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..
    Ditempatkan bersama para solehin..
    Semoga auntie sekeluarga tabah dengan ujian ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin
      Terima Kasih Nur Hayati, sudi mendoakan keluarga auntie

      Delete
  2. Al Fatihahbuat Allahyarham uncle ... semoga ditempatkan bersama para solehin.. Aamiin..
    menitis air mata baca.. terasa kesedihan.. Allahuakhbar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin
      Terima kasih rohayaroy, auntie terharu

      Delete
  3. Al Fatihah...
    tersentuh saya baca luahan auntie ni..
    Be strong yer auntie..

    ReplyDelete
  4. Al fatihah. Tersentuh hati sy . skarang pun sy jauh dgn suami. Smggu skali. Hanya tuhan yg tahu hati ni. Inikan pula auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih AlFatihah utk arwah uncle.

      Sememangnya para2 isteri akan merindui suami apabila berjauhan.

      Delete
  5. alfatihah buat Allahyarham uncle

    Kuatkan hati ya auntie.. moga moga sentiasa dalam limpahan kasih sayang Allah.. dunia dan akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih AlFatihah utk arwah uncle dan terima kasih sekali lagi doa utk auntie.
      Aamiin

      Delete
  6. assalam auntie.
    bergenang air mata saya.
    semoga auntie dan anak2 kuatkan semangat ye.
    Al Fatihah buat arwah uncle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam aynadys.
      Aamiin
      Terima kasih atas Alfatihah utk arwah uncle.

      Delete
  7. baca kisah aunty ni.... saya rasa inilah salah satu cinta agung antara suami isteri yang saya pernah lihat. cemburu saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya Allah yang tahu betapa sayangnya auntie terhadap arwah uncle.
      Akan tetapi sememangnya auntie tahu suatu hari akan berlaku perpisahan yakni kematian.
      Cuma dulu auntie dan arwah uncle selalu membincangkan siapa kah yang akan pergi dulu..

      Delete
  8. Al-fatihah buat uncle. Tabah ye aunty

    ReplyDelete
  9. Al fatihah buat arwah suami auntie.. dah lama tak blogwalking bz dgn tuntutan kerja tempat baru. ni baru tergerak nak baca blog auntie..semoga arwah ditempatkan dikalangan para solehin..aaaminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin atas doa tersebut.
      Terima Kasih Eliss Mie kerana sudi sedekahkan Alfatihah buat arwah uncle.

      Delete
  10. Al fatihah buat arwah suami auntie

    http://jualobatjerawat.com

    ReplyDelete
  11. Assalam Auntie.. Sy baru tahu berita ni.. tertanya2 sy sejak bila arwah tak sihat.. Baru sedar dh lama sgt sy tak 'blogwalking' hampir setahun.. ni baru sy baca entree2 auntie sehingga 2014 (air mata dh bergenang2). Al fatihah buat arwah suami auntie.. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.. Ditempatkan bersama para solehin..
    Semoga auntie sekeluarga tabah dengan ujian ini..

    ReplyDelete
  12. salam auntie...sedih sangat...bergenang air mata saya... semoga auntie tetap tabah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...