Followers

Friday, November 6, 2015

Amat Berbeza

Salam Jumaat untuk readers
Ada ker yang merindui auntie?
Perasan betul auntie kan?

Sebenarnya auntie dah berkali2
duduk depan lappy ni
letak jari2 dipermukaan papan kekunci
cuba untuk menulis tapi..
entahlah..jari2 tak bergerak
walaupun bermacam2 cerita dikepala
akhirnya auntie bangun dari kerusi ni..

Kesihatan pulak tak berapa sihat
Seluruh badan bisa setiap inci
Layan ubat pain killer setiap hari
hinggakan perut auntie meragam
pedihhh..

Hari ni hari yang ke 71 auntie ber'iddah
Perit betul perasaan kehilangan teman yang disayangi
yang selama ini telah menempat berpuluh tahun dihati
tempat bergantung, berkasih, bermanja dan
berbual, selama 38 tahun


Suami ku...
Pemergian mu..
membuat hadirnya
kesedihan, kekosongan dan kerinduan
dalam diri ini

Malam dipenuhi dengan tangis
Tangis air mata membasahi pipi
Tangis dihati siapa tak ketahui
Siang ku nanti
tapi masih terasa sunyi
Terbayang kenangan bersama
Ku simpan dihati

Inilah suratan buat ku
Suami ku pergi kini
Akan ku menyusul jua 
bila tiba masa panggilan Ilahi
Yang telah dijanjikan nanti..




Alfatihah buat mu sayangku..
Burhanuddin bin Aliman



Auntie tidak rasa malu untuk meluahkan
Apa yang auntie rasa dan alami
Apabila perasaan ni melanda setiap kali
Auntie perbanyak membawa zikir


Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
"Lahaula wala quwwata illa billah adalah salah satu khazanah syurga"
(HR Bukhari dan Muslim)
"Sesiapa yang mengucapkan zikir ini, maka ia nya menjadi ubat kepada 99 penyakit,
Yang paling ringan adalah kebimbangan"
(HR Tabrani)

Alhamdulillah, walaupun masih bersedih
akan tetapi tidak lah sebak, sempit dan ketat dada
Semoga auntie terus tabah dengan semangat yang nipis ini
dengan izin Allah swt jua

Auntie sudah pun meneruskan aktiviti harian
memasak, membasuh dan sebagainya
tapi rasanya masakkan auntie sudah tidak seenak dulu
mungkin kerana ramuan yang ter'akhir tidak ada dalam masakkan
Yaitu
Ramuan kasih untuk suami
yang tinggal hanya
ramuan kasih untuk anak2..
bila kurang satu ramuan mestilah 'lari' rasa masakkannya
Betul tak?

Anak2,
adakah mereka membantu kesedihan yang melanda?
Mereka ada kehidupan masing2
Auntie pun tidak mahu menambahkan kesedihan mereka
kehilangan kasih sayang seorang ayah
Kesedihan kehilangan ayah dan ibu,  telah pun auntie lalui
memang sedih..tapi
Tak sama..
Amat Berbeza

Maaf, n3 auntie berbaur sedih selama pemergian arwah uncle
masihkah readers auntie mahu membaca penulisan auntie
jika mahu auntie cuba meneruskan
jika jemu, sila lah bagi tahu
supaya auntie berhenti sementara..

31 comments:

  1. Assalamualaikum,
    jangan lupa jaga kesihatan tau

    ReplyDelete
  2. Of course kakak masih mahu membaca coretan auntie
    Kalau kakak yg sekadar membaca dan selalu berkunjung sini pun terasa sedihnya
    Apa lagi auntie yg selalu bersama, menjaga ketika sakitnya sehingga akhirnya dia pergi. Subhanallah
    Sabar ye auntie..

    ReplyDelete
  3. Salam Auntie, saya selalu ternanti nanti entry terbaru auntie walau apa pun jua cerita. Kongsikanlah dengan readers auntie apa yang terbuku di dada, mudah mudahan lega selepas meluahkan. Doa saya moga auntie terus tabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali HG,

      Terima Kasih atas doa utk auntie.

      Delete
  4. SA faham perasaan auntie..banyakkan bersabar ye auntie..sedekahkan dengan ayat- ayat suci agar auntie tenang...mana tau hadir arwah dalam mimpi walau tidak realiti...at least terubat rindu di hati kan..Alfatihah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA auntie ada juga bermimpikan arwah, tak berkata2 dalam mimpi hanya nampak sekilas lalu

      Delete
  5. Salam auntie. saya merindui nukilan auntie. sebab saya rasa penulisan auntie sangat jujur. x pe lah auntie. ambillah masa banyak mana pun utk pulihkan semangat. mmg susah auntie nak melalui hari2 akan mendatang. tapi hidup mesti diteruskan. InsyaAllah saya tau auntie kuat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Kak Jah,

      Terima Kasih kerana memahami dan setia menunggu penulisan auntie.

      Delete
  6. untie..terus kn menulis..please...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay dear, I will try, maybe once auntie get my strength recovered. TQ dear

      Delete
  7. Takziah sekali lg auntie.

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum aunt
    moga sentiasa sihat ...Allah sedih saya baca n3 aunt tapi saya suka baca penulisan aunt ..moga aunt kuat n tabah disamping anak2 ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam annapeje

      Ermmm....terima kasih atas doa utk auntie

      Delete
  9. assalamualaikum, auntie.
    semoga sihat selalu. semoga auntie tabah dgn dugaan ini. sy akan selalu support auntie & blog auntie ni. take care :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Wani,

      Ribuan terima kasih atas doa2 utk auntie, dan terima kasih suppport blog ini..hihihi

      Delete
  10. salam..al-fatihah untuk arwah...u are such a strong woman auntie...i love u...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali shuweet

      I love you too , dont know when we will meet, maybe someday

      Delete
  11. Assalamualaikum, please check if your BP and glucose ok so you stay fit! As for the bisa..maybe you need to drink lots of LFM so you can sleep and roaming mind..
    There will always bee flashbacks. dek, it was almost 4 decades togetherness. But his final days were always in pain. I believe your love for him will remain positive. Already your are able to share your pain and sorrow with us.
    Find a bottle of Braggs Apple cider vinegar and see if it can help your pins and needles.
    My best wishes for your healing..and look at your pluses - the children and grandchildren!
    They need you still. I would like to have your recipes for they look delicious but I am a heart patient..
    Boleh tengok tak berani makan.
    Wassalam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Sabihah,

      TQ for the lengthy reply.
      You are a good person with lots of advises to yr friends.
      Felt so great reading yr comments.

      Delete
  12. Assalamualaikim aunty! Mestila rindu dgn coretan aunty. Faham aunty masih bersedih.. meh laa luah kat blog.. bole kurangkan sket rasa gundah tu.. selagi ada masa akan saya baca coretan aunty tu. Aunty, semoga cepat sembuh. Saya selalu doakan aunty dan arwah uncle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam CikFa,

      hihihihi rindu yea? tq tq tq.sudi doakan auntie dan arwah uncle.

      Delete
  13. Assalamualaikum Aunty,

    Takziah aunty...dan semoga sentiasa tabah.
    Aunty teruskanlah menulis. Saya suka sangat dengan cerita2 aunty.

    Salam sayang dari Kota Kinabalu...


    Linda Azni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Ms Figure,

      Terima Kasih atas ucapan dan doa.
      selalu MF tinggalkan komen kat auntie, terharu
      Terima Kasih atas kiriman sayang dari KK

      Delete
  14. Assalamualaikum auntie.sy suka baca cerita2 auntie..selama ni sy silent reader je kat blog antie..tp sy mmg hrp kan entry baru dr auntie tiap hari..tiap2 hari sy akan buka blog auntie..tp kdg3 xde entry baru..sy faham auntie masih lg besedih..tp plz auntie teruskan mnulis..kdg kalau rindu kt auntie sy bc ulang2 entry lama2 kt blog auntie..hehe..okla auntie,take care...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Wan,

      ohhh yea ke, setiap hari buka blog auntie, aduhai, maaflah, auntie kurang menulis sekarang.
      Masih dalam keadaan bersedih.
      InSyaAllah akan pulih nanti.

      Delete
  15. salam auntie... lama dh sy xsinggah page auntie... last bulan 7 yg lalu... jd last week br sy buka semula... menangis sy bc auntie... xde kekuatan nk comment... arini br sy ade kekuatan utk bc n komen.. itupon air mata masih bergenang... kebetulan yg lg sdey arwah uncle pegi pd hari lahir sy... al fatihah utk uncle... sy phm perasaan auntie.. sy phm pedihnya rs kehilangan insan tersayang.. sy juga pernah rs knnya.. masa arwah ayah sy pergi pd 2tahun lalu. tp sy tau auntie kuat.. jg kesihatan ya auntie... sy percaya byk jugak silent reader yg syg n phm auntie mcm sy.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...