Followers

Friday, October 23, 2015

Selamat BerPuasa Asyura

Salam readers
Apa khabar?
Semoga dirahmati dan diberkati Allah

Hari ini hari yang ke 57 arwah uncle kembali kerahmahtullah
Al-Fatihah untuknya

Alhamdulillah, selepas 40 hari
auntie dah kurang menangis
tidak saperti sebelum2nya
pandangan jadi kabur
bercakapcakap sorang2 spt arwah masih ada
anakanda2 marah auntie
kenapa mama cakap sorang2..
tapi auntie tak jawab hanya mengalir air mata
dah cuba untuk tidak menangis
ketika mengingati atau terkenang arwah uncle
tak tahulah, tiba2 air mata akan mengalir
dan jatuh berjujuran..
selalunya anak bungsu auntie Noy yang bertanya
mengapa mama termenangis
Tak ada apa2 kata auntie
cuma terkenang2 dan kerinduan
tak tahu macam mana nak luahkan betapa terasa kehilangan
Adakalanya Noy dan auntie akan berpelukkan menangis sama2


Apa kah yang auntie selalu cakap2kan sorang2?
ermm...
Papaaaaa, badan mama sakit
Papa tak ada nak picit
Papaaaaaa...

Ini selalu auntie sebut2 sampai mengeluarkan kata2/suara
Dalam hati pula tanpa suara
toksah kata lah
macam2.....

Kematian
semua akan pergi...
tiada siapa akan terkecuali






Hari ni hari Jumaat
Hari ni juga merupa Hari Asyura 
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. 
Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. 
Ini disebabkan hari Asyura adalah hari 
yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa pada hari Asyura. 
Ini adalah amalan sunat bukan kewajiban.

Sedutan dari hasil en googles

Masyarakat Islam turut percaya berlakunya kejadian2 besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.
Pada yang berpuasa, selamat berpuasa.
Pernah makan bubur asyura?
Auntie teringin juga tapi kat mana nak order?
Nak buat memang tak berbaloi sebab rumah auntie 
tiada sapa yang suka makan

Apalah, Apakah??

teringin ni, teringin tu
hentikan segala keinginan makan2
boleh tak?
teringin auntie tidak kritikal 
tidaklah sampai nak masuk dalam gua kempunan..

Hambar rasanya n3 ni kan?
sehambar yang auntie lalui masa kini
yealah, auntie sedang menjalani iddah dalam keadaan bersedih
ada beberapa jemputan kawin
ada sedara yang sakit
gigi perlu rawatan
semuanya auntie tidak pergi
tunggulah2 dulu...sampai iddah tamat

Anakanda Pija menanya kenapa tak menulis blog

Dah lama mama mendiamkan diri
Entahlah, kepala dan perasaan belum imbang lagi
masih ting tong..
tapi auntie tak boleh ikut hati larrra terlalu lama
bersedih berpanjangan juga tidak baik untuk kesihatan
tapi bagi auntie menangis bukan suatu kelemahan
malah ia bertahan untuk menguatkan perasaan






I will be okay 
InSyaAllah

Menantu auntie Ariff dan Noy pelawa pergi umrah
Pergi bersama satu keluarganya
bulan Feb atau March tahun depan
Ketika tu auntie dah tamat masa iddah
Auntie belum bagi kata putus lagi pada mereka
Anakanda abam Haji suruh auntie pergi
Nengoklah dengan izinNYA 
pergi lah nanti..

6 comments:

  1. auntie, fieza doakan semangat auntie semakin kuat menghadapi masa mendatang. hanya masa yang akan pulihkan semula.
    take care auntie :)

    ReplyDelete
  2. Bagus juga akak terima pelawaan mereka untuk mengejakan umrah itu.

    Semoga akak diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah nanti...

    ReplyDelete
  3. Berpuluh tahun hidup bersama pasti perasaan itu sukar auntie tapi apa daya kita sebagai hambaNya kan
    Moga allahyarham uncle tenang di sana
    Pelawaan anak-anak utk umrah tu amatlah baik auntie - pergilah..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.

    apa khabar, auntie? be strong ok. semoga Allah beri ketenangan kepada auntie. yang sudah tiada tetap kita kenang dan sayang. one day akan ditemukan kembali semuanya, insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. semoga auntie diberi kekuatan dan ketenangan...be strong ya auntie..

    ReplyDelete
  6. Keep strong auntie...sya doakan auntie kuat dan tabah mnghadapi hari2 mendatang...yg oergi tetap pergi..kita yg hdup harus.berjuang...
    (Farzen Fasihah)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...