Followers

Tuesday, October 6, 2015

BerCerai Juga Akhirnya

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Al-Fatihah

Hari ini hari yang ke 40 kembalinya arwah suami auntie
Burhanuddin bin Aliman

Bagaimana auntie menghadapi harian auntie tanpanya?
Amat sedih dan pilu..
Menangis dan menangis
Bukan auntie menangis arwah telah dijemput Allah
akan tetapi
auntie menangis kerinduan bersama2nya

Setiap inci rumah ni terpahat kenangan
Ruang tamu, bilik air, bilik tidur dan dapur
Terpandang2 auntie akan kehadiran arwah berada disetiap tempat2 tu
Terlalu manis ketika ada hayatnya dan terlalu pahit bila sudah tiada..

Auntie tak langsung membelek2 gambar2 arwah
Tapi anak2 selalu tunjuk gambar2 arwah di h/phone2 mereka
Akan berjujuran air mata auntie
Entahlah, tak sepatutnya auntie sebegini 
sebagai seorang tua
Tapi auntie rasa 
'hati' tiada umur tua atau muda
Rindu, sedih, gembira dan takut adalah perasaan yang sama
bagi yang tua atau pun muda

Terngiang2 pesanan arwah ayah auntie
ketika auntie berkahwin dengan arwah
"Kahwin biarlah bercerai mati jangan bercerai hidup"
"Amanat Allah menjodohkan"
" Bergegar Arassy Allah Kerana Talak maka janganlah bercerai"

Abahhhhh..... nani dah pun memengang amanat abah
Nani bercerai mati abah..
hari ni nani menjalani iddah yang ke 40 hari

Arrrghhhh..tak leh continue
Tersedu sedan ni
Nanti2 dulu....


22 comments:

  1. sabar ye auntie...saya doakan auntie kuat..walaupun saya tak pernah mengalami apa yg auntie alami but I know u miss arwah uncle so much...perasaan seorang isteri..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum auntie.

    semoga auntie sihat selalu. yang penting Allah selalu ada bersama kita. be strong ok.

    ReplyDelete
  3. Al fatihah..semoga sentisa kuat dan tabah yer auntie

    ReplyDelete
  4. moga aunt tabah dan kuat ..hanya kata2 semangat jerk yang mampu diucapkan ..berat lagi bahu yang memikul

    ReplyDelete
  5. Dear Aunty Nani, I lost my father to the diabetes two yrs ago. He was 63 yrs old. And my mom, brother and I are trying so hard to handle our grief since then. Some days are fine and some days when our hearts are grieving, the tears keep flowing. Salam takziah dan semoga Auntie Nani sekeluarga sentiasa sihat dan tabah menghadapi hari2 yg mendatang.

    ReplyDelete
  6. Dear Aunty
    I understand how u feel.........saya doakan aunty kuat. Take care aunty

    ReplyDelete
  7. puan. sedih saya membaca.Mcm boleh rasa how u feel.tak pandai saya nak nasihat cuma tabahlah menghadapi hari2 tanpanya.masa akan menjadi ubatnya..kian lama puan akan dapat kembali sprti sediakala.

    ReplyDelete
  8. moga aunty d beri kekuatan & tabah,

    ReplyDelete
  9. Salam takziah dan Al-Fatihah. Semuga Auntie Nani sentiasa sihat, tabah dan kuat iman.

    ReplyDelete
  10. Bertabahlah Akak. Jangan putus berdoa yang baik-baik. Akak masih ada anak-anak yang mendambakan kehadiran akak walaupun abang sudah tiada...

    InsyaAllah, roh abang sedang bersama penciptanya.

    ReplyDelete
  11. Semoga auntie kuat. Moga Arwah uncle ditempatkan dlm kalangan org beriman

    ReplyDelete
  12. Semoga Aunty tabah sentiasa.

    ReplyDelete
  13. Dek Nanie its still baru so all I can say, doa dan sabar serta ingat, he still in your heart!
    Sentiase doakan rohnya aman dan tenteram. Perginya lebih baik dari derita yang dialami.
    Kita sayangkan dia bila redha - dia telah diselamatkan dari derita seeorang yang pernah jadi Perwira.
    Pahit baginya, diakhir hayat menjadi lesu dan tak bermaya! Sayang means lepaskan hati dari perangkap deritanya. Penyakit yang dihidapi tak dapat membantu di saat akhir.
    I can see adek and disayang, a loving couple.
    Treasure those loving and lovely memorable moments. Doakan anak-anak berjaya mengecapi ape yang adek lalui selama bersama Allahyarham. Remeber his strong moments and endured pain.
    Absence makes the Heart Grows fonder..Wassalam.

    ReplyDelete
  14. Kuatkan semangat untie... Kerinduan akan ada buat uncle selamanya kasih sayang juga akan sentiasa ada di situ.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Auntie.. Na dapat rasa apa perasaan Aunty sekarang. Nangislah Aunty lepas nangis kita rasa lega. Kemudian istighfar byk2..InsyaAllah ada sedikit kekuatan disitu. Hari ini Na dah 125hari dalam tempoh iddah. Makin lama rindu makin mencengkam dada. Tapi kita dapat adapt rasa tu Aunty.. Kawan2 kata Na kuat tapi hakikatnya kita rebah depan Allah. Setiap kali berdoa, kita merintih mohon diberi kekuatan... Na doakan Aunty sehat ye. Makan tau.. #pelukketat2

    ReplyDelete
  16. Betapa berat mata membaca. Berat lagi orang yang menghadapinya. Saya doakan semoga akak terus tabah mengahadapi dugaan ini. Saya dapat merasainya ketika arwah isteri pergi buat selama2nya. Dapur tidak berbunyi. Mesin jahit tidak bergerak. Hanya memori yang sering berkunjung. Semoa Allah tempatkan insan yang paling kita sayang di tempat yang paling mulia di sisi Allah. Aameen

    ReplyDelete
  17. Sabar ye aunty.. Inshaa Allah akan berjumpa du sana

    ReplyDelete
  18. Salam Aunty, I have been your silent reader since 2009.. Salam takziah atas pemergian arwah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Rina doakan Auntie and family tabah disaat2 yang sulit ni.
    Take care Aunty Nani & family.

    ReplyDelete
  19. Kak sabar ya. Saya telah dulu kehilangan suami. Arwah telah kembali pada penciptanya hampir 10 thn yg lalu. Tahun pertama, saya sering nangis bila berseorangan esp. While driving. And i never cried in front of my only daughter. Be strong kak. Kita doakan agar Allah ganjarkan yg terbaik utk diri kita & yg telah pergi.

    ReplyDelete
  20. salam aunty..semoga auntie tabah...be strong...i know you strong...

    ReplyDelete
  21. Salam aunty..im one of ur silent reader..love to read all ur stories..be strong aunty..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...