Followers

Tuesday, September 22, 2015

Kenangan BerWukuf DiArafah

Masih terbayang2
Keadaan berwukuf diArafah

Perjalanan bermula 
pada Oktober 2hb, 3hb dan 4hb 2014
DiArafah - Wukuf, berkumpul di bawah langit padang Arafah
Muzdalifah - Mabit, mengutip batu kerikil dan 
Mina - Tasriq - melontar Jamrah

Hati auntie berdebar2
Wukuf adalah kemuncak haji yang sangat penting
Rasullullah saw pernah menyatakan bahawa
"haji adalah wukuf"
Tanpa wukuf tiada artinya ibadah haji
Jemaah digalakkan perbanyakkan membaca Alquran
bermunajat, berzikir, bersolat sunat dan berdoa.

Macam2 cerita yang auntie dengar
sebelum mengalami sendiri
cerita2 org tua dari auntie zaman kanak2
sehinggalah auntie sampai disitu dan mengalaminya sendiri
Allahu Akbar...
pengalaman yang sungguh indah dan nikmat bagi diri auntie ketika itu

Lama betul auntie break cerita pengalaman auntie menunaikan fardu haji

Hati amat berat sebenarnya nak memulakan menulis
dalam keadaan ber'iddah dan ber'ihdad
Hati masih berduka, hiba, pilu, rindu 
Auntie hanya mampu sampaikan
melalui Alfatihah setiap kali auntie terkenang akan arwah
Hari ni hari yang ke 26 auntie kehilangan suami
yang amat2 auntie sayangi
Yang telah kembali kerahmatullah  
Pada penghulu hari, iaitu hari
JUMAAT  pukul 3 petang 28hb AUGUST 2015 yang lalu
(Dengan izinNya jua, InSyaAllah auntie akan cerita
saat2 akhir bersama2 arwah)

Akan tetapi memandangkan
akan bermulalah 
kemuncak Ibadah Haji ya itu Wukuf untuk tahun Hijrah 1436
maka auntie sambung apa yang telah auntie lalui
di Arafah tahun lalu Hijrah 1435

Hari Wukuf, jemaah berhimpun diPadang Arafah 
selama separuh hari sebelum ke Muzdalifah untuk mengutip batu2 kerikil

Jom jalan2 nengok gambar2 kenangan auntie disana
Semua pun dah tahu kan? Auntie menunaikan fardu
kelima ini dengan urusan TBHaji secara muassasah
yaitu cost yang paling murah untuk menunaikan fardu Haji
selama 42 hari
tapi auntie rasa amat berpuas hati
bersyukur atas limpah kurnia Allah s.w.t
Segala2nya dipermudahkan
dengan KESELESAAN 
Alhamdulillah

Kami diberi tikar plastik berwarna hijau diKLumpur lagi sebelum 
berangkat ketanah suci
Tikar yang amat berguna buat kami jemaah muassasah

Sampai saja di Muzdalifah
auntie terbaring atas tikar
Itulah pengalaman pertama auntie sakit sepanjang musim haji
sebabnya...
Insulin auntie diserahkan pada doktor
Kata doktor, khuatir insulin akan rosak dgn cuaca panas
diArafah nanti
Bila perlu inject datanglah kekhemah perubatan
Huahhhhhh...tak auntie menyangka sebegini
Auntie makan tanpa insulin
Maka muka, kaki tangan auntie kebas
Badan bisa2..dan lemahhhhh




Sepatutnya, auntie bawa spare satu dalam beg auntie sendiri
Kesian anakanda Ayol tercari2 wakil penyelia tabung haji..
nak bertanya dimana Doktor Malaysia 
Tempat tu seluas padang bola 
manalah nak jumpa

Muka sakit

Pabila auntie dah tak larat berdiri
Maka anakanda Ayol kumpulkan batu2 kerikil
dan longgok tepi auntie 
Auntie pun kutip dan pilih satu2 dan masukkan dalam uncang



Persiapan batu2 kerikil untuk melontar ketiga tiga Jamrah di Mina - bertasriq
iaitu
Jamrah Al-Ula, 
Jamrah Al-Wusta dan 
Jamrah Al-Aqabah

Pihak pengurusan TBH ada memberi schedule melontar pada jemaah2

Ini schedule maktab auntie

Jom jalan2 pula ke khemah auntie diArafah
Ermm.. dibawah khemah yang lusuh dan reput
Beralaskan permaidani yang berpasir dan berdebu
Khemah2 tu tak tahulah
adakah dipunyai oleh TBH atau Arab Saudi

Teman2 sebilik hotel di Mekah
yang tertera bernombor 1, 2, 6 dan 10
menjadi teman2 dikhemah semaktab diArafah 
Selebihnya adalah jemaah yang auntie tidak kenal
maka kami berkenalanlah disitu





Khemah dipasang tak rapat
Maka cahaya matahari bila menyinsing akan
'tembak' menyuluh jemaah
Maka berpindah tempat lah kami lari dari sinaran matahari



Tikar plastik tu digunakan lagi
kami tidur beralaskan tikar tu
berbantalkan beg galas kuning 

Auntie dah train diri tidur berlapik comforter berbulan2
sebaik tahu dapat panggilan untuk menunaikan haji
Jadi auntie dah terbiasa, okay saja bagi auntie keadaan gini


Di pokok bambu nilah tempat auntie bersandar

Panas kah diArafah?
Sangat terik panasnya
Hari Wukuf hari paling mencabar
perlu daya ketahan mental, fizikal lebih2 lagi spritual.

Ada juga jemaah2 yang dehyrated
Pengsan lalu diusung kekhemah perubatan
Ada juga yang berkondisi koma
Apa yang disebut2 disana?
'Heat Stroke' jika tak silap
Memang kami dinasihati minum air banyak2
Air mineral diedarkan berbotol2 utk kami
Ada juga ais dibekalkan berbaldi2
tapi kena angkut dari khemah dapur
hihihihi kawan auntie sanggup
angkut untuk siram badan

Kami juga diberi botol spray kosong utk digunakan mengisi air
Percikkan air dimuka amat membantu ketika kepanasan
Ada juga kipas kecil bateri tapi tak terasa hasil angin

Alhamdulillah..
Rezeki kami jemaah tahun lalu
Kami dianugerahkan
Hembusan Angin Bayu diArafah
Ada auntie rakam disini




Rezeki auntie 
Tandas betul2 berdepan dengan khemah
maka tak de lah auntie berjalan jauh bila nak mandi dan berwudhu
dengan menggunakan tongkat 'sakti'
auntie perlahan2 menapak
mata tangga tu..

Rezeki auntie
Tak perlu beratur lama 
Bila jemaah yang beratur melihat
auntie bertongkat, mereka dulukan auntie
Baik diArafah dan Mina juga
Alhamdulillah..


Tanah yang kering lagi gersang, tiada rumput yang tumbuh

Ada menteri saing auntie tahun lalu
Mereka datang ziarah khemah kami
Terkedek2 auntie nak ambil gambar buat kenangan
sampai tercicir tasbih yang auntie beli diMekah
huahhhhhh
Rezeki lagi
tasbih auntie,  kenal tuannya
dapat balik pulak tu
kawan auntie jumpa mana entah..



Apa yang di ceramahkan?
Entahlah auntie tak dapat dengar








Langit Arafah membiru
Ada awan
Ada angin yang melambai2




Langit senja
Kami jemaah bersiap2 untuk ke Mina pula






Sebahagian gambar2 yang diambil oleh anakanda Ayol
dikhemah jemaah lelaki di Arafah



Ishhhh...sempat anakanda berselfie selfie yea..






 Ayahanda2 anakanda diMusim Haji yang mengajar melilit sarban 


Wukuf di Padang Arafah juga adalah memperingati peristiwa
Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan kebumi dari syurga
kerana terpedaya oleh tipu daya iblis.

InsyaAllah auntie akan sambung lagi
Pengalaman auntie di Mina bertasriq nanti










9 comments:

  1. Salam takziah aunty...
    Gembira tengok aunty dah mula menulis balik. Jangan berhenti menulis ye aunty, tulisan aunty sangat berkesan dan menyentuh hati.
    Saya doakan aunty sihat selalu, insyaalah semuanya akan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, Bestnya auntie pergi haji. :) Doakan saya dan keluarga dapat pergi juga ya. Alhamdulillah auntie.

    ReplyDelete
  3. Saya suka baca pengalaman org menunaikan fardhu haji...tq atas perkongsian ni yea auntie...;)

    ReplyDelete
  4. Inalillahiwainnailaihirajiuun. Salam takziah aunty. Semoga roh uncle dicucuri rahmat, diampunkan dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

    ReplyDelete
  5. Tahun lepas juga suami Aina berada di sana bersama jutaan jemaah haji mengerjakan rukun islam yg ke 5.

    ReplyDelete
  6. Alfatihah..
    Salam takziah buat aunty dn anak2..
    Moga tabah dalam meneruskan kehidupan seterusnya...
    Moga Allah tempatkan arwah bersama org2 yg beriman..

    ReplyDelete
  7. Salam aunty. Terima kasih atas coretan yg mninggalkan kesan. Teruskan menulis ye aunty. Seronok baca pgalaman autnty dan terasa spt ada kt tanah suci. Al-fatihah utk uncle dan semoga rohnya dilimpahi rahmat kasih sayang Ilahi. Aminn.

    ReplyDelete
  8. Assalamulaikum, Allahuakbar, sedih baru baca hal permergian Kanda tercinta, dah 26 hari!
    Semoga adik tabah dan redha - arwah berada ditempat jauh dari derita hidupnye. Yang mushkil beliau tak lama bertahan.Takziah atas kehilangan tersayang buat selama-lamanya.
    Ingat nak ucap Selamat AidilAdha..tak sesuai dalam keadaan adik sekarang. Bersabar, demikian lah kalau pesakit jantung - tak tahu bila Allah jemput.
    Your take care, Salam ikhlas, dari Kak Shakirin, al-Fatihah!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Aunty. Alhamdulilah Auntu dah mula menulis.Saya tertunggu2 dan rindu nak baca coretan aunty. Saya doakan Aunty sentiasa tenang ,sentiasa bisikkan nama Allah dan berzikir, ya Aunty. Saya doakan roh arwah Uncle tenang di sana. Terima kasih aunty for the pictures. Terkenang saat saya dan suami di Arafah 2 tahun sudah.kenangan yg amat manis, yang akan dikenang sehingga ke akhir hayat . Aunty, do take care of yourself. Because uncle surely wants you to always be happy and at peace. Love you, Aunty.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...