Followers

Friday, August 14, 2015

Ramadhan dan Syawal Hijrah 1436

Tinggal dua hari saja Syawal berbaki
Didatangi pula bulan Zulkaedah
Semoga auntie dapat terus mengerjakan 
puasa sunat Isnin, khamis
Dengan izinNya jua

Tahun ini tak sempat auntie bercerita Ramadhan dan Syawal
Tak per auntie ringkaskan dalam N3 ni
Ermmm...ingatan auntie pun dah mudah lupa2 
Jadi auntie tulis sikit2 buat kenangan 

Bulan Ramadhan yang lalu
Semua readers sedia maklum uncle dah dirumah masa tu
5 ramadhan uncle discharged dari hospital
Kami sekeluarga memang kelam kabut
Belum reti nak handle dan manage uncle
Makan masa hampir satu jam
Kami menguruskan setiap sessi
Salin lampin, sedut kahak
lap seluruh badan, pakaikan baju, susukan dan persedian ubat2
Kadang kala perlu salin cadar dan sarung bantal
Bila uncle buat 'hal'
Terpancut kencing dan termuntah susu
Hihihi
Sabar jerlah...

Apabila kepenatan 
Auntie tak larat lah masak memasak
Sebulan dapur auntie tak berasap
Anakanda Pija beli setiap hari
Kecuali jika dia ada jemputan berbuka diluar
Anakanda Abam Aji pula lah akan mencari lauk dan kuih muih
Lauk selalunya dibeli mencukupi hingga kesahur
Auntie hanya perlu panaskan saja

Kami beli lauk pauk pada orang2 yang dah biasa setiap tahun
Lauk pauk yang rasanya saperti auntie masak sendiri
Jadi bolehlah makan dan tidak rasa jemu
Sampai sahur pun tak basi
Alhamdulillah
Aduhai, 
Air pun dibelinya juga
Melayan air tebu, mata kucing, jagung, asam boi
Tembikai, soya, lencikang dan entah apa2 lagilah

Sepanjang bulan Ramadhan tahun ini
Anakanda Pija berbelanja besar untuk kami anak branak berbuka
Alhamdulillah
Semoga Allah memberi ganjaran bekalan untuk dunia abadinya nanti
Aamiin

Bulan ramadhan ini juga
Anakanda Pija suami isteri tidur dirumah auntie
Lepas sahur dan sesudah subuh baru dia suami isteri balik
Sebab mlm adalah shift pija, ben dan abam aji untuk jaga uncle
Hihihi

Walaupun penghujung ramadhan tiba
Persiapan Hari Raya tiada lansung terlintas bagi auntie
Dari segi perhiasan rumah, pakaian atau kuih muih

Again anakanda Pija order segala macam biskut
Tapi auntie tak pula ambil gambar biskut2 yg Pija beli
Mewah lah sangat, rasa2 auntie mahu ada sampai rm500 or lebih
Ada dekat 30++ telap bermacam2 jenis biskut
Adik perempuan Ben pun bagi macam2 jenis biskut
Anak buah auntie pun ada buatkan biskut untuk auntie
Kek macam2 jenis, lapis, buah, butter and cheese
Berkotak2 juga diberi oleh adik dan kawan2
Rezeki amatlah mewah raya ni
Hingga auntie bersedekah biskut2 dan kek2
dari seawal bulan ramadhan lagi
pada tukang physio dan kawan2 yang datang
Malah masih ada lagi yang belum berbuka balang2 biskut
Tak per, slow2 makan dgn black coffee

Some of the pic taken





hihihi gambar dari facebook
dalam galary dah terdelete


Biskut Yang masih menunggu untuk dimakan


Auntie lansung tiada hati nak berseronok Syawal kali ni
Hingga bekas/balang biskut raya pun tak digunakan
Auntie keluarkan dari lemari, basuh tapi
entahlah...
Hidang terus bekas plastik tu
Tak pernah auntie buat macam ini 
Hati auntie hanya  memikirkan uncle yang masih terlantar
Auntie lansung tidak kemana2 Syawal tahun ini
Hanya sebuah rumah saja auntie beraya
Rumah besan (mak Arif)
Yea hanya dialah satu2 nya besan auntie
Yang ambil tahu keadaan auntie dan uncle

Mak Ariff sedang sibuk sangat tu sbb adik perempuan Arif 
Akan melansungkan hari bahagianya
Hujung minggu ni

Wah..hujung minggu ni
Auntie ada empat jemputan
Daripada pagi hingga ke malam
Auntie hanya akan pergi tiga jemputan saja
Yang terdekat di kawasan auntie
Yang jauh nun di tengah bandar KL
Memang tak dapatlah auntie pergi

Pagi Syawal pertama
Auntie berselfie bila sudah bersiap
hihihi


Ini Noy snapkan
Jubah auntie gi Haji Tahun lalu
Kali kedua pakai
Shawl baru, Noy belikan







Agak2 kenapa auntie ketap bibir?
Macam2 perasaan ada...
Drama kehidupan...
Tak yah elaborate, nanti kang auntie nangis

Hidangan saperti setiap tahun
Rendang daging, rendang limpa, kuah kacang
Ni Pija order dah dua tahun berturut2
Auntie dah tak mahu renyah2
Auntie hanya masak sambal daging dan kuah lodeh
Itu pun dibantu oleh anakanda pija dan abam aji
Noy fly, selalu mcm tu, tak dapat tolong masak memasak
Persiapan hidangan Hari Raya
Kesemua dimakan dgn nasi impit yg auntie rebus
Lemang dibeli
Ketupat palas pun ada juga
Saudara bau bacang arwah mak
datang hantar berserta rendang ayam mlm raya
Alhamdulillah


Malam Hari Raya pertama baru dapat bersessi bergambar family
Siang amat padat dengn tetamu yang bertali arus
Alhamdulillah...

Macam2 aksi anak2..







Anak2 suruh bergambar dengan uncle buat kenangan
Nampak tak bekas kuning di bantal dan leher uncle
masih belum kering masa tu
huhuhhu



Love you till eternity





Auntie happy bulan Syawal ini
dengan adanya tetamu yang bertandang 
rakan2 tentera, kawan2 kerja  sebelum pencen
kawan2 facebook, blog readers, dan kawan2 sekolah
kawan2 anak...ehhhh ramailah
Love All of Youuuuuuu...

Bagi yang sudi datang jumpa auntie dan uncle
Auntie ucapkan ribuan terima kasih
Semoga di berkati Allah dengan RahmatNya
akan kunjungan kalian

Auntie doakan 
Semoga Allah melipat gandakan
rezeki pada tangan yang menghulur
duit raya pada auntie dan uncle tempoh hari.
Aamiin.

Hingga kita berjumpa lagi dalam penulisan akan datang
InSyaAllah..

P/s :
Maaf auntie tak sempat nak menjawab 
satu persatu komen2 sebelum ni
tapi auntie so happy pada yang sudi
tinggal komen
Honestly..
I love my readerss to scrible down something here..



12 comments:

  1. salam auntie...saya follower baru blog auntie ni...seronok baca kisah hidup auntie...teruskan berblog yer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali nadiah

      Selamat datang, terima kasih.

      hihihii citer lama dah hampir tamat riwayat auntie dah

      Kesihatan dan masa amat mencemburui auntie buat ketika ni tapi
      InSyaAllah slow2 auntie update ya

      Delete
  2. Alhamdulillah, Akak dikurniakan dengan anak menantu yang baik2.

    Mereka membawa keceriaan (jangan dikenang pada yang tak sudi dingati). Sungguh luas rahmat Ilahi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kakcik

      Yang tak sudi kita tinggalkan, teruskan dgn kehidupan
      Allah sentiasa ada bersama orang2 yang benar

      Delete
  3. assalamualaikum, auntie.

    harap auntie dan uncle sihat2 selalu. walaupun auntie agak tak sempat untuk persiapan raya, tapi nampak rezeki mencurah-curah; makanan dan kuih-muih daripada anak-anak, family & friends. semoga dipermudahkan segala urusan, auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam wani,

      Betul wani, rezeki mencurah2 hinggakan 2 tiga hari sudah masih ada lagi yang menghulurr
      biskut2 raya dan kek.

      Auntie tak termakan, auntie distribute pula pada jiran2.

      Delete
  4. i love u too auntie ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same goes to you Ai

      Bilalah kita nak berjumpa, so near yet so far

      Delete
  5. Assalamualaikum aunty. Semoga aunty sekeluarga kuat dan tabah dan diberikan kesihatan yg baik utk menjaga uncle. Sy doakan uncle sembuh smula insyaallah . Salam sayang dr saya dr terengganu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam dear marina,
      .
      Aamiin doa tersebut

      Terima Kasih menyayangi auntie.

      Delete
  6. AsSalam hope cinta sayang and You coping. I was sick sometime as I have also a heart problem and KM so I forgot my password for another Account - Shakirin.
    Kemarin they kebumi Gen Sani so I thought of your sayang and U too!
    Please try and cari daun mambo (Neem) for his bed sores, rebus atau blender aje daun tapis air dan campo siki-sikit dgn bedak sejuk (gd quality).
    May Allah look after you both. Semoga he pulih sediakala!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sabihah,
      I have to be steady to look after my cinta sayang.
      Take care of your health too Sabihah.

      Alfatihah to arwah Tan Sri Sani,
      Suraya Sani is my friend, we perform our haj together last year.
      My husband's bedsores is slowly healing up. Alhamdulillah.

      Aamiin for your doa and TQ

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...