Followers

Thursday, August 27, 2015

Bintang2 Yang Menyinar Dilangit Gugur Dipangkuan Ku

Selesai solat duha pukul 11:00 pagi
Bell rumah berbunyi
Auntie buka telekung, capai tudung
Buka daun pintu jengok
Ada poslaju
Pakai selipar, terkedek2 auntie kearah gate
Dengar gema dan pergerakkan bibir
Bila mamat dispatch tu menyebut nama auntie
Hihihi
Auntie sahut kata
Makciklah noraini, sambil letak kan tangan didada
Agaknya bila nengok tangan auntie terketar2
Mamat tu minta no IC pulak
Jadi auntie pun sebut lah satu2
Nasib boleh hafal no IC hihihi

Auntie sambut bungkusan
Lalu masuk kedlm rumah
Capai ipad dan shoot gambar


Pengirim adalah kawan siber facebook
Auntie ni ramai list kawan2 facebook sebaya anak2
Yang dah senja macam auntie boleh bilang dgn jari je
hihihi
Amboi datang dari jauh parcel ni
Nun dari Kulim Kedah
Bila auntie belek bungkusan
Untuk tahu pengirimnya dan dari mana

Masa mengunting sampul plastik tu
Tetiba hati auntie sayu
Mata auntie berair
Tiba2 tersedik doa dihati auntie
Doa bahasa melayu, ayat percakapan biasa
Tapi auntie berhubungkan pada Allah

"Ya Allah,  
Satukan nani dengan insan2 yang menyayangi nani
Sesungguhnya 
Nani tidak mengenali mereka, tak pernah berjumpa mereka
dan mungkin tidak dapat berjumpa mereka semasa didunia
Tapi
Ya Allah, temukan nani di Taman Syurga mu
Supaya kami dapat beramah mesra 
sayang menyanyangi yang bersambungan
Didunia abadi Mu nanti"
Aamiin

Semoga doa dalam puasa ini di makbul oleh NYA
Aamiin


Waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh
Izahan Syemylona Ishak
Aamiin

Auntie jawab dan aamiinkan doa Izahan yg tertera di nota
InSyaAllah, auntie akan munafaatkan kitab2 ini
Terima kasih yang tertinggi dihati auntie buat Izahan yea.

Tertanya2 dihati auntie
Apa yang membuat individu readers auntie menyayangi auntie
Auntie sendiri tak tahu jawapannya
Tapi auntie amat bersyukur pada Allah swt
Kerana mengutuskan insan2 yang baik hati dan murni
Mengisi kehidupan auntie yang dah tua dan uzur ini

Dah lama auntie ambil gambar air ZamZam ni
Dah habis auntie gunakan utk minuman uncle
tapi gambar masih ada tersimpan di galeri photos
Jadi auntie masukkan juga buat kenangan
Terima Kasih ye Chuya

ZamZam 5 kg ni



Selagi lagi, auntie ucapkan
Ribuan terima kasih pada insan2 
yang sentiasa menyanyangi 
Mereka adalah saperti 
bintang2 yang menyinar dilangit
Gugur dipangkuan

~~~Semoga amalan baik ini 
menyinar bercahaya memancar
menerangi kegelapan
Ketika melintasi titian MU nanti~~

Aamiin


14 comments:

  1. Aamiinnn Ya Rabbal Alamin

    ReplyDelete
  2. Alhmdulillah...auntie dikelilingi insan2 yang menyayangi autie walaupun jauh dimata...

    ReplyDelete
  3. Salam aunty
    Aunty disayangi sebab aunty seorang penulis yang jujur, seperti seorang ibu menasihati anak, sebagai seorang kakak yang mendengar keluh kesah si adik, sebagai seorang rakan yang memahami perasaan di hati. Tak terkira betapa berkesan dan besarnya mesej penulisan aunty..............
    Menulislah aunty, tolong jangan berhenti!

    ReplyDelete
  4. aLHAMDULILLAH. Dikelilingi ramai yg menyayangi.

    ReplyDelete
  5. Aamiin....moga kasih sayang kerana allah ini diberi ganjaran syurga untuk semua.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum aunty,

    Alhamdulillah aunty, u are surrounded with so many who love you and pray for you. Kitab Barakat Makkiyyah ni sangat mustajab, one of the best kitab Selawat out there. Saya mengamalkan setiap hari for the past 1yr plus. Nak nangis tengok gambar ni sebab dah ramai org yg saya kenal yg really benefit from it. May Allah make it of benefit and ease for u also aunty, ameen.

    ReplyDelete
  7. Aamiinnn Ya Rabbal Alamin...

    ReplyDelete
  8. Takziah auntie nani..semoga sentiasa tabah..

    ReplyDelete
  9. Aunty nani..takziah ye..semoga aunty dilindungi Allah sentiasa..semoga roh Allahyarham Uncle tenang di sana..Amin!

    ReplyDelete
  10. Salam takziah buat mu kak nanie diatas pemergian suami yang tercinta semoga rohnya ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman dan soleh insyaAllah ameen.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wr wb. Melancung sebentar, semoga adik segar dan sehat melayan yang tersayang.
    Sabar dan tekun adik anal beranak bergilir-gilir!
    Doakan kekanda akan pulih seperti sediakala - keep your spirits up hanye beserah kepada Allah Yang Maha berkuase.
    Begitu lah kita pesakit jantung. Hope you tried the air daun Neem - everything Neem lah, pendek kata, for his skin and sponge. Ori jangan yg Himalaya..
    Wassaam, dari Kak Shakirin.

    ReplyDelete
  12. Takziah aunty.. Semoga aunty terus tabah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...