Followers

Wednesday, July 29, 2015

Teruskan BerSyukur Walaupun Dalam Kesukaran

Wahhhh..lama betul blog terabai
Entahlah badan dan masa mencemburui 
Badan tak berdaya dan masa untuk berihat amat sedikit
Tapi masih lagi boleh menguruskan
rutin harian untuk suami dan anak2
Alhamdulillah
Allah Maha Pengasih dan Penyayang

N3 ni sebenarnya dah ada dalam draft
auntie hanya edit2 sedikit
sayang pula nak delete
Okay lets see what i have here..

****
Auntie mulakan physio therapi dirumah untuk uncle
Bayaran hanya rm 80 - rm 100 satu sessi selama 45 minit
Auntie ambil package 2 kali seminggu



Sessi Pertama


Sessi Kedua

Ada nampak perbezaan uncle
Pergerakkan kaki dan tangan
Selepas beberapa sessi
Kaki uncle kadang2 terjulur terkeluar dari katil
di celah2 besi penghadang tu
hihihi
Maknanya kakinya dah boleh bergerak
Dulu masa mula2
Tangan kanan lebih aktif dari kiri
Tapi sekarang tangan kiri pun dah mula kuat 
Uncle dah boleh cabut tiub dihidungnya 
bergulung tiub ditangan kirinya
hihihi

Kesian pula auntie pada uncle
kerana terlalu kerap cabut feeding tube 
di hidung dan tube dileher
Tangan uncle  terpaksa ditambat dirailing katil
dengan scarf, auntie gunakan scaft sutera
supaya tidak berbirat di pergelangan tangan

Tiub di hidung dah empat kali uncle cabut
Kali pertama memang cemas 
Tak tahu macam mana nak handle
Talipon sana sini klinik kerajaan kata tak buat dirumah
Tanya Private doktor di Setiawangsa, 
charges di kenakan rm250
wah betul2 expensive 

Akhirnya menantu auntie Arif 
talipon khidmat HIC datang kerumah
Alhamdulillah bayarannya hanya rm120

HIC tu
Banyak yang diajarnya pada auntie dan PG

- Bagaimana bersihkan tebukkan dileher uncle
- Mengajar cara menggunakan suction machine 
untuk sedut kahak dileher dan mulut
- Tukarkan brand susu uncle 
sbb stool uncle cair
- Bagaimana nak bersihkan bedsore uncle
- Prescribe ubat2 yang harus di beli 
untuk bersihkan bedsore dan stool

Auntie suka sangat HIC
Service dan staff yang friendly
Jadi dari semenjak itu auntie gunakan 
perkhidmatan mereka
Termasuklah physio terapi 
Alhamdulillah..

Cuma yang tiada khidmat 
Ambulance Kecemasan
Jika ada pasti auntie gunakan mereka juga

Payah betul memahami system Kementerian Kesihatan
Ambulance kecemasan kerajaan hanya 
angkut pesakit dari rumah ke hospital
Tapi dari hospital kerumah 
bila discharge, no way hozeyyyy
Walaupun pesakit dalam keadaan koma or bedridden

Kena panggil private ambulance
Jika ada rawatan susulan kehospital
Ambulance kerajaan tiada khidmat itu dalam klause
Jadi pandai2lah pakai ambulance private
Amboiiii...Boleh tahan bayaran dikenakan
Satu trip rm160 hingga rm 200
ikut masa atau hari
To and fro (pergi dan balik) rm 320 to rm 380
Auntie punya bill/resit Ambulance dah bersusun
Bilamana uncle cabut tube2 
dan rawatan susulan ke hospital

Pernah anakanda abam haji menceritakan pada auntie
Apabila dia lihat
seorang anak membawa ayahnya yang koma
dalam kereta MYVI, seat di recline
dan mendukung ayahnya masuk
ke klinik untuk rawatan susulan
(Nasib baik badan anak badan sado)
Auntie amat faham,  tak semua berkemampuan 
untuk bayaran mengunakan khidmat 
Ambulance Private 
satu trip to and fro rm320

Pesakit macam uncle
ada rawatan susulan yang berbeza2 dalam sebulan
ada susulan untuk  diklinik Neuro dan ada di ENT
tak ker parah gitu..

Yang auntie observed
Ambulance diHospital Tentera ada 6 biji 
Bersusun parking depan wad kecemasan
Begitu juga khidmat kesihatan di Mindef 
Talipon berkali2 tak angkat2
Entahlah...
tunggu berperang baru nak pakai kesemua ambulance tu ke?
Bodohhhh..betul,..
ada kemudahan tapi buat perhiasan?

Satu hal pulak 
Alat yang dileher dan tube dihidung uncle tu
expired setiap 2 minggu 
Bila kena pasang yg baru
Khidmat ambulance lagi..
Nasib auntie baik sbb uncle ada duit dari pencen dia
Jika tidak memang boleh telentang

Memang belanja duit ambulance 
dah boleh pergi buat tambang bercuti
sekurang2nya 
Ostrolia atau Newzealand dah..
hihihihi

Apa2 pun ini semua sudah tersurat
Jadi auntie harus redha

Menantu auntie Arif beli alat leher untuk uncle 
yang boleh tahan setahun
Alhamdulillah


Anakanda abam haji lah yang kerap ambil cuti EL
Sebab nak bawa uncle ke hospital dan rawatan susulan
dialah yang akan duduk menemani
uncle dalam kereta ambulance

Sian anakanda abam haji
sejak papanya sakit, dia berkorban 
Cuti tahunan dan emergency beberapa kali
Harap2 management opis dia faham
keadaan kondisi ayahandanya yang tak dapat dielakkan

Baik betul, bos2 anakanda abam haji
Ada kalanya diberi masuk lewat
Ada juga kalanya diberi unrecorded leave
Auntie amat bersyukur
Hanya Allah saja yang merahmati orang2 spt ini

Gambar perkhidmatan Ambulance Private
Auntie sampai kenal budak2 ni
Amin dan Alif
mereka berdua sepupu
Business mereka sendiri 
Berhenti dari karier guru
Dah ada dua Ambulance sudah





Uncle ada appointment neuro pulak di HKL pada 30/7/2015
Pakai lagilah to and fro Ambulan Private ni

Kos belanja naik berganda2 bila uncle sakit
Anak2 dan menantu2 lelaki banyak membantu
Dari segi kewangan dan tenaga
Bak kata pepatah
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Alhamdulillah














Kepada yang masih membatu, membisu, menghilang dan menyepi
tak mengapa...
Baik atau Buruk laku sesaorang itu..

~Allah Jua Yang Maha Mengetahui Akan RahsiaNya~

Auntie belum lagi berkesempatan mengucapkan 
Selamat Hari Raya kepada readers auntie
didalam negeri dan luar negara

Selamat Hari Raya Semua
Auntie mohon maaf zahir dan batin

Semoga Allah memberi kekuatan untuk menulis lagi..
InSyaAllah




14 comments:

  1. Assalamualaikum Auntie Nani...
    Selamat Hari Raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin....
    Maaf sebab dah lama tak tinggalkan komen...
    Bukan menyepi..tapi taktau nak tulis apa...lagi-lagi bila baca keadaan famili auntie Nani sekarang nih...syahdu je..nak tolong tak boleh...cuma boleh berdoa dalam hati jelah...
    Auntie, saya doakan keluarga Auntie sentiasa dipermudahkan segala urusan...
    Untung Auntie ada anak-anak dan menantu-menantu yang ringan tulang menolong apa yang patut....
    Semoga perbuatan mereka menjadi ikutan buat saya dan orang lain juga...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...suka tgok anak2 auntie sgt ambil berat dan bekerjasama dlm menguruskan ayah mereka...kalau kami dulu terpaksa gilir2 balik..maklumlah semuanya kerja jauh dr kg ..walaupun tak pernah jumpa f2f dgn autie & uncle tapi saya selalu baca tentang both of u thru this blog..saya doakan uncle cepat sembuh & auntie as well :)

    ReplyDelete
  3. bila baca post auntie terdetik di hati saya klu saya berkemampuan nak je saya beli ambulance buatkan khdmat privated mcm ni..tetapkan harga rendah dari pasaran if tidak kemampuan bagi seikhlas hati..

    ReplyDelete
  4. Dari kejauhan ini juga kakak nak ucapkan Selamat hari raya buat auntie. Moga ujian Allah ini memberi ganjaran yg tidak ternilai buat semua yg terlibat menjaga uncle yg sedang dilanda ujian. Betul tak semua org mampu dan kuat utk menghadapi ujian sebegini.

    ReplyDelete
  5. ALHAMDULILLAH UNCLE NAMPAK SEMAKIN BAIK. AUNTY JAGA KESIHATAN YE. SYUKUR JUGA MENANTU2 SEMUA PRIHATIN. REZEKI DARI ALLAH SWT. SEMOGA AUNTY SEKELUARGA BERBAHAGIA HINGGA KE SYURGA.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum auntie...
    sayunya hati tgk keadaan uncle.. sebak tgk anak2 dan menantu bersatu hati menjaga uncle..
    bukan senang nak dpt rezeki begini... alhamdulilah..
    boleh auntie share yg HIC tu? dan alat dileher yg ariff beli utk uncle..
    saya ada anak istimewa.. mana tau satu hari memerlukan..
    akhirkata.. Selamat Hari Raya buat auntie sekeluarga..
    Semoga Allah permudahkan urusan auntie sekeluarga.. amin...

    ReplyDelete
  7. Salam Syawal Kak Nanie.

    Saya asyik teringat2 nak singgah, tapi memikirkan keadaan akak yang letih, langkah jadi terbantut. InsyaAllah, saya akan singgah juga nanti...

    ReplyDelete
  8. salam untie..selamat hariraya
    ya..ambulance govt mmg mcm tu..jgn kn org sakit..yg da meninggal pn x d layan..pandai2 la cari ambulance..pakcik sy mninggal kat hosp. ..sana cni la kami org cari transpot..dpt van jenazah d masjid..sy igt kn free..smpi kg. pemandu van mnta duit..ya Allah te kejut nya saya..sbb setahu sy van tu sumbangan wakaf..mahal plk 400..famili org dlm kesusahan..klu org byk duit x apa la..klu org ssh..kesian..TAPI..if famili-famili ada kerja berkaitan dengan van ambulance tu..sebenarnya senang sahaja dorang guna kan..FREE..sy da nmpk kejadian tu..anak kpd pkerja hosp ..so dpt la kemudahan tu dgn mudah..pelik kn dunia...peraturan menyusahkan..beli guna duit rakyat tp x boel guna utk rakyat..urmmm

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah syukur ada anak2 dan menantu2 yg mahu mmbantu. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin auntie sekeluarga. Semoga segala urusan kluarga auntie dipermudahkan :-)

    ReplyDelete
  10. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul

    ReplyDelete
  11. Banyak kali pulak uncle kena pergi rawatan susulan ye untie. Beras saya beruntung sebab kak ipar pesara nurse jadi banyak benda dia boleh buat sendiri. Tak apa insyaallah uncle pelan2 baik nanti. Untung uncle dan untie dapat anak menantu yang perihatin.

    ReplyDelete
  12. Hello Hajjah Noraini, bahasa saya out of tune, so will comment chakap England, ha ha...regret to read about uncle...very sad see him in hospital. Hope he's better.
    I too was in hospital last December with only about 3 hours left sebelum saya naik upstairs terperanjat my ancestors my early arrival. I had an emergency double brain surgery sebab saya jatuh on the road smashing my face badly. Sikit lagi isteri saya kena beli baju hitam, ha ha.
    Oh ya, selamat hari raya.
    Best regards,
    Lee (dari Canada)

    ReplyDelete
  13. Salam.. saya doakan Allah permudahkan segalam urusan Aunty sekeluarga. Aamiin.

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum..

    Salam ziarah kak..

    Innalillahhiwainnailaihirojiuun.. takziah utk akak sekeluarga..

    saya ada abg yg kene strok..dah setahun x sedar...melalui pengalaman dan rawatan yg lebih kurang sama cam arwah suami akak... tebuk leher..sedut kahak semua tu..mmg mencabar untuk ahli keluarga dan anak2..juga kami adik beradik... tiada harapan lain melainkan Allah SWT jua sebaik2 perancang utk semua perjalanan hidup kita semua.

    Al-Fatihah utk semua yg telah pergi. Kita yg hidup..semoga terus diberikan kesihatan dan kesejahteraan hendaknya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...