Followers

Thursday, June 4, 2015

Moga Ikhtiar Berkesan


Semalam auntie ke hospital sejurus selesai solat Asar
Noy pandu keretanya
PG sorong kerusi roda auntie ke wad 
Sementara Noy mencari parkir
" Hati2 yea, handbag tu, jaga2lah" 
pesan auntie pada Noy yg bersaorangan
Dari parkir ke wad 
Suaminya tak ada semalam

Apabila auntie sampai ke hujung katil uncle
Auntie hanya duduk disitu, tidak terus terpa
Hati sayu dan mulalah mata berair
Auntie tenangkan jiwa auntie sendiri
Supaya tidak menangis bila mata bertentangan nanti
Auntie harus berkata2 yg membina semangat uncle
Bukan dgn tangisan yg boleh menunjukkan kelemahan

Auntie kesat airmata 
Basuh tangan dengan instant hand sanitizer
(Antibakteria) yg ada disediakan disetiap katil pesakit
dan terus menuju ke uncle
Ketika itu mata uncle terbuka layu
Sambil menggenggam tangan uncle
"Assalamualaikum sayang, nani dtg ni"
Mata auntie dan uncle bertentangan
Auntie meneruskan berkata2
"Maafkan nani yea sayang, nani kurang sihat
Beberapa hari tak jengok, nani demam
Mata uncle menoleh kearah lain

Ya Allah,  luluh hati auntie ketika itu
Kaki auntie gigil 
Terlintas perasan negatif
Adakah uncle merajuk?
Adakah dia tak kenal auntie?
Auntie mencium dagu dan pipi uncle
Mata uncle yg layu betentangan kembali
"Kalau kenal nani, kelipkan mata" kata auntie berbisik ditelinganya
Beberapa saat kemudian, uncle kelipkan matanya
Bila uncle buka matanya, mata uncle berair
Ya Allah luluh sekali lagi perasan auntie 
Uncle kenal auntie dan perasaannya sedih
Airmata auntie pula dah menitik2
Antie terus bertanya pada uncle lagi
"Sayang nani tak? Nani sayang sangat2 kat you"
Nampak uncle kelipkan matanya lagi

Memang itulah komunikasi kami anak beranak dengan uncle ketika ini
Sekurang2nya uncle boleh memahami dan mengenal keluarganya

Noy geleng2kan kepala sambil berkata2 tanpa suara pada auntie
Auntie lips reading kata2 Noy
"No crying please, infront of him"

Menangis bukan sesuatu yang boleh dikawal sebenarnya
Bukan ada swiss 'off or on'
It is something unexplainable
In every solat and du'a of auntie's, 
I cried..because
It is all about
Lahaulawalaquataillabillah
And everyone should recite 
Alhamdulillah
As a muslim should remember this
Always.....

Auntie meneruskan bercakap pada uncle
"Sayangggg....cuba kumpulkan tenaga ke jari tunjuk, cuba angkat"

Auntie, Noy dan PG tunggu reaksi dari uncle 
We waited few minutes
The minute he lift his finger
Auntie dengan jujuran air mata mengucapkan kalimah untuk uncle
~~~~Laillahaillallah~~~~
Kali ni, Kami semua menangis
Auntie kemudiannya selitkan tasbih digital pada jari tunjuk uncle





Auntie tekankan tasbih tu dengan ibu jari uncle
Sambil zikirkan utk uncle di telnganya
Allah, Allah, Allah...
Uncle pejamkan matanya..
Harapan auntie
Semoga uncle juga berzikir dlm hatinya
Aamiin

Noy sapukan vaselin dan habbatus sauda cream keseluruh tubuh uncle
Memang itulah Noy lakukan setiap kali bila bersama uncle
Sesudah itu, auntie mengambil alih
Untuk memicit kaki dan tangan uncle
Auntie menggunakan alat kayu dicelah2 jari kaki dan tangan uncle
Bila auntie geselkan ketapak kaki uncle
Kakinya bergerak..
terasa geli atau sakit
Wallahualam


Nanti2 auntie nak bawa pula bola getah utk uncle genggam
Semua ini adah ikhtiar utk peraliran darah
Semoga ianya berkesan untuk uncle
Aamiin

Anak buah uncle Mohammad Yusof Sulaiman 
Ada membawa air anugerah utk uncle semasa di ICU
Ribuan terima kasih





Auntie teruskan membeli utk uncle berbotol2
Untuk para jururawat bancuh susu minuman uncle melalui tiub di hidung

Air zamzam pula ada sebotol saja
Lebihan auntie pergi haji tahun sudah
Pun sudah habis, jururawat gunakan untuk uncle
Esok auntie akan kirim melalu Noy dan Arif
Beli dikompeks Tabung Haji

Pukul 6:45 ptg adalah masa utk auntie bergerak pulang
Paling lewat pukul 7:00 mlm
Selalunya jalan sesak diJalan Pahang
Auntie jika lewat keluar dari hospital
solat maghrib akan terbabas atau solat penghujung masa

Sebelum bergerak, auntie basahkan tissue dengan air anugerah
Lap bibir, mata dan titiskan dipusat uncle
Disudahi dengan bacaan AlFatihah ke ubun kepala 
Dan auntie hembuskan dari muka hingga kehujung kaki uncle
Ikhtiar yg terpancar dari hati
Tiada sapa2 yg ajar
Semoga Allah memberi Rahmatnya dari ikhtiar ini
Aamiin

Dengan linagan air mata
Auntie disorong keluar dari wad uncle
Selamat tinggal kekasih ku, hingga kita bertemu lagi 
Bisikkan hati ke hati pada uncle

Sampai rumah
Ada beberapa bungkusan atas meja makan
Anakanda abam haji sampai rumah dulu
Katanya ada orang tinggalkan depan gate
Ada nota kata anakanda



Auntie menangis sayu...


Masih panas lagi apam balik tu masa auntie buka 


Popiah basah


Sambal bilis belimbing petai

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Curahlah RahmatMu pada pemberi makanan ini
Seorang yang tidak ku kenali tapi hanyalah seorang dari pembaca blog dan anak siber facebook
Sungguh murni hatinya
Bersusah payah untuk ku 
Alhamdulillah
Ribuan terima kasih Chuya

Hari ni auntie makan nasi
Alhamdulillah


Meletoppppss sedap

Anak2 dah makan mlm semalam
Aduhai beriaya dia orang makan kapit dengan roti
Sampai auntie bisinggg
oitttt jgn habiskannnn nanti mama nak mkn esok dgn nasi

Ada juga yg tinggalkan kek dimeja katil uncle di spital
Kek kegemaran uncle dan auntie
Auntie makan tanpa uncle dirumah..huhuhuhu
Terima kasih yea Zul, kawan lama auntie masa bekerja disyarikat perumahan
Selalu dia datang bawa kek ni bila kerumah ziarah uncle


Auntie sudahi N3 hari ni dengan rasa amat terharu
Auntie ucapkan ribuan terima kasih
Pada yg melawat uncle 
dan juga yg melawat auntie di rumah
Yang menanya khabar berita ttg kesembuhan uncle melalui email dan messenger
Ada juga kiriman salam melalui kawan2
Auntie pohon kemaafan jika auntie tak membalas satu persatu
Ribuan terima kasih juga pada readers yang mendoakan akan kesembuhan uncle
Dari jauh dan dekat

Auntie yg lemah cuba sedaya untuk bersemangat kental
Hanya dengan izin Allah jua
Demi untuk suami dan anak2














24 comments:

  1. Syafakallah utk uncle....utk aunty jugak! smg sihat walafiat di bawah lindungan dan rahmat Allah...tears drop bila bc n3 aunty nieh...bertabah ye aunty!

    ReplyDelete
  2. assalam auntie..saya x kenal auntie..tapi tiap kali baca cerita auntie..terasa dekat sgt ngn auntie... semoga auntie diberi kekuatan dan semoga uncle cepat sembuh seperti sedia kala..Allah menguji auntie kerana auntie kuat dan mampu harungi nya keranan setiap detik dan perngorbanan auntie adalah tasbih pahala utk 'disana'.

    ReplyDelete
  3. assalalamualaikum,
    semoga uncle cepat sembuh.

    hepi auntie jamah nasi.
    sila jaga kesihatan ya

    ReplyDelete
  4. Salam peluk cium utk untie...sabar tabah tawakal ya untie..kita hnya hambaNYA...apa pn ujianNYA pasti ada hikmah yg trsembunyi...

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, semoga segeralah pulih kesihatan abang dan akak...

    Aamiinnn Ya Rabbal Alamin

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum auntie. Moga uncle kuat dan cpt sembuh. Auntie jga kesihatan yaa.

    ReplyDelete
  7. Airmata kakak turut luruh membaca N3 auntie ni.
    Allah sedang menguji seluruh keluarga auntie.
    Moga Uncle cepat sembuh, kuat dah tabah - begitu juga seisi keluarga

    ReplyDelete
  8. ya Allah sedih nyer baca n3 aunt neh saya doakan semoga uncle cpt sembuh n aunt nani juga sentiasa sihat supaya dpt melawat suami tercinta setiap hari

    ReplyDelete
  9. Mendoakan abangnya kembali pulih, aamiin .. kakak pula jaga kesihatan

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum untie..bersabarlah untie..saya doakan moga uncle bertambah sihat... sedih baca artikel untie hari ni...untie pon saya doakan moga sihat2 selalu supaya boleh tengok uncle di hospital...

    ReplyDelete
  11. Peluk cium utk kaknani...I know I know I know how hard it is to stay strong when you feel like crumbling inside...
    Trying to stay strong is strong enough. Thats what u are, a strong lady!

    ReplyDelete
  12. Semuga uncle cepat sembuh dan jaga kesihatan aunty supaya nanti boleh jaga uncle pulak...
    murah rezki untuk orang yang sebaik aunty.... Ya Allah sebaknya baca entry ni...

    ReplyDelete
  13. salam..aduhai sedih sungguh baca entri auntie kali ni..*cries*

    ReplyDelete
  14. aunty,

    (((((((hugs)))))))))

    ReplyDelete
  15. Semoga auntie diberikan kesihatan yg baik untuk memberi semangat kpd uncle...sama2 kita doakan semoga uncle cepat sembuh...be strong te auntie :)

    ReplyDelete
  16. Salam auntie.. jane hari2 doa ntuk uncle n auntie.. sejak dari tengok perkhabaran di instagram pija.. auntie mesti stay strong.. and i know u will..

    ReplyDelete
  17. As Salam Auntie... Sediiihhnyeeee hati.. nangis baca antie.. semoga auntie sabar mengharungi dugaan ini.. Allahuakbar.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul nyeee... Moga kesihatan uncle dipermudahkan Allah SWT.. InnShaaAllah.. ramai yang prihatin dengan keluarga auntie walaupon kadang tak pernah jumpa.. take care auntie..

    ReplyDelete
  18. Semoga Allah kurniakan kesabaran dan kekuatan

    ReplyDelete
  19. semoga Allah lindungi auntie dan uncle sekeluarga...salam ingtn dri bumi mesir..

    ReplyDelete
  20. Hilang kata hati berhiba semoga segalanya akan pulih seperti sediakal jangan dibiar jiwa dikalung duka, Allah ada...Allah ada...

    ReplyDelete
  21. Semoga Allah ringankan sakit uncle dan menyembuhkannya..

    Semoga Allah tabahkan hati auntie sekeluarga mengharungi ujianNya ini.

    Auntie, jaga kesihatan ya! InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua dugaan. Ramai termasuk saya yg sayang auntie sekeluarga wpun hanya kenal melalui alam maya..

    ReplyDelete
  22. Selalunya saya cuma baca entry aunty.. Kali ni sy perlu ckp jugak.. Tabahnya aunty dgn dugaan ini.. Mendung pasti kembali cerah aunty.. Semoga uncle cepat sembuh

    ReplyDelete
  23. Salam Aunty...moga tabah. Junior saya pun mengalami situasi yg lebih kurang sama. Husband dia koma selepas pembedahan pada bulan Mac lalu. Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran, ikhtiar dan doa, suaminya sekarang dah beransur pulih. boleh baca kisah beliau di fb Raudzah Ariffin.

    Moga aunty dah keluarga diberikan kekuatan.

    ReplyDelete
  24. Salam kakNanie
    Selamat menjalani ibadah berpuasa. Maaf zahir batin.
    Makchaq doakan kakNanie diberikan kesihatan yang berterusan dan abang bob cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...