Followers

Friday, June 26, 2015

Hikmah Yang Terserlah DiSebalik Ujian



Auntie sangat2 penat ketika ini
Walaupun hanya mundar mandir
Sebagai pembantu pada anak2 yang mengelolakan penjagaan uncle
Auntie hanya menghulur apa yg diperlukan
Spt bantal, tissue, diapers, kain pelikat, selimut dan apa saja yg anak minta
Membancuh susu uncle dan hancurkan ubat
Adalah tugasan khas buat auntie


Ini alat untuk hancurkan pil jadi serbuk
Boleh tahan sakit tangan auntie memulasnya

Tiga org diperlukan ketika
Menyalin diapers dan cadar
Mengalih dan mengiringkan uncle kiri atau kanan setiap dua jam
Setakat ni ditetapkan shift penjagaan uncle

Siang - auntie, pg, noy dan arif (bila ada)
8:30 am - 6:30 pm
Malam - abam aji, ben dan pija
7:30 pm - 7:30 am

Alhamdulillah, 
anak2 tidak ada yang penggeli
Ketika merawat uncle 



Ini dipanggil suction machine
Dibeli dua hari sudah
Alat utk membersihkan kahak
Leher uncle masih bertebuk dan ada tiub lagi

Bersihkan wound bedsore 
Kami terima uncle dengan second stage bedsore dari HKL
Dan HAT tidak buat apa2 rawatan lanjutan...sedihhhh

Entahlah, auntie tak mahu salahkan jururawat atau doktor diHKL
Pada auntie mereka dah buat khidmat yang terbaik
Mereka amat sibuk menjalankan tugas hingga tak sempat duduk
Jika duduk pun bila membuat laporan, ada juga yg menulis sambil berdiri
Terlalu ramai pesakit 
Jururawat pula dibebani dgn bermacam tugasan
Kiranya mereka nak sedekah senyuman, jauh sekali
kerana terlalu sibuk dan penat mungkin
Amat mulia tugas mereka sebagai jururawat dan doktor
Semoga yang ikhlas menjalankan tugas diberi ganjaran oleh Allah swt
Yang  rungus2 hanya dapat gaji jerlah

Gitulah pesanan auntie pada anak2
Korang jagalah dengan ikhlas
Jgn rungut geli atau penat
Mama faham memang penat
sbb mama sendiri pun penat
Aktivity yg tak pernah kita lalui
Tapi inilah bakti kita untuk papa
Mama pula untuk suami
Apa saja ada hikmah disebalik setiap ujian
Hanya Allah yang maha mengetahui

Yang berat sama dipikul, akan menjadi ringgan
Alah bisa tegal biasa
Masa inilah kita bersatu
Anak2 dan menantu
ketika keadaan susah begini

Mama dapat lihat kita jadi lebih penyabar dan lebih akrab
Banyak ilmu  yang kita dapat ketika menjaga orang sakit
Itulah hikmahnya
Alhamdulillah

Auntie gunakan service rawatan dirumah
Dua hari berturut2 team mereka datang
Untuk mengajar kami tips2 penjagaan
Menyalin diapers dengan lebih mudah
Mengalih uncle kiri kanan
Guna mesin suction
Masukkan tiub dihidung uncle
Bersihkan bedsore dan apa ubat2nya
Dan macam2 lagi kami diajar
Alhamdulillah

InSyaAllah
Auntie akan guna service physio mereka untuk uncle
Dua kali seminggu


Rumah auntie dah rupa wad dihospital
Hihihi
Dah tak boleh nak menghias2 lagi
Semua perhiasan auntie simpan dalam lemari
Untuk elakkan habuk








Katil, tilam dan tilam bubles yg pija belikan
Anak2 yg lain beli micellaneous item
Auntie beli susu

Harapan auntie
Semoga uncle beransur pulih
InsyaAllah
Dengan izinNya Jua




15 comments:

  1. Dibulan yang mulia ini, saya doakan semoga uncle beransur pulih ye auntie.

    Menjaga orang yang terlantar sakit ni memang memerlukan kesabara yang tinggi, kekuatan mental dan fizikal dan perlu moral support antara pesakit dan ahli keluarga.

    Semoga auntie dan anak-anak juga diberi kesihatan yang baik untuk menjaga uncle.

    ReplyDelete
  2. salams ramadhan aunty,
    saya doakan semoga uncle cepat sembuh...
    sebak saya membaca coretan aunty.....

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.

    Bertabahlah auntie dan family. Banyak ganjarannya di akhirat nanti. Saya turut bersimpati dan bersedih. Semoga uncle beransur sembuh dengan segera.

    ReplyDelete
  4. Salam aunty..semoga aunty dan keluarga sentiasa tabah..ayah saya selalu pesan bila jaga orang sakit ni kita tak boleh merungut..sebab kita dapat pahala dan hati orang sakit mudah terusik..ayah pernah 2 tahun jge arwah mak yg menghidap cancer..aunty beruntung sbb punya anak2 yg begitu bertggjwb mejaga keluarga..

    ReplyDelete
  5. smoga Auntie.uncle di bawah lindungi Allah..tcre

    ReplyDelete
  6. AsSalam MM..maaf zahir batin dan Selamat Berpuasa. Semoga Allah SWT Kurniakan kesihatan yang baik pada MM suami isteri, panjang umur dan dapat share many more happy moments..Ameen..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum, auntie.

    salam ramadhan! :)
    didoakan semoga uncle cepat sembuh. yg penting dah balik rumah and boleh bersama family. doa byk2 insyaAllah, prayer is power. take care, auntie.

    ReplyDelete
  8. Asalamualaikum Auntie,

    Semuga uncle cepat sembuh dengan penjagaan dan kasih sayang daripada seleuruh keluarga.

    menjadi caregiver yang tak terlatih mmg memenatkan, tapi dengan keikhlasan dan kerjasama dari semua ia akan jadi mudah, Insya Allah ganjaran di akhirat menanti.

    ReplyDelete
  9. Moga Allah memberi kekuatan serta kesabaran untuk untie dan anak-anak dalam menguruskan uncle, ujian akan lebih mengeratkan ikatan kekeluargaan. Insyaallah segalanya akan bertambah baik.

    ReplyDelete
  10. InshaaAllah untie n team boleh buat. Abah saya pulak dikelolakan oleh adik beradik lain. Due to 3 times C-zer.. N accident dulu..sy x dpt tlg angkat. Takat bg minum tu ok je. Hehehe. Semoga uncle sembuh. Peluk uncle sebanyak yg boleh tau untie.

    ReplyDelete
  11. saya turut bersedih..semoga Allah memberikan kesabaran, kekuatan dan. tabah hati selalu....aunty dan anak2 baek sekali.syukur anty..

    ReplyDelete
  12. semoga kak nani diberi kesihatan yg baik utk berbakti kepada suami...Takper kak, mula2 jer rasakekok dn payah tapi lama kelamaan, ok jer. hani dah boleh tukar pampers ja sorang2..expert dah, hehehee..
    melalui pengalaman kita belajar byk benda...Yang pasti, Tuhan tidak memayahkan kita. take care kak nani.

    ReplyDelete
  13. semoga auntie dan anak anak tabah hadapi ujian ini...semoga ALLAH SWT permudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  14. Bersabarlah untie ye.. semoga Allah mudahkan ursan untie..

    ReplyDelete
  15. Selamat Hari Raya Aidilfitri Auntie. Moga kesihatan Uncle bertambah baik hari ke hari. Bertabahla ye Auntie. You have a good family and support system around you. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...