Followers

Tuesday, May 5, 2015

Kunjungan Pertama

Auntie sekeluarga dijemput besan kerumahnya
DiTaman Melawati, Kuala Lumpur, hari Sabtu yg lalu selepas maghrib
Sebab tak jauh dari taman auntie maka
Auntie dan uncle setuju untuk hadir ke BBQ partynya
Auntie siapkan uncle dulu


Auntie pakaikan jubah dan kupiah yang auntie beli diMadinah
ketika auntie mengerjakan ibadah haji tahun lalu
Cincinnya dan wangi2an
Alhamdulillah siap.
Berpeluh2 auntie tau hihihi
Dah settled barulah auntie mandi bersiap untuk solat maghrib 
Spt biasa, uncle ngadap pc dia
Auntie sahut uncle

"Pandanglah camera, nak amik gambar ni" kata auntie



Uncle selalu pegang dada dibahagian bekas pembedahan jantung
Walaupun dah belasan tahun tapi masih nyilu katanya


"Tak mo tangan tu kat dada" kata auntie
Hihihi terus uncle letak tangan kebawah dan tegakkan posisi kedudukkannya



Sebelum bergerak, anakanda abam aji ambilkan shot uncle dan auntie pula


Hujan renyai2 malam tu
Auntie pesan anakanda abam aji supaya jangan memandu laju
Alhamdulillah, sampai rumah besan pukul 8++ mlm

Disambut oleh besan lelaki, ayah Arif
Sampai kedalam rumah disambut pula oleh mak Ariff
Auntie bersalaman berpeluk dan berlaga pipi kiri kanan hihihi

Terus jemput ke meja mkn 
dan terus makan apa yang terhidang diatas meja dulu
Anakanda Noy dan Arif, anakanda Pija dan Ben di anjung rumah
Sedang membakar bbq



Auntie makan salad, mashed potato dan pesto pasta dulu
Hihihi auntie nak makan ikan, sotong dan udang
Ayam dan hotdogs auntie tak sentuh pun
Tapi kalah bila datang kambing bakar
Auntie ambil sekeping, memang sedap betul 
Pandai Arif marinate

Since dah buat bbq, 
Anakanda noy ambil kesempatan untuk celebrate 
belated bithday Arif yang ke 29
Noy tempah kek 
Mereka suami isteri berdua di Jakarta ketika hari jadi sebenar
Arif berkursus seminggu dan Noy ambil cuti join suami dia


Amboi mentang2lah suami pilot
Kek pun ada mini aircraft atas kek hihihi
Anak buah Arif chop icing aircraft tu 


Ada nasi lemak bungkus juga
auntie makan sebungkus
Kuih muih dan bubur kacang
auntie makan serba satu sahaja


Keluarga Arif
Kakak sulungnya, cucu pertama mereka dan maknya
Arif berempat beradik
Dia anak yang kedua, bawah dia adik lelaki
dan bungsu perempuan



Auntie rasa seronok nengok Pija dapat berbual mesra dengan keluarga mereka
Auntie tak banyak berbual sbb memang payah
Apabila pendengaran auntie menghalang
Malu pun yea, nanti lain orang tanya lain pula yg auntie jawab
Lebih baik senyap...hihihi
tapi bual jugalah, nanti orang kata auntie anti social pulak



Ayah Arif ni bekas jurutera di JKR 
Kebetulan sama berkerja dgn adik ipar uncle suatu ketika dulu
Kini,  dia ada syarikat sendiri bila dah bersara



 auntie suruh besan dan uncle toleh untuk snap satu shot hihihi


Nengok balik buah2an tu auntie terliur
Sbb buah anggor tu sangat fresh and seedless
meletop2 dalam mulut bila dikunyah 
hihihi macam budak2 perangai auntie

Habis jahanam sugar reading auntie
Air sirap soda, auntie togok 
Huahhhhh memang dia org served auntie air masak
Tapi tangan auntie pegang gelas yg berisi air merah tu
Menarikkkkkk perhatian sungguh
macam magnet weyyyy


Bubur kacang paling sedap dalam donia
cukup lemaknya dan kurang manis
fuhhhh...
auntie buat tak sesedap mcm ni


Air teh ni pun auntie punya
Kiranya semua hidangan auntie bedalll
Tang perkataan bedalll, Pelan2 sikit baca tu
Malu ni..hihihihi

Ikan pari punya lah besar dan tebal dihidang depan auntie panas2
Auntie tak boleh habis ni
Jadi auntie share dengan Anakanda Pija


Kata Noy dia yg buat air asam tu
Bolehlah tahan tapi tak se'kick' auntie punya
Hahahahaha


Bila perut auntie dah sendat
Auntie keluar di anjong rumah, tempat membakar

Hahhh, ternampak udang kertas
Sedia untuk dibakar



Sebenarnya ni belakang rumah, kawasan bukit
Amat luas tanah berbaki
Boleh dirikan sebuah rumah lagi disitu
Angin malam sepoi2, memang nyaman



Nampak cahaya rumah2 dari pemandangan kat situ
Jika siang agaknya nampak lagi cantiklahhh

Tanah berbaki di buat taman 
Dengar kabar ada tukang kebun yg menguruskan
Pokok2 bunga besar2 dan cantik2 kata Pija
Mama mesti suka
Huahhhhh...tak dapek nak ditolong
rumah ku tiada kawasan utk bertaman2
Aduhai, rezeki anakanda Noy dapat keluarga senang
Rasa sebak auntie masa menaip ni
Allah telah memberi jodoh yang amat terbaik untuk Noy
They are so humble 
You are a princess in their family
Respect your in laws dearie
They love you so much

Auntie masih belum cerita macam mana anakanda Noy bertemu jodohnya
Sungguh indah aturan dan perancangan Allah
Nanti2 auntie cerita yea..


Anakanda abam aji
Tak balik keMelaka walaupun cuti panjang
Sebab bila lagi nak bermesra dengan keluarga adik bungsunya
Meraikan keluarga  baru dalam family auntie



Ben, menantu auntie yg ni memang pandai meringankan tenaga
Membantu hidangkan makanan
Mundar mandir dia mlm tu


Dah amik angin dan ambil gambar
Auntie masuk semula dalam rumah


Rumah ni tiga tingkat
Living hall di tingkat bawah sekali
Kerusi roda uncle ni diangkat/diusung oleh Ben dan Arif
hihihi


Uncle risau sebab ada bubur kacang yang menjejes kat jubah dia
Auntie kata tak perlah, nanti nani basuh
Uncle ni memang pembersih
bila ada bekas2 sisa makanan kat baju
asyiklah dia mengesat2 baju tu

Malam tu tiada sapa yang mengambil gambar
auntie tebalkan muka sebab nak adakan kenangan
Anakanda Pija dah kurang minat mengambil gambar
Haishhhh...orang busy berbisness lah katakan

Anak buah pertama, cucu pertama
memang jadi kesayangan 
Arif melayan anak buahnya


Terkenang auntie pada arwah abah auntie
selalu cucu2 dia tunggang macam ni
Alfatihah abahhhhh....


Manalah gambar anakanda PG ni
aduhai...dia nyorok kat mana pulak
malam tu dia ada..
nanti jap 
nak gi cilok kat Ig Pija
ada terselit sekeping 




Alhamdulillah
Semua anak2 auntie ada malam tu

Terjalin suatu ikatan keluarga 
Moga ianya disambut dengan Silaturahim yang berpanjangan
Aamiin.




17 comments:

  1. Alhamdulillah. Semoga ikatan itu terus bertaut buat selamanya... Aamiin...

    ReplyDelete
  2. Salam Auntie,

    Bestnya baca entry ni...tak sabar nak tunggu next entry auntie pasal pertemuan noy n ariff.

    Moga hidup auntie sekeluarga sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang ...

    ReplyDelete
  3. Salam auntie.. lama tgu auntie update.. alhamdulillah.. suka tgk auntie with besan.. my mom tak dapat begitu sebab in law jauh.. tapi bila ada peluang macam bila kenduri..takkan dilepaskan peluang.. hihi.. gembira tengok auntie dan uncle sihat.. teringin nak berjumpa.. In Shaa Allah suatu hari bila ada rezeki kan auntie..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum aunty Hajjah...
    Seronok tengok aunty sekeluarga sihat & happy...
    Semoga sentiasa dilindungi Allah Taala, dikurniakan rezeki yang luas dan dipanjangkan umur buat aunty sekeluarga.

    Salam sayang dari Kota Kinabalu :)

    Linda Azni
    Instagram: Kalendalenda

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...happy family...saya tumpang happy tengok auntie happy..hihi

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...seronoknya baca entri auntie kalini... dari awal sampai akhir saya senyum je baca... mudah2an auntie sekeluarga sentiasa sihat dan ceria selalu :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah

    semoga ikatan ukhawah terjalin mengeratkan lagi silaturahim...

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..seronok baju pasal family auntie... :)

    ReplyDelete
  9. semoga bahagia dunia akhirat auntie..sayu hati ni tetiba...indahnya ukhuwah itu

    ReplyDelete
  10. Aunti bertuahnyaaa dapatcmenantu lelaki sanggup usung wheelchair uncle.alhamdulillah.alhamdulillah

    ReplyDelete
  11. Sebagai ibu tidak ada apa yg paling membahagiakan melainkan melihat anak2 sendiri juga bahagia...

    ReplyDelete
  12. Nanti nanti aunty cerita laaa pasal noy ariff. Buat teladan utk anak2 saya

    ReplyDelete
  13. PG bila pulak nasi minyaknya. Suka saya kalau ada khabar jodohnya.

    ReplyDelete
  14. salam auntie...alhamdulillah...seronok tengok family auntie & besan gembira ceria macam ni....
    makanan pun best...mujur dah kenyang..kalau dak, mau mendidih perut tengok gambar2 ni...haha

    ReplyDelete
  15. Alhamdulilah Amin ^_^

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah...semoga aunty dan keluarga happy2 selalu....

    ReplyDelete
  17. Salam Aunty,

    You have very wonderful family. Dayah doakan Aunty di kurniakan kesihatan yang baik dan Uncle cepat di beri kesembuhan. Feeling great reading all your entry here.

    Jaga kesihatan Aunty.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...