Followers

Monday, May 25, 2015

DiMana Semangat Dan Selera Menghilang?

Auntie hilang kudrat utk berpuasa sunat
Baru sekejap makan tengahari
Airmata menitis2 masuk dalam pinggan
Yea, airmata masuk dalam pinggan nasi auntie
Tak pernah dalam hidup auntie
Makan berulam airmata

Lauk yg auntie hadap tadi
Nasi goreng tomyam
Ikan siakap tiga rasa
Kailan ikan masin
Tomyam campur
Telur dadar
Semua ni adalah dari peti sejuk
Auntie makan tanpa memanaskan lauk pauk tu
Tak pernah auntie macam ni
Cuit sayur kailan dan tiga rasa saja
Yang lain2 tak sentuh
Walhal ini adalah makanan kegemaran

Sebenarnya Pija belikan utk mkn malam semalam
Tapi malam tadi, auntie hanya makan bun kacang hitam tiga biji
Yang dibawa oleh anak blogger auntie Iyra Mutalib
Ketika datang visit auntie semalam bersama kakcik Seroja sekeluarga
Ribuan terima kasih pada mereka
Sebab meluangkan masa visit uncle dihospital dan auntie dirumah
Auntie demam tak pergi jenguk uncle, dah dua hari

Selera auntie dah tak ada sebenarnya
Rasa kesat bila makanan sampai ketekak
Betullah..kata2 org dahulu kala


Keadaan auntie sekarang macam tu lah
Sejak uncle jatuh sakit
Auntie makan dan minum hanya utk alas perut

Amat terganggu fikiran
Sehinggakan solat pun boleh terlupa rakaat keberapa
Rakaat kedua kah? Ketiga kah?
Makan ubat pun gitu
Dah makan ke belum, dah inject ke belum?
Bila dah lupa2 macam tu
Menantu auntie Arif belikan berkotak2 kismis
Untuk refreshkan memori


Tinggal 4 kotak aja
Anak2 pun tumpang makan

Auntie bercerita pada kakcik seroja semalam
Dimana sekarang, auntie amat2 faham 
Perbezaan kegembiraan dan kehibaan

Bagi diri auntie
Kedua2 keadaan ini, auntie dah pernah lalui
tapi kali ni the 'hit' is so heavy

Kegembiraan hanya melibatkan anggota hati dan fikiran 
Tapi bila Kehibaan melanda
Melibatkan lebih banyak anggota yang lain
Hati pedih
Fikiran celaru
Mata mengeluarkan airmata tanpa henti
Dada sebak
Tekak kesat
Perut sebu
Kaki tangan lemah
Semangat kosong

Hanya Allah Yang Maha Esa tempat mengadu
Dhuha ku, Tahajudku, Bacaan Yasin dan Fatihah
Jadi santapan dan ubat ku

Anak2 dan kawan2 jadi semangatku

Ucapan tibuan terima kasih kepada semua
Yang turut mendoakan kesembuhan uncle
Yang memberi kata2 semangat melalui email dan messenger
Tak dapat auntie balas setiap satu
Sekali lagi ribuan terima kasih
Kepada semua yang telah menziarahi uncle di hospital
Moga Allah memberi RahmatNya pada yg berkenaan

Alhamdulillah semalam tengahari uncle telah buka mata
Pija tunjukkan video pada auntie
Bisikkan Pija ditelinga uncle
"Papa, mama kirim salam sayang pada papa
Mama demam kat rumah"
"Papa angkatlah tangan, pija ambil video ni utk mama"

Kata Pija, dapat lihat papanya kumpulkan tenaga
Agak lama juga barulah papanya dapat angkat tangan sampai kepipi
dan mata dibuka perlahan2..

Ya Allah 
Alhamdulillah

Bermakna uncle dapat melihat (Basirun)
Mendengar (Sami'un)
Cuma berkata2 (Mutakalimun) saja yang belum
Tiga nikmat dari Allah untuk insanNya
Ba - Sim - Mim
Tiga huruf awal dari Bismillah

Kata Arif menantu auntie
Doktor boleh discharged uncle dari hospital minggu ni
Keadaan uncle stable
Lebih baik dirumah, dari wad yg banyak kuman

Kami sekeluarga akan diajar
Bagaimana nak jaga pesakit macam uncle 

Auntie cadang nak beli katil macam dihospital tu
Yang boleh adjust pembaringan dan tinggi rendah
Letak kat sudut ruang tamu
Dah auntie keluarkan 10 helai sarung bantal dan 2 helai cadar
Kesemuanya warna putih untuk dihantar kedobi

~~ I am waiting for you sayang
Welcome back into my arms.. ~~




21 comments:

  1. Masa kami menziarahinya, Abang Bob memang boleh buka mata dan gerakkan kaki. Alhamdulillah. Semoga kesihatan abang dan kakak akan segera bertambah baik...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...entry ni di baca dengan penuh linangan dan limpahan air mata...alhamdulillah..doa2 kita semua telah di perkenankan olehNYA...uncle dah boleh buka mata dan mendengar..insyaAllah akan boleh bercakap semula...semoga auntie tabah dan teruskan berdoa..jaga diri dan kesihatan auntie juga ye..love u

    ReplyDelete
  3. Salam sayang buat untie... Sekadar berkongsi cerita bukan untuk menabah kesedihan tetapi bertapa sokongan ahli keluarga akan memberi semangat kepada pesakit. Cerita suami kakak ipar yang menjalani pembedahan kepala mengeluarkan tumor. Pembedahan pertama selesai terpaksa menjalani pembedahan kedua mengeluarkan cecair. Hampir sebulan di ICU dan sebulan di wad biasa atas sokongan dan semangat keluarga juga kekuatan semangat sebagai pesara tentera alhamdulillah dibenarkan pulang.

    Kakak ipar belikan katil macam hospital tu untuk memudahkan urusan lagipun dia berbadan besar. Minum susu khas lama kemudian boleh makan bubur yg dipam ke dalam mulut. Insyaallah untie ambik masa untuk cover.

    ReplyDelete
  4. Semoga uncle cpt sedar ..moga aunt juga kuat dan sihat saya doakan ...

    ReplyDelete
  5. auntie..semoga terus tabah...dil hanya mampu doa dr kejauhan...tcre...

    ReplyDelete
  6. Saya doakan suami auntie cepat sembuh, cepat sedar..
    Ayah mertua saya dah hampir 7 tahun setengah terlantar auntie...saya rasa ada kot wife saya , Fiza bercerita dgn auntie di PM facebook.

    ReplyDelete
  7. Menitis air mata gembira dgn perkembangan uncle. Moga aunty sekeluarga dan uncle terus tabah dah di permudahkan urusan. Amin

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. semoga uncle kembali sihat.. auntie pun kena jaga diri ya, sabarlah.. in sha allah tempoh getir ini akan berlalu..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah... uncle dah sedar....
    Kak nanie.... jaga kesihatan juga
    Jgn lupa makan ubat ye ๐Ÿ˜˜

    ReplyDelete
  10. Salam...nak tanya ...uncle sakit apa ye...moga diberi kesembuhan..

    ReplyDelete
  11. Semoga uncle bob cepat sembuh ...utk auntie jugak take care jaga kesihatan

    ReplyDelete
  12. My sincerest thoughts & prayers for u & family, Kak Nanie
    Moga Allah berikan pelangi indah sebalik awan mendung ni, amin

    ReplyDelete
  13. Alhamdullilah, muga doa semua dimakbulkan. dan Auntie, jaga diri dan kesihatan untuk jadi caregiver pada uncle yang sangat memerlukan. katil macam sepital tu sangat membantu. Ya Allah sebaknya.

    ReplyDelete
  14. Saya reader baru. Rasanya tak sesuai panggil auntie... kena panggil kak Nani la nampaknya. Semoga akak dan suami sentiasa bahagia... akak dan suami akak diberi kesembuhan nanti.

    Tak care yer...

    ReplyDelete
  15. Auntie kene jaga diri jugak. Jangan tak makan langsung. Ai nak auntie sihat sama juga dengan uncle. take care...

    ReplyDelete
  16. Syafakallah...semoga uncle semakin sihat...semoga Allah berkan yang terbaik buat uncle :(



    Singgah blogwalking...:)
    Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html

    ReplyDelete
  17. moga auntie sihat dan uncle semakin sihat

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah... syukur. Alhamdulillah uncle dah semakin sembuh... auntie pon jaga diri tau. Semoga Allah panjangkan umur dan diberikan kesihatan utk uncle dgn auntie

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum auntie nani

    sebenarnya saya silent reader blog auntie dan kak peej sudah lama.. tapi x pernah tinggalkan jejak... menangis saya baca entry auntie yang nie.. saya dapat rasakan kesedihan auntie.. turut insaf sya membacanya,

    walupun kita tak pernah berjumpa, tapi saya rasa dekat dengan auntie melalui tulisan auntie..

    apa yang mampu saya katakan pada auntie.. bersabrlah dan jangan menangis auntie.. Tuhan sedang menduga auntie dan keluarga.. Semoga Allah menyembuhkan uncle dan terus memanjangkan umur auntie dan uncle untuk terus bernafas dan berkasih sayang di dunia ini.. Jangan bersedih auntie sebab bakti auntie pada uncle pasti Allah akan balas dengan setimpal..

    semoga ALLAH terus merahmati auntie SEKELUARGA... insyaAllah aminn...

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum...keep strong auntie...moga terus tabah..setiap dugaan yg menimpa ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  21. Auntie, harap bersabar ya. Doa kami sentiasa bersama-sama auntie sekeluarga especially uncle. Semoga Allah permudahkan urusan auntie sekeluarga. Amin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...