Followers

Thursday, May 21, 2015

Bintang Ku


Genap dua minggu hari ni
Uncle di HKL

Berdebar hati setiap hari
Menanti waktu untuk menziarahinya
Badan dah tak larat lagi berulang alik kesitu
Tapi rindu mengatasi badan yang lemah 

Setiap hari harapan agar 
Mata bertentangan, tangan di gengam erat
Tapi tiada reaksi balas darinya
Pilu hati berjurai air mata
Hilang malu ku
Pada sekeliling yg memerhati
pada menantu anak2 dan kawan2

Dada mu tempat ku meletakkan kepala
Telinga mu tempat merayu dan berbisik
Jari mu diusap dan dicium

"Sayanggg, nani datang ni, bukalah mata
Gengamlah tangan nani"

Tapi tiada respon..


Kedua lengan, tangan dan kaki uncle bengkak
Mungin perjalanan darah terganggu

Tiada lagi mesin BP dan jantung disitu
Tiada lagi wire dikepala utk sedut darah
Bandage pun dah dibuka
Bekas jahitan pembedahan otak di kepala juga dah mula kering
Tiada lagi alat oxygen kemulut
Yg ada hanyalah lintasan yg ditebuk dileher untuk penafasan/laluan oxygen
tiub utk feeding dihidung
Dan plug di kaki utk suntikkan ubat

Mungkin uncle dah susut berat badan
Nampak kecil terbaring tanpa baju

Walaupun uncle entitle utk bilik berasingan
Tapi auntie prefer uncle bersama2 pesakit
Yang sama seperjuangan, pembedahan otak
Ada 6 katil disitu
Tapi yang ada bintang tergantung hanya dua katil saja
Hati tertanya2 
Apakah bintang itu?


Adakah maknanya uncle 'kritikal?'

Terdetik dihati 
Masa bertugas dulu
Uncle ada dianugerah beberapa bintang
Sakit pun ada juga ke bintang anugerah dari doktor?
Sedihhhhhh

Ada pesakit yang dah buka mata
Bila auntie bertanya mereka dah sebulan lebih baru ada respon
Pergerakkan mata dan kaki tangan

Auntie pujuk hati yg hambar
Supaya bersabar untuk beberapa minggu lagi
Untuk bertentangan mata dan gengamannya
Bersyukur amat2
Kerana uncle masih ada 



32 comments:

  1. Allahuakbar...Allah yang Maha Besar..Dia yang memberi penyakit dan yang menyembuhkan..take care aunty..

    ReplyDelete
  2. Bertabahlah auntie sayang. Ai doakan semoga diberi kesihatan yg baik utk uncle & utk auntie jugak... ai lebiu!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum aunty,

    Doa saya semoga uncle cepat sembuh.
    Moga dipermudahkan urusan aunty sekeluarga.
    Juga moga aunty sihat, tabah, tenang...

    .

    ReplyDelete
  4. Kak nani, hani pernah berada di situasi begitu..bukan sekali, acap kali.Ayah, suami dan anak .
    Hani tak nak suruh akak tabah, sabar dan kuat kerana akak dah lebih dari itu..
    Hani sekadar nak akak tau yang hani di sini, I am here if you need a friend, a shoulder to rest your troubles n I know how hard it is for you, I do, believed it or not, I do,

    ReplyDelete
  5. bersabar la wahai auntie..dan teruskan berdoa agar uncle cepat sedar...doa kami untuk auntie semoga lebih tabah dan kuat menanti genggaman tangan jadi uncle...much love

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Auntie, semuga segala dipermudahan Allah untuk Aunti sekeluarga. Muga juga Auntie jaga kesihatan agar dapat menjaga Uncle serta memberi semangat kepadanya.

    ReplyDelete
  7. speechless.....

    Moga Allah permudahkan segala galanya buat Untie, Uncle dan family

    ReplyDelete
  8. Moga allah permudahkan urusan keluarga aunty.

    ReplyDelete
  9. Kak Nanie....saya tak tau nak cakap apa. Hari ini hari akak...esuk lusa mungkin hari saya.
    Akak jaga kesihatan tau. Jangan lupa makan ubat dan makan nasi. Kalau abang Bob buka mata...dia akan senyum tenguk akak sihat dan cantik. Insyaallah .. segala nya akan di permudah kan...

    ReplyDelete
  10. Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya buat Abang dan Kak Nanie...

    ReplyDelete
  11. Semuga Allah permudahkan semua urusan keluarga Aunty sekeluarga dan semuga Uncle cepat sembuh. Aamiin.

    ReplyDelete
  12. sabar ye auntie, kami sentiasa doakan uncle kuat dan cepat sembuh.. nak tengok auntie happy2 macam dulu ;)

    ReplyDelete
  13. Assamualaikum kak hajjah, Shafahullah utk suami akak. Saya doakan agar dipermudahkan segala urusan utk akak sekeluarga serta dilimpahi rahmat, kasih sayang serta keberkatan dari Allah taala.

    ReplyDelete
  14. Be strong Aunty Nani...sama2 kita doakan semoga uncle Bob kembali pulih...InshaaAllah..

    ReplyDelete
  15. untie..sabar byk2 ya..berserah pada yang maha berkuasa..tawakal..yakin uncle akan pulih sihat dn kmbali mcm sihat..inysaallah

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum aunty,

    Semoga Allah SWT permudahkan segalanya..semoga Allah SWT panjangkan umur uncle dan sembuhkan uncle.. dan aunty juga semoga aunty juga sihat untuk menjaga uncle...
    amin ya rabbal alaminn....

    semoga aunty kuat ya....

    ReplyDelete
  17. Auntie, tabahkan hati dan selalu berdoa kepadaNya. Insya Allah uncle akan kembali sembuh dan senyum seperti dulu.

    ReplyDelete
  18. AUNTY,

    semoga dipermudahkan segala urusan. sabar dan tabah ya aunty.

    ReplyDelete
  19. Semoga uncle cepat sembuh dan dipermudahkan semua urusan auntie dan keluarga. Insyaa allah, semuanya akan berakhir dengan baik. Amiin

    ReplyDelete
  20. ya allah, sungguh berat dugaan untie sekeluarga... saya pernah melalui detik itu untie... tempat yang sama, wad neuorologi tp bahagian kanak2... kalau ikutkan hati rasa tak nak dah jejak kaki ke situ... insya allah, allah akan permudahkan segalanya... kita sama2 berdoa ye untie...

    ReplyDelete
  21. Salam kakNanie
    Semoga abang Bob cepat sedar dan cepat sembuh. Dan semoga dipermudahkan segala urusan kakNanie sekeluarga..

    ReplyDelete
  22. Bila orang yang kita sayang berada di dalam keadaan sebegitu hati menjadi tidak keruan, doa agar untie dan anak2 tabah menghadapi ujian ini. Kekuatan keluarga akan emmebri aura positif kepada uncle.

    ReplyDelete
  23. Sayu hati, bgenang air mata membaca luahan auntie.. sabar ya.. semoga Allah menganugerahkan ketabahan, kekuatan buat uncle dan auntie.. semoga disembuhkan dan dipermudahkan semua urusan.. salam sayang dr saya.. :'(

    ReplyDelete
  24. semoga uncle bob cepat sihat .....

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum, Auntie kuat kan semangat ya... Moga Uncle cepat sembuh.. Insha Allah....Amin..

    ReplyDelete
  26. Semoga uncle cepat sembuh. Auntie sabar ya....

    ReplyDelete
  27. Semoga suami Puan segera sembuh..

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum aunty. Rindu nak tgk aunty update blog. Tapi saya tau.. rindu lagi aunty pada sang kekasih yg sedang tidur tu. Saya percaya setiap yg terjadi tu selalunya berakhir dengan yg terbaik. Saya doakan semoga uncle cpt sedar dan cepat sembuh. Dan semoga Allah berikan kekuatan untuk aunty menemani kekasih aunty di sisi.. aunty mesti jaga diri dan kesihatan tau..

    ReplyDelete
  29. sedih dengar luahan aunty...mendalam sangat kasih saying aunty kat uncle...semoga uncle cepat sembuh...tabahkan diri aunty..jaga kesihatan aunty untuk uncle...

    ReplyDelete
  30. Semoga uncle cepat sedar dan sembuh. Tabahkan hati ye aunty, I know you are a very strong woman.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...