Followers

Wednesday, April 8, 2015

Tumpang Lalu Sekejap

Perut adalah gigil2 ni
Sbb tak mkn apa dari pagi tadi
Ada roti boleh je buat breakfast 
Tapi entahlah tak ada selera hari ni
Auntie minum nescafe saja
Ni baru siap masak asam pedas
Bau semerbak satu rumah
Hihihi tak yah ke Melaka sbb dah sama rasa

Menulis serius belum kesempatan lagi
Part auntie beribadat haji pun tak habis lagi
Riwayat episodes dah lama terkubur
Tak disambung2, nampak gayanya
Auntie tak layaklah berblog
Umur dah hampir 60 tahun
Rumah kata pergi, kubur kata mari
Yea terasa benar akan keuzuran tua
Badan dah lemah walaupun kerja2 rumah yg ringan2
Auntie dah banyak berbaring dan lena depan tv
Jika lihat bayi banyak tidur
Gitulah auntie sekarang

Masa dah rasa penghujung buat diri auntie
Tiada apa yg patut auntie kejarkan
Hanya perbanyakkan bekalan untuk 'kembali'
Amat bersyukur, hal2 dunia tidak lagi auntie kejar
Bersederhana dengan apa yang ada
Apa yang ada berlebihan, auntie give away
Last week give away satu beg
tudung2 yg berwarna warni terang
Yang kilat2 bersequin2 utk majlis malam
Dah tak sesuai untuk umur auntie
Pelan2 baju pulak
Nak punggah lemari
Goodbye to glittering attire

Kata kawan auntie
Kenapa nani tak mahu pakai baju yang meletopsss lagi?
Aduhai...auntie hanya senyum meleret
Dalam hati, dah puas ikut fesyen
Dah tua, kena dressing cara tua
Alhamdulillah, bersyukur
Auntie sedar diri

Tak leh coret panjang2
Nak makan dulu
Auntie tumpang lalu mencoretkan 
Lauk hari rabu, Alhamdulillah



Bismillah





18 comments:

  1. Replies
    1. Madam Casper,

      Asam Pedas salah satu kegemaran keluarga

      Delete
  2. Tengok lauk Kak Nanie tu buat saya telan airliur... yum yum...

    Alhamdulillah, Allah masih bagi kita peluang untuk beribadah kepadaNya kan Kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea kakcik, selagi ada nyawa itulah seharusnya kita lakukan.

      Delete
  3. sedih pula baca.. sayu hati..
    syukur aunty di beri kesempatan untuk mengejar 'akhirat'.
    kadang2 sy sedih, masih ramai lagi yg sebaya dengan aunty tapi masih mengejar duniawi, berlumba tukar kereta, beli baju baru, barang kemas paling banyak. Takut saya mengenangkannya.
    Semoga satu hari nanti, andai sy panjang umo di usia aunty, sy juga telah melupakan duniawi, telah lupakan segala nikmat dunia. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss Brenito dapat rasakan kesayuan hati auntie yea.
      Betul, ramai sebaya auntie yang masih mengejar dunia dan memenuhi nafsu.
      Jangan tunggu umur spt auntie, seharusnya sudah bersiap sedia dari muda.

      Delete
  4. assalamualaikum, auntie.
    semoga sentiasa sihat2. bykkan rehat, semoga kurang rasa letihnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam wani,

      Aamiin. Auntie tak reti duduk diam, itulah masaalahnya..
      bila letih, menangis dan menangis bisa satu badan huhuhu

      Delete
  5. Masya Allah.. sedapnye asam pedas.. tu daun limau purut ke auntie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, auntie tak ada daun kesum jadi auntie buh daun limau perut
      Wangi kuahnya dan sedap juga.

      Delete
  6. Bila buka blog auntie ada gambar makanan, confirm tertelan2 air liur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huda, nak citer apa lagi kalau tak makanan hihihihi

      Delete
  7. sedapnyee untie..teringin plak sy ni hehe

    ReplyDelete
  8. Sedapnya asam pedas..asam pedas ayam + tetel letak daun limau purut ada ummmpphh..semoga sihat selalu auntie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, asam pedas memang sedap tapi tetel dah lama auntie tak masak..huhuhuhu

      Delete
  9. Aina dah 3 minggu dapur tak berasap asyik kerja ja...kesian anak2 walaupun weekend tak dapat merasa air tangan mak kesian suami yg tiap2 hari makan kat kedai.

    Fitrah hidup untie...moga Allah memberi kesihatan yang baik buat untie dan uncle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JunAina yealah jika masih berkerja memang susah nak masak tapi ikhtiarlah cari masa demi suami dan anak2

      Aamiin, terima kasih doakan kesihatan auntie dan uncle.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...