Followers

Thursday, April 16, 2015

Masih Bersama Tahun Ini

Semalam ada rancangan nak menulis konon
Tapi dah auntie katakan dengan izin Nya jua
Auntie duduk depan lappy
Menjawab komen2 readers untuk tiga entries
Yea, auntie akan jawab setiap komen dari pembaca
Auntie happy bila pembaca tinggalkan komen
Menjawab setiap komen adalah cara auntie tunjukkan
appreciation pada readers auntie
Readers yang tak putus2 mendoakan kesihatan auntie dan uncle
Doa2 tersebut amat berharga bagi kami berdua yang uzur
Belum sempat auntie mulakan entry baru
Anakanda PG ajak keluar kepasar tani
Memang barang basah dah habis, peti sejuk kosong
Ermmm keluar lewat maka peniaga2 disitu dah mula packing
Sempat auntie beli ayam sekor, ikan tenggiri, bawal, merah, cencaru dan sotong.
Habis seratus, apa nak kata dah memang mahal sekarang.
Ada duit lebih lagi dalam kocek
Auntie berjalan cari sayur pula
Dpt terung, cili padi, timun, tomato, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup
Habis dua puluh, ada lagi duit lebih
Auntie beli pulak kentang, rempah kari ikan dan daging
Habis lima belas

Berdiri seorang anak lelaki muda memegang fail
Auntie tak dapat dengar apa yang dia cuba sampaikan pada auntie
Tapi mata auntie hanya nampak tulisan 'wakaf' tertera difail tu
Auntie hulur lima ringgit tanpa menulis nama dilist yg disediakan
Anak muda itu menghulur sebatang pen
Pada auntie tak payah tulis nama
Walaupun perkataan yang berderet2 dalam list2 sebegitu
Perkataan yg lazim dipakai 'hamba Allah'
Malaikat dibahu kiri dan kanan tuliskan
Dikanan akan tercatit dan diangkat jika ada 'keikhlasan'
Dikiri juga akan mencatit jika berlaku 'kepura2an'
SubhanAllah

Amboi...sudi ke baca ni
Wahai readers ku?
Auntie merepek dan merempan?
Tak kiralahlah nak tulis lagi lah
Sementara menunggu waktu zohor
Hari ni auntie tak berpuasa
Dah auntie kata, jika kepenatan akan membawa keletihan 
Yang amat2 bisa disetiap inci badan auntie
Bayangkan sakitnya...disetiap inci badan huhuhu
auntie kena makan ubat tahan sakit

Auntie sebenarnya berasa amat sedih
Sebab kehilangan kawan semasa auntie berkerja dulu
Dapat berita arwah meninggal dalam flight semalam
Dalam perjalanan balik keMsia dari mengerjakan umrah
Dan perkebumiannya pagi tadi di tanah perkuburan Ulu Klang
Innalillahiwainaillahirojiun- Alfatihah

Hari ni pula adalah hari lahir uncle
16hb April, dah 62 umur uncle
Begitu cepat masa berlalu...
Tahun ni kita bersama lagi
Tahun depan, Allah saja yg tahu 
Tepat pukul 12 mlm, anak2 dan menantu2 berkumpul
Hanya yg tak ada cucu
Entah sampai bila begitu
Anak2 beli kek dan kfc
Ermmm.. Memang dah jadi satu tradisi rumah auntie
Sejak bertahun2 menyambut dgn kek tgh2 mlm
Zahirnya uncle nampak happy semalam
Tapi dalam hatinya, Allah saja yang mengetahui

















Selepas makan2 tu



Hihihi semua ngadap gadget
Tapi menantu auntie tu sedang belajar ttg aircraft yg akan dipandunya
Bila kami tergelak atau cakap terkuat
Anakanda Abam aji akan buat signage tangan turun2
Suruh kami perlahankan suara, Arif sedang belajar katanya

Ehhh...berhenti dulu yea
Uncle nak kebilik air pulak
Auntie kena sediakan tuala dan pakaian bersih sepasang
Aduhai rasa nak tulis2 lagi tapi terpaksa berhenti
Thats all for today



13 comments:

  1. Salam, Aunty.. dulu2 kami macam tulah, sambut besday menjelang 12 tgh mlm. Kdg sanggup bakar lilin kek kat luar pintu rumah, konon2 nak buat surprise. Tapi skrg tak lagi, tunggu jer hari siang.. hehehe. KFC, memang sinonim ngan birthday party family kan...

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan untuk Akak terus menulis di blog ini...

    ReplyDelete
  3. Salam Auntie,

    Hepinya saya bila auntie update blog. Jangan ingat xde yang nak baca blog auntie tau. Ramai peminat ternanti nanti termasuk saya. Doa saya moga auntie dan uncle sekeluarga dirahmati Allah sentiasa. Amin

    - Hayati -

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah....semoga auntie dan uncle sentiasa di bawah jagaan Yang maha Esa..Dil selalu ternanti entry auntie..salam ingatan dari bumi mesir...:-)

    ReplyDelete
  5. happy birthday uncle...semoga auntie dan uncle dberikan kesihatan yg baik dan kebahagiaan yg berpanjangan serta dikelilingi org2 yg dsayangi selalu hendaknya..aminn :)

    ReplyDelete
  6. Happy birthday uncle. Semoga uncle aunty diberi kesihatan yg baik dan sentiasa dalam rahmat Allah.

    ReplyDelete
  7. Happy Birthday Uncle.. semoga panjang umur dan murah rezeki.. buat auntie juga... semoga sihat2 selalu.. sweet couple..

    ReplyDelete
  8. Happy birthday Uncle, semuga diberikan kesihatan yang baik juga buat Auntie... seronok tengok Uncle n Auntie sentiasa dikelilingi keluarga tersayang....

    ReplyDelete
  9. Happy birthday uncle, dah berthun baca blog auntie, terasa dekat dengan mak saya. semoga uncle and auntie dipanjang kan umur dan diberkan kesihatan yang baik. aminnnn

    ReplyDelete
  10. Semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik utk uncle dan anty :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak hajjah,
    Selamat ulangtahun kepada suami. Semoga akak dan suami dipanjangkan umur, diilimpahi keberkatan serta diberi kesihatan yang baik oleh Allah Taala. Bekas office mate akak yg meninggal dlm perjalanan balik dari umrah tu saya kenal. Senior saya masa sekolah.Alfatihah utk Allahyarhamah Hamimi Hamzah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...