Followers

Friday, April 3, 2015

Jaga Nama Keturunan

Mesti jaga nama dan keturunan keluarga
Apa yang orang pandang ialah mak bapak
Kata orang mak bapak tak ajar

Selain dari diri sendiri yang keji dan hina
Berlagak pandai, sombong dan tinggi diri
Berpura2 dan bermuka2, perasan cantik
Mudah terangkat bila dipuji
Jangan sekali2 jadi pakaian harian

Ada kala pula yang tak makan nasihat
Ada juga mak bapak sendiri buta ilmu
Ajar anak cucu berjalan spt ketam

Yang lebih kesiannya 
Ada basic ilmu tapi buat2 tak tahu
Salah laku yang berpanjangan

Dunia dunia dunia
Pilihlah jalan untuk dunia dan akhirat
Bukan saja mengumpul 'kebahagian' dunia
Lupa akan akhirat yang bakal ditempuhi

Auntie takut pada Allah
Tak mahu salah laku
Tak ajar anak buat perkara keji
Selalu nasihat kedua2 anak perempuan
Dan selalu berpesan, 
tanyalah masa mama hidup
Dah kahwin pun kedua2 anak auntie
Hormat mak bapak mertua dan keluarganya
Ikut kehendak suami
Jangan ingkar
Bahagiakan suami, selalu tanya suami
Barulah kita tahu hatinya
Kerana tanpa redha suami
Jalan pintas ke neraka jahanam
Nauzubillah

Perkahwinan adalah satu pergorbanan
Sebelum berkahwin, ikut suka diri
Bila dah berkahwin seharusnya kebaikkan untuk kedua2 pihak
Jika pemalas, rajinkan diri
Jika comot, hiasilah diri

Allah ada bagi garis2 hukum untuk kehidupan didunia
Rajin2lah mendekati kuliah2 agama
Baca kitab2 sebagai rujukkan

Timbang segala permasaalah dengan agamaNya
Jangan ikut syaitan yang sentiasa berada disisi
Membisik perkara2 mungkar
Astagfirulah

Kasih dan sayang pada anak bukan dengan menyaluti dengan harta
Emas intan berlian
Tapi kasih abadi hingga ke jannah
Adalah tunjuk ajar kejalan yang diredhai Allah

Ya Allah peliharalah anakku dan menantu ku 
yang baru menempuh alam perkahwinan
Sulamilah mereka dengan kebahagian dunia dan akhirat. 
Aamiin




Nampak tu?  suaminya kata
"She is mine"

Itu juga kata Allah swt
Isteri Milik Suami

Pesanan auntie pula
Hormati lelaki
Sebab Allah jadikan Adam sebelum Hawa
Suami adalah lelaki yang berdamping dihati dan dengan kita
Suami seharusnya pula kesiankan isteri
Sebab kami kaum hawa adalah dari tulang rusuk kamu
Kudrat kami tidak sekuat kudrat lelaki

Alhamdulillah
Auntie dapat kedua2 tersebut






10 comments:

  1. Salam auntie...seronok tgk nonoy dan arif...semoga bahagia hingga ke syurga...sama seperti uncle sayAngkan auntie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali shuweet,

      Terima kasih doa utk pengantin baru.

      Delete
  2. Assalamualaikum..tahniah auntie..Semoga allah merahmati auntie sekeluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Farzen,

      Terima kasih atas ucapan.dan Aamiin.

      Delete
  3. Bagai dapat saya baca isi hati Kak Nanie itu...

    Bersabarlah Kak. Sesungguhnya Allah ada bersama orang yang sabar. InsyaAllah, Pija dan Nonoy akan menjadi anak, isteri serta menantu yang baik - yang tidak akan melukakan hati Akak dan Abang mahupun mertua mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea kakcik, mungkin betul apa yang kakcik terfikirkan.

      Puas dah bersabar dan akan terus bersabar yakni akak redha.
      InSyaAllah, anak2 akak akan jaga maruah diri terhadap mertua mereka kerana mertua adalah keluarga juga.
      Itu pesanan akak pada anak2.

      Delete
  4. congrats aunty for ur new menantu:)

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum...
    semoga dilindungi Allah SWT selalu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam sriarjuna,

      Aamiin, terima kasih atas doa tersebut.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...