Followers

Saturday, April 18, 2015

Birthday Blog Yang KeEnam Hari ini

Hari ini birthday blog auntie
Dah 6 tahun umurnya
Macam2 isi kandungan perjalanan
Suka duka yang ditempuhi

Hari jadi jadi blog auntie
18/4/2008 - 18/4/2015



Auntie tak ramai pembaca hanya 1041 followers
Tapi auntie dapat menempatkan diri dihati mereka
Hihihi kata mereka hari2 tunggu n3 baru auntie
Jika tak ada n3 baru mereka baca yang lama2
Aduhai...

Ada juga yang sudi datang rumah
Yang jauh pula sudi mengepos barang2
Masa auntie nak pergi mengerjakan ibadah haji
Ada yang bank in duit
Emails menanya kabar jgn citer lah
Berlambak2 dari dalam negeri dan luar negara
Ramai yang bertanya khabar
Kesihatan uncle dan auntie,
mencurah masaalah mereka pun ada
Mereka anggap auntie spt mak kata mereka
Melalui blog ini juga auntie dapat kawan2 sebaya dan ada yg junior
Walaupun tak pernah berjumpa tapi rasa amat dekat dihati auntie
Alhamdulillah

Auntie ucapkan ribuan terima kasih pada followers
Yang rajin tinggalkan komen disini
Yang tak putus2 mendoakan kesihatan auntie
Terasa diri auntie disayangi

Auntie juga berharap blog auntie dapat memberi munafaat
Kepada pembaca2 
Walaupun auntie bukanlah penulis yang bagus mana
Cuma kebelakangan ini, auntie jarang publish n3
Disebabkan kesihatan auntie agak tidak stable
Auntie banyak berihat dan tidur disiang hari
Total post tak sampai 2000 lagi



Total page view


Jika ada n3 baru
Pembaca auntie akan serbu
Hihihi



Sehari pembaca mencecah hampir tiga ribu
Tak banyak jika dibandingkan dengan blog2 yg lain2
Pemiliknya orang muda, berkerjaya
Auntie hanyalah seorang tua, menulis pun suka2
Alhamdulillah

Auntie ucapkan ribuan terima kasih kepada setiap pembaca


~Selamat Hari Jadi Blog Kesayangan Ku~

15 comments:

  1. Blog saya nak dapat bukaan 1000 sehari pun payah, tapi saya terus menulis selagi terdaya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik, nani sebenarnya dah tak kosa nak menulis, tapi ada janji2 citer2 yang masih belum nani tepati, kena juga lah menulis..huahhhh

      Delete
  2. selamat hari jadi blog auntie.

    saya prefer jadi silence reader.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Rapunzel

      Auntie prefer readers tinggal komen, feeling motivated gitu

      Delete
  3. Salam.. iyer la auntie.. suka blog auntie.. especially segmen history... sy bce habis dr episod 1-81... keep writing auntie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali JP,

      hihsihihi...yea ke? Aduhai cite banyak tertunggak. Yang auntie malas adalah utk scan gambar2 lama.

      Delete
  4. saya doakan kesihatan auntie n uncle..semoga terus sihat utk terus beramal kepada Allah dan memberi inspirasi kepada kami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, terima kasih nurul sudi mendoakan auntie dan uncle berdua.

      Delete
  5. dah 6 tahun ke auntie..waa xsangka da lama jugak saya follow blog auntie..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, diam tak diam gitulah umur blog auntie.
      Terima Kasih setia jadi pembaca auntie.

      Delete
  6. Hello auntie!!! saya ada lah salah sorang yang xda n3 baru pi baca balik yang lama..hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiiii dear ease elias,

      hahahahahaha yea ker? tak jemu baca berita basi?

      Delete
  7. happy birthday blog auntie..hihi..xjemu2 saya membaca semua entry auntie nih....saya plak dah lama stop blogging sebab dah taktau nak cerita ape..semoga sentiasa di berikan kekuatan dan idea untuk auntie menulis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih shuweet.

      Menulis blog dah jadi berat buat auntie sekarang, sejak menjak sakit tak kesudahan.
      Ikutkan hati nak je tutup/delete blog ni

      Delete
  8. Lama juga dah Auntie menulis tu.. selamat ulang tahun penulisan. Mak Long baru sahaja mengikuti blog Auntie dan suka cara penyampaian Auntie. Selalu tunggu entri blog Auntie. Mak Long pun tak pandai nulis hanya suka-suka. Bila sempat (bukan selalu sibuk pun) baru tulis.. Semuga sihat sejahtera sentiasa dalam keluarga.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...