Followers

Saturday, March 28, 2015

Semoga Terlaksana Hasrat

Selamat Berhujung minggu
Auntie demam dah dua hari
Namun lapar mengatasi sakit2 badan
Bangun juga kedapur untuk masak tengahari
Dari pagi auntie tidak makan apa2
Nak suruh anakanda abam aji keluar belikan
Tapi kesian, dia dah dua malam balik kerja lewat
Biarlah dia rehat dan enjoy bangun tidur lambat sikit

Selepas solat duha
Auntie kedapur
Auntie masak asam pedas ikan selar
Sayur labu timun goreng
Sambal belacan
Nak goreng telur dadar tapi tak larat so auntie skip
Alhamdulillah

Mandi manda hilangkan peluh2
dan mungkin panas badan boleh berkurangan
Selepas solat zohor
Auntie kedepan nampak abam aji vacuum karpet
Dia berhenti vacuum dan hulurkan auntie parcel

"Baru sampai
Mama punya" kata dia



Kebiasaannya jika ada parcel pos untuk auntie
pengirimnya akan bagi tahu awal
Tapi kali ni auntie tak tahu
memang tak expect pun akan menerima parcel
dari mana2...

Hati auntie tiba2 jadi sayu dan rasa bersyukur
Rahmat dan Rezeki dari Allah datang lagi

Auntie capailah cermin mata
nak tengok nama pengirimnya
Terus air mata memenuhi kelopak mata
Bila nampak nama Salina Abdul Kadir
Auntie mengenalinya dari facebook dan blog reader auntie
Tak pernah bersua pun
tapi dah berkali2 dia bagi parcel untuk auntie
Selalunya bila hampir tiba bulan ramadhan
akan ada kiriman darinya
serunding daging dan ayam

Mungkin ada yang cebek kat auntie
Dan mungkin ada yang kata auntie ni ratu air mata
Sikit2 menangis, sikit2 menangis
Diri auntie juga tak tahu mengapa sebegitu
Terlalu tersentuh..
Apa saja yang auntie pandang
haiwan dan tumbuhan pun boleh terbit airmata
Setiap apa yang berlaku disekeliling
Auntie lihat Allah
SubhanAllah
Amat Indah nikmatNya

Sebenarnya auntie teringat2 kan Salina Abd Kadir
Teringat akan usahanya bersama suami
kendali kerja2 amal kerana Allah
Pondok2 agama, sekolah2 tahfiz dan sbgnya
Sebenarnya auntie ada pasang niat
Tak payahlah auntie katakan disini
Terlaksana atau tidak
hanya dengan izinNya jua
Dan dah auntie wasiatkan hasrat auntie
kepada anak2, jika auntie pejam mata
mohon teruskan, niat auntie tu
Auntie hanya mampu terus berdoa agar
hasrat auntie ni tercapai kerana Allah
Aamiin

Berbalik citer parcel tadi
Auntie buka perlahan2..
ambil gambar buat kenangan





Alhamdulillah
Ribuan terima kasih
Auntie masukkkan buah mangga dalam peti sejuk
Wahhhh...jap2 lagi auntie akan kupas dan makan anak beranak

Salina, mohon doakan hasrat auntie terlaksana ya
Semoga apa yang diusahakan diberkati Allah swt
Aamiin



4 comments:

  1. semoga Allah memakbulkan apa jua hasratmu auntie..amee ya rabb..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah

    Bertambah rejeki bertambah bahagia...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Auntie,

    Mak Long sangat suka baca setiap coretan Auntie. Alhamdulillah, syukur..rezeki jangan ditolak. Usah Auntie risaukan kerana selalu keluar dan lelehkan air mata. Mak Long pun begitu. Nengok ikan berebut makan dalam air ketika kita tabur makan pun Mak Long boleh berjurai air mata.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah, Allah pasti akan permudahkan niat baik akak itu walau apapun ia...

    Baiknya hati Salina...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...