Followers

Friday, March 6, 2015

kad2 Ucapan Sayang

PG bawa auntie keluar tadi sebelum solat jumaat
Auntie tuju hardware beli sikit barang2
Tokey dan pekerja2 hardwawe tu dah kenal auntie
Bertahun2 beli kedai dia dari auntie mula berpindah di Setiawangsa

Depan kedai, duit yang auntie pegang berterabur tanpa auntie perasan
Dikutip oleh seorang perempuan melayu, terus dia pegang auntie dan hulur
Duit seratus dan duit note sepuluh ringgit beberapa keping
Aduhai perangai auntie kebelakangan ni
Dah tak bawa purse sejak bertongkat
Rasa susah nak pegang purse dan tongkat
Pakai blouse pulak tanpa kocek hari ni
Seluar jeans auntie memang ada kocek
Tapi segan nak selak2, nanti nampak perut hihihi
Ada rezeki tak kemana, duit yg jatuh di hulur ke auntie semula
Alhamdulillah

Selepas selesai membeli dihardware tu
Auntie ke kedai frame
Nak buh cermin yang dah pecah beberapa tahun yang lalu
Hati auntie sedih dan sayu
Cara uncle mencurahkan isi hati pada auntie
melalui kad2 ucapan yg uncle bagi auntie
Sejak dari bercinta tahun 1971 hinggalah kahwin setiap tahun
Banyak lagi dalam kotak yang auntie simpan
Kesemuanya amat2 auntie sayang 
tak ternilai dengan duit ringgit dan intan berlian
Uncle memang tak pandai meluah kasihnya secara inperson
Dia akan menulis surat dan kad ucapan
itu dulu2lah, sekarang through messenger facebook




Cermin tokey frame tu charged auntie rm42 discount rm2



Frame yang longkah kat bucu tu
auntie dah ketatkan screw, dah molek dah

Bila dah tua sekarang, patut ke auntie simpan kad2 ucapan ni lagi?
Khazanah berkasih sayang nii?
Janganlah gelakkan auntie yea
Sebab auntie nak semua tahu
bahawa cinta dan kasih sayang
walaupun dah tua, walaupun dah berkahwin puluhan tahun
ianya tidak luntur dan tidak hilang
jika ianya dijaga dan dibelai

Ermmm...tak mengapalah bila dah 'tiada' nanti,
Pandai2lah anak2 masukkan dalam store
Ataupun auntie sendiri akan dispose
tapi tak tahulah bila nak buat tu


Buat suami yang tercinta
Dari muda hingga kini
Nani amat2 menyayangi mu
Suka duka yang telah kita lalui
Mohon maaf zahir dah batin
Semoga Allah lanjutkan usia 
Pulihkan kesihatan kita berdua
Beribadah dan beribadah
Sebelum dijemput mengadap Ilahi
Salam sayang dari isteri mu


26 comments:

  1. So sweet untie...simpan jelah sekurang2nya setiap kali rasa sedih bila pandang kad2 tu boleh buat untie tersenyum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JunAina, dah terlalu lama auntie simpan, bimbang satu hari nanti auntie akan sedih melihat kad2 tu

      Delete
  2. Sokong spy aunty simpan...kenangan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi auntie hidup memang auntie simpan buat kenangan, ada kad2 tu lebih dari 40 tahun

      Delete
  3. sweetnya aunty..jgn dispose..buat kenangan smpai ke cucu cicit..sy doakan aunty sihat je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih ease doa kesihatan utk auntie.

      Hihihi cucu cicit nak ke tengok kad2 tu?

      Delete
  4. wa.wa wa manyak manis oooo ..moga auntue sekeluarga dilimpahi kasih sayang Allah selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Radiah ribuan terima kasih atas doa utk auntie
      Aamiin

      Delete
  5. Ameen..semoga hubungan untie n uncle kekal terus ke jannah...mcm lagu ku tunggumu di pintu syurga tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, terima kasih Fiza doa yg terbaik untuk auntie dan uncle.

      Delete
  6. Sweetnyaaaa....not sure saya akan jumpa soulmate saya mcm aunty jumpa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. InSyaAllah

      Jodoh ketentuan Allah, semoga inahornaw diketemukan yang terbaik.

      Delete
  7. Sweet nyer smoga kekal berkasih sayang hinga ke Jannah...aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, terima kasih Fieza doakan auntie dan uncle.

      Delete
  8. assalamualaikum, auntie.

    wahh sweet betul uncle dgn auntie. sy pun ada simpan kad & brg yg husband bg dlm kotak. buat koleksi.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh Wani ezryl,

      Oh yea ker? mungkin suatu hari nanti Wani boleh framekan juga.

      Delete
  9. Sweet sangat. Husband saya pun suka macam tu, tulis jiwa-jiwa dalam kad ucapan. Kalau nak suruh dia cakap depan-depan, memang tak dapatlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi wah suami Huda sama mcm uncle yea.
      Tapi memang sweetlah cara komunikasi melalui kad2 ucapan kan?

      Delete
  10. Sweetnya akak suami isteri. Saya doakan semoga berbahagia hingga ke syurga. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.

      Terima Kasih Che Nor doakan kami berdua.

      Delete
  11. Salam, Aunty.. pastinya anak2 aunty akan terus menyimpan kad2 ucapan ini sebagai kenangan kasih sayang & percintaan kedua org tua mereka.. kalau tak.. tak adalah mereka.. ye tak??? hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali SKTJ,

      Anak2 tak bagi buang setakat ini...hihihihi

      Delete
  12. salam kenal aunty...nana pun suka simpan barang2 kenangan dengan suami..hihi

    boleh buat kenangan ..walaupun baru je berkahwin 3 tahun.. :)

    aunty jemput singgah ke blog nana jika kelapangan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kenal kembali Nana,

      InSyaAllah ada kelapangan auntie akan singgah blog nana

      Delete
  13. wahh..uncle bob so sweet....semoga kasih sayang auntie dan uncle berkekalan hingga ke jannah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin

      TQ Shuweet doakan auntie dan uncle yang terbaik

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...