Followers

Tuesday, March 3, 2015

Hari Jadi Anakanda Peej

  
Anakanda Nur Hafizah
Masih terbayang2 kenakalannya masa kecil
Kasar macam lelaki, mengikut perangai dua abangnya 
Jika bermain bertiga, selalulah dia kena buli
Terlalak2 menangis berlari mendakap auntie 
Dan mengadu abang main kasar

Apa saja yang dia nak, uncle akan beli untuk dia
Mainan yang murah sehinggalah ratusan ringgit
Tempat dia meminta segala pada uncle
Hihihi anak2 tak berani dengan auntie sebab 
Auntie tegas dengan anak2
Merotan anak2 adalah tugas auntie
Uncle jentik pun tidak

Bercerita tentang merotan
Auntie ada cara tersendiri
Anak2 buat kesalahan, auntie tidak merotan terus
Tapi auntie akan tegur 
Simpan yea lemak2 tu, mama kumpul tau..
Bila masa terlalu nakal..auntie panggil
hahahaha auntie suruh anak2 beratur dan berbaris
Tahu ker apa salah yg ko buat? kata auntie
Anak2 mengganggok2 kepala

Auntie akan tanya bermula dari anakanda yang sulung
Brapa rotan das rotan agak2 mama kena rotan ko?
Anakanda Ayol akan menangis2 dan berkata
Pukullah, pukullah, ayol jahat katanya
Kelakar amat2 tapi auntie tahan tak leh gelak
Kena serius..
Lain soalan, lain pula jawapannya
Belum kena rotan dah nangis? kata auntie
Zassss, kena sedas
Siap pesan jangan bagi mama rotan lagi
Gitulah juga dgn anakanda PG
Tapi anak2 perempuan, auntie hanya perlu rotan lantai 
Dah melolong lolong menangis
Tak sampai hati

Kenangan membesarkan anak2
Sekarang semua dah besar
Auntie pulak kadang kala dimarahi
Kata2 mereka pulak auntie harus patuhi
Amboi....

Semalam hari ulang tahun anakanda Peej
Tak ada apa2 special pun
Noy beli sebiji kek secret recepi 
Nyanyi2 dan tiup lilin
Makanlah kami anak branak
Tapi saperti biasa PG tak ada
Dia nengok MU vs Liverpool kat luar
kat mamak's lah tu

Laju uncle ke meja
First piece Peej hulur kat uncle 
Kek memang kegemaran uncle, auntie tidak

Ada auntie amik gambar sikit2
Abaikan rumah macam tongkang pecah
Auntie sedang berkemas alih2 barang sebenarnya



Bila auntie nak amik gambar
Abam Aji buat muka kelakar


Auntie marah
Terus dia adjust muka dia
Hihihi



Kesian kan? Isteri dan anak dia sentiasa tak ada 
untuk masa2 kegembiraan bersama keluarga auntie

Tunang Noy pun ada malam tu
auntie ada geng dah sekarang, 
tunang noy pun tak brapa nak makan kek sangat


Auntie mintak noy noleh baru dia toleh


Membilang hari untuk majlis nikah
Noy bancuh milo macam 40 orang nak minum
kuss semangat, masuk fridge dan auntie minum
untuk berbuka bergelas2 milo tu


Birthday girl

auntie amik dari ig dia


Suami Isteri


Sambutan sempoi je
tapi kami sekeluarga bahagia

Bila dah mkn kek
Semua ngadap gadget 




Dari duduk sampai terbaring si birthday girl tu
Kat ujung tu, uncle pun bergadjet jugak


Noy beli hadiah baju untuk kakak dia
Hihihi auntie pun dapat juga walaupun belum sampai birthday auntie
Dapat pashmina putih dan apple green
Memang sesuai untuk mak Aji, sukaaaa





Mama yang dah tua ni ucapkan
Anakanda Nur Hafizah
Selamat Hari Jadi
Semoga Allah merahmati kehidupan masa hadapan mu
Mendapat hidayah dan bimbingan kejalan yang lurus
Perniagaan yang berjaya dengan limpahan rezeki
Kesihatan yang baik.
Aamiin.



12 comments:

  1. Happy birthday Pija... semoga Allah SWT merahmati kehidupanmu suami isteri dan diberikannya rezeki cahayamata menambah seri rumahtangga... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, terima kasih kakcik doakan Pija suami isteri

      Delete
  2. selamat hari lahir untuk anakanda peej tu :) selalu stalk blog dia..jarang nak tinggal komen..hehehe. semoga cepat dikurniakan zuriat, boleh auntie main cucu lagi dan dimurahkan rezeki selalu..

    ReplyDelete
  3. Salam aunty Nani, saya seorang silent reader blog aunty dan juga Peej. Seronok saya melihat dan membaca tentang keluarga aunty. Saya doakan aunty dan uncle diberikan Allah kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki yang barakah dan dikurniaiNya kebahagiaan di dunia dan akhirat. Saya turut mendoakan yang sama buat anak-anak aunty. Saya seronok membaca entries di blog aunty dan juga Peej, dan sentiasa ternantikan cerita terbaharu. Saya doakan Allah membalas segala kebaikan aunty dan Peej yang membuatkan saya gembira membaca entries kalian. Take good care of yourself aunty. Though we have never met before, I love you always.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali nora.

      Terima Kasih doa buat auntie dan uncle. Aamiin
      Terima Kasih juga sudi follow blog auntie

      Delete
  4. Bila anak2 dah besar lain pulak ragamnya kan...anak2 yg kita didik dengan kasih sayang akan sentiasa menyayangi kitakan untie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul JunAina, Alhamdulillah anak2 auntie semua baik.

      Delete
  5. Lamanya untie x hapdet..bz la tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Madam Casper,

      Macam2 hal nak diuruskan

      Delete
  6. salams auntie:)
    suka sangat baca kisah auntie.....happy belated birthday buat peej:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Amiizaa,

      hihihihhiTerima Kasih

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...