Followers

Monday, March 23, 2015

Hangus Rm 500++

Dah sarapan?
Auntie buat cucur bawang cicah sos cili
bersanding berdua makan dengan uncle pagi ni
bersulamkan nescafe
Alhamdulillah..

Dua tiga hari sudah
Auntie nak basuh baju2 pakaian anak2 lelaki semasa majlis nikah tempuh hari
Asing2kan, sekali auntie terperasan dan terus tersenyum sendirian
Seluar anakanda Abam Aji terkoyak rabak kat punggung
Aduhai, macamana boleh jadi cam gitu?
Auntie basuh tangan pakaian2 sebelum mandi 

Benang jahitan dulu2 bermutu
benang sekarang mudah saja terberetas


Setahu auntie pakaian ni sedang elok saja ukuran tailor
Tak ketat pun, macam mana boleh terkoyak
Bila Abam Aji balik dari kerja auntie tanya

"Lepas kenduri tu kemas2 bawah khemah 
Sapu2 dan masukkan sampah dalam plastik hitam
Nak ikat plastik tu, tonggeng
Terus prappppp" kata nya

"Napa tak salin dulu pakaian sebelum buat kerja2 berat"
Kata auntie

"Tak bolehlah, nanti yg lain2 ingat saya curi tulang, menghilang diri"
Katanya lagi

"Apa2 pun mama ucapkan terima kasih pada kawan2 jiran kamu
Nanti2 senang2 belanja dia orang minum dan makan
Baik betul kawan2 jiran korang
Yealah, sama2 membesar
Mengaji dan sekolah, masih lagi rapat dgn korang"
Alhamdulillah

Auntie baru nak pasang langsir
puas mencari tapi tak jumpa2
Masa dua tiga hari sebelum kenduri
auntie ada engaged bibik untuk bersihkan rumah
auntie suruh buka langsir tu, nak dihantar kedobi
auntie suruhlah masukkan dalam plastik hitam
Sahlah, memang dah terbuang..gamaknya
Puas auntie mencari seisi rumah tapi tak jumpa
hihihi

Auntie minta tolong anakanda Peej bawa auntie
ke Nagoya untuk tempah langsir baru
Tak kan nak biarkan tingkap dan sliding door tu bogel
Tulah, langsir2 lama semua auntie dah bagi orang
walaupun masih elok tapi auntie ni jenis cerewet
scheme warna dinding jika tak masuk dgn warna langsir 
tak kan auntie pasang/pakai lagi
pada simpan baiklah bagi kat orang
sekarang nah, kan dah susahkan diri? hihihihi
Sementara tu
Auntie pasang langsir tingkap bilik
kat sliding door dah dua hari dah ni
Aduhai...tak seronok nye ghupenya



Abaikan luar sliding door tu
Auntie belum sempat kemas area tu lagi..

Pada siapa2 yang belum sampai rumah auntie
Sekarang ni ruang tamu auntie dah auntie letakkan sofa bed
untuk uncle baring tanpa kebiliknya lagi
tujuan supaya jangan uncle kesaorangan dibilik
dan senang bila kawan2 uncle datang menziarah dia

Berbalik citer ttg langsir
DiNagoya, auntie tak mahu buang masa
tercari2 sekeliling, badan masih belum pulih sepenuhnya
maka apa saja yang ada disitu, auntie berkenan terus tempah
Sliding door dan dua tingkap, termasuk sheers
Boleh tahan rege hangus rm500++

"Bayar habislah makcik" kata budak yang menulis resip
"Kenapa"? tanya auntie
"Bila siap nanti jika ada balance kena GST"

Anakanda Peej tinggalkan auntie disitu
sementara dia pergi cucuk duit utk bayar balance
sebab auntie bawa hanya rm300 saja
fikirkan nak bayar deposit saja dulu
TQ Peej jadi penyelamat mama hihihi

Mesti ada readers tertunggu2 citer
Menantu baru auntie dari Syurga
Sabar..nanti auntie citer


6 comments:

  1. Tahniah aunt dapat menantu baru yg hensem n sama cantik sama padan dengan noy hehe moga aunt cpt sembuh ...jgn lupa buat n3 panjang2 yer aunt dengan gambar byk
    :D

    ReplyDelete
  2. Kalau sedang sibuk memang tak terperasan buang benda yang kita nak guna untie tapi tak apa ada juga alasan nak ganti langsir baru.

    ReplyDelete
  3. tak terbayang kalau jadi seluar terkoyak.Baju singkat .Dalam public pula tu.Haru.

    ReplyDelete
  4. Kat rumah saya ni pun ada tilam terbentang tengah2 ruang tamu...nanti kalau ada tetamu, baru cepat2 sorokkan tilam tu... hehehe...

    Wah...langsir pun kena GST juga? :(

    ReplyDelete
  5. sebut pasal GST, terus hati jadi gundah gulana :(

    ReplyDelete
  6. As Salam... Semuga Auntie dan Uncle diberikan kesihatan yang baik ...btw kte sedih sangat baca kisah Nonoy dn asbennya di majlis langsungnya especially disaat nonoy dn asben mendakap uncle dn auntie...menitik airmata kte....syukur alhamdulillah smpai juga jodoh nonoy....muga hingga ke jannah....kte baca pasal majlis Nonoy diblog kasih filla.....Muga auntie dn uncle cepat2 menerima cucu ke 2.....Aamin...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...