Followers

Monday, March 16, 2015

Celaru Fikiran Bila Badan Lesu

Amat2 penat
Badan rasa nak roboh
Bila terlalu kepenatan, fikiran jadi celaru

Nak buat nasi goreng utk mkn tengahari 
Kupas bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi, ikan bilis
Basuh sambil berselawat


Nak blend
Aduhai rupa2 auntie masukkan dalam jug air
Memang celaru fikiran bila badan tak larat


Boleh auntie tak perasan
Antara blender dan jug air
Memang tergelak auntie sorang2 kat dapur
Terus capai ipad, amik gambar

Kadang2 cakap pun boleh tersasul
Jika penat sangat
Auntie pernah suruh anak
Yang baru balik dari kedai 
Tolong simpan telur tu dalam washing-machine kata auntie
Memang tergelak2 anak auntie 

Tak leh lama ngadap menulis
Tak sihat
Nanti2 ada umur dan keadaan badan stabil
InSyaAllah auntie coret ttg perkahwinan anak bungsu
Menantu baru yang datang dari syurga buat keluarga auntie
Itu adaLah pandangan peribadi auntie
Nanti auntie citer dgn izinNya

Maaf amat2
Auntie masih belum jawab
Personal emails dan ucapan drpd readers auntie
Memang amat kepenatan
Banyak story tapi semua terbenam bila penat


26 comments:

  1. aduhaiiii.. kelakolah aunty ni. Tapi boleh dimaafkan sbb rupa jug auntie tu hampir sama dgn jug blender.. hihi. Alah.. sy yang muda dari auntie pun salu tersasul auntie.. fikiran menerawang.. lain nak dicakap lain yg keluar dr mulut.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, bila dah penat, keja2 jadi hampeh hihihi

      Delete
  2. alamak aunty......bykkan rehat yer aunty

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja2 ringan berjalan spt biasa, auntie rehat dari kerja2 berat dulu.

      Delete
  3. comelnya....jug air bertukar dengan blender..kelakar sangat nih..tk good care auntie..hv a a good rest

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ bett,
      your first time leaving a comment here?
      Tq again, auntie memang need a good rest.

      Delete
    2. yes auntie..this is my first time...blog walking jumpa blog peej then terus ke blog auntie..seronok baca blog auntie..sumtime kalau citer sedih..mata tetiba masuk abuk..keep on writing cause im waiting..heheh

      Delete
  4. hehehe..ketawa dil sorang2 depan laptop ni..bila bandan penat..otak ke lain...auntie..tahniah..have a good rest

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dil, memang otak kelain kot masa tu, maka tak perasan lansung.
      Tq

      Delete
  5. assalamualaikum, auntie.

    ahaha lucu pulak baca. tapi blender dgn jug tu memang dah lebih kurang sama warnanya. auntie rest banyak2 aje. penat sangat tu kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam wani,

      Haah, bukan saja penat, badan auntie sakit2 urat tapi lapar punya pasal, nak juga kedapur, huhuhu

      Delete
  6. Rehatlah dulu Kak. Memang nampak wajah keletihan Akak dan Abang dalam ceria tempohari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kakcik,
      Dah berumur dan keadaan yang tak sihat, berkenduri, manalah tak kepenatan.
      Terima Kasih Kakcik sudi datang.

      Delete
  7. Saya yg baca pun tergelak Aunty.. take care ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe mamabeauty, memang lucu kan?

      Delete
  8. Warna sama untie sekali pandang otak dah set hijau blender...ehhehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu JunAina,
      otak tahu, yang hijau blender, tapi kebetulan jug air kat sebelah sinki, capai je tanpa perhati yang tu bukan blender..hihihi

      Delete
  9. Tahniah dpt menantu ...alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. aunti mana gambar kahwin Noy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anita, gambar kahwin Noy ada banyak kat facebook auntie
      Jika ada kelapangan dan mood mari nanti, auntie sumbat kat blog ni pulak heeee

      Delete
  11. Salam Aunty,

    Rehat la dulu secukupnya. Take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Rosma

      Yezza, auntie dah rehat, boleh lah kembali menulis..InSyaAllah

      Delete
  12. Kak nanie elok berehat dahulu. Setelah rasa hilang penatnya barulah buat apa yg mampu dibuat. Jangan renyah sangat ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rahmah terima kasih atas nasihat, memang akak tak buat kerja2 renyah, yang perlu sahaja ketika ini.

      Delete
  13. ya ampun auntie.. bebawak berehat ek.. penat sangat dah tuh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...