Followers

Tuesday, February 10, 2015

~ Dua Rinduan Yang Berbeza ~

Auntie rindu rinduan dengan
arwah mak tahap tak tahu nak kata dah
rindukan perbualan2 kami
dan perangainya yang suka merajuk
Yang paling tertinggi adalah kasih dan sayangnya
pada auntie dan anak2 auntie
She loves to cook and her cooking was so great
Berghenang air mata bila teringat
mengenangkan sisa2 hidupnya dirumah auntie
selama 16 tahun selepas arwah abah meninggal

Both of them was so dear
though they are my adopted parents
they brought me up with love and great care
~Alfatihah~

The door to her room


Auntie setiap pagi akan melalui pintu ini menjenguk arwah
sebelum auntie pergi kerja, cium pipinya
Arwah mak sentiasa harum dengan bedak baby powder Johnson
She powdered herself most of the time
unlike me, auntie loves to use perfume instead
probably auntie is modern mum hikhikhik
Haruman wangi meninggalkan kesan kenangan yang manis

Kini pintu ni auntie lalui juga
tapi auntie dah jadikan bilik solat dan tidur auntie
Auntie dah tak naik bilik atas
Kaki auntie dah tak larat nak panjat mata tangga
Panjat bilik atas pun jika perlu sahaja

Rindu auntie pada arwah
selalu berlaku tak kira siang atau malam
Malam sebelum tidur, auntie suka berselemutkan diri



Inilah selimut arwah mak
Dah berkurun dah selimut ni
masih elok lagi tak reput pun
Gitulah auntie mengubat rindu
selimutkan diri dengan selimut ni
Tak putus2 auntie menghadiahkan
bacaan Alfatihah untuknya..

Rinduan pada arwah sebegini perilaku auntie
Soalan bermain di fikiran
adakah berjumpa nanti di alam seterusnya
Wallahualam

Rinduan pada yang hidup pula
adalah pada cucu auntie
yang tidak kunjung tiba
satu2nya cucu dari zuriat auntie dan uncle
Perbuatan zalim jadi amalan pada yang tidak berperasaan
Tak mengapalah..jawablah nanti
dipadang mahsyar yang sudah pasti akan disoal
setiap perbuatan dan amalan
***tiada siapa akan terkecuali***

Setiap malam auntie maafkan perbuatan 'mereka'
maka terfikir pula dihati auntie

" ehhh dah hampir empat tahun auntie memaafkan
Selagi mereka masih memutuskan siratulrahim
adakah dosa akan dicatit setiap hari?
tak gentarkah pada Allah?"

Auntie dah kata tidak mahu menyebut tentang cucu lagi
tapi someone new as a friend in facebook auntie
petik button 'like' pada gambar lama
gambar auntie meriba cucu
dah lah jadi status terbaru
uncle pula mencurahkan perasaannya terbarunya disitu
yang agak pilu bila dibaca
Me not loike at all, it is so hurting really..

Semoga Allah memberi hidayah pada hati mereka
Semoga mereka sedar dengan ujian Istajraj yang mereka lalui
(Istidraj iaitu pemberian nikmat kejayaan berterusan 
dari ALLAH kepada manusia yang ingkar
yang mana pemberian itu sebenarnya tidak diredai olehNya)


As for me
I understand this statement very clearly
and I will always be grateful




Rinduan yang manis dan rinduan yang bergelora
Rinduan pada simati dan rinduan pada yang hidup
Dua rinduan yang berbeza

Auntie kena berhenti menulis
Nak ke bank kejap
Ada urusan
Adios...


8 comments:

  1. Rindu-rinduan jadi kenangan..
    Saya juga selalu memikirkan.. apakah nanti akan bersatu kembali keluarga saya di syurga.. ibu.. abah.. kakak.. adik... anak... suami pastinya..

    ReplyDelete
  2. sayunyer hati baca entry aunty hari ni.

    ReplyDelete
  3. Saya memahami perasaan KakNanie itu.

    Saya telah mengikuti blog ini dari waktu sikecil itu bermain di ribaan dan di rumah Kak Nanie lagi dan tiba-tiba'hilang menyepi'...

    Al Fatihah buat kedua orang tua kita yang telah kembali ke alam kekal di sana...

    ReplyDelete
  4. salam auntie...sayu nyer baca pasal arwah mak auntie....mimie pun rindukan arwah atuk...i called her atokmak...sangat manja ngan die..sangat rindukan masakan2 die....Al-FAtihah untuk arwah mak auntie dan juga untuk arwah tokmak ..

    ReplyDelete
  5. saya juga terkadang teringat ketawa arwah abah saya...

    ReplyDelete
  6. sayu membacanya. semoga nanti bila cucu dah besar dia pandai cari tok nenek dia yang masih ada...Al -Fatihah buat arwah ibu kak nanie..semoga ditempatkan di kalangan para solehin..

    ReplyDelete
  7. Alfatihah utk arwah mak Aunty..

    insyaAllah semoga dipertemukan nanti with your cucu..

    ReplyDelete
  8. al-fatihah untuk arwah mak aunty..
    semoga 'mereka' sedar dan pertemukan semula aunty dgn cucu aunty..
    by the way, aunty sakit lutut ke? sy boleh bantu aunty pulihkan sakit lutut aunty..
    pnh dgr GEL AMANI tak? sy nak bantu tp mcm mana sy nk contact aunty?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...