Followers

Wednesday, January 21, 2015

Jeruk Limau Nipis

Permintaan reader nak kan resepi jeruk limau nipis
apabila nengok gambar lauk auntie di facebook
Sian pulak sampai message2 bagai 
entah2 pregnant, takut kempunan pulak
hihihihi
Okaylah lets do it today

Tak ramai yang pandai makan jeruk limau ni
tambahlah generasi muda mungkin tak kenal 
tapi auntie memang diajar makan pengisa2
bila makan nasi tengahari 
bersama arwah abah dan arwah mak
sambal belacan, cencaluk, budu, kicap 
semua auntie pandai makan
auntie juga diajar makan ulam2 selain dari daun2 hijau
temu adalah salah satu kegemaran auntie
daun lemuni hitam yang pahit pun auntie kunyah
auntie tak takut untuk mencuba segala ulam2
hihihihi

Berbalik pada jeruk limau nipis
Senang membuatnya sebenarnya..
Okay satu persatu antie ajarkan

Limau nipis 10 biji
Kikis kulitnya bagi kesat dengan belakang pisau
belah empat tapi jangan putus
sumbat garam halus diantara setiap belahan limau tadi
Masukkan dalam bekas botol kaca
Jika tak ada balang plastik biskut raya pun boleh
Masukkan gula dalam bekas botol tadi 
lebih kurang 3 senduk nasi cukuplah
tuang air mineral dalam botol tadi
hapuskan/tenggelamkan limau2 tu 
masukkan dalam peti sejuk
Limau2 ni boleh tahan sampai setahun
lagi lama lagilah sedap..

Dah bertukar warna limau tu, dah jadi jeruk
dah bolehlah makan 
Ambil sebiji
hiris limau tu kecil2
hiris bawang besar dan cili padi
tuang air masak sikit dalam mangkok
jika tak letak air sikit
masam dan masin sangat nanti bila nak makan
ramaslah limau dan bawang tadi perlahan2
Siap, boleh untuk dimakan dengan nasi panas
dan ikan goreng
Amboi kecur air liur auntie ni






Ni ada tinggal dua tiga biji saja dalam peti sejuk
Jom kita jengok dan ambil gambar



Dah hampir setahun jeruk ni dah auntie buat
Masa tu buat banyak
nih dah tinggal 3 empat biji aja
last call lah tu
nanti2 auntie beli limau nipis boleh buat lagi hihihi

Limau kasturi pun boleh dijerukkan
tapi tak tahan lama sebab kulitnya nipis barangkali
Jika diselongkar n3 lama2, 
auntie juga ada buat n3 untuk jeruk petai

Selamat mencuba yea..


20 comments:

  1. first time tengok jeruk limau nipis ni auntie. Terkecur liur dibuatnye hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba buat 3 biji dulu, ambik rasa..hihihihi

      Delete
  2. Salam. Terima kasih atas perkongsian ini. lama tak makan jeruk limau ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Ariff,

      Cuba buatlah, senang aja

      Delete
  3. Macam sedap jeeee

    Btw, jemput visit page FB By Aloha https://www.facebook.com/byaloha ye.

    Kat sni ada jual sabun herba produk keluaran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ada banyak manfaat. Sabun muka untuk masalah jerawat. dan sabun badan utk masalah jerawat badan, bau badan, lenguh2 badan, gatal2 kulit, naikkan seri muka n mcm2 lagi =)

    ReplyDelete
    Replies







    1. Auntie tak kosa nak cuba apa2 product,
      dah tua..

      Delete
  4. Arwah atuk sya dari India, jeruk ni wajib ada setiap kali makan, pekena dgn kari mmg mengancam =). Dulu sampai berbalang2 dibuatnya, dijemur tgah2 panas then simpan. 3 balang kaca besar hanya bleh tahan tak sampai 6 bulan, anak cucu ambil bawak balik. sedap sangat sambal belacan pun kalah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Nurul,
      org India jeruk limau buat acar, auntie suka sangat acar jeruk limau India, mkn dengan kari ikan, walawei meletops

      Delete
  5. alamak terkecur ailio cemana niiii huhu

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum, auntie.

    wah ni pun first time sy tau kewujudan jeruk limau nipis ni.. hihi. orang dulu2 memang kreatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wani,
      orang dulu lauk pauknya simple tapi mengancam selera

      Delete
  7. Orang dulu-dulu kreatif dalam penyediaan makanan, bila dijerukkan makanan lebih tahan disimpan dulu-dulu mana ada peti sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul junAina,
      Salai, pekasam juga kreativity org2 dulu..dahsyat kan?

      Delete
  8. serius tak pernah makan aunty hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali makan akan teringat nak lagi..cubalah

      Delete
  9. assalamualaikum auntie.. wah terliur ni, merembes ailioo.. tertelan2.. hihi,, tq auntie share cara buatnya.. konfem sedap ni..

    ReplyDelete
  10. terus kecur air liur saya ni. agaknya kalau guna untuk buat siakap stim pun mesti sedap ni kan?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...