Followers

Friday, January 30, 2015

Dah Makan Tengahari?

Salam Jumaat readers ku
lama betul auntie tak menulis
no mood at all, feeling so tired lately
wonder where are my energies gone to?

Dah makan tengahari?
Auntie dan uncle sudah, Alhamdulillah
Merayau rayau kat facebook nampak nasi tomato
Dah terjebak selera nak makan
Jadi auntie terajin sikit hari ni masaklah
nasi tomato, ayam masak merah dan salad
auntie tak ikut resepi difacebook tu
sebabnya auntie sendiri memang expert dah
masak nasi tomato ikut selera keluarga
Alhamdulillah habis uncle makan
Bila uncle makan habis licin dalam pinggannya
auntie amat gembira




Semalam auntie ke Hospital
Uncle buat check mata
Anak auntie P G bawakkan
Routine ambil no dulu
nengok ada dalam 15 orang terdahulu
Jadi kami sarapan dulu di kafetaria kat situ
auntie makan teow dan bihum, telur mata satu
air nescafe panas
uncle makan nasi lemak, ayam goreng. pergedil dan telur mata
uncle punya teh ais
PG tak nak makan, sakit perut katanya
Auntie beli kuih sikit sbb nampak menarik sangat

Talam lapis dah dimakan sebiji, 
cukup lemak dan kurang manis
i loike it


Yang macam karipap tu nampak pelik tapi bila makan, amboi sedap
Steam base tu, inti kacang merah
Huishhhh rugi sbb auntie beli 2 ketul aja
Yang macam bunga tu talam lapis tapi dia buat dalam acuan comel2
nanti2 auntie nak tanyalah, jika boleh buat tempahan
kedua2 kuih tu
hihihihi bilalah auntie nak buat morning coffee or tea
jemput kawan2 terapat, sembang2
macam masa muda2 dulu
ermmmm...in my dreams lah nampaknya

Sempat auntie ambil gambar uncle dan berselfie
rasa segan pada sekeliling sebab auntie pakai kamera
setiap petikkan keluar flash
arrghhhh..auntie tak reti nak adjust tanpa flash
uncle pulak sekarang jangan nak suruh dia
sejak sakit kebelakangan ni
apa pun dah tak kuasa, dah tak mahu

ohhhh my darling, i miss your original self
please get yourself with good health

 Amboi serombong besaq nohh
hihihihi



 No faundation or pancake powder, just eyeliner and lipstick
dah tak kuasa nak bermakeup, dah tua, lantaklah


Sebelum buat Haji tahun sudah
auntie ada cabut geraham atas
Ishhhh...betul kata uncle
later your teeth will give way
(jarang) and it really happened
nasiblah..dah nak masuk 60 this year..

Beredar ke klinik selepas makan
tinggal dua patient sebelum uncle
Just nice

Doktor mata check uncle punyalah lama
entah apa yang dikatakan pada uncle auntie tak dengar
uncle berbual2 dengan doktor
auntie menanya doktor untuk check power spec uncle
sebab spec tu dah lebih tiga tahun perlu kah tukar spec baru?
ada doktor bagi slip result power untuk buat spec baru nanti
punyalah lama check
satu apa pun tak ada ubat mata
Ishhhh...at least bagilah ubat titik ke apa

Saperti biasa uncle bertemu ramai kawan2 tentera dia
ada yang berkerusi roda ada yang bertongkat
seronok tengok dia berbual
auntie sembang sikit2 aja ngan mak2 datins tu
susahlah...auntie hanya boleh pick up
10 % from all their topic, I can't read their lips
auntie buka ipad dan baca Alquran
anti social? lantakkkk

Dah tu kami pergi pharmacy
auntie ambil ubat2 auntie dan uncle
sebeban punya lah banyak, ubat utk tiga bulan


Ubat2 ni balance prescription from the last visit ie October last year
Memang dia orang issue ubat hanya dua bulan punya stok
Jadi kerja,  kena gi ambil berkali2..nyammmpahhhh betullah

Okaylah, dah hampir waktu zohor sudah
bye2 all

lepas solat baru bukak balik untuk jawab komen2 readers
anyway, my followers tak bergerak oiii..
sebab jarang auntie tinggal jejak dimana2 sekarang
dasar malas lah tu
tapi suka orang tinggal komen kat blog sendiri
so my readers, please drop your comments
and lets interact,
miss all of you
Byeeeeeee...




34 comments:

  1. Mmmm, kuih tu menggoda ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  2. Biar pun begitu apa yg kakak suka auntie berbahagia berada disamping keluarga.
    Happy itu pun dah jadi terapi yg terbaik buat auntie and unlce.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea yang penting bersatu sekeluarga,
      Itulah yang paling terbaik

      Delete
  3. Mudah2an Allah SWT terus mengurniakan akak dan abang dengan kekuatan zahir batin. Walaupun kurang sihat tapi tetap bersemangat. :)

    ReplyDelete
  4. Rindu nak tengok auntie tulis. Berapa lama la kan auntie masak nasi tomato tu? , saya kalau buat dari pagi sampai tengahhari naik lapar anak and suami tapi 2 lauk je keluar campo nasi tomato. Tak expert tul. Kuah salad tu auntie buat camne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh...auntie masak laju sebab dapur auntie kecil, pusing kanan, pusing kiri
      semua kat situ2 aja. hihihi

      Delete
  5. salam aunty nk resipi nasi tomato boleh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wanie, alahai, cuba telek2 resepi matgebu, selalunya apa saja disitu nampak mudah
      penyedian dan cara memasaknya,
      Auntie tak ada resepi, main agak2 dan campak2 aja.

      Delete
  6. salam jumaat auntie...waduh waduh.....sangat tempting tengok ayam masak merah tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam shuweet,

      Ayam masak merah tu terbaik, auntie sendiri tengok balik gambar, kecurrrr

      Delete
  7. Assalamualaikum salam jumaat Aunty. Rindu dgn Aunty. Setiap kali jenguk blog Aunty tp x berupdate buat saya sedih sb takde berita baru. Aunty update menu aunty pun dah saya gembira....semoga aunty n uncle sentiasa sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam inahornaw,

      Terima kasih, ada juga yang rindu kat auntie
      Maaf sangat2, auntie memang agak kurang sihat untuk menulis sekarang
      auntie banyak baring

      Delete
  8. Nasi tomato menjadi kegemaran Aina masa zaman kecik2, kalau mak buat boleh makan berpinggan2 suka kalau mak letak kismis banyak2. Moga untie dan uncle semakin sihat, insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh...rumah auntie tak leh bubuh kismis banyak2, mereka prefer gajus atau badam.

      Terima Kasih JunAina, atas doa utk auntie dan uncle. Aamiin

      Delete
  9. First time drop komen kt blog auntie. Auntie pls update selalu. Miss ur writing. Tiap2 hari refresh. Semoga auntie dan uncle sihat2 selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norehan Othman terima kasih sudi tinggal komen kali ni.

      Sayang sekali kesihatan auntie tidak mengizinkan untuk update setiap hari saperti dulu.
      Sedih.

      Terima Kasih doa kesihatan utk auntie dan uncle.

      Delete
  10. ibu_suri selalunya ambil ubatuntuk 1 bulan sahaja. Doktor tak bagi pun sekaligus untuk 3 bulan.

    Ikut kata mereka, ada sesetengah pesakit tak makan ubat dan akhirnya membazir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menyusahkan orang utk ulang alik ambil ubat setiap bulan.
      Macam auntie, dua2 sakit, (suami isteri) harapkan anak2 utk gi amik,
      memang orang muda, cepat benganglah..

      Delete
  11. assalamuaikum, auntie.

    waahhh ayam masak merah tu nampak sangat sedap!!

    sy doakan semoga uncle cepat sembuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam wani ezryl

      Terima Kasih doakan kesihatan uncle dan auntie

      Delete
  12. salam auntie hajjah,
    how are you today?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali kardina73,

      Kesihatan orang tua, so so je lah
      tapi syukurlah masih mampu urus diri

      Delete
  13. Assalamualaikum, muga auntie sentias ceria dan sihat. Mak Long baru mengikuti blog auntie. Seronok baca. Mak Long akan baca entri yang lain-lain bila ada peluang. Salam selamat untuk dan uncle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Mak Long,

      Salam perkenalan,

      Terimakasih doa diatas dan salam utk uncle dan auntie.
      hihihihi bacalah n3 lama2 tu..

      Delete
    2. Waalaikumusalam Mak Long,

      Salam perkenalan,

      Terimakasih doa diatas dan salam utk uncle dan auntie.
      hihihihi bacalah n3 lama2 tu..

      Delete
    3. Waalaikumusalam MakLong,

      Tq doa utk uncle dan auntie.

      hihihihi bacalah n3 lama2 tu, tq again sudi mengikuti blog ini

      Delete
  14. assalammualaikum aunty. tengah posa ni tengok ayam masak merah menarik betul. isk! kureng pahala posa. hihihi. moga aunty dan uncle di berikan kesihatan yang baik.
    salam perkenalan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam tyneedy,

      Maaf, posa yea..huhuhuhu
      Terima kasih doa utk uncle dan auntie
      Salam perkenalan juga buat tyneedy

      Delete
  15. Assalamualaikum auntie..teruskan menulis. Sunyi betul dunia kalau online, tp auntie x update...sanggup saya pegi selak2 entry lama. Semoga auntie & uncle sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik. Jgn jemu update ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Dzill Jill,

      hihihihi amboi betul ke tu? sunyi online tanpa auntie update?
      Auntie kurang sihat, maka auntie tak update, asyik barring ajal

      Delete
  16. Nyum3 sedapnye. ..


    Singgah sini

    Belajar SEO

    Kain Cotton Cantik2

    Jemput Singgah yer..

    ReplyDelete
  17. sekali tengok uncle macam redzuan hashim pulak :) tapi uncle lagi hensem lah..hihihi. auntie x make up pun berseri lagi. saya pun pakai bedak jer keluar. lipstick pun jarang pakai. kadang2 pakai pelembab bibir jer..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...