Followers

Thursday, June 26, 2014

Menang Tekak, Kalah Perut

Perut auntie kurang sihat
Tajuk n3 hari ni
Menang tekak, kalah Perut
Yea, auntie memang suka makan pedas2
Lagi pedas, lagilah selera auntie terbuka
Especially Cili padi
Jika rajin, potong cili padi,
Jika malas geget2 sambil makan
hihihihi
Lepas empat jam, siaplah
menggodak dalam perut
terasa panas dan bermulalah sessi ketandas berkali2

Jalan mudah, auntie telan herba cina
satu secet saja
sekejap saja perut auntie tenang gitu
hihihihi



Tertulis di kotak tu
Jika berlanjutan, sila minta nasihat doktor
so far, auntie tiada masaalah dengan ubat ni
Alhamdulillah
memang sentiasa simpan stok


Rasanya bukan auntie sorang yang menangkan tekak
dan sanggup kalah perut
bukan saja kerana pedas
kadang2 kerana alergy pun
ada orang sanggup menangkan tekak
hihihihi

Dah masuk waktu Zohor
Selepas solat, auntie nak keluar ambil stok ubat uncle di HAT TM
Tekak rasa nak beli dhorian
tapi PG ni, anti durian
huhuhuhu
malam kang kot dengan abam jubahlah..
tu pun jika dia mahu keluar
jika tidak simpan jer dulu keinginan
makan durian tu..


Tuesday, June 24, 2014

Gigitan Gatal

Baru balik dari JJ
Beli barang2 dapur yang terputus
P G teman auntie sebab nak renew driving licence dia
Boleh tahan duit melayang
sedangkan bukan banyak pun membeli
kan dah kata tadi
yang putus sahaja
susu, telur, tissue, wipes, washing softener, berus tandas
blue tandas, pencuci pinggan, rempah ratus dan sayur mayur
pegang itu ini yang kecil2 je
Ohhh yea bantal 2 biji
Rm350 terbang
Ishhhh...

Keluar dari JJ
Dah tu singgah kedai frame
Frame auntie
tiada ribut, tiada angin taufan
jatuh dari dinding, berderai
kat kedai frame tadi, terbang lagi rm80
besok baru siap kata tokey tu

Nih, perut auntie dan PG dah kenyang
makan kat foodcourt tadi
Nasi Goreng Spore dan telur dadar
Air Nescafe ais
Alhamdulillah

Bukan nak cerita tentang duit yang terbang
memang duit tak leh duduk diam
duit memang ada kepak
pandai terbang hihihi
tapi auntie nak cerita ttg
'masa' bersama anak auntie PG
Kami jarang berdua bersama sebenarnya
dia jenis anak yang banyak menyendiri
dan tak banyak bercakap
memang perangai dari kecil
tapi sejak uncle sakit
PGlah banyak bersama auntie
kesana kemari
Dialah yang bawa auntie kehospital dan menyoping
barang2 keperluan
Ada hikmah juga rupanya bila uncle jatuh sakit
dapatlah auntie luang masa bersama dia
cuma dia pada mulanya
tak reti nak pegang2 atau pimpin2 auntie
mungkin dia ingat auntie boleh jalan tegap
tapi bila auntie mula terhoyong hayang
barulah dia cepat2 pegang auntie

Sementara PG pergi ke Pejabat Pos
nak renew licence tu
auntie sempat duduk dan rehat


Kerusi Urut


Letak singgit utk tiga minit
Sedapppp
hihihihi

Bila PG sampai dia geleng2 kepala
nengok badan auntie bergegar gegar
sambil auntie sendawa2 sorang2 kat situ
(kerusi auntie kat rumah dah rosak)

Ermmm..esok pagi2 auntie akan keluar lagi
dengan dia sebabnya tadi
PG tak dapat renew driving licence
chip ic dia rosak
huhuhuhu ke Pejabat Pendaftaran lah esok
kena buat ic dulu baru buat licence
auntie nak temankan dia
sebab auntie ada project esok

Kebelakangan ni kawasan rumah auntie
banyak nyamuk, bila maghrib jer
berduyun masuk rumah
langgar muka dan pipi
Spray tak lut lansung
Auntie beli tadi



Yang lama dah rosak, dah bertahun2 pun
Harap2 nyamuk takut benda ni
tiada lagi malam ni
pipi, dagu auntie gatal dah ada bekas gigitan
Bila masa di gigitnya, tak tahulah
Kenapa gigit muka? Ishhh


Monday, June 23, 2014

Tangan Dah Tak Kuat

Hello readers
Auntie baru jer sudah makan tengahari
Dah kenyang
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati
hihihihi auntie rasa happy ni

Astagfirullah, tak puasa sunat hari ni
sebab auntie lupa berniat malam tadi

Hari ni masak simple tapi kegemaran keluarga

 Asam Pedas Cair Ikan Merah


 Celur Kobis


 Sambal Belacan

Semangat nak goreng ikan pekasam
Nak buat telur dadar
tapi tangan dah tak kuat
penat kot
sebab semalam auntie terajin
Naik tangga dan jengok bilik2
Aduhai berabuk abuk
turunkan kurtain bilik dan basuh
kemas lemari, banyak baju2 PG yang tak pakai
auntie masukkan dalam beg plastik hitam
Playstation, lampu side table
semua nak di buang
turunkan gambar2 didinding
vacuum dan basuh bilik air tamu

Kan dah bermula Ramadhan hari minggu ni
Taknaklah kerja2 berat dalam bulan puasa
Ermmm..tangan tak kuat
terlepas pinggan
berderai dan bersepai pecah


Correlle 

Koleksi auntie 6 tahun sudah
banyak auntie tambah sikit2
mangkok2 sup dan periuknya
semua corak yang sama
auntie di beli di JJ
perangai auntie dari muda
tak suka hidang pinggan yang bercampur2 corak
kelak nanti
pinggan mangkok ni kan jadi pusakalah untuk anak2

Sebelum lebih banyak pinggan koleksi ni pecah
lets get new set of pinggan mangkok
Melamin lah jawabnya sebab ringgan dan murah

Bila uncle baca n3 ni nanti
mesti dia akan bising jika auntie berhajat nak beli lagi
sebab auntie dah ada dua set lagi dalam kabinet tu
tapi semuanya corning wares
memang boleh pecah lah
bila nak pergi beli?
Jika anak2 tak bawak,  memang tak da lah jawabnya
susah nak tinggalkan rumah sekarang
sebab jika auntie keluar dengan anak
uncle tinggal sorang pulak kat rumah
nengoklah macam mana
Jika uncle bising, tak belilah jawabnya
hihihihi

Tetiba tak tahu apa nak sambung menulis
nantilah..nap dulu..ngantuk pulak
mungkin rajin bila bangun tidur untuk satu lagi n3
hihihihi

Friday, June 20, 2014

Peti Sejuk Ku Demam

Ermmm..peti sejuk auntie dah lebih 7 tahun
beli masa auntie kerja dulu jenama Samsung
memang jadi hobby kebiasaan ramai
mengumpul fridge magnets
auntie pun salah sorang yang suka
mengumpul fm
Gambar dibawah ni, awal2 koleksi



Sekarang ni, Mak ai,  dah berselirat penuh
Kebanyakkannya Noy beli, Dr Jonet
dan Pija bila mereka pergi bercuti

Bahagian depan tingkat atas

Bahagian bawah


Ni pulak kat tepi

Kenapa letak kat tepi?
hihihihi cucu2 sedara jika datang, 
boleh capai habis dicabutnya
Yealah, boleh buat mainan pada mereka kot..
Jadi auntie cabut dan lekat ditepi fridge 
hihihihi

Lewat malam semalam auntie bersilat gayung dengan peti sejuk
Apa tak nya bahagian bawah dah tak brapa nak sejuk lagi
Ada pernah berlaku, dan ada auntie buat status kat facebook
peti sejuk auntie dah tak sejuk bahagian bawah
Auntie terima message
suruh auntie tutup suis dan biarkan
supaya ais2 semua cair untuk beberapa jam
Auntie buatlah
Selepas tu auntie on balik suis
Alhamdulillah..sejuklah pulak

Huahhhhh...semalam jadi balik
dah tak sejuk air mineral auntie
Amboi, dah demam lagi ker?
Habis auntie punggah keluar barang2 malam tadi...
Nasib ada freezer
Alah yang macam letak icecream kat kedai
memang freezer ni dah lama dah
auntie beli masa masuk rumah dulu
Wahhhh..dari tahun 1987
Auntie pakai bila nak raya or kenduri
boleh muat daging ayam hingga 10 ekor
dan daging berkilo2
berjasa betul..
Auntie buka suis freezer tu
dan masukkan segala frozen food
daging burger, hotdog dan segala mak nenek

Dah tu terus auntie bersihkan fridge atas bawah




Auntie tutup semalaman suis
percubaan lagi, kot2 boleh okay
tapi kepala auntie dah set nak beli baru

Ermmm..selepas subuh pukul 7 pagi, auntie on suis
dan terus keluar kat porch bagi Yoki dan Lulu makan
dan tukar pasir dalam kandang mereka
Trim daun2 kuning
dan menyapu sikit, rasa nak mop lantai porch
tapi biarlah dulu
buat masa weekend nanti, InSyaAllah

Pukul lapan beres kerja luar rumah
Terus auntie kedapur, jengok fridge
sejuk tapi tak kuat
auntie masukkan semua barang2 semula

Nengoklah, jika tak brapa sejuk juga
lets get a new fridge
Susah jika fridge rosak
Duit
Duit
Duit
Keluar aja, tiada yang masukkkkk
except end of month, masuk duit pencen
hihihihihi
Apa2 pun Alhamdulillah
ada juga duit pencen suami isteri masuk
kan kan kan?

Thursday, June 19, 2014

Mesyuarat Tingkap

Auntie blurrr

Dah tak tahu nak cite apa diblog lagi
Citer pasal anak
ada yang assume terlebih yang bukan2
Citer tentang masak
ada yang cemek2
menulis tentang agama
ada yang kata prasan nak jadi ustazah
Citer pasal suami
ada yang kata dia soranglah je
yang sayang suami
Citer ttg kerja2 rumah yang tak habis2
ada yang assume anak2 pemalas tak bantu
Bila auntie citer ttg auntie sakit
ada pula yang kata auntie ni sakit lite2
sebab boleh buat kerja2 memasak, laundry
dan sebagainya

Aduhai..apa lah
tak ada kerja lain ker korang ni?
asyik assume itu ini
di 'mesyuarat tingkap' tu???
Ermmm..
Jangan gitu lah, wahai readers
'hangus dan rentung nanti kalau tak minta maaf
pada orang yang diumpat?

Entahlah, dah mula rasa nak tutup terus blog ni
ada kala rasa nak privatekan je blog ni
tapi masih tertangguh tangguh
sebabnya,  auntie sayang blog ni
dah menulis sejak 2009
macam2 memories dalam blog ni
ermmm...
ramai yang jadi rapat walaupun kawan siber
tapi ada yang segelintir ni
yang akan rentung hangus
Yang kaki mengumpat orang
Itu pasti,
sebabnya auntie dah jengok kat 'mesyuarat tingkap' tu
pendengki dan iri hati korang yea
suka benar bergossip ttg bloggers sana sini
secara terbuka pulak tu








Tuesday, June 17, 2014

Lawatan BerUlang Dari Bloggers

Auntie terasa amat gembira apabila
kesudian bloggers muda pangkat anak2
datang melawat auntie dan uncle
Yea mereka sudi datang
kami berbual mesra
auntie menceritakan bagaimana uncle jatuh sakit
mereka banyak memberi kata2 semangat untuk auntie
terus bersabar dengan ujian kesihatan dari Allah

Lawatan pertama mereka bawa biskut2
dan bila balik selit duit kat tangan auntie

Yang sebenarnya bukan buah tangan yang auntie pandang
tapi hati mereka amat murni sudi
melapangkan masa untuk melawat
walaupun mereka sendiri amat sibuk dengan karier masing2
sorang berjawatan ATC (Air Traffic Controller)
dan sorang lagi seorang lecturer dan sedang melanjutkan
pelajaran untuk PhD
Dua2 mereka masih single dan available
cantik paras rupa dan cantik pula hati
Ohhhh...buat menantu memang terbaik

Bila terfikir..
siapalah auntie dan uncle yang tiada hubungan darah
atau tali persaudaraan dengan mereka
mereka hanyalah kawan siber
pernah bertemu dua kali ketika majlis bloggers dianjurkan
dari situ kami selalu berhubung melalui facebook
wah kami jadi intim, kalau tiada komen dari mereka
auntie terasa rindu siber gitu..hihihihi

Sekut yang dibawa mereka pada lawatan pertama



Auntie makan petang2 dengan nescafe panas
Dah habis pun..hihihihi

Selang tiga minggu
Tup2 hari Ahad yang lalu mereka datang lagi
ketika tu auntie sedang membasuh lantai depan
setelah habis mencuci kandang kucing 
memang basah kuyup baju auntie bermain pancutan air
hihihihi

Auntie buka gate
suruh mereka masuk kerumah
sementara auntie sudahkan basuh lantai tu
Abam jubah capai hose getah dari auntie
suruh masuk rumah, dia nak habiskan kerja2 diluar tu

Kami bersalaman saja
tak berpelukkan sebab auntie basah dan berpeluh2
hihihihi

Punyalah gembira, auntie duduk tepi mereka dan terus berbual
Kata mereka gi lah salin baju yang basah tu
Kata auntie nantilah dulu
jap lagi auntie salin lah
hihihihi guess what?
berbual sampai kering baju dibadan

Kali ni mereka bawakan...


Banyaknya makanan dan minuman



Auntie memang tersentuh
sebab untunglah ibu2 mereka mempunyai anak yang tinggi perkerti
selalunya 'background keluarga' yang memainkan peranan 
untuk menghasilkan karekter anak2 yang positif.
Alhamdulillah

Alfatihah kepada arwah ibu Iyra Mutalib 
(blog dah privatekan)
dan 
Moga Allah pelihara kesihatan Mek dikampung,  

Auntie terasa dikasihi oleh anak2 ini
dan mereka juga berkata demikian
menumpang kasih sebagai ayah dan ibu mereka

Auntie setiap pagi akan bancuh Hot Chocolate untuk uncle
setiap pagi dan malam sebelum tidur
Suka uncle minum
auntie tak pernah beli Hot Chocolate
selalunya Milo saja
jika habis auntie nak sambung beli untuk uncle
hihihii






See 'Bottoms Up' uncle minum


Statement auntie di facebook untuk mereka berdua

"Both of you are sweet and kind, 
remain the way as 'U' are..."





Auntie rasa amat bersyukur
Diluar sana readers auntie ramai juga
yang menyayangi kami






Wednesday, June 11, 2014

"Janganlah nangis sayang"

Pagi2 semalam pukul 7:30 dah keluar rumah,
teman anak ke UIA
Selesai tugasan dan sampai Setiawangsa pukul 9:30 pagi
auntie lapar, minta anak singgah beli nasi lemak
Auntie dah agak dalam hati
mesti nasi lemak tak menepati cita rasa
Noy beli 3 bungkus, rm4 sebungkus
Suapan pertama..
Betulllllll sangkaan hati
sambalnya dan paru goreng macam gula tertumpah dalam kuali
manissssss yang amat2
Noy dan PG makan tak habis
Auntie memikirkan rezeki
tak mahu membazir
auntie makan sampai habis
walaupun tak sedap, asalkan kenyang perut sudahlah
Auntie pahamkan diri sendiri erti syukur
Kata anak auntie,
mama boleh masak lebih sedap dan jual kat tepi jalan tu
mesti laku dan berderet2 orang beli
Hahhh??? dengan terhoyong hayang gini
nak jual nasi lemak?
mana mungkin anakku..hihihihi

Hari ni supposedly hari



Tapi jari2 mahu menulis akan isi hati
auntie harus redha akan ujian dan dugaan ini
dari apa yang auntie alami moga jadi suatu pengajaran
bagi readers auntie

Yea, semua reader auntie tahu uncle sakit
ramai yang ziarah
sanak saudara, jiran tetangga, kawan2
kawan2 anak2 auntie dan tidak ketinggalan kawan2 bloggers
ada yang sanggup datang dari dekat dan jauh
beratus batu untuk melawat uncle
Alhamdulillah, kami sekeluarga amat gembira dan bersyukur
apatah lagi perasaan uncle yang sakit
sudah tentu hiba
Uncle akan menangis
bila kawan2 dan adik2nya datang melawat
ketika itulah auntie akan bersuara
"Janganlah nangis sayang"
"Syukurlah..Allah telah menghantar orang2 yang penyayang
untuk seketika bersama2 kita"

Tak putus2 lawatan, tiap2 hari ada je orang datang
sampailah semalam
Ada juga lawatan repeat dari kawan2

Auntie tahu apa disebalik hati uncle
mencari2 hari demi hari
keturunannya
'the only one' yang dirinduinya
~his granddaughter~
yang tidak kunjung tiba dan mungkin
tidak akan datang lagi dimasa hadapan

Auntie yang sakit tidak dikesiani
Uncle jatuh sakit tidak diziarahi
Anak auntie menjalani pembedahan tidak dihairani
Sudah hampir dua tahun mereka menzalimi uncle dan auntie
Sampai bila 'mereka' akan mendiamkan diri?
Mereka hanya mahu anak auntie tapi tidak mahu kami
Pelik dengan sandiwara mereka dan anak auntie sendiri

Mungkinkah mereka akan bawa cucu kami
ketika kami sudah terbujur, kaku dan sejuk?



Inilah ungkapan zikir yang selalu auntie lakukan setiap kali mengingati
perlakuan mereka sebagai pelampau



Tiada yang dapat aku perbuat selain pasrah kepadaMu Ya Allah






Friday, June 6, 2014

Masak Sendiri Selagi Boleh

Semalam masak simple tapi ummphhh
Pada tekak auntie lah
Auntie didapur sorang2 terhoyong hayang
menyediakan masakkan untuk family
Sampai bila?
Yea..selagi boleh masak sendiri
Auntie akan masak
InSyaAllah

Ya Allah, berilah kesihatan badanku
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau

Menu simple 

Kari ikan kering kurau

Selalunya auntie makan nasi sekali saja sehari 
Tapi semalam dua kali
Sedap tekak punya pasal
Berat badan tak turun2 pun
Haishhhhh..lantaklah
Sapa ada kisah? Gemuk atas kurus 
Umur pun dah hampir 60 tahun

Dish kedua semalam

Sayur campur+kupang

Sekarang auntie masak sayur lebih lembut
Style masakkan India
Tak boleh krup krap lagi
Sebab uncle mudah tercekik

Ada sambal belacan dan ulam kacang botol
Tak diambil gambar

Auntie kupas mangga
Dah seminggu tak habis2 lagi dalam peti sejuk
Tukang makan memang ada dirumah ni
Tapi tukang kupas auntie sorang
Pemals betul, anak2 ni


Sedap, manis lemak kemain mangga ni
Apa nama tah lah
Anak perempuan auntie Pija yang beli
Ada dia bagi tahu namanya
tapi auntie tak ingatlah pulak
Sebenarnya untie tak boleh makan banyak
Bisa satu badan..
Tapi mangga adalah kegemaran auntie
Makan jugalah sikit tapi dalam berhati2 tu
asyiklah masuk mulut ulang2
sikit ker macam tu?
saja nak sedapkan hati sendiri
katakan sikit saja
hihihii

Ari ni entahlah, nak masak apa?
Ayam dalam sinki tu

Apa2lah
apa saja auntie masak pasti habis
Alhamdulillah


Tuesday, June 3, 2014

Limau Perut Yang Keriput

Dingin angin subuh
Bersama MU sungguh syahdu
Ku rasakan diri ni amat kerdil
Bersyukur akan
Anugerah terindah dan amat berharga
~Masa dan Nyawa~
'Ya Allah, kekalkanlah Cinta ku pada Mu'
Aamiin

Auntie dah minum nescafe dan biskut jacob dua keping
Untuk alas perut sebelum sarapan berat
Dah tanak nasi lemak dengan periuk karan
Sambal tumis bilis, telur mata dan ayam goreng rempah jap2 lagi lah

Auntie kedepan rumah sunyi lagi
Baru pukul 7 pagi
capai penyapu lidi, sapu sikit2
daun2 kering yang gugur
Dongak pokok2 diluar
Wah terpandang pokok limau perut dah berbuah
Hati berbunga2, pokok yang ditanam dah mula
memberi hasil buah
selama ini, auntie hanya memetik daun2nya
untuk masakkan

Buah pertama

Banyak buah2 tu tapi masih kecil lagi
Walaupun kecil kulitnya sudah keriput
bukan kerana sudah tua..hihihihi




Auntie beli anak pokok lebih kurang setahun yang lalu
Sekarang tinggi menjulang sebab auntie tanam ditanah

Apa khasiat limau perut untuk badan?
Boleh buat mandian 
Cara Zahir dan Cara Batin
gosok kepala dan gosok ketiak yang auntie selalu amalkan
Jika ahli perawat perubatan pula
limau perut adalah terbaik dari segala limau
untuk cuci bathin dari gangguan sihir
Wallahualam

Huishhh..
berapa kali auntie stop menulis
dari subuh tadi...
stop, sambung, stop dan sambung
akhirnya siap kul 9:50 pagi
Auntie nak gi dapur
siapkan lauk nasi lemak



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...