Followers

Friday, May 30, 2014

Rindu Sangat

Jika lapar, kita cari makanan dan isilah perut
Mengantuk, carilah bantal dan tilam utk baring
Senak perut pergi kebilik air
Sakit badan makan actifast..hihihihi

Jika rindu...bagaimana?
Nak fon dia, auntie tak ada h/phone
memang dah lama tak guna fon, dah hampir
enam tahun dah...sejak hilang pendengaran
Nak hantar inbox message dia tak ada facebook
Nak email dia, memang dia terlalu sibuk untuk melayan email
Itulah kerja dia yang amat sibuk tapi seasonal

Bila auntie nak ambil gambar sibuk dia betulkan tali pinggang

Wajah yang sejuk di mata auntie

Yea, auntie amat2 rindu anak ini
Asyiklah kerja, hari2 biasa sampai lewat malam
Hujung minggu Sabtu dan Ahad pun kerja sampai malam
Public Holiday pun kerja..
Dia dah ke outstation sejak Isnin yang lalu
Aduhai bimbang auntie akan kesihatannya
Alhamdulillah
Semalam dia balik tapi kesihatannya kurang baik
Dia demam..
Masa dia balik kerumah, auntie tiada
auntie dirumah Pija
Dia fon Pija menanyakan auntie
Agaknya dia pun rindu auntie lah tu hihihihi
Auntie balik kerumah dah lewat malam dah hampir pukul satu
Setibanya auntie di rumah
Dia mencium auntie dipipi dan dahi
Terubat rindu auntie..hihihi
auntie terasa panasnya demam dia
Adiknya terus hulurkan actifast
Katanya dia pergi ke Pulau Pinang, SPetani
dan singgah di Kuala Kangsar
Untuk membeli ikan pekasam
Alhamdulillah
memang kegemaran auntie..



Hari Isnin outstation lagi ke Pantai Timur pulak
tak perasan auntie berapa hari pulak
Tak per lah,  kerja untuk mencari rezeki yang halal

Berbalik citer pasal rindu
Auntie masa muda2 jika bercuti atau kursus diluar negara atau negeri tanpa uncle
Takutkan rindu pada uncle
auntie akan bawa baju T yang auntie akan spray perfume uncle
bila nak tidur akan auntie tutup muka dengan baju T tu
Huishhhh...jangan kutuk auntie yea
Itu saja cara auntie nak hilang rindu
Sebab auntie tak reti peluk2 dan mencium gambar hihihi
Jika ada kelapangan auntie akan menalipon untuk mendengar suaranya
Gitulah auntie lakukan bila rindu

Tapi bila dah tua dan dah pencen ni
Memang selalu bersama uncle
Tapi hairan, rindu jugak tau
auntie akan merenung uncle bila dia tidur
Bila auntie menunaikan fardu haji nanti
empat puluh lima hari tanpa uncle
Entahlah...

Rindu pada Allah bagaimana ubatnya?
Auntie berDhuha dan berTahajud
memang meleleh2 air mata



Selamat tinggal Rejab dan Selamat datang Syaaban.
Terasa amat sayu akan kedatangan bulan yang dinanti2 Ramadhan
Moga panjang umur untuk menunaikan puasa tahun ini
Aamiin.




Thursday, May 29, 2014

Rasa Bersalah

Tak masak hari ni
Anak beli nasi dagang empat bungkus


makanlah kami anak beranak
laju jer makan sebab jarang dapat makan nasi dagang
Tinggalkan uncle sebungkus
Bila tiba masa untuk suapkan uncle
Auntie percik2 jer kari atas nasi pulut tu, takut pedas
Ikan tongkol auntie picit2 untuk buang tulang2 halus
Uncle makan beberapa suap..
Dah tu dia tersedak2
sempat jerit2..dan pegang leher dia..
Kenapa??? tanya auntie dengan perasaan panik
Takut juga auntie, sebab masa picit2 ikan tu
auntie tak pakai cermin mata
mana tahu kot2 ada tulang terselit lagi
Rupa2nya ....
Nasi ni KESATTTTT kata uncle
Tetiba auntie rasa bersalah
Tak nak masak konon
suapkan uncle nasi dagang yang dibeli
Tak fikir..uncle belum lagi sihat
untuk makanan beli..
Ya Allah, ampunilah diriku

Yealah, nani tanak nasi lembut...kata auntie
Lauk belum tahu nak masak apa untuk uncle

Jap ni baru dapat pos laju lagi
Ada nama auntie tertera di parcel tu
Dalam fikiran auntie
Rezeki datang lagi..
Ada saja Allah hantar sesuatu untuk auntie
Alhamdulillah
Terima Kasih amat2 kepada pengirim
Salina Abdul Kadir
Selalu benar dia menghantar untuk auntie
Auntie terasa amat dekat dihati
Walaupun kami tak pernah berjumpa



Auntie rasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi
Rezeki tak putus2 dan dikelilingi oleh pembaca yang penyayang
Rasa amat bertuah dengan hanya menulis diblog
Auntie disayangi ramai
Alhamdulillah

Ya Allah, Peliharalah mereka2 yang berhati mulia ini
Mereka tidak sombong dan ego
Sudi pula menjalinkan hubungan dengan ku
seorang yang tua, sakit dan kesunyian
Aamiin









Wednesday, May 28, 2014

Katanya Kejutan Untuk Auntie


Terima inbox message difacebook
Kami berSembang2
Akhirnya dia nakkan alamat auntie
Auntie bertanya kenapa?
Nak hantar sesuatu, nak surprisekan auntie by Tuesday
Barang akan sampai, InShaAllah

Wah semalam parcel pos laju sampai
Nasib auntie dah sampai rumah dari urusan di TH Perdana


Debar2 gak hati auntie
Tilik nama tertera disitu
Linie Hassan
Ehhh.. Auntie bersembang facebook nama lain pulak
Hariz Zaty
Adakah orang yg sama dengan nama yang berlainan?
Rasanya sama tu
Hihihi

Bila buka bungkusan
Nampaklah kain putih bersulam terjulur dari beg kertas
Ingatkan telekung bersulam




Wahh auntie pun tebarlah
Memang surprised sangat sebab ianya sehelai jubah putih
Bersulam penuh, gembira tak terhingga
Cadang memang nak cari kain putih atau beli yg dah siap
Rezeki...



Ribuan terima kasih
Hanya Allah yang membalas budi pada nya
Aamiin

Auntie kena cut short n3 ni
sebab ada urusan lagi ke Tabung Haji
Pergi dengan sahabat auntie Suraya Sani
Nak merayu supaya dia juga jadi peneman auntie kesana

Bye2..

Terima Kasih sekali lagi 
hadiah yang sangat2 auntie suka

Tuesday, May 27, 2014

Sibuk Betul



Semalam bersiapkan uncle pukul 9:30 pagi
Ada rawatan susulan di Hospital Angkatan Tentera (HAT)
Auntie dah beritahu uncle, anak2 yang hantar
Tapi,  dia bertanya kenapa auntie tak tukar baju lagi
Aduhai...mudah lupa uncle sekarang

Bukan tak mahu meneman uncle ke HAT
tapi auntie banyak tugasan meja
nak menaip surat rayuan, print, scan
nak kena penuhkan buku rekod rawatan haji



banyak soalan yang tak dapat auntie isi dalam buku itu
sebab auntie masih tidak tahu tarikh bertolak kesana
abam jubah pun belum lagi dapat tempat kesana
masih dalam pertimbangan sebagai pewaris/pengiring
Huishhh..punyalah auntie risau sangattt niii..
Jika auntie pergi bersaorangan, memang rumitlah
urusan bagasi dan siapa pula nak sorongkan kerusi roda auntie?

Auntie kena sediakan laporan doktor
list ubat2an yang auntie makan sekarang
sebab hari ni auntie kena pergi ke TH Perdana diMaju Junction
untuk mendapatkan suntikkan Meninggococal Meningitis Quardirivalen
Kelulusan dari doktor atas Pemeriksaan kesihatan.
Uncle pulak akan ke HAT lagi, doktor nak darah puasa dan
berbincang tentang ketumbuhan di kepalanya.
Moga Allah permudahkan urusan kami.
Aamiin

Hari Rabu pula auntie akan ke Tabung Haji di Jalan Sultan Ismail
nak merayu lagi sebab sahabat auntie pun belum dapat jawapan pasti
Ada sapa2 readers auntie yang bekerja di Tabung Haji?
Kot2lah boleh tolong permudahkan kelulusan pewaris dan pengiring
auntie untuk kesana.

Auntie naik texi pagi ni dengan ditemani oleh PG.
Moga urusan pemeriksaan doktor dan suntikkan mudah.

Jumpa lagi..
InSyaAllah.



Thursday, May 22, 2014

Cucur Bawang Daun Kunyit

Salam

Aamiin


Terjaga dari tidur subuh tadi
Lapar terasa menyengat perut
Mandi dan terus bersolat subuh
Masuk kedapur capai tepung gandum
Hiris bawang besar
Blend cili hidup
Hiris daun kunyit
Telur dua biji dan garam
Gaul semua, lalu goreng
Dapatlah sepinggan
Bancuh nescafe
Inject insulin, dah tak tunggu sesiapa lagi
Bismillah...
Panas2 auntie makan disulami air nescafe
Ya Allah nikmat tak terhingga 


Keletihan semalam belum hilang lagi
Auntie ke TH Perdana di Maju Junction
ambil buku kesihatan apabila dapat surat
Kemudian ke Hospital HAT ambil ubat untuk sebulan
Makan tengah hari berdua dengan P G dikantin 
Bungkuskan uncle mee sup, Noy Laksa dan mee kari utk Pija
Sepanjang aktiviti tu auntie berjalan kaki 
tak pakai kerusi roda, yang ada tu untuk uncle dirumah
Kena cari satu lagi nampaknya  yang ringan dan kecil 
untuk auntie bawa ketanah suci
entahlah kat mana nak beli kerusi roda saperti tu
kenalah bertanya sana sini, farmasi dan mr googles

Kami sampai rumah dah 1:30 tengahari
Ada tetamu dirumah, berdua suami isteri
Blog readers auntie
Noy melayan mereka dengan nescafe kosong
Ishhhh.. ada kek, tapi tak dihidangnya
Seronok berbual, gelak ketawa
tak puas rasanya..
Ghalat betul rasanya
auntie tak dapat nak menjamu makan tengahari
Probably next time..InSyaAllah
Terima Kasih atas kunjungan

Selepas mereka balik, 
auntie layan uncle dengan mee sup untuk makan tengaharinya.
selepas auntie solat zohor
berdesussss..auntie tidur

Sekarang ni dah mengantuk semula
hihihihi cucur bawang daun kunyit punya pukulan
tapi tak nak layan mata untuk tidur
Nak layan kekebun bunga
hikhikhik
kebun bunga konon...

Wednesday, May 21, 2014

Lauk Minang Memang Menyelerakan

Entahlah hari apa citer ni
Hari Ahad ke Sabtu sudah kot
Auntie masak kari bawal hitam
Ayam goreng kunyit
Sambal belacan dan kobis celur
Sedap tak terkira..
Puji masakkan sendiri
tapi kan auntie ada buat n3 resepi kari ikan
Ada readers yang dah cuba pun
katanya suaminya makan sekali dan nak lagi
minta masakkan lagi
Yang belum cuba tu, silalah cuba
(selongkar n3 auntie dilabel resepi)

Cukup masam masin dan pekat kuahnya
Kata anak boleh makan breakfast dengan roti canai
jika tak habis
Sedap punya pasal,  mau nya tak habis...
licin..


Selepas maghrib anak perempuan Pija datang bawak lauk pauk minang
Pernah dia bercerita gerai minang yang baru yang dia jumpa diGombak
Terbaik masakkannya, banyak pilihan lauk pauknya
Auntie dan uncle pernah menyuarakan 
"bawaklah mama dan papa makan kat situ"
Bila uncle dah jatuh sakit, memang susahlah nak makan diluar lagi
Jadi anak beli dan bungkus lauk pauk kegemaran uncle dan auntie

Aduhai.. sedap kemain,
Anak2 dah separuh jalan makan, baru auntie teringat nak ambil gambar


Lemak Jeriang (jering)
dan terselit gambar
Daging Tetel Kari


Lemak Perut


Jeriang Sambal bilis
sori gambar tergegar pulak


Sambal goring lada hidup

Lauk pertama auntie ceduk
Jeriang sambal dan kari yang auntie masak
selalu auntie amal makan 2 senduk nasi
kali ni memang bertambah 2 senduk lagi 
jika ikut tekak nak tambah lagi
tapi auntie sedar diri, tak boleh makan banyak2 waktu dinner
jika tidak kawal, auntie akan membengkak 
(ni semua pasal kencing manis)
di muka, especially bibir dan jari2 tangan
cincin akan jadi ketat gitu..


Hari ni auntie nak masak asam pedas ikan jeket dan bendi
Dah rendam pun ikan kat sinki
Tak suka menyiang ikan jeket
Bluekkkkkk...hanyir
Nak hilang bau hanyir
Rendam dengan air asam dan garam
malah perah limau nipis
Huhhhh..lepas tu kena mandi dan tukar baju
melekat bau darah ikan

Ikan lain2 auntie hanya rendam dengan air basuhan beras
Hilang hanyir..

Auntie sebenarnya amat2 letih badan
Dengan kerja2 rumah, melayan tetamu tak putus2
Dengan Ujian yang berat2 bertindih2
Badan jadi longlai dan lesu
Tapi hati ini tidak runsing lansung
Alhamdulillah..bersyukur sangat..
Sebabnya auntie tahu
Allah sayangkan insan yang diujinya
walaupun datang bertalu2
Alhamdulillah...hati auntie tenang
makan masih berselera, tidur pun masih nyenyak
Alhamdulillah..
















Sunday, May 18, 2014

Casio Watch - Your Trusted Brand



Majoriti individu berpendapat bahawa seutas jam tangan merupakan aksesori yang terpenting dan wajib dimiliki oleh setiap orang. 
Selain berfungsi sebagai aksesori, jam tangan juga merupakan simbol yang mencerminkan kepada personaliti dan latar belakang si pemakai. 
Kebanyakkan individu juga berpendapat bahawa pembelian jam tangan merupakan sebuah bentuk pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan. 
Tidak dinafikan, anda kini disogokkan dengan pelbagai pilihan jam tangan yang menarik dan berkualiti tinggi daripada barisan jenama tempatan dan antarabangsa yang terkemuka. 
Salah satu koleksi jam tangan yang terbaik dan paling digemari ramai sejak dahulu lagi adalah Casio Watch

Jadi, adakah anda merupakan salah seorang penggemar jenama Casio atau mungkin berhajat untuk memiliki seutas jam tangan daripada Casio? 
Jika ya, ini merupakan entri khas untuk semua penggemar Casio dimana kita akan berkongsi sedikit informasi mengenai koleksi jam tangan yang dikeluarkan oleh jenama ini.



Jam tangan chronograph bertali besi atau stainless steel ini merupakan pilihan utama hampir setiap lelaki yang sentiasa inginkan penampilan yang elegan dan bergaya macho. 
Ia sesuai untuk dijadikan aksesori utama apabila anda ingin menghadiri majlis-majlis rasmi atau ke acara istimewa.




Ini pula jam tangan analogue bertali kulit yang merupakan pilihan ideal bagi mereka yang sukakan gaya klasik yang ringkas. 
Seperti jam tangan chronograph bertali besi, jam jenis ini juga sesuai untuk digayakan kemajlis-majlis formal.


Gambar berikut pula adalah gaya klasik jam tangan digital daripada Casio bertali silikon. 
Jam tangan ini sesuai digayakan oleh mereka yang menggemari gaya kasual. 

Suka diingatkan bahawa, Casio amat terkenal kerana kualiti jam tangan yang terbaik dan tahan lama.

Menarik bukan? Jenama dari Jepun ini telah banyak melakar kejayaan dengan sentiasa membawakan koleksi jam tangan yang terbaik kepasaran dunia. 
Layari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga jika anda mengidamkan seutas jam tangan daripada Casio untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi atau hadiah untuk yang tersayang!

Thursday, May 15, 2014

Sedikit2 Persiapan

Auntie beli kain ela kosong
Huishhhh...sebenarnya beli dah lama, dah dua bulan yang lalu
Baru kesempatan untuk ditempah buat Jubah
dengan adik ipar auntie yang tinggal dikampung
Kebetulan dia anak beranak datang melawat uncle minggu sudah
Auntie memang suka tempah dengan dia sebabnya
jahitannya yang elok dan harga tempahan jauh lebih berbeza dari KL



Masa balik ke rumah dari membeli kain2 tu
uncle bertanya kenapa tak beli warna putih sekali?
Ermm...jubah putih? macam pengantinlah pulak rasanya nanti..hihihihi
Entahlah bila pulak auntie nak beli dan tempah warna putih 
sebab uncle nak nengok auntie pakai jubah putih
mesti orang tak nak terima tempahan lagi
semua tukang jahit sibuk dengan tempahan hari raya
tengoklah, susah2... auntie ushar2 yang dah siap
tapi kebanyakkannya ada batu batan liplapliplap
auntie tak suka..

Memang auntie ada jubah2 tapi
auntie mahukan jubah tiada bercorak
plain gitu..

Sebenarnya, jika tidak apa aral 
tahun ni auntie akan menunaikan rukun islam yang kelima
memang bercadang pergi kesana dengan uncle
tapi disebabkan uncle jatuh sakit 
maka terpaksalah auntie batalkan nama uncle
Tapi uncle izinkan auntie meneruskan perjalanan

Jiran auntie hadiahkan buku
Jadi auntie gunakan sebaik2nya
sebab auntie tidak pergi kursus haji kelolaan TBH
pada setiap hari Sabtu 17 kali kesemuanya 
pukul 10 pagi hingga 12 tengahari
di masjid berdekatan taman auntie ni
Sian uncle dah kekursus tu kali yang ke 12
Selalunya sebaik je sampai rumah sesudah kursus
uncle akan kursuskan auntie pula..gitulah selalunya






Hajjah Ruhani ni juga pandai menjahit telekong dan tudung
jadi auntie tempah dua pasang telekong dan lima helai tudung labuh

Pija dan noy juga hadiahkan telekong
Kawan auntie juga hadiahkan telekong
Dah ada lima helai telekong baru untuk kesana
Alhamdulillah..

Dua tiga hari sudah,  auntie terima pos laju dari TBH



Auntie belum sempat menjahit ditelekong lagi
nanti2lah..

Auntie ada menghantar surat rayuan ke TBH
mengatakan auntie adalah seorang kurang upaya
surat berkenaan auntie kepilkan surat2 dari doktor
dan sekeping gambar auntie berkerusi roda
bertujuan untuk kuota uncle digunakan untuk
Sahabat auntie dan abam jubah
Semoga dipermudahkan segala urusan untuk kesana.




Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
 " Sebaik-baik rakan ialah bila kita lupa ia mengingatkan 
dan bila kita ingat ia membantu 
"Amatlah baik sekiranya rakan-rakan itu 
dari golongan orang-orang yang berilmu ( Ulama ) 
kerana ia sangat membantu ke arah melakukan 
berbagai-bagai kebajikan dan berakhlak mulia 
dan dengan ilmu dan amalannya, 
ia dapat mencegah rakannya dari keburukan 
yang boleh berlaku daripada seseorang musafir 
iaitu perangai-perangai yang tidak baik seperti tidak sabar, 
keluh kesah dan sebagainya. 
Seseorang itu hendaklah memelihara keredhaan rakannya, 
bersabar di atas kesilapan yang berlaku 
dan masing-masing memandang yang lainnya lebih baik 
dan lebih hormat dari dirinya. 

Auntie sedihlah sebab uncle tidak dapat kesana menemani auntie
tapi kami redha akan ketentuanNya.
Uncle menitis air mata dan tersebek2 dia..
katanya
Selamat pergi dan balik,  menunaikan haji..
Papa nak peluk mama bila balik nanti..
Kata auntie
Berserah pada Allah atas segala ketentuanNya
Balik atau tidak adalah milikNya.



Semoga kami selamat mengerjakan ibadah haji yang mabrur
Aamiin

Wednesday, May 14, 2014

Hanya Mahukan Kasih Dan Sayang

Semua manusia yang bernyawa dilahirkan mempunyai ibu
Kecuali Adam dan Hawa

11/5/14 Hari Ibu

Walaupun dah berlalu
Auntie Ucapkan 'Selamat Sejahtera' untuk semua yang bergelar ibu



Ibu kandung, ibu angkat, ibu tiri, ibu mertua dan ibu saudara
Apa saja status ibu2 tersebut
ada amanah yang harus dipikul
Jika 'hati' dan iman nipis
Anak2 dan menantu akan di anayai...

Semua ibu samaada muda atau tua
Tidak terkecuali dari membuat dosa
Samaada dulu kala atau pun masih bergelumang tanpa sedari
Ibu2 ini tidak kenal kasih dan sayang sesama insan
Mereka tidak takut pembalasan akhirat
Bertaubatlah segera wahai ibu2

Kenapa auntie kata begitu?
Tak payahlah auntie elaborate citer2 contoh
Rasanya semua pernah melihat saperti itu disekeliling
Dan ada juga yang dah merasai khianat mereka
Ermmm...
Topic sensitif...
Moga Allah kurniakan hidayah dan jalan yang lurus pada mereka

Auntie tiada ibu dan ibu mertua lagi
untuk mengucapkan Hari Ibu
Mereka adalah insan yang amat baik
Kenangan yang indah dan bahagia bersama mereka
Alfatihah untuk kedua2 arwah

Sebagai ibu, auntie bahagia di kelilingi empat orang anak2 kandung yang baik
Dikeliling oleh anak2 saudara yang berhati mulia
Malah, anak2 siber juga menyayangi auntie
mereka sudi datang melawat uncle
Alhamdulillah
(nanti auntie citer kemudian)

Saperti semua yang membaca n3 auntie tahu
Baru2 ni uncle jatuh sakit, tapi keadaan kesihatannya sudah beransur baik
cuma masa menentukan bila uncle boleh berjalan semula
makanan lembut2 dan tidak pedas jadi hidangan harian
minuman pula,  apa saja sejuk atau pun panas
Alhamdulillah

Baru 2 kali urut, uncle dah boleh berdiri sendiri
tapi berpeganglah, jadilah 
kata tukang urut tu, InShaaAllah uncle boleh berjalan
sebab urat saraf uncle masih kuat tapi lemah
dia suruh beli cuka buah dan ragi
blend dan sapu ditangan dan kaki uncle waktu malam
Auntie belum kesempatan nak keluar dan beli lagi


Uncle dah boleh senyum

Kami gembira sangat sebab cucu saudara 
datang rumah buat pertama kalinya
Anak kepada Juruacara Melodi - Izza Safar
baru berumur 2 bulan lebih,  masih menyusu badan

Dah kenyang menyusu nak tidur tapi merengek2
auntie tanya ibunya, tidur berbuai ke?
Haah kata ibunya 
Ohhhh...maklong ada buai, nak pasang ker?
Heran mereka auntie ada buai
Memang ada, buai cucuku Zara
auntie simpan dalam store
Auntie keluarkan dan Peej pasangkan
Alhamdulillah..lena  Humaira tidur



Sejak kebelakangan ni
Anak2 banyak membantu kerja2 rumah
Gambar abam jubah, melipat kain sebakul depan tv, tanpa disuruh
auntie sedang picit2 uncle, masa tu ipad ada tepi auntie
terus auntie ambil gambar candid dia
hihihi


Auntie tidak mengharap balasan 
mengandungkan, melahirkan dan membesarkan mereka
Tidak menagih duit ringgit anak dan menagih kudrat mereka

Cukuplah
Mengasihi dan menyayangi diri auntie
sebab auntie tidak mengganggu kehidupan mereka
mereka semua dah besar dan dah boleh berfikir 
yang mana baik atau buruk
Auntie selalu ingatkan anak2

Akhirnya kita akan kembali
Jangan sekali2 aniaya dan menzalimi 
sebab pembalasannya nanti amat berat 


Friday, May 9, 2014

Penjaga Pesakit Juga Sakit

Sambungan cerita uncle jatuh sakit
Sekarang ni, auntie penat mental dan physical
Kerja harian bertambah bila uncle jatuh sakit
Memang uncle jenis malu dengan anak2
Tapi auntie kata pada uncle
Tidak perlu malu sebab mereka adalah anak2 kita
Jika mama tiada, merekalah yang akan menguruskan 
Begitu juga jika mama sakit 
barulah uncle benarkan anak2 menguruskan dirinya

Abam jubah selalunya yang membawa uncle ke bilik air
mandikan, cukurkan, lapkan badannya
dan salinkan baju dan kain pelikat
Auntie siapkan sarapan
dan suapkan dia selalunya Noy
waktu2 uncle nak buang air kecil
auntie hulurkan..apatah namanya benda ini..


Auntie kan pekak, ada sekali tu
auntie didapur memasak untuk makan tengahari
uncle panggil beberapa kali auntie tak dengar
bila auntie kedepan, uncle kata dia panggil beberapa kali
tapi auntie tak datang jengok dia
aduhai... di pancut atas karpet sebab dah tak tahan
huhuhu kencing dewasa atas karpet?
memang hancing la..
terpaksa auntie tarik keluar
sidai atas gate, sembur air dan sabun detol
panas terik, karpet kering
PG nak angkat masuk dalam rumah
terbau hancing lagi katanya
terpaksalah auntie basuh sekali lagi
jemur lagi....tapi hujan pulak petang tu
serta guruh berdentum dentam
memang tak keringlah
apa lagi, auntie tarik kipas keluar rumah
dan cuba nak keringkan dengan kipas semalaman
harap2 kering dengan angin kipas pula
hampa ...masih lembab lagi

Pagi ini auntie tarik dan sidai atas gate lagi
semburkan dengan febreze untuk hilang bau kelembabpan
Harap2 kering hari ni

Sakit pinggang ku...

Bukan tiada lagi karpet dalam stor
tapi Noy suruh pakai tikar getah
jadi auntie ambil tikar getah dan tebarkan
coffee table pun dah dialih ketepi
dan ketepikan pula kerusi2 dan meja makan
untuk lapangkan laluan kerusi roda
bergerak ke bilik air


wahhh..terasa kekampungan bila bertikar getah
gambar gelap sebab auntie padam lampu, uncle sedang tidur disofa

Uncle baru saja berurut semalam
dengan orang yang sama pada tahun 2004 dulu
sebenarnya bukan urut, dia akan tekan point2 yg sakit
Katanya stroke uncle tak teruk
InShaaAllah, boleh berjalan katanya

Ermmm...berbalik citer semasa uncle dihospital
sambungan citer hari ketiga
Doktor buatkan MRI
sebab CTscan tak berapa terang, ada tumur dikepala uncle
Selepas MRI memang sah ada tumur sebesar 2 cm
pembedahan ditangguhkan selama sebulan
sebab doktor nak pantau samaada ketumbuhan tu
membesar atau tidak..
Berdoa kami sekeluarga agar ia nya tidak memudaratkan
Dan tumur tu tidak membesar

Uncle banyak tidur sepanjang dihospital
melainkan jika ada pelawat diwaktu melawat
ramai kawan2 tentera uncle datang
Yang masih bertugas dan juga yang dah pencen
Walaupun mereka ada status dan bergelaran
Mereka masih sudi melawat dan meluangkan masa
bila mereka bercerita
kisah2 lama dan membuat lawak
uncle tersenyum mendengar lawak2 mereka
Memang nampak uncle ceria
auntie gembira bila melihat uncle tersenyum
Alhamdulillah

Berbalik cerita rawatan doktor
Yang diberi ubat untuk uncle ialah
Ubat cair darah supaya tidak berlaku pembekuan
Ubat darah tinggi dan kencing manis
Itu saja
Bila kencing manis uncle dan tekanan darah tinggi terkawal
Uncle dibenarkan pulang pada hari Khamis 1/5/14
Bergeraklah kami meninggalkan Hospital Tuanku Mizan selepas maghrib.
Alhamdulillah

Di rumah auntie telah siapkan sofa bed
dialas pula dengan tilam supaya selesa
siap ada tirai/langsir untuk privatesy
supaya senang kawan2 dan sedara datang nak melawat uncle
tapi dia tak mahu tidur disitu
nak tidur di sofa depan tv,
jadi auntie alaskan comforter supaya selesa
senang nak tengok channel sukan
bola dan tennis katanya

Ketika dirumah
lawatan jiran, kakak, adik2 uncle dari melaka
dan kawan2 tak putus2
ada kalanya dari pagi membawa hingga ke malam
buah tangan melimpah ruah
buah2an penuh dalam fridge auntie
biskut berkotak2 dan bertin2
ada juga yang selit duit ditangan uncle
Alhamdulillah, rezeki uncle

Untuk pengetahuan pembaca auntie
keadaan uncle masih sama
masih belum boleh berdiri sendiri tanpa bantuan
kaki kanan lebih kuat dari kaki kiri
begitu juga tangannya
tapi auntie rasa amat lega melihat
wajah dan matanya yang
masih ada cahaya kekuatan dalaman
Alhamdulillah..
Moga kesihatannya beransur baik
Aamiin


P/s :
Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat  mu’akkadah 
iaitu  sunat yang sangat dituntut. 
Menziarahi orang  sakit tidak hanya  terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan  juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita. 



Friday, May 2, 2014

Dimana Saja Jasat ku, Hati Ku Bersama Mu

Badan auntie lesu dan lemah
Tak tahu bagaimana nak memulakan nukilan ini
tapi auntie perlu mengucapkan
ribuan terima kasih
diatas doa2 readers auntie untuk kesihatan uncle
lawatan dari jiran2 tetangga
kawan2 tentera uncle dan keluarga terdekat
auntie amat2 terharu..

Banyak terima messages bertanyakan kabar berita kesihatan uncle
jadi auntie ambil keputusan untuk update di n3 ni
tak terdaya auntie nak menjawap satu persatu..mohon maaf

Bermula hari Sabtu yang lepas 26/4/2014
Uncle sebenarnya setiap hari Sabtu pukul 10 pagi hingga 12 tghari
dari bulan February yang lalu sampailah bulan Mei ini (17 kali)
sedang menjalani program kursus asas haji dimasjid berdekatan rumah
Jaraknya tak jauh lebih kurang 300 meter
tapi uncle memandu kereta, kerana cuaca terik.
Menjadi kebiasaan selepas kursus
Tukar kupiah,  ke cap kegemarannya
Uncle akan pergi kepetrol station
untuk isi minyak dan cuci kereta sebelum balik rumah
auntie sambut dia tapi auntie nampak dia berpeluh2
cap yang dia pakai senget, memang pelik
Auntie bertanya..kenapa pakai cap senget mcm tu
Jawapannya, panas terik diluar

Auntie suruh uncle baring disofa dulu sementara
nak hidangkan makan tengahari
Auntie masak singgang daging + bendi dan sambal belacan sahaja
Selalunya telur dadar 2 biji telur
auntie buatkan bila uncle nak makan

Auntie kejutkan uncle utk makan
dia berjalan kearah bilik air
tapi langkah kakinya terhoyong hayang dan menyenget macam ketam
Sangka auntie mungkin mamai kot
auntie pesan, baik2 kebilik air, jangan jatuh..
tapi bila tengok dia masih jalan menyenget tu auntie pegang
pinggang dia kebilik air..
Katanya dia okay...

Auntie duduk mengadap makan tengahari
Uncle makan dua senduk saperti biasa
sesudah makan, uncle capai mug teh tarik ais
tiba2 terlepas..habis penuh meja air teh tumpah..
Auntie terkejut nengok pandangan mata uncle
memandang jauhhhhhh..saperti kebinggungan
ketika itu dia dah tak boleh bangun/berdiri dari meja makan
Auntie tak letak air basuh tangan dimeja
selalu kami basuh tangan disinki sahaja
sebab puas basuh dengan sabun tangan
tapi bila uncle dah tak larat berdiri
kelang kabut auntie ambil bekas
dan basuhkan tangan uncle dimeja makan

Kemudian, auntie terus terjerit2 panggil PG
nak suruh dia paut uncle ke sofa
(auntie memang tak larat, takut dua2 jatuh pula)

Uncle tak mahu dipimpin, nak jugak jalan sendiri
Ermmm...jatuhlah..
Bertalu2 PG kena marah dari auntie
Auntie memang dah nangis2 masa tu
Auntie kata
"Papa you're not okay, I know you're not okay"
Uncle masih pertahan kata dia okay..
tapi mata dia tak pandang tepat pada auntie
pandangan matanya tiada cahaya kekuatan lagi

Memang auntie dah dapat rasa uncle kena
mild stroke sebab auntie dah ada pengalaman menjaga
uncle kena stroke pada tahun 2004.

Punyalah auntie pujuk untuk ke hospital
Memang ditolak bulat2
Jadi auntie suruh uncle baring
Bila Ayol balik dari kerja dah pukul 6 petang, 
auntie pun bercerita pada Ayol disisi uncle
Hoiiii....auntie kena marah dari uncle 
kerana perbesarkan isu dia sakit dengan anak2
Kalau ia pun esok saja lah kehospital katanya
Ayol pula kata ikut papalah..
Aduhai..auntie amat2 risau, bila melewat2kan kehospital

Anak2 perempuan pulak bersama kawan2 diluar
Tiada dirumah untuk berbincang
Akhirnya mereka balik sebelum maghrib, 
tak putus2 Noy mengadap papanya cuba  memujuk
akhirnya papanya setuju ke hospital tapi dah lewat malam masa itu
Kami bawa kehospital, dah pukul 12:28 tengah malam.
Bila doktor check,  memang uncle kena mild stroke
dan diwardedkan pagi tu juga
Malam tu uncle dapat rawatan 
Xray di kepala dan dada
Kami tidak dibenarkan menemani uncle di wad kecemasan
Kami anak beranak balik pukul 4 pagi

Hari Kedua
Kami ke hospital lagi dah tengahari
Kami Tidur sepanjang hari keletihan
Uncle menjalani CTscan dikepala dan ECG 
Keadaannya ketika itu...
Muka sebelah kanan herot
Kaki tangan dan badan lemah sebelah kiri
Dah tak boleh berdiri lansung
BP tinggi dan juga baru dapat tahu..
uncle ada kencing manis..amat tinggi ketika tu
Pertuturannya pun lambat untuk susunkan ayat2

Arahan permakanan dari doktor completely soft diet
Sebab tak boleh telan solid food
Uncle sepatutnya,dipasangkan tiub dihidung
Untuk milk feeding, huishhh boleh uncle jerittt 
Katanya....tak mahuuuuu, sakittttttlahhhhh
Degil betul, doktor risau makanan masuk keparu2
nanti jadi penyakit lain pula

Dari tengahari bawa kemalam uncle tak nak makan
sebab tersedak2 bila makan, sampai merah hidung dan pipi
Ada seorang kawan Noy, bila uncle tak boleh makan dia
keluar dan belikan bubur McD
bersusah payah walaupun hanya seorang kawan
Terima Kasih pada dia, hanya Allah yang membalas
akan baik budinya.

Anak2 takes turns jaga uncle
Ayol dan auntie siang dan malam Noy dan PG
Mereka dapat cuti kecemasan seminggu
untuk menjaga uncle
Mengapa kena awasi uncle?
Sebabnya menyuap makanan, bukan kerja nurse
dan bila nak buang air kecil, uncle nak bangun ketandas
Tak mahu guna bedpan, tak mahu nurse

Pujian untuk menantu lelaki auntie, si Ben (suami Peej)
Memang kuat, cekap dan pantas reaksi dia 
Yealah, dia kan 6 footer, besar orangnya
dibekalkan lagi dengan tenaga yang kuat pula
senang jer dia mengangkat uncle
dari katil ke kerusi roda

Ada uncle bertanya mengapa Zeity (menantu perempuan) tak datang? 
sambil mengalirkan air mata..
Auntie kata dah dah dah lah, jangan tanya lagi
selepas itu uncle tiada sebut2 lagi

Hari Ketiga
Barulah uncle dapat hidangan bubur dihospital
Makanan buburnya tawar, uncle tak mahu makan
Jadi auntie masakkan bubur, dan belikan taufufa
Malam Noy belikan mashed potato KFC
Alhamdulillah, dapatlah dia makan
Walaupun banyak kali tersedak sedak

Auntie ada urusan diTabung Haji
sebab uncle suruh auntie uruskan
pembatalan haji untuk uncle tapi
dia mengizinkan auntie kesana
Sedih ni...tapi auntie tahu
Allah sebaik2 perancang
ada hikmah disebalik apa yang berlaku
Auntie Redha...


Apabila kita tenang dalam menerima takdirNya
samaada yang kita sukai atau tidak sukai
Allah pasti akan memberikan ganjaran hikmah yang terbaik
dengan berkat dari kesabaran itu




p/s 
Nanti auntie sambung citer lagi
InShaaAllah



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...