Followers

Friday, April 25, 2014

Laksa Goreng

Ramai kawan2 fbook minta resepi Laksa Goreng
Sebelum auntie lupa jom buatkan n3 dalam blog
Sebenarnya auntie tak ada resepi
Sebab main campak2 tapi kat sini auntie agak2 jer lah

Bahan
Untuk dibancuh

Satu sudu makan tepung jagung
Satu senduk sos tiram
Tiga sudu kicap manis
2 sudu kicap pekat hitam
Satu sudu kecil lada hitam serbuk
Tiga suku sudu kecil garam 
1 kiub stok ayam (maggie/knorr)
Bancuh dengan setenggah mangkok air
Ketepikan dulu

Untuk di mayang

Bawang kecil 3 ulas
Bawang putih 3 ulas


Kobis dihiris ikut suka
Taugeh segegam atau dua genggam
Isi ayam setengah mangkok kecil
Ada udang pun boleh

Laksa licin
aunntie pakai setengah peket saja sebab makan berdua



Cara memasak

Tumis bawang2 tadi dengan minyak
Masukkan ayam
Agak2 ayam dah masak
Masukkan laksa, goreng dan kacau2
Tak perlu lama 
Masukkan bahan2 bancuhan kicap tadi
Kacau2 supaya tidak melekat
(Auntie pakai nonstick pan jadi tak melekatlah)
Kemudian masukkan sayur mayor tadi
Tak perlu lama

Done


Makan dengan cili padi
Perghhh...
Sayor terasa ranggup
Memang sedap...
Untuk orang dewasa dan anak2

Cubalah hujung minggu ni

Tuesday, April 22, 2014

Cerita2 Kosong Pagi Selasa

Pagi ini auntie sarapan kering aja
Sekeping roti dan serunding daging yang adik auntie bagi
Air teh tarik satu mug
Alhamdulillah, rezeki sarapan pagi ni



Esok jadual tiada air
Aduhai, terkejar kejar dengan kerja2 rumah
Membasuh baju dan bahan utk masak tengahari
Hanya tinggal nak ampai baju2 jer
Kul 11:30 nanti kedapur masak utk tengahari
Ermmm.. Walaupun penat, auntie tidak boleh merungut
Sebab inilah rencana kehidupan buat auntie setelah pencen
Penat dengan kerja2 rumah, tapi auntie bersyukur
'Hati' tenang

Masa berkerjaya dulu lain penatnya 
Mengejar date line, kena memikirkan target sales
Mengadap boss dan perangai staff2
Juga penampilan diri setiap hari
Penat ooooo stress diopis 8 jam
Dan dirumah sepatutnya rehat tapi
Fikiran tidak rehat kadangkala terbawa dalam mimpi
Alhamdulillah...sekarang lega sudah

Oh yea, auntie tadi keluar gate depan rumah
Mulanya jengok dari dalam, pokok mulberries auntie
Dah tinggi menjulang, walaupun telah dicantas
Sehingga kontot tiga bulan yang lalu


Auntie keluar gate dengan sebilah cutter dan trim yg rendah2


Bakul kuning tu nak buat apa?
Hihihi auntie nak petik pucuk2 daun ni


Auntie nak celur dan masak lemak cili api dengan udang
Sebagai ganti pucuk ubi
Dah celur pun...
Ada sapa2 berhajat nak nengok lemak cili api daun mulberries?
Kalau ada auntie ambil pic
jika tidak auntie makan terus sampai habis..

Oppsss....Berhenti bercerita dulu
Nak ampai baju, lepas tu solat duha
Ada mood auntie sambung citer lagi
Pada yang bekerja, haipppp jangan leka dilaman sosial ni hihihihi

Monday, April 21, 2014

Mencecah Umur Ulang Tahun Lagi

OPada 16th April 2014 genaplah umur uncle 61 tahun
Alhamdulillah, masih dapat menikmati umur yang panjang
bersama isteri dan anak2.

Semoga menuju kejalan yang lurus
'Ihdinassirotolmustaqim'
Aamiin.

Tiada apa2 sambutan istimewa
saperti biasa setiap kali ulangtahun tiba sebiji kek dan hadiah2 dari anak2




Buat pertama kalinya bukan sebiji kek tapi Pavlova dari anak bungsu - Nonoy
Anak ini memang selalunya akan beli yang terbaik dan yang termampu darinya untuk kami 



Ermmm...sedap dan terbaik pavlova dari Alexis di Great Eastern Mall
Selalunya auntie lalu saja tak pernah pula tergerak untuk singgah minum kopi disitu

Hadiah untuk papa sehelai baju 



Hadiah dari Pija


Perfume





Dari auntie tiada apa2 hadiah untuk uncle tahun ini


Hanya ciuman kasih dan ucapan sahaja dari sesorang isteri 




Petikkan ucapan dari auntie untuk uncle difacebook

Apa2 pun auntie bahagia berada disampingnya
Semoga kami diberkati dengan umur yang panjang
kasih sayang yang berkekalan hingga keakhir hayat
dan semoga berjumpa lagi dijannah
Aamiin


Monday, April 14, 2014

Kesedaran

Mata ku menyimpan beribu air mata
Senyuman ku menyimpan beribu rahsia
Hati ku menyimpan beribu luka
Allah swt sahaja yang mengetahui

Tidak mahu lagi bersusah hati dengan urusan dunia
Takkan ku biarkan mata liar diperjalanan
Tidak mahu hati ku gelap diselaputi dosa
Pilihanku untuk terus tersenyum, bangkit, sabar dan redha
Kerana Allah sentiasa bersama dengan orang yang bersabar

Biarlah mereka menang dalam kehinaan

Daku akan diam, menyendiri, tenggelam dalam zikirku
Akan ku cuba menutup tujuh pintu neraka
Dua biji mata ku, dua pasang telinga ku
Hidungku, mulutku dan rahsia peribadiku
Dengan ketujuh2 perkara ini, 
Jalan yang mudah, berpuasalah daku

Ya Allah lindungilah daku dari tujuh perkara
Dukacita, tekanan perasaan, bakhil, penakut, lemah, malas dan hutang

Ya Allah jauhilah diriku dari perkara2 munafik
Berbohong, khianat dan mungkir janji

~I will treasure this golden rules~


Thursday, April 10, 2014

Lauk Hari Ini Mengancam

Hari ni mak rasa macam nak demam
Tapi suhu badan tak panas
Mungkin sarap mak penat
Jadi papa tak bagi puasa
Di sarankan makan ubat

Ke dapurlah mak, tapi lambat sikit
Siap masak pukul 1:30 dah lewati waktu zohor
Masak dengan tadahan air dari bekas tong baru
Senang mak ceduk2, takyah bongkok2 lagi
Alhamdulillah

Ermmm...lauk mak hari ni


Rendang ayam


Telur dadar 
sup kobis + salad + daun bawang dan daun sup
Sedap betul hirup2
Meh,  mak ajar buat sup sayur express
Rebus air dalam periuk
Campak jer seketul kuib ikan bilis 
Boleh juga pakai kiub ayam
Mak sentiasa ada stok2 ikan bilis dan ayam
sedikit serbuk lada hitam dan garam
Dah melegak, campak jer sayur2
Gunalah sayur apa pun
Memang sedap
Kan express tu, takyah pakai bawang2 dan minyak menumis
Bagus untuk orang yang berdiet dan orang2 yg suka hirup2
Done hihihi


Ikan Pekasam Kedah dan hirisan limau 
Punyalah sedap serdak2 beras goreng tu
Aduhai, ikan pekasam hanya boleh dapat di
Alor Star, Kedah
Ini pun readers auntie yang bagi
Tinggal seketul jer dalam peti sejuk
Dalam bekas ikan pekasam tu
Ada ikan sepat dan ikan puyu
Dua2 sedap, kata readers mak
Makciknya buat sendiri
Memang terbaiklah rasanya, semua ahli keluarga suka
Pada yang tak pernah makan ikan pekasam
Cuba lah beli jika sampai diKedah

Hari ni pencucu mulut, buah nenas


Manis Nenas ini

Hati rasa nak bakar bengkang tepung beras
Nengoklah jika rajin mak buat petang2 nanti
Buat garing2 sikit, berebut dengan anak2
Tapi abam jubah tak ada ni
Dia ada kerja sikit diPulau Pinang selama 2 hari
Mak rindu kat dia, setiap kali dia tak ada
Esok malam InShaaAllah, baliklah

Wednesday, April 9, 2014

Sengsara Kerana Air

Mak masak kari hari ni
Kari apa?
Kari sotong, boleh makan ngan
Teow, mee, spaghetti atau nasi


Penat dan sakit pinggang
Minta uncle sapukan yokoyoko
Legalah sikit, Alhamdulillah
Mak tak angkut air pun
Gamaknya, membongkok bongkok
Menceduk air dari bekas yg rendah


Bekas lama ni besar dan lebar
Tinggi paras lutut mak
Dulu2 beli dengan harga rm 45
Dah lebih 10 tahun yang lalu

Anak belikan 2 biji bekas yang besar dan tinggi semalam
Tingginya hampir sampai pusat mak
Satu hitam dan satu merah, sama model tapi
Yang hitam rm 50 dan merah rm 70
Warna pun ada perbezaan harga?
Apa dah jadi? Macam2 orang niaga ni...


InShaaAllah dengan dua biji bekas besar ni
Mak tak risau, air yang tak mencukupi lagi catuan 2 hari
Jika ikut jaduallah, jika 3 hari?
Memang kejamlah...huhuhu

Harap2 catuan ni hanya untuk bulan April sahaja
Memandangkan selang sehari hujan mencurah2
Cuaca pun mendung hari ni mungkin nak hujan sebelah petang
Apa2 pun mak bersyukur akan perancangan Allah ini

Monday, April 7, 2014

Air Oh Air

Hari ni hari kedua tiada air dirumah auntie
Inilah kali pertama auntie lalui sejak catuan berlaku
Simpanan air untuk dua hari tak mencukupi 
Auntie mintakkan anak belikan tong lagi tadi
Susah betul tiada air dipili
Membasuh bahan2 masakkan dan pinggan mangkok
Jadi bebanan bagi auntie, apa tak nya, kena ceduk2
setiap kali..huhuhu

Teringat pula pengalaman masa silam, ingat2 lupa gitu
Masa auntie sekolah rendah
Auntie pernah tidur dirumah bibik arwah auntie ketika cuti sekolah
Auntie ni jenis pantang orang pelawa kemana2 masa cuti
Nak saja ikut, arwah mak dan arwah abah bagilah pulak

Memang pengalaman yang manis bagi auntie
Rumah kampung yang tiada pili
Buang air besar pun disemak
Sebab auntie taknak masuk dalam bilik 'khas' hihihi
Bercuci dilombong dibelakang rumahnya
Membasuh pinggan mangkok dari pasu
Yg terletak dipelantar kayu bahagian belakang rumah
Kayu2 yg dah reput, susunan kayu yg boleh nampak tanah dibawahnya
Bila malam auntie nak buang air kecil, memang takut sebab gelap
tiada elektrik juga..pelita ayam dibawa bersama 
Pasu dipelantar tu, mesti dipenuhi air setiap hari
Berangkut dari lombong atau perigi, auntie tak pasti, dah lupa
Gitulah susahnya jika tiada pili
Tapi hidup juga orang w/pun cara yg susah

Ermmm... Auntie masak sup ayam aja hari ni
Jadilah untuk hari ini


Jap2 lagi nak lipat melipat
Bukan baju tau..
Plastik2 yg selalu dapat dari pasaraya bila membeli groceries
Hihihi... Uncle selalu main sumbat jer dalam laci kabinet
Hari ni auntie terajin memunggah


Kena ambil kipas table sebiji
Hala kat badan, baru sedap melipat 
Hahahaha

Jumpa lagi di next n3 dengan izinNya
InShaaAllah....






Friday, April 4, 2014

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga




Auntie bertuah kerana keempat2 anak2
Mengamalkan mencium pipi dan dahi auntie
Bila berjumpa dan bila mahu kemana2
Alhamdulillah

Pesan auntie pada mereka, di ambil dengan serius rupanya
Ciumlah mama, ketika mama masa hidup ni
Jika dah terbujur kaku dan sejuk
Itulah ciuman terakhir
Tapi ada kala, tidak dapat mencium jenazah,
sebab kematian tidak menjanjikan bila dan dimana?
Jika ibu sedang menjalani ibadah
Umrah atau pun Haji
Memang akan diurus disana tanpa sesiapa

Jadi sebaik2 lakukanlah ketika ibu masih ada
Jangan derhaka terhadap ibu
Pada isteri2 pula, taatilah pada suami






Kesedihan auntie tiada lain hanya
Apabila dianayai oleh manusia2 yang zalim
Anak2 diperkotak katikkan, diperlekehkan


Tapi bila redha akan ketentuanNya 
Auntie pulih dari kesedihan


Lihatlah wajah2 kegembiraan auntie
Alhamdulliah



Dan juga wajah bersama suami tercinta


Semoga kami dipermudahkan urusan
Dunia dan akhirat
Aamiin


Wednesday, April 2, 2014

Selera Ringan

Ermmm...
Pagi ni auntie breakfast
Telur rebus separuh masak
Sekeping roti gardenia
Satu mug nescafe
Uncle pun makan yg sama
Cuma air uncle forever milo
Masa tu pukul 7:15 pagi

Sambil makan, auntie kata nak kepasar tani
Ditaman seberang jalan
Auntie memang jarang kesitu
Hari nak kesana sebab nak cari ikan
Dah terputus stok dalam peti sejuk

Pukul 8 ++ kami kesitu
Gerai ikan pertama, tak banyak pilihan
Bekas2 ikan banyak dah kosong
Berjalanlah auntie sambil berpimpin
Kegerai yang kedua
Alhamdulillah, auntie dapat beli
Ikan bawal hitam, tenggiri, ikan merah dan sotong
Sayur bendi, terung, tomato, cili hijau, daun sup dan tempe
Sebagai tambahan sayur dalam peti sejuk
Cukuplah sampai hari sabtu ni

Mata ternampak gerai nasi lemak
Tersedik dihati nak makan kuih muih
Auntie hanya memilih dua jenis saja


Apam gandum dan sago
Cukuplah untuk uncle dan auntie 
Kebelakangan ni, auntie berselera ringan
Adalah baiknya juga, hihihi

Apam beras tu kena makan pelan2
Melekat dilangit2, kena tolak2 dengan lidah
Sago licin, no problem, kunyah2 sikit terus je masuk tekak
Yea, bila dah berumur
Tekak jadi sempit tau
Dulu auntie selalu marah arwah mak, malah uncle pun
Bila mereka tercekik, auntie akan kata
Cuba makan pelan2, janganlah polok2
Sampai tercekik
Hihihi sekarang baru auntie tahu
Muscle tekak dah lemah bagi orang tua
Dah kembali macam baby
Nak kena makan benda2 lembut

Auntie masih bergigi asal
Makan daging tiada masaalah
Alhamdulillah, auntie memang jenis rajin gosok gigi
Dan setiap tahun jumpa doktor gigi, dari muda gitu
Ni dah due untuk ke dentist, rasanya dah ada yg berlubang
Reput tulang dan gigi bila dah berumur huhuhu
Bila nak pergiiiii?
Entahlah ikut gerak uncle
Dia nak bawa, auntie bersedia ikut
Dia tak nak bawak, auntie tungguuuu
Payah betul, bila tak mampu memandu
Banyak perkara pending2





 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...