Followers

Sunday, March 30, 2014

Majlis Perkahwinan Di Sanglang, Kedah

Semalam Abam Jubah ke majlis perkahwinan
Opismate perempuan Fatin Nabila
Di Sanglang, Kedah 
Dia kesana dengan menaiki kenderaan van Jabatannya beramai2
Gambar dari fbook kepunyaan salah sorang kawan abam jubah





Aduhai, abam jubah sampai rumah dah hampir 2 pagi
Kesian, jauh betul perjalanan balik hari
Hari ni auntie tak masak
Sebab abam jubah bawak balik dua bungkus besar
Laksa Kuala Perlis



Auntie panaskan kuahnya
Celur air panas laksa beras tu

Terbaik betul rasa kuahnya
Pekat, cukup asam garamnya
Serupa macam masak sendiri
Alhamdulillah

Sambil makan itu, auntie bertanya
Cantik kan? Pemandangan bendang yg terbentang sepanjang jalan
Mama pernah pergi Sanglang ker?
Pernah, mama naik bas mlm dan sampai subuh disana
Masa balik siang, jadi mama nampaklah hamparan emas terbentang
Masa tu opismate mama kawin 
Kata auntie
Tapi sayang mama, sawah kering kontang, musim kemarau ni
Kata abam jubah
P G tanya auntie
Kampung mama kat mana?
Ohhh..arwah mak kandung mama dari Junjung
Kata auntie
Junjung kat Kulim
Disana tak ada sawah, semua kebanyakkannya ada
Ladang getah, pencarian mereka menoreh
Mama pernah bercuti sekolah dengan atok mama disana
Seronok sangat, mereka masak guna dapur kayu
Pedih2 mata mama sebab belajar nyalakan api
Tiup2 gunakan batang paip, ketika itu
Memori indah...

Wednesday, March 19, 2014

Makan2 DiMajlis Hari Jadi Cucu Sedara


Aduhai, ni majlis bila tah
2 minggu yg lalu kot
Auntie terlupa nak update
Dah terperam dalam draft 

Kaum Kerabat Perlis arwah Mak
Yang dah bermaustatin di KL
Menjemput kenduri doa selamat dan makan2
dari pukul 2 petang hingga 6 petang

Jadi kami kesitu selepas solat Asar
Rupanya birthday cucu mereka
Jom nengok menu yg dihidangkan
Amat mewah makanan
Tokey minyaklah katakan
Hiiii






Tapai

Tepung Bungkus

Ice Cream

Abam Jubah teringin anak kecil lagi ker?

Cucu sedara Kak Noriah


Nakal anak sedara auntie (Nozie) ngusik abam jubah
Masa auntie nak ambil gambar ni
Dia lari ambil belon dan nak bergambar bersama
tapi duduk dibelakang



Kakak Noriah dan auntie

Dia tahu auntie ada blog
Maka dibawanya auntie jalan2 kemeja buffet
untuk digambarkan makanan yang ada hihihihi
tapi auntie pemalas dah nak update sekarang
semua ada dalam draft berhari2 dan berminggu2





Roti Jala

Kari Ayam

Nasi Impit dan kuah kacang

Satay




Petua halau lalat

Macaroni

Bolog

Badak dan tepung bungkus

Nuggets

French Fries dan hotdogs

White Sos

Mee Goreng

Sambal Goreng

Bihun Spore

Kicap pedas meletop

Seri Muka

Tapai

Buah2an

Pisang berangan

Bubur gandum/trigu

Custard mixed fruits

Goodies utk budak2







Dua Meja Makanan
Satu untuk adults dan satu lagi untuk children

Seronok bila dapat buat majlis untuk cucu
Auntie tiada cucu lagi
Yang ada Zara macam MH370 'terhilang' dari pandangan
dengan tindakkan rampasan kuasa mereka
Jika Zara ada,  bolehlah buat makan2 macam ni
Ya Allah, kami sekeluarga sudah redha akan ketentuan ini
kami Yakin, balasan dan pengadilan dari Mu


Tuesday, March 18, 2014

Makanan Dan Pakaian Rezeki Ku


Dr Jonet datang dgn ayah dan ibunya
Bersama dua adik2nya hujung minggu sudah
Mereka baru balik dari majlis akikah dan cukur jambul cucu
dirumah besan mereka.
Ada dibawanya makanan untuk auntie
Wahhhh...sedap kemain lagi
Talam ubi buatan ibu Dr Jonet
Meranalah auntie sebab bertanya
Berapa seloyang jika auntie nak order
Dia tak buat untuk menjual...huhuhu



Pulut Kuning
Aduhai memang favi auntie
Boleh kepal2 makan kosong gitu saja


Kari kambing
Meletop pedas, pekat dan likat
Fuhhhh.. Tak guna citer


Tapi auntie takut nak makan banyak
Walaupun ketiga2 makanan ni
Memang kegemaran auntie
Almaklumlah, ada darah tinggi dan kencing manis
Memang nak cari pasal jika makan berlebihan

Kami berbual mesra petang tu
Gembira auntie bila tahu Dr Jonet akan belajar lagi 
Untuk jadi doktor pakar
Pakar apa? Ehhh auntie tak perasan pula
Selamat belajar yea Jonet
Auntie tumpang gembira ada anak angkat
Yang dikenali dari umur 13 tahun masih
Berhubung mesra dengan auntie sekeluarga
Well done doc

Rezeki makanan memang sentiasa datang dari
Kawan2, jiran dan readers yg tak dikenali

Rezeki pakaian pun gitu
Ada readers kirim melalui anak auntie
Shawl bawal, love the colours
Tq so much for remembering your auntie here


Ya Allah, hamba mu amat bersyukur
Akan rezeki ku yg tidak putus2 dari MU
Yang dikirim melalui hati2 yang amat murni
Limpahilah rahmat mu kpd mereka
Aamiin




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...