Followers

Thursday, February 27, 2014

Nafsu Nafsi Perhiasan Rumah

Auntie bangun dari tidur pagi ni lebih kurang
pukul 5:50 pagi, saperti kebiasaan mandi setiap pagi
dan bersolat subuh.

Masuk dapur dan siapkan sarapan
Alhamdulillah, uncle dan abam jubah
dapatlah bersarapan nasi goreng kampung dan teh tarik
Itu jika auntie sihatlah, jika tidak, auntie hanya mampu
bancuh air dan bersarapan keringlah mereka
roti atau biskut jacob

Alhamdulillah, pagi ni badan auntie terasa ringan
setelah 2 hari azab sakit2 bisa2 badan
sampai menangis2 tak tahan

Apa nak cerita dalam n3 pagi ni?
Errrrmmmm..meh cuci mata bunga2
Bunga2 tipu yang ada dalam rumah auntie
hihihihi
Bunga2 reben, bunga dip dan bunga batu

Auntie kurang gemar bunga2 artifial sebenarnya
Tapi jika tiada lansung gubahan bunga dalam rumah
Terlalu masculine lah pulak

Ishhh, dalam kurang suka bunga articial
Auntie tak perasan yg auntie ada gubahan2 di beberapa sudut
Entah bila nak lesing 
Sebab dah tak kuasa nak bersihkan
Setiap dua bulan sekali
Leceh..
Cabut, rendam, bilas dan jemur
Bekas2 pasu pun harus dibasuh
Atau sekurang2nya di lap
Bila bunga dah kering, gubah balik
Ishhh....
Ada juga kalanya auntie tak basuh
Hanya guna hair dryer
Tala jer kat bunga2 tu, habuk2 berterbangan
Auntie buat kat porch,
Tutup hidung dan separuh muka dengan tuala
Jika tidak begitu akan bersin2 dan
jika ada alergy muka akan gatal2
Itu sebabnya auntie lebih suka kaedah merendam
Walaupun kerja lebih tapi resultnya amat bersih
Jom layan apa bunga2 yg ada

Di tingkap dining


Hujung dining table

Bilik air


Atas fridge dapur
Amboi, kotornya, sebab tinggi, auntie tak sampai
kena basuh hari ni


Living


Living
Lebihan Bunga Pahar Dip masa Pija kawin dulu

Porch

Dalam lemari 


Bunga Batu dalam lemari
comot yea, nanti2 kena rendamlah

Bunga Batu
koleksi tahun 80'an
pindah randah banyak yang dah sompek2

Bunga Batu juga
Dulu2 menggila beli bila auntie pergi ke Spore
atau sapa2 pergi ke Europe auntie kirim
banyak auntie bagi kawan2 bila mereka datang rumah dan berkenan



Bunga Dip 
hadiah daripada orang yang auntie tempah bunga pahar

Janganlah bosan baca n3 hari ni
tak ada subtance kan?
tak perlah, ringan2 buat cuci mata aja
bila auntie rajin, auntie ambil gambar koleksi
dinding auntie

Kesemua perhiasan auntie adalah amat lama
dah berkurun, dah outdated sebenarnya
yealah, rumah orang tua lah katakan
dan auntie pula sudah tidak membeli untuk koleksi2 terbaru
Memang auntie tidak mahu apa2 lagi
terasa benar, segala2nya hanyalah perhiasan dunia
yang tidak dibawa bila kita mati nanti
Jika auntie sedar dari muda dulu
alahkah elok, tak lah rasa 'berbangga'
atau 'seronok sendiri'
huhuhuhu 

Bila bercerita pasal perhiasan rumah
auntie pernah juga bernafsu nak tukar
kesemua perabot rumah bila anak2 bawa auntie berjalan
geram betul nengok imported sofa, dining table dan almari2
Anak2 pula menyokong untuk membeli yang baru
Hoiiiii...nafsu nafsi
hentikanlah..

Tuesday, February 25, 2014

Lawatan Ziarah Sahabat Lama

Petang Sabtu yang lalu 22/2/14
Kawan lama auntie datang menziarah
Suami isteri membawa cucu mereka yang pertama

Wahhh..seronok auntie dan uncle menumpang kasih
peluk cium tak terhingga cucu mereka
geram sangat..

Saperti biasa, auntie kalau dapat baby
air mata berjujuran gembira
cium muka, cium pipi dan cium perut baby

Haaziq adalah cucu kepada anak perempuan kedua mereka
Nina Natessa

Mereka adalah kawan auntie dan uncle masa muda
ketika dalam tentera dulu
malah pernah menjadi jiran setaman
anak2 mereka adalah kawan kepada anak2 auntie
Masa Peej kawin, Nina Natessa lah yang buatkan baju nikah
Adiknya pula juru soleknya
memang terbaik hasil kerja mereka

Sekarang mereka dah berpindah
dan rumah mereka disewakan

Ada auntie menyebut tentang harga rumah kami sekarang
jika nak dijual, terperanjat mereka
rumah yang dibeli pada tahun 1987 dengan harga
113 boleh mencapai rege 900 ribu
tapi mereka kata kita tunggu sampai 1.2M baru jual
hihihihi

Kata auntie, jika auntie jual kena balik
keMelaka buat rumah sebab tiada rumah kedua diKL
lainlah mereka memang sudah ada rumah kedua

Kan nani ada kondo di puchong, kata mereka
Alah, nani dah jual pada tahun 1996 dulu,
jika tidak ada juga rumah kedua
Sudah berlalu pun, duit tu pun dah hangus dahhh
hihihihi


Seronok 'Tok Gen' (panggilan keluarga) dapat cucu lelaki
Yealah mana tak nya, anak mereka tiga orang perempuan
Bila dapat cucu lelaki amboi, pasti gembira dan bersyukur



Tengoklah tu, Tok Gen punyalah cuddle cucunya

Uncle juga tumpang kasih cucu mereka Haaziq
cerdik sangat, tak takut orang







Uncle tak banyak ambil gambar
kami banyak berbual2 mesra
Gambar2 seterusnya auntie ceduk dari facebook Nina Natessa


Datin Marcella Musa




Kedua2 suami isteri masih lagi bekerja
Datin ada dua tahun lagi..


Major General Dato' Zukiflee Mazlan
bersara pada hujung tahun ni


Pasangan suami isteri dan anak mereka Haaziq


Bila mereka mohon untuk balik
Auntie mengucapkan ribuan terima kasih  
atas lawatan ziarah mereka membawa cucunya Haaziq
Umur panjang bolehlah kita berjumpa lagi
InSyaaAllah

Auntie selitkan gambar2
Hasil kerja tangan Nina Natessa




Memang cantik sangat kan?
Jika berminat bolehlah enquire from Tessa her email address
ninanatessa@gmail.com



Monday, February 24, 2014

Bersuka Ria Tiada Lagi

Badan tak tentu rasa
Susah nak kata
Sihat2, boleh jadi sakit tiba2
Memang gitulah, kesihatan auntie

Dah tiga kali undangan majlis kahwin
Tak dapat auntie pergi
Sedih sebab mereka adalah kawan2
Semasa kerja, kenal mereka berbelas tahun
Rindu pada kawan2 sebenarnya
Disitulah dapat berkumpul

Semalam ada jemputan juga
Siap gosok baju dan tudung


Cadang nak bergerak selepas solat magrib
Majlis tu di KL Tower

Ermmm...pukul 7 mlm
Auntie kata kat uncle,
Tak jadi pergi sebab badan amat2 lemah
Uncle kata, beria2 nak pergi
Jumpa kawan2, dah tak jadilah pulak
Auntie kata, memanglah
Tapi kalau merangkak bolehlah kot
Sebab tak larat nak berdiri dah pun

Yang sebenarnya kesihatan
Dah tak brapa sihat seminggu
Tapi semangat kuat, tenaga kurang

Jika blog tak berupdate
Tahu2 jerlah, memang auntie tak sihatlah tu

Pernah auntie paksa diri menghadiri majlis
Tapi bila balik, tiga hari auntie terbaring sakit
Hanya Allah saja yang mengetahui

Untuk bersuka2 dimajlis2...
Nampaknya memang payah buat auntie dgn keadaan mcm ni
Ermmm...
Moga auntie dapat kesihatan yang baik dimasa hadapan



Thursday, February 20, 2014

Makan sorang2 pun sedap juga


Letih melanda
Hari ni masak campak2 aja
Walaupun lauk campak2 memang kegemaran sekeluarga



Ayam karipulay

Auntie tambah,  tenggiri asin



Teringin nak makan dengan menantu auntie
Dia suka makan lauk ni
Boleh sembang2 sambil memepak peha ayam tu

Bila auntie nak buat makan2 lagi
Kita berkumpul, makan ramai2, tentu seronok

Tapi lauk macam ni makan sorang2 pun sedap
Apa ada kisah,  
Kelebihan makan sorang2
Kaki naik, pangku siku, makan sambil jilat2 jari
Tambah dua tiga pinggan
orang tak nampak, hahahahah






Saturday, February 15, 2014

Untuk Diri Sendiri Atau Mak2

Auntie nak share dengan readers

Auntie tiada unsur riak di n3 ni
tidak dibayar atau di suruh untuk ini

Cuma nak berkongsi kegembiraan
Mempunyai kulit yang bersih

Umur tua memang akan berbekalkan
Kedutan dan kekenduran kulit
Dibawah mata dan dikeliling mulut
Ini memang dah pasti
Dapat dihilangkan dengan pembedahan plastik
Which is not my choice at all  

Yang harus dijaga adalah kusam
Kulit yang dah mati, tidak dapat dibersihkan
Dengan hanya memakai facial soap
Auntie juga ada masaalah ni
Tapi sekarang tiada lagi, so happy now
Alhamdulillah

Auntie jumpa ramai kawan2 perempuan
Mereka orang2 berduit tapi mungkin
Tak jumpa product yang betul, 
Kulit mereka kusam 
Tak nampak bersih, tompok2 jeragat 
Kesian pun ada, tapi auntie biasanya
Hanya melihat saja tapi tak tegur
Jika ditanya barulah auntie beritahu
Gitu...

Haipppp, ada sekor nyamok langgar pipi pulak
Besar pulak tu, ishhhh
sebab terlalu gebu kot..hahahaha

Okay, sambung citer
Auntie pakai Ibu Putih






Pakai sebelum tidur malam
Dan siang pula selepas subuh
Amazing, within a week
Kusam hilang
Within few weeks, 
kedegilan jeragat juga hilang
Kulit muka jadi bersih
Auntie suka sangat product ni
Jika nak beli, boleh dapat dari anak auntie
Peej, setakat ni memang amat laris
Untuk Auntie dia supply free aja
Hihihi

Auntie sarankan....belilah
memang bagus untuk diri sendiri
atau belikan untuk mak yang tak pernah 
tahu akan keujudan product ni sebagai hadiah

P/s : abam jubah pun pakai

Friday, February 14, 2014

Ucapan Untuk Cucunda

Luluh hati auntie nak mulakan menulis entry ni
tapi auntie masih mahu meneruskannya juga

Semalam uncle telah mengumpulkan gambar2 lama
cucundanya dari ablum fbook dan tag kat auntie
Mengapa dia berbuat begitu ?
mungkin kerinduannya yang amat2 terhadap cucundanya..
Uncle adalah seorang yang amat penyayang dan penyabar
Dia jarang mencurah perasaannya, baik soal cinta
sedih atau gembira
Auntie sangat2 hiba bila memandang wajahnya yang tenang
tapi auntie tahu, ianya juga terluka
percubaan auntie untuk menahan supaya airmata
jangan menitis tapi gagal, gugur juga akhirnya

Auntie tidak mahu menyingkap kisah lama
biarlah ianya berlalu..

Hari ini genaplah tiga tahun cucunda auntie
satu2nya zuriat dari anak sulung lelaki auntie


Amat tinggi kesabarannya
(hingga mengidap darah tinggi)


Diiringi rasa kesyukuran pada Allah
Nenda dari Kuala Lumpur mengucapkan Cucunda ku
Nur Zara Sofea


Gambar terbaru dengan kereta
hadiah daddynya pada umur satu tahun

Selamat Menyambut Hari Kelahiran Mu Yang Ketiga
Semoga dipanjangkan umur
Umur yang bermanafaat
Menjadi anak yang solehah 
Berjaya di dunia dan akhirat
Diberkati dan dirahmati Allah swt
Aamiin





Bila besar nanti
Sofea jangan lupa keluarga mu,
darah daging mu di Kuala Lumpur
Ti Peej, Ti Noy dan Cle P G diKuala Lumpur 
mereka juga amat2 menyayangi dan merindui mu
Tokpapa dan Tokmama 



From your grandpapa dan grandmama

A granddaughter is a wonder gift
a treasure from above
She fills our life with happiness
A granddaughter brings a special joy
that comes from deep inside
She fills our hearts with pride
With the 3 years that passes by
She is special and adorable
No words can describe the warm memories
that comes from having a granddaughter


Doa kami disini 



Aamiin






Thursday, February 13, 2014

Upah 25 sen

Hari auntie berurut, buat dirumah
Kali ni memang tak kenal tukang urut
Abam Jubah yang aturkan, dijemput
dan dihantar pulang tukang urut tu

Sampai rumah lebih kurang pukul 8 pagi
Dan dihantar pulang pukul 10 pagi

Auntie dikehendaki berkemban dalam keadaan duduk
kaki berlunjur mengadap kiblat
Sebelum berurut, dia bertanya auntie nama dan binti
disuruhnya auntie berselawat 3x
(something yang tak pernah tukang2 urut yang lain buat)

Urut dimulai dibahagian kepala
mata auntie biasanya akan terpejam2 menikmati urutan
tapi abah jubah tepuk bahu auntie
dan buat sign language suruh buka mata
Ohhhh..yealah kata auntie
Lama sikit terpejam lagi..
Abam jubah datang lagi dan suruh buka mata
hihihihi

Kemudian bahagian tengkok, kedua bahu
dan bahagian belakang hingga kepinggang
disitulah kawasan yang paling sakit dan derita
selepas jatuh tuh lagilah

Masih dalam keadaan duduk berlunjur
wahhh..menikmati urutan, terpejam lagi mata auntie
Alah lecehlah, asyik kena sound buka mata

Saperti biasa, perangai tukang urut melayu
banyak pok pek pok pek (bercakap)
disuruhnya auntie bersembang
dulu kerja dimana? bahagian apa? anak berapa?
Auntie hanya jawab satu soalan dengan satu jawapan
auntie memang tak dapat nak layan lebih2
sebab memang payah nak dengar apa yang disoalnya
Uncle dan abam jubah lah yang melayan banyak
Huishhhh..peramah terlebih
tukang urut ni memang terlebih mesra orangnya

Auntie masih lagi dalam keadaan duduk berlunjur
Tangan kanan
lengan, tapak tangan hinggalah kelima2 jari
terasa urat berdetus2 bila kena bahagian2 urat yang kejang
Tangan kiri
tangan ni terasa sakit bila diurut
ermmm tangan ni lemah, perbanyakkan buat exercise
untuk jari2,  guna bola getah genggaman katanya
memang auntie ada bola tu tapi auntie
selama ni pemalas, selepas ni nak kena rajinkan dirilah
Alamak, bola tu kat mana? ermm.. kena punggah laci2

Wahhh, lama juga dalam keadaan duduk berlunjur
mula terasa kaki2 kebas
settled kedua2 belah tangan tu,
barulah dia suruh baring telentang

Kaki kiri
Dari peha (tepi alat sulit), pelipat betis hinggalah tapak kaki
Kaki kanan pula
sama teknik yang digunakan
diajarnya abam jubah sedikit macam mana
nak urut kaki mamanya
terasa sedap juga picitan jari2 abam jubah
masa memengang buku lali auntie

Bahagian perut pula
kencing lawas tak?
kata auntie lawas, tiada masaalah
ditekannya bahagian peranakkan
tak sakit bila diuli kiri dan kanan perut

Bahagian dada
tak berapa banyak yang diurutnya
Disuruhnya auntie meniarap pula
Bukan di urut tapi diajarnya auntie
cara nak bangun
separuh badan dalam keadaan bangun
supporting by kedua2 siku dirapatkan
kedua2 tapak tangan dirapatkan
terbuka saperti keadaan berdoa
disuruhnya berselawat dan raut muka hingga kebawah dagu
Ohhhhh....sedap betul rasa urat2 auntie ketika itu
dari tengkok hingga ke belikat..
best sangat
kena lakukan sebanyak tiga kali

Dah tu duduk macam sujud, cara nak bangun dari sujud
yang ni auntie tak boleh nak buat
sebab memang lutut auntie sakit bila duduk cara tu
so skip teknik ni, hanya abam jubah dan uncle
dapat ilmu excercise tu

Dia minta air putih
diayat2kan dan suruh auntie selawat 3x
dan minum habiskan dengan sekali teguk
Selesai sudah

Auntie bertanya, nak sarapan tak
ada mee goreng, dia kata ada appointment lain pula
nak cepat, tak payahlah
ewah..nak cepat tapi sembangnya kemain tadi
Ishhhh..

Sempat auntie bertanya umurnya
she is 53 years old.

Auntie kemudian masuk bilik, pakai baju
dan ambil duit untuk upahnya
bersalam dan menghulur duit tu padanya
dia ambil tapi terus pulangkan ditangan auntie

Kenapa pulak ni? tanya auntie
Nampak abam jubah berdiri
Uncle pun berdiri
Uncle capai seluar dan tercari2 duit kecil
abam jubah hulurkan duit 0.25 sen pada dia
dia kemudian, ambil duit kertas yang auntie pegang
disatukan dengan duit siling tadi
dan berlakulah pemberian upah bersalam secara akad
Ohhhh..0.25 sen lah isu nya

Auntie pun bertanya
untuk apa 25 sen tu? Nak beli sugus ker?
semua ketawa
Katanya dia beli minyak dengan duit tu
cara pukal dapat murah sikit
Pada auntie jawapan yang tak dapat markah penuh
sikit punya lama nak kumpul 25 sen
untuk beli minyak urut..hahahahaha

Badan auntie dan kepala penuh dengan minyak
Uwekkk sesuatu yang auntie kurang gemar sebenarnya
macam keadaan dalam berpantang bersalin

Urut2 memang process yang baik untuk badan
tapi kadang kala boleh demam urat dibuatnya
harap auntie tak demam dengan urutan hari ni

Jangan Sombong Padanya

Semua orang sayang kenderaan yang dimilikinya
Auntie pun ada juga
Tak ada engine, tiada kunci tapi tayar ada
Bila tak ada kuasa kuda
Sila guna tangan bila nak bergerak hihihi



Kemarin auntie jengok store
Ternampaklah kete lama ni
Sayang betul , walaupun dah lama tak pakai
Berkarat makan diri, munkin lama terbiar
Kete merajuk diri

Hari nak mandikan
Sental2 yg karat dan seat yang dah berkulat 
Hingga bersih dan berkilat

Terkenang suatu ketika dulu
Kete nilah yg bawa hati yg lara
Selama enam bulan kesana kemari
Walaupun berat berkati-kati (15 kilo)
Disorong oleh anak2 dan suami
Banyak sudah berbakti





Adakah auntie memerlukan kerusi ni lagi?
Memang auntie terpaksa menggunakannya lagi
Auntie tak boleh sombong padanya



Tuesday, February 11, 2014

Berdrama Nangis2

Semalam tengahari auntie ada tetamu
Adik perempuan uncle yg satu satunya yg masih hidup
Suami, anak perempuan dan cucunya juga.
Mereka datang mengejut tak pulak sms uncle
Punya lah rindu, berpelukkan kami sampai berdrama nangis2
Uncle dan auntie memang dah lama tak balik Melaka

Mereka datang melawat kami
Sebab minggu depan mereka akan
Menjalani ibadah umrah untuk kali pertama
Seronok auntie berbual ttg pengalaman auntie di Mekah dan Madinah
Sampai suaminya minta buku untuk menyalin tips ibadah disana

Auntie juga bekalkan mereka sejadah, stokin, seluar putih dan pelikat
Sebab adik ipar auntie belum menyopping pakaian utk kesana

Sempatlah juga auntie menjamu mereka makan tengahari


Auntie tak sihat nak berhidang sakan
Memang terjun kampung habis

Rezeki semalam utk tetamu 




Tak pun auntie tambah telur dadar dan ikan masin
Huhuhuhu jika sihat memang auntie tambahkan
Sian mereka makan lauk2 auntie cam gitu aja

Tapi auntie rasa sungguh gembira dapat menjamu 
Memang auntie jenis suka jamu menjamu tamu

Moga pemergian mereka ketanah suci atas urusan umrah
Suatu perjalanan yang indah dan di permudahkanNya 
Aamiin




Monday, February 10, 2014

Yoko Yoko

Hari Jumaat lalu 7/2/2014
Auntie tumbang, jatuh terlentang
Masa menyiram pokok bunga
Tak ada angin ribut, lantai tak licin
Tak pula tersadung getah paip
Tahu2 jatuh macam nangka busuk
Baju lencun basah bila getah paip terlepas dari tangan
Menjerit2 kesakitan, kedua2 suami dan abam jubah
Datang memapah auntie untuk bangkit
Sakit tak terhingga
Tak pernah auntie jatuh macam tuh
Nasib kepala tak terhentak dilantai

Kata abam jubah, mama ditolak oleh syaitonn
Sebab lagi lima minit dah nak azan
Mama masih diluar rumah main air
Aduhai, yealah lain kali pukul enam 
Mama siram pokok2


Lepas magrib, dah bermula denyut
Dari belakang badan bawa kepinggang
Kaki lenguh dan berdenyut
Tengkok keras sakit bila nak menoleh
Ermmm.. Jenuh badan auntie dilumur
Dengan minyak gamat panas ditempat2 yang sakit

Pakaian, sarung bantal dan cadar
Busuk bau minyak angin
Auntie memang tak suka bau2 gitu
Mulalah rasa mual nak muntah
Menangis memikirkan macam mana boleh jatuh

Solat pun solat express
Berdoa pun tidak selepas solat
Nak baring aja 
Ditilam depan tv diruang tamu
Memang auntie ada tilam sponge
Senang nak baring2 disitu
Tak molek, tak kemas, tak per
Janji auntie selesa
Baring situ depan anak2 dan suami
Merengek sakit, ada orang datang picit2kan
Jika dibilik, sapa pulak nak jengok berkali2

Memasak pun tidak
Beli nasi bungkus aja
Tapi ada sekali tu dah lewat malam
Uncle tepuk2 perut dia
Auntie faham dia lapar dan nak makan supper
Ermmm... Bangun juga lah
Gorengkan telur mata, dan sambal sardin
Makanlah suami tercinta dan anak2 tumpang sekaki
Makan dengan roti gardenia

Minyak gamat panas tu tak memberi kesan langsung
Hampir dua hari juga lah menahan sakit
Pain killer pun tak lut

Anak perempuan auntie Noy bagi minyak untuk muscle sprain
Katanya, dia pakai dilengan, pelipat betis dan tengkok
Selalu dia sakit tempat2 tu bila balik dari membuat penerbangan





Memang terbaik minyak ni
Senang pulak tu
Tak susah nak pakai
Buka penutupnya, terus apply
Tak busuk pun, berangin


Alhamdulillah, dua kali pakai, sakit tengkok hilang
Sakit pinggang dan kaki juga hilang
Bestnya Yoko Yoko ni
Tulah auntie nak share diblog auntie
Supaya sapa2 yang ada stiff neck, sakit lutut dan kaki
Silalah beli Yoko Yoko ni
Memang magiclah...hihihi

Dalam sepanjang hidup
Tak pernah auntie jatuh macam ni
Kena berhati2 selepas ni
Takut juga, umur macam auntie
Kebanyakkan dah reput tulang

Sekarang ni auntie phobia
Nak kebilik air
Nak siram pokok

Sakitnya tak terhingga bila jatuh
Tapi bila lega baru dapat nikmat sihat
Nikmat sihat yang seharusnya dipakai
Untuk mengisi sisa2 hidup dengan perkara2 munafaat



Tuesday, February 4, 2014

Simpan Ketat2 Dalam Hati

Bagaimana rasa bila inginkan sesuatu?
Auntie lama memendam rasa nakkannya
bila pertama kali lihat, dah jatuh hati
bukannya mahal mana, memang mampu membelinya
tapi bila memikirkan.... perlukah?

Ada sudah tentu amat gembira
jika tiada tak mengapa
tapi setiap kali melihat diiklankan difacebook,
tak sudah2 nakkannya, nak memilikkinya
tik tok tik tok..setahun juga lamanya
auntie simpan ketat2 dalam hati
mungkin suatu hari auntie akan memilikinya juga

Tup tup kawan auntie bawakannya
sebagai hadiah
I bought this for you nani kata kawan auntie
auntie rasa amat bersyukur
Allah telah memenuhi keinginan auntie
memilikinya, amat terharu sangat2
entahlah tak dapat auntie nak cerita
bagaimana perasaan nikmat tu


Cantik sangat lace telekong ni
Warna coklat gelap
I really love it so much
Nanti auntie nak basuh dulu sebelum pakai

Auntie ada juga menempah telekong putih 2 helai
dengan jiran auntie, tudung bersulam
sample yang dia tunjuk amatlah selesa dan cantik
bila dipakai
tapi belum siap lagi,
auntie pun belum lagi nak pakai sekarang
jadi auntie kata no hurry, bila2 pun boleh
Ohhh yea auntie juga tempah tudung labuh 3 helai
pilihan warna gelap
Amboi, sekarang dah tua baru terbuka hati
nak tudung labuh paras pusat
Nothing is too late kan?
Bila auntie nak balik, katanya ada something for auntie
dia beli masa gi kursus
entahlah di mana auntie tak dapat dengar
Aduhai...cantiknya

Cultured Pearls

Kerongsang mutiara utk kiri kanan bahu
hihihihi memang auntie nak beli sangat2
sebab tak ada lansung kerongsang macam gini
yang jenis ibu dan anak belambak2 berkotak2
Punya lah rasa happy dan bersyukur
keinginan terlaksana dengan tidak membeli
Allah Maha Pemurah - Ya Rahman
Allah Maha Penyayang - Ya Rahim
Allah Maha Pemberi - Ya Wahhab
Ketiga2 hasmaul husna diatas auntie zikir
100 kali sesudah solat dhuha
Alhamdulillah, rezeki datang tidak terhingga dari mana2
especially dari readers auntie yang tidak dikenali
Alhamdulillah atas rahmat mu Ya Allah

Auntie bukanlah blogger yang hebat
followers pun tak sampai seribu
pembaca hanya 2 ribu sehari
tapi Alhamdulillah ramai yang menyayangi auntie
dengan hanya membaca penulisan auntie
(lupakanlah yang pendengki dan busuk hati
sebab orang macam gini tetap ada dimana2)

Yang pernah memberi buah tangan dan hadiah2
untuk auntie sebelum ni


Auntie doakan 
Semoga Allah melipat gandakan rezekinya
Aamiin


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...