Followers

Wednesday, December 24, 2014

Solat DiLuar Masjid



Wah, dah lama auntie tak sambung citer2 ditanah suci
Ermmm...badan dan minda kurang sihat
terasa berat untuk menulis, auntie hanya membaca
penulisan kawan2 tapi tidak tinggalkan jejak

Hari ni masak ayam goreng kicap
pantas dan senang
hihihi masak orang kurang sihat
segala2 dalam satu masakkan


Ayam, kentang, baby sawi, bawang besar dan cili padi

Tak sampai setengah jam siap
sedap atau tidak?
Memang sedap lah..bila cukup bahannya
Auntie baru sudah makan, jilat2 jari lagi
hihihihi sendiri angkat bakul 

Okaylah..jom bercerita berpandukan gambar2
Ditanah suci jemaah2 dari segala bangsa dan dari seluruh pelusok dunia
macam2 budaya, macam2 muzahab mengabdikan diri pada Allah yang satu

Kami semua tunggu waktu, sama ada ke masjid atau disurau hotel
tapi ada juga yang bersolat ditepi2 jalan
tak pernah auntie lihat dimana2 begini kecuali ditanah suci
auntie tak tahu mengapa mereka tidak kemasjid
orang2 Msia dan Indonesia memang tak ada solat sebegini



Gambar diambil dari seberang jalan tak berapa jelas

Auntie zoom kamera baru lah terang sikit
Ada yang solat beralaskan sejadah, selimut dan ada juga hanya cupboard
Mereka semua ni bermakmum dengan speaker dari masjid
Allahu Akbar pemandangan yang amat indah




Sebahagian dari jemaah2 solat sebegini adalah pekerja2 deretan kedai disitu
Ada juga jemaah perempuan bersolat sedemikian


Jemaah2 perempuan diantaranya ada yang tidak berstokin
ada juga yang nampak rambut
Jadi janganlah pertikaikan keadaan solat mereka sebegitu
Mereka juga adalah jemputan dari Allah swt utk mengerjakan ibadah haji

Nampak tak tag ditangan tu dan beg galas
kalau tak silap dari Pakistan

Bukan sahaja mereka bersolat di tepi jalan
malah makan pun depan deretan kedai2
makan free yang di agih oleh kerajaan arab saudi
ada trailer akan distribute makanan selalunya lepas isyak
ada juga keinginan auntie nak rasa
makanan agihan tu tapi kus semangat 
punya lah panjang berbaris dan lagi auntie rasa tak baiklah
sebab memang jemaah dari Msia dah ada makanan menanti dihotel
tapi ada juga auntie nengok jemaah Msia yang balik hotel
dengan bungkusan2 agihan tu
rajin betul mereka beratur, mungkin macam auntie katalah
teringin nak merasa...


Jemaah lelaki yang makan makanan agihan
Roti dan kuah dal
juga botol air mineral

Jangan lihat jemaah lelaki tu, lihat emas2 yang bergantung2 di kedai tu
Emas tulin tu, tak perlu bar besi2, sapa berani nak merompak?
hukuman hudud
macam mana auntie tahu emas tulin
sebabnya ada auntie masuk juga nak nengok emas arab
design mereka pelik2 dan berbeza tapi auntie suka, unik dan cantik
cuma  tak beli sebab dah set, auntie datang utk menunaikan ibadah
bukan menyopping barang kemas





Gambar dibawah ni di dataran Masjid Nabawi
Dataran ni juga dipenuhi oleh jemaah utk bersolat
Jika bersolat didataran ni dikira luar kawasan masjid
tidak perlu solat tahiyyatul, tertulis dalam buku2 edaran tabung haji
Jadi rugilah satu solat sunat





Auntie bersolat didataran masjid Nabawi
untuk beberapa waktu, mengapa?

Magrib dan Isyak


Gambar diambil waktu Zohor atau Asar? 
auntie tak ingat dah


sebabnya anakanda Khairul tak boleh tolak auntie kedalam masjid ni
jemaah lelaki tidak dibenarkan masuk melalui pintu jemaah perempuan
Sedihhhh...ketika itu

Anakanda Khairul yang  turut sedih 
tidak dapat menyorong 
kerusi roda ibunya  dikedalam masjid

Auntie redha, jika sudah tertulis rezeki auntie macam tu
Sehinggalah doa auntie terjawab pada suatu hari
Rakan sebilik nampak auntie didataran ketika sesudah solat lalu bertanya
mengapa tidak solat dalam masjid
auntie hanya mampu menangis
sejak itu dua beradik ni terbuka hati untuk menolak auntie kedalam masjid
sehinggalah hari terakhir sebelum berangkat balik
dapatlah auntie bersolat di dalam Masjid Nabawi dan bersolat diRaudah
Alhamdulillah


Hanya Allah membalas budi berdua beradik ni

Di Masjidilharam pula tiada batas memasukki pintu masjid
Jemaah lelaki dan perempuan
Anakanda Khairul boleh menyorong auntie sampai kedalam masjid
Ada kala auntie akan berjalan bertongkat dari hotel ke masjid
Syukur Alhamdulillah auntie diberikan kesihatan dan kekuatan


Jemaah sebilik auntie diMekah
selalu dialah yang pimpin auntie kemasjid

Auntie memang pakai surgical mask tu bila keluar hotel
malah dinasihati dan dibekal oleh tabung haji
untuk beberapa hari terawal sampai disini
bila badan auntie dah dapat adjust habuk dan cuaca
penghujung2 hari2, auntie dah tak pakai
Alhamdulillah tak batuk
ramai yang malas pakai , maka mereka dihinggapi batuk yang amat teruk

Auntie dan anakanda Khairul masuk pintu utama
Al Malik Fahd Abdul Aziz

Gambar googles

Keseluruhan sekarang masjidilharam ada 139 pintu masuk
Ketika auntie buat umrah dulu2
auntie selalu masuk melalui pintu Babussalam
jenuh auntie mencari pintu Babussalam kali ni
akhirnya berjumpa juga ketika auntie buat umrah sunat
Alhamdulillah







Matahari amat terik pada waktu Zohor dan Asar tapi bila sampai dataran masjidil haram
terasa sejuk sebab disediakan kipas water sprinkler merata2



Mereka sememang dah selesa dengan cuaca disana
maka mereka bersolat didataran dengan cuaca sebegitu
Allahu Akbar
Auntie ada juga bersolat didataran ini ketika itu auntie lewat kemasjid
tapi waktu maghrib.
Jika lewat memang tiada ruang didalam malah penjaga pintu
tak bagi masuk



13 comments:

  1. tengok gambar2 ni dan cerita AUnty.. rindu nak kesana lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kumpul duit dan kita ber'umrah' kesana lagi

      Delete
  2. thanks aunty for sharing. indah sangat2

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, auntie. apa khabar? xD

    uish sedapnya ayam kicap, macam dah lama xmasak/makan ayam kicap. sy pun kalau rasa tak larat, campur sekali sayur dalam masakan. tak perlu masak 2 kali. hihi

    and yg xberstoking atau nampak rambut tu, may be mazhab berbeza. kadang kita nampak yg arabians yg melancong ke malaysia pun, di surau2 mereka solat terus dengan jubah tp jubahnya meleret menyapu lantai. fahaman lain2 mungkin. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam wani,

      Tulah, kita tidak boleh ada prasangka yg tak baik terhadap cara mereka berpakaian dalam solat sbb kita tak tahu 'nilai' hati mereka bila mengadap Allah swt.

      Delete
  4. Allah....RIndunyaaaaaa.....

    Melihat gambar2 yang aunty post tu...buat saya tersenyum sendiri.Terkenang suasana di sana....Allahuakbar.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh..cik Ross pernah kesana yea?
      Memang jika pernah sekali kesana akan merindui utk kesana lagi..

      Delete
  5. Assalamualaikum aunty... ala kempunan nk tgk gambar emas mekah.hihi.tp betul la niat kita ke sana nk beribadat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muaalaikumusalam ina,

      hehehehe, tulah, nanti auntie beli next trip dengan izin Allah hihihihi InSyaAllah.

      Delete
  6. Saya pernah mengikuti satu kursus haji walau belum pernah ke sana... katanya kita kena selalu solat sunat untuk dapat beribadat di tempat2 yg mabrur... contohnya kita solat hajat untuk dapat solat dalam hijir ismail atau dapat solat dalam raudhah... perbanyakkan solat hajat, insyallah Allah akan permudahkan... Allah akan lorongkan jalan ke situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Najib,
      Solat sunat memang digalakkan untuk apa saja tujuan. Masa musim haji. Juta jemaah memang sukar utk dpt bersolat tempat yg tersebut

      Delete
  7. Teringinnya nak jejak kaki kesana. Ya Allah, Kau jemputlah kami kesana sesegera mungkin...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...