Followers

Wednesday, December 10, 2014

Sebagai Gantinya...

Belek2 terjumpa draft N3 dari Mekah
Sayanglah jika dibuang atau didelete
Auntie published hari ni

                          ~~~~~~

Salam dari Mekah untuk semua readers auntie
Baru lepas solat duha dibilk
Auntie keluar ke lobby hotel
Bersurfing sekejap sambil tunggu waktu zohor masuk
Tiba2 Terfikir....
Sampai kesudah tak bertemu cucu...
dah hampir tiga tahun kini dan sampai bila2 kah?
Tak mengapalah, auntie berserah pada Yang Maha Esa

Auntie hanyalah insan yang lemah
Allah menguji auntie disini dengan kerinduan terhadap
satu2nya cucu auntie Nur Zara Sofea, masih merinduinya
Ada auntie bersembang diMekah ini dengan anakanda Khairul ttg cucu
dan mertuanya tapi anakanda auntie kata
Biarlah mereka begitu ....

"Setiap perbuatan kebaikan atau keburukan didunia 
pasti akan dapat pembalasan"

Kemudian, auntie memujuk hati auntie dan berdoa

"Wahai hati yang pilu dan sedih kerana kerinduan, tenang lah.."
"Moga kerinduan ini tidak mencacatkan ibadah ku disini"





Auntie ke masjid untuk bersolat
ketika itu ramai jemaah, padat, bersempit2
auntie sedang bersila mengadap ipad
auntie mengaji..
mengapa mengaji dengan ipad?
auntie bawa ipad sebabnya kadang kala rak Alquran jauh
dari tempat auntie

Semasa menunggu waktu maghrib di Masjildilharam
Ketika bersempit2 Allah memberi ruang kepada
keluarga Pakistan anak beranak duduk sebelah auntie
SubhanAllah..

Ada seorang anak perempuan sebaya dengan cucu
duduk telepok sebelah auntie
Anak itu tak bersembang dan bercakap pun
tapi saperti hati kami bertemu
Mata kecilnya yang bercahaya bertentangan mata auntie
Tak tahu auntie nak cerita perasaan auntie masa tu
Tangan kami berpegangan, dibiarkan auntie  membelainya
Kakinya yang comel, kuku kecilnya berinai
Walaupun bukan cucu sendiri tapi Adiba Khan
hampir sebaya cucu auntie
mungkinlah...entahlah auntie dah tak tahu sebesar mana cucu auntie sekarang ni
Macam mana auntie tahu nama nya?
Adiba Khan tunjuk tag dia

Alhamdulillah, dapat bermesra dan berkasih untuk satu waktu
Waktu yang amat terindah bagi auntie disini..
hati yang merindui..diubati dengan sekelip mata

Auntie rakam gambar ni dengan lelehan air mata sebagai kenangan









Allah Maha Mengetahui hati auntie
Maka Adiba Khan dihantar untuk mengubati kerinduan sebagai gantinya
Alhamdulillah ...






Terfikir lagi..
Jika terus menerus mengejar keseronokkan dunia
Mata hati akan terus buta
Semoga Allah swt memberi hidayat kepada yang alpa
Aamiin.



31 comments:

  1. emm,mgkin ada cerita yg sy terlepas psl cucu auntie
    apa pun sy harap yg terbaik utk auntie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,
      cerita ttg cucu ada pada label Zara.

      Delete
  2. Sedih klu auntie cerita pasal zarra. Zarra yg comel. Smoga semuanya baik2 aja.

    Saya pun berjauhan dgn suami juga auntie. smggu sekali berulang alik. Anak dlm perut sejak awal lagi macam memahami ayahnya jauh.

    Masih tak dapat bertukar. InshaAllah tahun dpn. Doakan sy ye auntie. Moga anak di dalam kandungan sy dpt mmbesar di depan mata ayahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eka bersabarlah akan ujian ni.
      Moga kasih dan sayang lebih mendalam dalam meniti kehidupan berjauhan sebagai suami isteri.
      InSyaAllah, taqir Allah akan menentukan bila dapat tukar tempat kerja nanti.

      Delete
  3. Comelnya anak itu, Auntie.
    Saya pun tak scroll pasal cucu Auntie.
    Apa pun saya doakan yang terbaik buat semua khususnya Auntie...:-)
    Senyum sokmo deh...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, memang comel Adiba tu

      Terima Kasih doakan utk auntie Ainun

      Delete
  4. Mengalir airmata baca entry aunty yang ni.. semoga aunty terus kuat dan tabah... InsyaAllah Allah akan merahmati aunty.. ameen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih rokayah menangis bersama auntie.
      Aamiin doa buat auntie.

      Delete
  5. Bagai dapat menyelami perasaan Kak Nanie... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik, kita dah pun memiliki title opah/nenek pasti tahu akan perasaan sebegini

      Delete
  6. Semoga Tuhan bukakan hati mereka dan auntie dapat jumpa cucu auntie ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.

      Terima Kasih ain, doa utk auntie tu

      Delete
  7. Mengalir airmata kakak baca N3 ini auntie.
    Comel pulak budak adiba khan tu.
    Pengubat kesabaran auntie sebenarnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, memang comel Adiba Khan tu.
      Allah Maha Besar
      Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

      Delete
  8. salams auntie ..masyaallah...comelnya anak kecil itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Amiizaa,

      Comel sangat Adiba Khan tu, putih kemerah2an kulit dia

      Delete
  9. Assalamualaikum...

    Auntie...tersentuh perasaan saya bila membaca entri ni....
    Sabarlah auntie.Ada hikmah semuanya.Semoga auntie dapat bertemu semula dengan cucu auntie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Cik Ross.

      Terima Kasih doa utk auntie. Aamiin

      Delete
  10. Allah maha besar sedih baca n3 nie auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

      Delete
  11. Salam puan... saya silent reader kat blog puan dan anak puan pija. Saya mengalir air mata setiap kali puan cerita pasal cucu puan. Semoga keluarga puan dilindungi Allah Swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Qimio8

      Terima kasih doakan. Aamiin

      Delete
  12. Aunty.... semoga suatu hari nt kasih akan bertaut kembali, insya Allah

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum auntie nani...sy 1st time drop komen kt blog auntie ni..baru khatam bca dr awl...

    Sy doakn auntie sihat sentiasa n satu hari nanti auntie akn dpt jumpa dengan cucu auntie..amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam anys sophea,

      Amboi, baca sampai khatam?
      Macam mana terjumpa blog auntie? hihihi

      Terima Kasih doakan utk auntie.
      Aamiin

      Delete
  14. Allahuakbar
    Indahnya kisah ini..
    Di bumi kota suci mekah macam2 yg indah boleh dirasai...
    Alhamdulillah
    Semuga kak nanie terus sihat sejahtera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Rahmah,
      macam2 akak lihat, dan sekelip mata Allah tunjuk akan kebesaranNya.

      Delete
  15. Aunt nani,mula2 sy bca blog kak pilla,kak elly,kak peej..jd dr blog kak peej sy jmp blog aunt...hik3...best mmbaca pengalaman orang...n gambar2 masa aunt buat haji tu buat hati sy tersentuh plak..insyallah 1hari nanti sy pn akn smpai ke tanah suci..amin...aunt nani teruskn berblogging ya..sy sukaaaaa :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...