Followers

Wednesday, December 3, 2014

Makanan Musim Haji 1435H

Salam pada readers auntie

Mohon maaf, lama betul auntie tak sambung
citer2 pengalaman auntie
musim haji 1435H yang lalu

Paham2 jer lah, bila balik dari Umrah atau Haji
Nak adjust timing, cuaca (jet lag)
dah dua minggu
Tetamu tak putus2, sampai semalam pun ada lagi..
Alhamdulillah

Dah tu mula lah tak brapa sihat pulak
Asyik makan ubat tahan sakit
Badan bisa2, kepala denyut2,
ni dah 2 hari sakit tengkok pulak
macam2 lah...
Bila auntie mengadu dengan doktor
Memanglah macam tu bila ada kencing manis katanya
Ermm...doktor pun,  up kan lagi dosage insulin dan pil2 saraf

Di Mekah dan Madinah tak pulak sakit macam ni
Alhamdulillah
Kata uncle kat sana mama tak buat kerja2 rumah
Jadi tetamu Allah, fikiran tumpu pada ibadah
makan dan minum disediakan
Ada juga betulnya kata2 uncle tu
Balik rumah, macam2 kekotoran nampak
bila tinggalkan rumah sebulan lebih
Lantai nak di mob, bilik air nak di sental
Carpet dan habuk berkepul2 kena lah vacuum
jaga makan dan minum uncle
pokok2 bunga pun kena dibelai
siram dan  baja
macam2..
Bila dah penat, memang mood habis kelaut untuk menulis
berbaringlah auntie berjam2 sampai tertidur
Ada juga kalanya auntie rasa dah malas nak berblog
nak tutup je blog ni
Rasa dah tak terdaya nak menulis bila dah penat
Umur pun dah semakin singkat, entah bila penghujungnya?
terasa amat singkat bila dah sakit..
Bila memikirkan persahabatan dan perhubungan  alam maya
readers dan followers auntie
yang dah 'rapat' dengan auntie
ada yang email bertanya kabar dan sebagai nya
auntie rasa sayang pula nak tutup
disinilah bermulanya kasih dan sayang auntie pada mereka
dan begitulah juga perasaan mereka terhadap auntie

Huishhhh...jauh melencong pulak
Dah terlalu lama pending cerita
Auntie cerita berpandukan gambar hari ni
Citer ringan2..

Berbalik pada tajuk n3 ni
Makanan untuk jemaah2 muassasah
diberi hanya untuk tengahari dan malam sahaja
Sarapan pagi auntie serahkan tugas tu pada anakanda Khairul
dibelinya dari restoran diluar ketika balik dari solat subuh
atau di kaunter hotel saja
memang ada jual sarapan
Sebekas 4 riyal
Bihun goreng
Mee goreng
Nasi Lemak
Nasi Goreng

Petang pula
Sebekas 5 riyal
Soto
Mee Kari
Mee Bandung
Laksa
Bubur jagung dan bubur kacang

Kena bawa duit makan lebih sikit jika bermuassasah
untuk beli makan pagi dan petang

Bila rajin auntie ambil gambar2 makanan
walaupun tak menarik gambar2 dan lauk pauk tu tapi
Alhamdulillah
kami tidaklah berlapar...

Ada jiran auntie yang pergi Haji tahun 1988
masak sendiri tau...katanya
Tak dapat auntie bayangkan, bila kena masak sendiri
Huishhhh...masak nasi dan masak lauk utk 3x sehari?
Pengsan..

DiMekah makanan yang di edarkan untuk jemaah 


Pajeri terung dan ayam panggang


Korma Daging dan Timun Air


Sambal Sotong dan lemak sayur campur

Kari Daging dan Sayur kacang panjang

Ayam, daging, sotong, ikan duri dan ikan tongkol 
Sayur pula, terung, timun air, karot, kubis, bunga kobis dan kacang panjang.
Masakkan menu pusing2 setiap hari
kari, korma, lemak, masak kicap
Air mineral sebotol dan buah sebiji sorang
Jenis buah2an pula
epal merah, buah lai cina, pisang embun dan oranges

Makanan memang masih panas jika diambil awal 
crew memang panaskan dengan mikrowave
sebelum kami ambil dari kaunter


Selalunya, Auntie hanya makan nasi dan sayur mayur 
Ayam, daging dan ikan jika auntie makan pun, sikit je
tak brapa nak 'lalu' kat tekak
Sejak dah menuakan diri, memang auntie tak tahan
jika makanan berbau hanyir 
Teringat suatu ketika dulu
Bila arwah mak tak lalu makan
Auntie kata mak ni mengada2lah
sekarang bila auntie sendiri dah tua
baru tahu ....

Anyway, 
Makanan2 tu, Auntie tak buang tapi disimpan untuk beri pada 
kucing2 liar di luar hotel, sian
Itu nanti auntie citer kendian

Sambal bilis
Serundinglah jadi lauk tambahan auntie 
auntie share dengan kawan2 sebilik
Alhamdulillah..
terima kasih pada readers yang sponsor 
serunding dan sambal bilis tempoh hari
Pahala tuuu..

Makanan di Madinah jauh lebih baik quality masakkannya
Auntie suka makan, pasti habis tapi auntie terlebih makan pula
sebab anakanda Khairul suka belikan auntie makanan dari luar




Kebab dan nasi arab dan macam2 lagi  in between meals
Huishhh...auntie for sure put on some kilos here and there...hihihi

Makanan Indonesia pun banyak dijual di Madinah



Agak2, auntie beli Bakso goyang tu tak? hihihi




Dengar cerita dari mulut2 orang
Owner restauran ni asal nya berkerja sebagai cleaner di masjid
Kumpul duit gaji dan kumpul duit sedekah2 jemaah 
Dah cukup modal buka kedai makan
Dahysat ada yang buka restauran di hotel
Boleh tabik spring dengan kerajinan dan ketekunan bangsa mereka

Ohhhh yea di Mekah ramai cleaner bangsa bangla
Di Madinah pula ramai Indon
Jemaah2 selepas solat kebanyakkannya akan bersedekah
pada cleaners di luar dan dalam masjid

Mereka berdiri dengan penyapu atau mop
Jemaah memang ramai yang menghulur
mereka masuk duit dalam saku
Boleh tahan kutipan seharian
memang lebih dari orang buta main muzik 
dipasar malam/pasar tani di Msia

Makanan di Hotel Madinah


Korma Daging dan Timun Air

Nasi Kunyit,(macam nasi ayam)
Ayam masak kicap dan sayur campur


Sayur Campur Goreng
Siakap Sweet Sour

Di Arafah, Mina jemaah ada disediakan sarapan pagi
Alhamdulillah

Nasi Lemak, sambal secoit je
hihihi



Aiiiieee, auntie tak ambil gambar2 makanan lain2..
malu pun yea..dah tua2 dengan kamera 
spaghetti goreng, roti2, kek potong dan biskut
Air mineral dan air kotak buah2an 
Air panas kena ambil kat khemah dapur
Uncang kopi, teh, gula dan susu tepung diedarkan juga pada kami
bancuhlah sendiri

Serunding dari Msia auntie bawa banyak
Bila dah nak balik auntie sedekah2 kan pada rakan2 sebilik






Sambal bilis dari Msia yang super hot
memang terbaik

Ni mee kari di Mekah 5 riyal


Ni sarapan anakanda Khairul belikan di Mekah





Auntie kat sana teringin makan sandwitches
Jadi auntie merayap cari kedai runcit
Tak jauh pun selang dua tiga kedai dari hotel
Auntie beli roti sebuku, butter, timun, tomato dan cili paprika
kapit dengan roti...
Aummmm...macam tu pun berselera  hihihi

Bila auntie kat lobby berfacetime dengan anakand Peej
auntie akan order teh tarik ni
Auntie bergurau dengan budak yang buat teh ni
Tahun depan auntie nak ambil alih bisness buat teh tarik ni
sebab teh tarik auntie lebih 'kick' tau
senyum anak muda tu


Teh tarik susu tepung,  4 riyal

Auntie hari2 gonyeh dan honges kurma liat dan keras ni
Kurma yang disedekah oleh pak2 arab di masjidilharam
Suka sangat auntie, rasa lemak 
Tengok gambar ni, macam mana nak dapat kat sini?



Bila sudah solat di masjid
auntie singgah beli aiscream kat kedai ni
Jika tak silap 4 riyal satu kon
dengan cuaca panas terik, bila masuk tekak...sejuppppp, sedappppp





Ni air pepsi kat jam besar Mekah
Aduhai...habislah glucose reading auntie
bertahun tahun di Msia auntie tak minum air gas
tapi di Mekah..gulpppp tak tahan oiiii



Aduhai nengok ni teringat dan kecur
35 riyal

15 riyal

Okaylah, auntie berhenti setakat ni dulu
penat pulak menyusun gambar2

Rajin dan sihat
InSyaAllah auntie sambung dalam masa terdekat



4 comments:

  1. Tengok gambar telur nasi lemak tu, saya teringat masa kat sana saya belek2 telur yang kulitnya putih dan nipis dan saya bayangkan macamanalah rupa ayamnya...:)

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing..
    Rest..rest..u must be tired.
    Writers's must rest their minds.
    Ann ahmad.

    ReplyDelete
  3. As Salam auntie.. best cuci mata ngan makanan2 di sana... tq for sharing ... nanti auntie dah ok sambung lagi ye... :)

    ReplyDelete
  4. Suami Aina kena gout masa kat Mekah sebab tak boleh pilih2 makanan. Dia makan sahaja apa yg di sediakan tapi sotong letak tepi cuma sayur2 dia makan juga jadinya bertongkat dia kat sana. Alhamdulillah masa kemuncak haji di Padang Arafah, Mudzalifah dan Mina dia masih sihat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...