Followers

Monday, December 8, 2014

Kucing2 Disekitar Mekah

Entry yang lalu auntie cerita pasal makanan
Makanan yang tidak habis dan tidak bersentuh
jika berlaku rasa muak
Bukan auntie cerewet tapi rakan sebilik juga begitu
saperti auntie juga
kadang kala kami sanggup makan nasi
dengan serunding dan sambal bilis

Suatu hari ketika berjalan dengan tongkat
untuk kemasjid auntie ternampak kucing2 liar
Datang perasaan kesian
Kucing2 tu terbaring dalam cuaca yang amat panas
berteduh dirimbunan pokok2 bunga ditepi2 jalan
Auntie tarik tangan kawan auntie dan tunjuk padanya
betapa comelnya anak2 kucing tu

Maka kawan auntie kata
nanti kita jangan buang makanan tak habis
kita bawak sini..
sejak tu selang sehari kami bawa makanan utk kucing2 tu


Ibu Kucing

Air mineral dan bekas juga kami bawak


Lauk Ayam

Lauk Daging

Nasiblah kucing2 tu.....makan lauk tanpa nasi
hihihihi
Kemain lagi kucing2 ni tau
memilih lauk 
Jika bawa ikan tak mau makan pulak
cium2 je..
ayam atau daging 
siap ngadap dan makan dengan gelojoh
Huhhhhhh...

Kekurangan pendengaran auntie membuat
auntie kurang bermesra dengan jemaah2 lain
baik dimasjid mahupun dihotel
Berbual hanya dengan jemaah sebilik
Bila orang bertanya apa2, auntie hanya nampak
mulut mereka terkumat kamit tapi apa butir? tak tahu lansung
Cepat2, auntie akan hala kedua2 tangan ke telinga dan tunjukkan
signage tak boleh dengar..dituruti dengan kata2
Saya tak boleh dengar..
amboi beralasnya bahasa, cakap pekak kan senang hahahaha
terangguk2 jemaah2 tu..heeeee

Anugerah paling istimewa buat diri auntie disana
setiap kali dimasjid auntie dapat mendengar apabila bilal azan
bermakna auntie boleh bersolat bermakmum
Syukur, nikmat yang amat tinggi nilainya buat auntie

Beberapa bulan disini auntie berdoa agar auntie dapat dengar azan disana
Teramat rindu untuk mendengar azan
Alhamdulillah..dapat dengar tapi sayup2
Itupun jadilah, dimana diMsia memang lansung tak dapat dengar

Setiap hari ketika hendak ke masjid
auntie boleh dengar kerja2 memecah batu
Agak pelik juga mengapa mereka bermula kerja awal
selepas waktu subuh
pekerja2 tu dah mula dengan memecah bukit batu tu

Setiap waktu solat, pekerja2 tu semua berhenti kerja
Berduyun2 berjalan menghala ke masjid





Jika auntie ada rezeki jemputan untuk membuat umrah
Auntie akan berjalan kawasan ni, nak nengok bangunannya bila siap nanti
Semoga Allah jemput seisi keluarga ku tahun hadapan
Aamiin..

Habuk memang dahsat
Keluar hotel mesti pakai mask
Memang kami dinasihati memakainya pun
Kawan auntie eksyen tak nak pakai
auntie tanya kenapa tak pakai mask
Rimaslah...katanya
Hah hambik, batuk sepanjang masa ketika disana
Terbatuk2 hingga terbawa dalam tidur
Malah jemaah2 sebilik dgn auntie semuanya batuk2
Kata mereka, nasib nani pekak
sebenarnya kami semua berkokok setiap malam
memang menganggu tidur
tapi kami tengok nani lena bagaikan anak dalam buai
Memang pun, bila auntie bangun untuk tahajud
mereka masih tidur lagi ketika tu
memang mereka batuk berdengkeng dengkeng gitu
Alhamdulillah, auntie dan anakanda Khairul lansung tak batuk disana
Syukur amat2.

Lucu pun ada, bila dia orang dah terbatuk2
Sampai nak tidur malam dia orang pakai mask
Mereka takut batuk berjangkit pada auntie

Hampir waktu Asar dah
Auntie berhenti dulu
nanti auntie bercerita lagi..





18 comments:

  1. Itulah auntie setiap apa yg Allah jadikan pasti ada hikmahnya
    Bayangkan azan dan imam baca auntie boleh dengar tapi berbual auntie tak dengar

    Kucing-kucing itu pasti jadi saksi di hari kita semua di padang mahsyar kelak auntie.
    Tak rugi menabur saham begini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an Kakzakie..
      Sayu pulak hati bila nengok balik gambar kucing2 tu

      Delete
  2. Seronok kucing2 tu dapat makan...

    rezeki mereka. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe kucing2 ni kucing2 eksyen kakcik

      Delete
  3. Moga Allah merahmati auntie...beri makanan pada haiwan kesayangan Nabi SAW :)

    Kalau ke sana, tak batuk, mmg tak sah! hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.

      Memang betul doktor, about 90% batuk disana

      Delete
  4. salams auntie, comelnya kucing2 tu.....murah rezki auntie:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Amiizaa,

      Tulah, boleh terjumpa pulak kucing2 tu

      Delete
  5. comel sangat gaya auntie cerita.. pelan-pelan je saya baca, takut cepat habis.. tau2 alamak dah end of entry dah.. next entry plis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe tak leh panjang2 n3, sbb auntie sakit tengkok sekarang..
      Ishhhh

      Delete
  6. cantik comelnya... rasa nak peluk2 kucing tu auntie..
    dan... istimewanya auntie sebagai tetamu Allah swt.. dapat mendengar bunyi azan di sana.. walaupun sayup2.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SKTJ, auntie tak peluk kucing2 tu

      Tulah, sekarang ni di Msia dah tak leh dengar
      huhuhuhu

      Delete
  7. Tengok kucing2 liar tu rasa macam kat Malaysia pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah,
      auntie punya kucing Yoki mcm ibu kucing tu
      teringat kat Yoki masa disana

      Delete
  8. rezeki kucing tu alhamdullillah

    ReplyDelete
  9. Salam auntie hajjah hehe... Comelnya kucing di makkah.

    ReplyDelete
  10. salam auntie Hajjah...Diana terkesuma bila auntie kasi tahu..kat sana boleh dgr org azan..besar betul kuasa tuhan kan..Subhanallah..Allah permudahkan....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...