Followers

Monday, December 22, 2014

Air Mata Milik Mu

Air mata mengalir pabila auntie diziarahi
Especially kawan siber
Pagi ni, Kakcik Seroja datang
Walaupun seketika cuma
Depan gate, tak masuk rumah pun
Auntie jenguk bila bell gate berbunyi
Gopoh gapah auntie cari tudung dibilik belakang
Wah kena parking tudung kat ruang depanlah
senang nak capai nanti bila ada tetamu

Bila gate dibuka
Kami berpelukkan erat lagi mesra
memang dah lama tak jumpa
Pelukkan kakak dan adik 
Auntie kakaklah, kakcik tu adik, muda kemana2 dia

Kakak sihat? tanya kakcik
Akak bisa2 badan, baru sudah lumur minyak angin dibahu ni
Kata auntie
air mata auntie masih mengalir ketika itu
Tulah, kakcik berbau minyak angin, katanya
Masuklah kakcik, pelawa auntie
Takper kak, saya nak kelain tempat lagi
Sambil tu
Dia menghulur beg pastik putih
Auntie selak plastik tu
Kek lapis Sarawak dan terubuk asin



Air mata auntie mengalir lagi
Hati auntie amat tersentuh
Pertama Allah telah menghantar rezeki dari jauh di pagi hari depan pintu
Kedua Allah membuka dua hati insan utk menghantar rezeki ini
Ya Rahman Ya Rahim
Tak putus2 rezeki mu utk ku
Alhamdulillah

Suami kakcik adalah insan yg baik
Sebab auntie kata gitu?
Suami yang mahu drivekan bawa isterinya menjenguk auntie
Dan juga kawan2 siber yang lain
Mereka berdua memang selalu menjalinkan hubungan ukhwah
antara kawan2 siber

Auntie baru lepas solat duha, doa auntie
Moga Allah pelihara kedua2 insan ini
Aamiin

Air mata ini milik mu 
Kegembiraan dan kesedihan
Adalah kesyukuran bagi ku
Ya Allah




10 comments:

  1. AllahhuAkbar.. bergenang airmata saya baca catatan ini.

    InsyaAllah, andai ada masa yang sesuai, saya dan suami akan datang lagi dan kita bersembang santai nanti bersama akak dan Abang Bob...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ribuan Terima kasih kakcik.
      InSyaAllah dengan izinNya jua.

      Delete
  2. Kakak pun tahu yg Kakcik dan suaminya sangat pemurah orgnya
    Mereka memang sangat humble. Kakak sgt hormati mereka ini
    Sejuk mata memandang.
    Auntie lihatlah wajah mereka berdua seiras kan. - memang sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kakzakie
      Semoga Allah merahmati suami isteri ini

      Delete
  3. Habuan bila kita baik dengan orang kan untie? Jgn sedih2 yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madam Casper auntie sedih sebab bersyukur amat2 akan kurniaan kasih dan sayang dari Allah swt sesama insan.

      Delete
  4. dari dunia siber ke dunia nyata.. silaturahim terbentuk.. ;)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Hajjah Noraini, semuga sihat dan sejahtera.
    Salam perkenalan dari Mak Long. Mak Long mula mengikuti penulisan Hajjah dan sungguh menarik.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh.
    Salam perkenalan kembali dan terima kasih follow blog ini.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...