Followers

Monday, November 24, 2014

Urusan Hospital Dua Pesakit


Selepas subuh, auntie siapkan pakaian uncle
Pakaikan baju dan seluar panjang dia selepas mandi
Pakaikan jam dan cincin dia
Pakaikan talipinggang

Kemudian auntie pula bersiap
Boleh tahan penat menguruskan diri sendiri dan uncle
Ermmm...dah tua dan sakit, gitulah

Pukul 9:00 dah dah keluar rumah
PG bawa auntie dan uncle ambil darah untuk next week checkup
Darah dan kencing berpuasa dari pukul 10 mlm semalam
Di Hospital Angkatan Tentera

Terasa sedih, dulu uncle uruskan auntie 
Tapi kini anakanda PG kena uruskan kami berdua
Auntie bertongkat, uncle berkerusi roda

Minggu depan - Check up uncle pada 1/12/14
Auntie pula 4/12/14
Selang 3 hari
Auntie mohon pertukaran haribulan, hari yg sama dengan uncle
Alhamdulillah, lulus

Setelah selesai, nak bersarapan, lapar dan haus
Sebelum tu, auntie tinggalkan prescription ubat2 kat pharmacy
Supaya lepas makan, ubat2 tu boleh diambil kemudian
Ada Ubatan2 yang tiada stok, tertunggak sampai berbulan2
Hampehhhh masih tiada

Turun setingkat
Kantin di tingkat satu
Tapi dari pharmacy ke lift
Dari lift ke kantin
Jauhhhhhhh 200 meter

Amboi awal lauk pauk tengahari dah siap di kantin
Auntie dan anakanda PG terus makan nasi
Uncle pula makan mee kari dan dua ketul kuih

Dah kenyang, kami ke pharmacy ambil ubat
Penat boleh mereka split ubat2 tu
Ada ubat kena ambil di pharmacy veteran (bersara)
Aduhai kalau counter lain, tempat sama tak per 
Auntie kena jalan dalam 200 meter ke tempat lain
Penatttt oiiii

Cadangnya nak pergi JJ untuk berbelanja barang basah
Tapi auntie terasa amat penat
Batal rancangan dan terus balik rumah

Nak berzohor dan tidur sekejap
Auntie mohon maaf, melambat2kan bercerita ttg
Pengalaman ibadah haji tempoh hari
Bukanlah sengaja, tapi banyak hal sangat
Yang tidak mengizinkan auntie duduk utk bercerita
Nak menulis, kena tenang fikiran, badan sihat,
Untuk kutip ingatan pengalaman lalu
Jika tidak begitu, hasilnya akan jadi kurang menarik
Tak gitu? Sabar ye
InSyaAllah auntie akan bercerita




5 comments:

  1. Moga untie dan uncle akan terus sihat. Pelan2 tulis Aina pun tak sabar nak baca pengalaman untie di Mekah.

    ReplyDelete
  2. Tak mengapa Kak. Ambil masa.

    Kesihatan Akak dan Abang itu lebih penting diutamakan.

    Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan keluarga Akak dan Abang.

    Aamiinnn

    ReplyDelete
  3. smoga auntie sihat2 selalu. tak apa auntie. Kami tunggu keadaan auntie sesuai untuk bercerita ya

    ReplyDelete
  4. tak pe aunty... boleh je sabar menunggu.. aunty dan uncle take care... moga cpt sihat InnShaaAllah

    ReplyDelete
  5. Kadang kala saya dating membaca catatan seorang yang uzur. Walaupn remeh temeh saya pandang dari segi ketabahan dan kesabaran sepasang insan yang jauh lebih muda dari saya dan isteri tetapi diberi cubaan hidup. Pencapaian puan berdua dalam hidup dibawah cubaan amat bermakna . Apatah lagi bila berjaya membesar anak anak dewngan jaya.

    Syabas. Teruskasn kan menulis sebagai cabaran harian. Cerita perjalanan keMekah dan sebagainya sudah ramai yang menilis dan remain yang sudah alami sendiri. Pengalaman puan berdua lain dari yang lain - dan memberi gambaran betapa besatrnya anugerah NYA kepada kita semua, yang sehat dan uzur.

    Diakhiri Salaam hormat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...