Followers

Tuesday, November 11, 2014

Takut Naik Flight


Sebelum auntie bercerita panjang 
Auntie mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Yang dikenali dan juga tidak kenali
Sedara mara, kawan2, readers dan anak2
Sumbangan2 berbentuk wang ringgit, pakaian, makananan dan lain2
untuk auntie menunaikan ibadah haji tempoh hari
Sehingga auntie diMekah, masih ada yg menghulur duit
Melalui bank anak auntie Pija
Amat2 terharu.....lumayan, Alhamdulillah
Hanya Allah membalas keikhlasan mereka

Hari yang ditunggu2 tiba untuk bermuassafir menjalani ibadah haji bersama anakkanda Khairul
Kami bergerak dari rumah sesudah asar
Makan tengahari kawan auntie sedekahkan nasi ayam untuk 30 orang makan
Sedap nasi ayam tu, dia masak sendiri, terima kasih Mazwan
Budi mu akan ku kenang
Manisan pula auntie order kuih bakar
Alhamdulillah, dapatlah tetamu yang hadir makan sebelum menghantar auntie 
Amat terharu, besan perempuan (mak ben) adik beradiknya dan juga jiran2
Sungguh sedih tetapi pengalaman yang terindah buat auntie

Bersiap2lah kami berdua bermandi dan bersolat sunat musafir dan ihram sebelum berangkat




Memang sedih untuk tinggalkan ahli keluarga terutamanya suami tercinta yang sakit
Tapi jemputan Allah ditunaikan jua....


Menantu azan depan rumah sebelum menaiiki kenderaan, menuju Kelana Jaya
Tempat jemaah berkumpul sebelum meneruskan perjalanan menaikki bas2 ke KLIA

A video posted by Peej Burhan (@peejburhan) on



Auntie dan uncle naik kereta anakanda Noy ke Kelana Jaya


Allah telah memberi RahmatNya sebelum dan ketika auntie ditanah suci
Segala2nya dipermudahkan
Alhamdulillah

Bermula Di Kelana Jaya, kawan auntie dan auntie disediakan bilik VIP Alam Shah
Jadi kami dapatlah menunaikan Magrib dan Isyak disitu
Ramai kawan2 exOpis mate auntie menunggu disana


Sebelum berangkat kami dipanggil berkumpul untuk taklimat perjalanan
Perpisahan buat auntie dan uncle ketika tu...


Ketika taklimat,  apa butir auntie tak dapat dengar
Tak mengapa, telinga auntie adalah anakanda dan kawan auntie 
Mereka akan brief auntie kemudian nanti

Auntie tidak menaikki bas yg sama dengan anakanda dan kawan auntie rupanya
Auntie disorong menaiki van untuk orang2 berkerusi roda
Huishhhhh... Ada 3, 4 van 
Sampai di KLIA, kami tidak melalui immegresen
Terus naik kapal terbang, tercari2 auntie anakanda
Rupa2nya seat dia kelain sbb kawan auntie dah tukar ambil seat untuk bersama auntie
Ermmm....




Yang sebenarnya
Auntie amat takut nak naik kapal terbang sejak sakit
Dah hampir tujuh tahun, memang auntie tak kemana2
Walaupun dapat tiket free perjalanan setiap tahun melalui anakanda Noy
Selalu auntie imagine, telinga auntie akan berdarahlah, binggitlah dan macam2 lagi
Alhamdulillahhhhhhhh...tak ada apa2
Huhuhu lepas ni, auntie dah boleh melancong kemana2 saja
Dah tak takut lagiiiii
Hihihih

Perjalanan 10 jam dengan Saudi Air, auntie banyak tidur
Tapi time makan tak miss hihihi
Akhirnya sampailah kami di Jeddah Airport
Menunaikan solat subuh disitu
Cuaca dah mula berubah
Dari sejuk kapal terbang, ke panas huhuhuhu






Masing2 sibuk beli topup hfon dengan jurujual yang ramai berkeliaran disitu
Kebanyakkannya 'black'


Ermmm...auntie tak ada fon, so no hal

Lama juga menunggu bas untuk ke Mekah, almost one hour
Dalam bas, kami di issue breakfast kering
Roti, kek, buah dan air mineral
Sebelum sampai di Mekah, kami di beri pula nasi arab, air kotak dan mineral lagi
Sedap kemainnnn...Alhamdulillah
Nanti auntie sambung lagi citer
InSyaAllah


9 comments:

  1. Sebuah perjalanan yg penuh dgn keberkatan dan indah utk dikenang sepanjang hayat kan auntie
    Apa pun masalah kalau nak ke rumah Allah semuanya jadi mudah..
    Syukur Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Auntie

    Alhamdulillah....Allah permudahkan semuanya

    ReplyDelete
  3. Seronok baca ni auntie. Tak sabar nak tunggu cerita berikutnya. Masa Auntie kat Mekah tu, saya ada mimpi auntie. Masa tu saya mimpi ke Mekah. Ya Allah mmg teringin sangat nak kesana. Boleh pulak terjeumpa auntie siap bertelekung camni lah. hehe. Saya duk teringat nak pegi Mekah sampai mimpi2

    ReplyDelete
  4. Syukur Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya buat Kak Nanie dan anakanda...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Auntie, sambung lagi la cerita ni.. tak sabar nak mengikuti cerita seterusnya

    ReplyDelete
  6. Syukur semuanya telah selamat. Tak sabar tunggu auntie sambung cerita. Cepatlaaaa...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum auntie,
    rindu nak baca setiap entry yang ditulis.

    ReplyDelete
  8. auntie sambung lah lagi crita

    ReplyDelete
  9. tak sabar nak tunggu the next story Aunty..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...