Followers

Monday, November 17, 2014

Repair Bumbung

Rumah auntie dah uzur
Dah usia hampir 30 tahun
Dahhhh mula buat perangai
Bocor pulak musim hujan kali ni, 

Ketika auntie di Mekah, anakanda Pija bagi tahu
Mama, rumah bocor teruk
Ceiling cornice dah nak roboh
Ishhhh...kenapa cakap dengan mama kat sini
Cakaplah dengan papa
Masa tu uncle dirumah Pija, jadi pasti dia tak tahu
Tentang keadaan bumbung rumah
Kesianlah, tak nak papa stress dan susah hati
Mama strong at heart kata Pija
Yealah, apa2 pun tunggulah mama balik
Nanti repairlah


Bila auntie balik, minta tolong
Uncle sms Kontraktor yg dah biasa kami kenal 
Dari dia bujang hingga dah anak dua kini
Dah puluhan tahun mengenali Arjun
Dia jujur dan amanah
Kos kerja yang murah dari kontroktor2 lain
Kemas kerja, ramai juga readers yg menanya auntie
Nak kan contact no dia 
Alhamdulillah, mereka ambil dia buat reno besar dan kecil

Arjun pulak sibuk dua minggu sudah  
hinggalah hari ni baru free
Arjun sedang buat kerja kat depanlah tu bertiga, nampaknya
Auntie minta dia check, ganti atap genting jika ada yang retak
Repair cornice tu

Dah tu berjangkitlah pulak naikkan dinding sikit
Supaya tak tempias kat situ



Auntie tanya Arjun kerja2 tu berapa hari siap?
4 hari katanya
Harga yang disebut murah dari auntie budgetkan
Alhamdulillah

Nanti kita tengok hasil nya
Bila udah siap




6 comments:

  1. Anak biasalah pada mak juga yg sedap nak mengadu
    Beruntung dpt jumpa kontraktor yg jujur macam ini..

    ReplyDelete
  2. Moga dipermudahkan urusan repair bumbung & cornice tu auntie..
    Senang kan kalau dah ada " family contractor" ni...kita percaya kan mereka, kita tahu hasil kerja mereka

    ReplyDelete
  3. Kalau orang buat kerja elok, kita pun tak berkira, kan? :)

    ReplyDelete
  4. Rumah Aina pun penyewa dah 2-3 kali bagitau bocor tapi tunggu abang haji balik Mekah lepas tu booking tukang pulak, ambik masa.

    ReplyDelete
  5. Salam Auntie,
    Alhamdulilah auntie dah selamat sampai dan sihat...
    Boleh saya dapatkan no. arjun? memang tengah cari kontraktor nih.
    Terima Kasih Banyak2.

    ReplyDelete
  6. Salam kak
    Boleh saya dapatkan no. arjun? memang tengah cari kontraktor nih.
    Terima Kasih Banyak2.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...