Followers

Thursday, November 20, 2014

Menuju Ke Mekah


Perjalanan dari Jeddah menaiki bas ke Mekah 
dengan menaiki bas yang selesa, baru dan sejuk 
memakan masa lebih kurang 2 ++ jam.
Auntie duduk depan, betul2 belakang driver bas.
Highway yang tiada tol sepanjang perjalanan.

Melihat permandangan bukit bukau yang gondol
Tiada pokok lansung..membuat auntie tertidur dalam perjalanan
Auntie tidak mengambil gambar
Malu pulak nak bercamera bagai
Maklumlah dah tua tapi masih berblogging
Ermmmm...

Auntie pernah dengar cerita suatu ketika dulu
Driver bas mematikan aircond, berhenti tepi jalan
buat2 bodoh dan buat2 tidur
tapi itu cerita perjalanan dari Jeddah ke Madinah
Ada wakil tukang kutip duit dari setiap jemaah
masukkan dalam plastik dan hulur kat driver bas
Barulah dia buka aircond dan jalan menyambung perjalanan

Hahahahaha terjadi pulak pada kami,
Driver tu berhenti tepi jalan tapi tak matikan aircond
Dia minta upah penat dalam bahasa arab
pada ahli yang pandai berbahasa arab
Huishhhh...jemaah perempuan tak hulur duit,
hanya jemaah lelaki sahaja.
Ngarut betul..

Lima bas kesemuanya, kami sampai diMekah
Bersusun bas2 kami depan hotel, sesak jalan tu dibuatnya
Anakanda Khairul sorong auntie masuk hotel
dan ambil kunci bilik

Wakil TBH menguruskan beg2 kami sampai depan bilik
Kesemua beg2 jemaah dah di tag dengan Nama dan Nombor bilik
Bila dapat kunci kami berihatlah di bilik





Bilik anakanda Khairul bersebelahan saja dengan bilik auntie

Ada auntie ambil gambar suasana bilik kami
Kira okaylah, auntie berempat sebilik
bilik juga boleh tahan untuk jemaah muasasah
hihihihi

Katil auntie yang depan sekali
Yang ada telekung tu
Yang ada charger ipad 
Katil ada lima biji tapi yang hujung sekali tu
tak ada jemaah, jadi kawan auntie parking beg dia kat situ
macam tongkah pecah, nampak tak betapa bersepah barang2 dia
hihihi penat sampai tak larat nak mengemas agaknya
Dia tidur katil tengah



Ni dapur tempat kami bancuh air
Jemaah diberi satu bekas berisi teh, gula pasir dan susu
Jadi kami minum teh susu atau teh O siang dan malam
Auntie selalu bancuh teh O dan simpan dalam peti sejuk
Balik pada masjid, air tu auntie minum...heaven sangat





Bilik air

Kami sidai basuhan baju2 dalam bilik air saja
Malas nak naik tingkat atas bumbung
kering juga


Belakang tandas tu.  railingnya tercabut
maka kawan auntie pasang tali, dia selalu sidai stokin dia kat situ


Hahahaha... kereta sport parking sebelah menyebelah
hihihii dalam bilik auntie, ada sorang lagi berkerusi roda
tapi dia dah 73 tahun, memang patut pun 


Auntie nak habiskan berihram dan umrah petang tu juga
tapi wakil tabung haji membuat taklimat
akan berkumpul dilobby selepas solat Isyak
Jadi masing2 berihat dalam ihram
Macam2 pantang larang harus dijaga dalam berihram
sebenarnya memang tak boleh pakai segala benda yang ada haruman
minyak angin, penyembur ketiak, shampoo dan sebagainya
semua kena beli yang tidak berbau
Aduhai, ada yang terlupa pakai minyak panas kat lutut
entahlah, bagaimana dan berapa mereka bayar dam
Auntie amat2 berhati2
Alhamdulillah

Semasa bas sampai depan hotel diMekah
auntie sempat jeling2 kedai2 bersebelahan hotel
ada kedai runcit dan kedai barangan rumah
hohohohoho auntie sempat beli baldi petang tu
kedai pun betul2 sebelah hotel
Alhamdulillah baldi tu berjasa untuk kesemua
jemaah dalam bilik auntie di Mekah dan Madinah
Alhamdulillah

15 riyal saja

Sebelum bergerak sempatlah kami makan malam
mandi dan tukar pakaian bersih
Auntie berkerusi roda malam tu
menyempurnakan tawaf dan saie dibahagian atas masjid
dengan bantuan anakanda Khairul
Selesai lebih kurang pukul satu pagi
Syukur, Alhamdulillah

Gambar banyak dalam h/fon anakanda Khairul
Ishhh...auntie ada suruh dia bagi auntie
dia malas dan sampai terlupa
Nak kena Abam Haji ni tau...

4 comments:

  1. SubhanAllah...terbayang2 semula suasana sewaktu saya menegerjakan umrah tahun lepas... rindunya...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah untie seronok baca pengalaman haji untie, husband Aina pun ada je cerita2 haji dia setiap hari.

    ReplyDelete
  3. kadang2 bila baca pengalaman para haji dan hajjah boleh memberi ilmu pd kita juga... terima kasih auntie.. nanti cerita lagi tau...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...