Followers

Tuesday, October 14, 2014

Tawaf Sunat

Salam dari Makkah
Semalam auntie kepenatan amat2
Makan tengahari pun tak lalu
Auntie deman urat
Makanan catering dah hampir sebulan kami adap
Aduhai, masak kawah lah katakan
Nak sedap memang tak ada lah
Harap makan untuk kenyang sahaja


Kebiasaan auntie membeli makanan pagi dan petang yang dijual dihotel ni




Semalam auntie beli mee bandung
Hihihihi
Gambar sesudah makan
Auntie hirup kuahnya hingga to the last drop


Bubur2 yang dijual kat sini boleh tahan sedap juga




Sekurang2nya dapatlah mkn yg terasa sedap ditekak
Semua dijual dengan rege 4 hingga 6 riyal saja
Alhamdulillah

Semalam auntie dan anakanda Khairul buat umrah sunat 
Pada pukul 10.00 mlm kami bergerak dengan bas executif coach ke Tana'im
Dengan tambang 10 riyal sahaja
Memang ada kemudahan setiap malam untuk buat umrah sunat dihotel ni
Alhamdulillah
Auntie selesai tawaf dan saie pukul 4 pagi
Alang kepalang auntie solat subuh diMasjidilharam pagi tu
Sebab subuh disini masuk pukul 5 pagi
Ermmm...auntie selalu lupa bawa kamera untuk bergambar
Masing2 ada talipon, memang bergambar sakan, semua bangsa bersakan 
Bergambar kenangan background Kaaba
anakanda ambilkan juga gambar2 auntie tapi sikit2 aja 
Auntie pun kurang  bergambar disini sbb asyik terlupa bawa kamera kemana2

Masih ramai manusia disini
Sibuk menyopping dan berulang alik ke Masjid
Dah hampir tiba dah keberangkatan keMedina untuk group auntie
Semakin hampir, semakin sedih, auntie sebek2 dan berhingus2 nanges bila memandang Kaaba
Jika tak keMasjid, memandang di tv pun auntie boleh nanges
Gitulah perasaan auntie disini

Maklumat2 selalunya ditampal sebelah lift disetiap tingkat





Ohhh yea, hotel auntie ni 12 tingkat saja
Tingkat paling atas,  terbuka untuk sidai kain
Auntie tak pernah naik pun, tak larat nak usung baldi kain kesana kemari
Auntie  sidai dalam bilik air, guna penyangkut baju yg auntie bawa
Dua hingga tiga hari baru kering
Ada juga kemudahan dobi tapi mahal lah
Satu seluar 7 riyal
Amboi  tambah 3 rial saja auntie boleh dapat seluar baru tau
Bukannya kotor pun, basuh untuk hilangkan habuk dan peluh aja

Ishhhh... Dahlah auntie stop dulu disini
Muka auntie ni tersidai kat lobby setiap hari
Hihihihi sebab nak guna wifi yg slow mcm siput vavi
Dan terputus2 connection ratusan kali
Facebook lansung tak boleh nak access
Ohhhhh...very terpaksa sabar jelah jika nak online
Tapi syukurlah auntie dapat juga lepaskan rindu
Berfacetime dengan uncle selang dua tiga malam gitu
Miss him so much
Jika ada peluang umur panjang bertemu lagi dalam masa terdekat
Auntie nak peluk uncle ketat2

Sapa rindu auntie?
Hihihi 
Auntie selit gambar terbaru auntie berselfie dalam bilik
Auntie dah mula mengemas beg
Untuk berangkat ke Medina







12 comments:

  1. Untie nampak lebih sihat dalam gambar tu...selamat berangkat ke madinah ya

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Aunty Hajah Nanie :)

    Alhamdulillah nampak aunty okay kat sana...saya doakan semoga aunty & ayol selamat kembali ke tanah air.

    Love from Kota Kinabalu, Sabah
    Linda Azni

    ReplyDelete
  3. Kite rindu auntie. Semoga auntie selamat sampai.

    Mesti sedap mee bandung tu yg smapai licin hehehe

    ReplyDelete
  4. Teringat pengalaman saya menjemur pakaian di tingkat atas yang terbuka waktu di sana, kalau tak dikelip memang berterbangan jawapnya

    Alhamdulillah. Kak Nanie nampak sihat. :)

    ReplyDelete
  5. Aunty, semoga perjalanan ke madinah lancar...semoga aunty sihat.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Semoga Auntie dan abam jubah mendapat haji yang mabrur... Saya rindu auntie... semoga kita berpeluang berjumpa nanti. InsyaAllah......

    ReplyDelete
  7. Saalam Aunty

    Seronok bila dapat baca entry aunty. Saya doakan aunty mendapat haji yang mabrur dan segala doa dan hajat aunty dimakbulkan Allah. Teruskan menulis sebab kami, anak2 cyber aunty, rindukan celoteh aunty:)

    ReplyDelete
  8. salams aunty, moga aunty dikurniakan kesihatan yg baik & didalam lindungannya, amin

    ReplyDelete
  9. rinduuu!

    hehee. semoga Allah permudahkan perjalanan pulang for auntie and ayol.
    amin :)

    ReplyDelete
  10. Rinduuuu celoteh aunty! Dulu tak ada blog tak boleh nak comment, sekarang baru boleh!

    Ala sedihnnyaaa bila Aunty kata nak peluk uncle ketat-ketat, dapat imagine macamana aunty rindukan uncle. Semoga aunty sihat sentiasa, diberi kesihatan dan umur yang panjang bersama uncle.

    Take care aunty!

    ReplyDelete
  11. Auntie....alhamdullilah.Auntie nampak sihat.Moga Auntie dan Abg Khairul dapat haji yg mabrur. Ikhlas dari saya Habibah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...