Followers

Friday, October 10, 2014

Berjalan2 DiJam Besar Makkah

Salam Jumaat dari Tanah Suci Makkah

Hari ni cadang nak bershopping sikit
Selepas solat jumaat nanti
Dengan izinNya dapat
Shopping dibawah jam besar depan Masjidilharam
Disitu bangunannya terbahagi pada dua, ada left wing and right wing
Right wing luxurious items, left wing middle class items
Auntie dah kesana 2 kali, anakanda Khairul bawa berjalan2
Ermmmm... Boleh tahan mahal juga rege jubah2 kat sini
Lawa tak sangat pun, tak ada yg auntie berkenan jadi auntie tak beli pun
Harap di Madinah ada yang molek2
Dapat sehelai dua untuk kenangan
Disitu, Auntie beli Alquran sebuah utk diletakkan diMasjidilharam
Alhamdulillah anakanda Khairul dah uruskan  
Auntie tak larat nak berjalan lama2 dan jauh
Jadi menyopping adalah perkara yg akhir utk di fikirkan

Ada food court ditingkat lima
Hihihi Anakanda Khairul terasa nak makan Italian cuisine
So Italian lah kami petang tu







Alhamdulillah, sedap kemain dan puas 
setelah sekian lama asyik makan makanan catering dihotel






Selepas makan auntie minta anakanda Khairul bawakan kebilik air disitu
Sebab dah hampir benar waktu solat
Dah tak ingat solat apa
Auntie bersolat bermakmum berimamkan masjidilharam 
dengan ratusan jemaah lain di Mall tu
Sungguh indah pemandangan ketika itu
Disetiap tingkat dipenuhi oleh jemaah2 yg tersusun indah

Wasalam
Auntie berhenti dulu untuk solat duha







13 comments:

  1. Alhamdulillah ibadah haji dah selesai bolehlah sambil beribadah sambil santai-santai shopping ye auntie. Kakak rindu keadaan itu. Kalau auntie tak keberatan tak tulis banyak pun tak apa dgn paparkan aje gambar-gambar sebanyak mungkin gambar aunite dan anak auntie di sana. Rindu nak menatap suasana di sana...

    ReplyDelete
  2. Eh... lupa pulak
    Moga auntie sihat sehingga balik ke tanahair.

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah Auntie dan anak dah selesai menunaikan haji....moga mendapat haji mabrur. Jubah...auntie boleh cari di Madinah.... ada byk juga pilihan....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ya Hajjah
    Semuga segala2nya ALLAH permudahkan buat kak nanie..
    Semuga dimkbulkan segala doa
    Terkejut saya lihat photo anak kak nanie
    Dgn misai dan janggut tu dah nak serupa kahar...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum auntie
    semoga auntie sihat2 hendaknya
    makan pun nampak sedap tu
    yela selain catering hotel, nk jugak rasa makanan lain kan
    teringin nak sampai ke sana. semoga sampai suatu hari nanti insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak nani..semuga akak dan khairul sihat dan doa kan kami dapat jemputan Allah tahun depan untuk haji. Terhari baca tulisan akak dari makkaj ni. Sampai kan salam kami pada rasulullah ya kak

      Delete
  6. alhamdulillah...aunty sihat dan dah selesai haji....aunty...jubah kat tower tu mahai banyak compare ngan madinah....madinah cantik2 lagi....aunty...murtabak kat situ sedap jugak....hehehehhe... saya ke sana bulan April hari tu

    ReplyDelete
  7. salam auntie..
    moga auntie diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berpanjangan...
    juga untuk seisi keluarga auntie.

    ReplyDelete
  8. Auntyy! Alhamdulillah aunty sihat-sihat selalu! Seronok tengok aunty berjaya menunaikan haji, moga-moga saya di sini di jemput menjadi tetamu Allah, soon!

    Take care, Aunty!

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah auntie... teringat kenangan masa ke sana 2012... rindunyeeee nak ke sana.. moga auntie diberi kesihatan yg baik.. InnShaaAllah

    ReplyDelete
  10. Auntie...sonokkn bl tgk wktu solat kt sn.masuk ja wktu smua trus bhenti bniaga & solat kt kaki lima

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...cuti panjang ni untie, sambil beribadah sambil melancong.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...