Followers

Tuesday, October 28, 2014

Akhirnya Balik Juga Tanah Air Tercinta


Salam dari Setiawangsa, Kuala Lumpur

Alhamdulillah auntie selamat sampai pukul 1 pagi hari Isnin
dan selesai berurusan di KLIA pukul 3 pagi
Lama juga auntie duduk dikerusi roda, lengoh2 dibuatnya
Menanti dengan sabar anakanda Khairul ambil bagasi dan air zamzam


Setelah selesai barulah dapat berjumpa ahli keluarga tercinta


Tapiiiii...mata auntie tercari2 suami yang dirindui
Rupa2 nya, uncle tak ikut, tunggu di rumah
Sabar yang amat tinggi bila rindu2an lama tak jumpa

Sampai di rumah hampir pukul 4 pagi
Auntie juga rindu kucing2 auntie
Lulu dan Yoki
Sebelum masuk rumah
Hihihi auntie singgah kandang mereka dan gosok2 hidung mereka
Nampak mulut mereka mengiau tapi auntie tak dapat dengar
Terus auntie tinggalkan kucing2 lalu masuk kedalam rumah untuk memeluk uncle
Yea kami berpelukkan erat
uncle hanya men'cebek' tapi auntie menangis menitis air mata
Noy buatkan air milo panas untuk kami sekeluarga pagi tu
Mereka tak sabar nak dengar cerita2 terperinci ttg ibadah kami disana
Auntie berceria ttg keadaan dan pengalaman bermuassah dgn ahli2 perempuan
Manakala Anakanda Khairul bercerita ttg pengalamannya sepanjang musim bersama2 
Warga tua lelaki di Mekah dan di Madinah
Yea anakanda Khairul banyak membantu mereka
Memang dia anak yang baik, dia jadi seorang yang pendiam
Tak banyak bercakap, auntie bertanya sama ada dia okay
Katanya dia okay, dia banyak memerhati akan ragam manusia 
Dia mesti zip mulut dan kawal nafsu amarah
Auntie terharu...sebab ada pengertian dalam dirinya 
Allah memberi ganjaran yg amat besar pada anakanda auntie
Ketika anakkanda Khairul dalam Masjid Nabawi menunggu waktu Isyak
Dia dicuit oleh seorang pemuda melayu
Pelajar disana rupanya, menjemput anakanda sebagai tetamu
Berjumpa dengan Imam Masjid Nabawi dibilik VVIP
Mereka bergambar. Selepas minim kopi
Ada cenderahati diberi pada anakanda
Sehelai sejadah dan surat 

Auntie tak berapa sihat bila dah balik
Letihhhhh dan asyik mengantuk nak tidur
Haishhhh disana auntie okay
Tak banyak tidur
Entahlah pertukaran cuaca dan perbezaan masa mungkin

Terlalu banyak kenangan 
Salah satunya adalah persahabatan
DiMekah aunti berkongsi 4 orang sebilik 



Yang kiri tu 73 tahun
Yang kanan tu anaknya 55 tahun
Yang tengah tu 53 tahun
Ada meja makan diluar bilik
Disitulah kami makan setiap hari



Aduhai, selepas balik dari masjid
Intai2 kedai sebelum sampai ke hotel
Duit riyal sentiasa ada dalam beg kuning tu
Hihihi

DiMadinah 5 orang sebilik


Terlalu banyak kenangan dan pengalaman untuk auntie kongsi bersama readers
Nanti auntie susun satu persatu, dengan izinNya
Auntie 'weng' ni masih kepenatan
solat tahajud pun auntie tak buat dah tiga malam huhuhuhu
Tapi dhuha Alhamdulillah terlaksana

DiMadinah, auntie banyak dibantu oleh dua beradik ni



Moga Allah pelihara mereka berdua 
Auntie amat2 terharu akan keikhlasan mereka
Nanti2 auntie citer

Rasa tak puas bercerita dalam n3 ni
Tapi auntie dah sakit tengkok ni
Berhenti dulu, nanti kita sambung
InsyaAllah

18 comments:

  1. Alhamdulillah... kakak baru baca introduction auntie balik pun mata dah merembes. Syukurnya Allah kurniakan auntie anak lelaki yg sgt bertanggung-jawab. Diberi kawan sekeliling yg baik-baik. Itulah sebenarnya kalau auntie baik balasan Allah juga baik walau masih di dunia lagi. Apa lagi di akhirat kelak.

    Kakak tunggu next episod (dah tak sabar - sebab kakak suka cerita dari sana).

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...welcome home auntie nanie

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Auntie da selamat sampai tanah air.wendu nak baca coretan auntie. Selalu jenguk blog pèej juga.

    ReplyDelete
  4. Selamat kembali Hajjah Noraini, Alhamdullilah semua dipermudahkan..... sebak membacanya!

    ReplyDelete
  5. salams,
    selamat kembali ke tanahair auntie:)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dipertemukan dengan insan2 yg berhati mulia.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah....happy for you auntie..teringat mak saya ke tanah suci musim yg lepas, guna kerusi roda mcm auntie juga, alhamdulillah bapa, abg dan kakak ipar turut sekali

    ReplyDelete
  8. alhamdulila auntie..alhamdulila dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dah selamat kembali ke tanah air. Semoga mendapat haji yang mabrur.

    ReplyDelete
  10. Salam Aunty,
    Alhamdulillah aunty dah balik. Suami dah ayah saya juga sampai dlm penerbangan pulang yg sama. Sy tercari-cari jugak anak-anak aunty, manalah tau boleh berkenalan. Tapi, perasaan nak jumpa suami dan ayah sgt memuncak. I am sure, your children and husband (especially) are so relieved your are safe back in their arms. Saya sampai sekarang masih tersenyum bila lihat wajah suami dan ayah.

    Take care, hope you recover from your jet-lag soon.

    Sincerely,
    Rosma

    ReplyDelete
  11. Assalamulaikum Auntie Nani...
    Alhamdullilah....I'm happy for you and Abam Jubah....syukur tengok Auntie dan Abam Jubah dah balik dengan selamat dan sihat....
    Nanti dah kuat Auntie cerita di blog ye....rindu nak baca coretan Auntie banyak-banyak....^_^

    ReplyDelete
  12. Selamat kembali aunty:)

    ReplyDelete
  13. alhmadulillah Allah permudahkan urusan auntie disana dan selamat kembali.

    ReplyDelete
  14. Selamat pulang aunty :) terubatlah kerinduan uncle....rehatlah aunty....nanti cerita kat sini ya

    ReplyDelete
  15. Assalmualaikum auntie
    syukur alhamdulillah auntie dan abam jubah selamat pergi dan pulang dari menunaikan ibadah haji
    tak sabar nak baca cerita2 auntie di sana

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah Aunty.. have a gud rest ya..

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah Ya allah, kau sempurnakan hajat dan Azamnya menunaikan haji dengan anak kesayangan dan selamat pulang kepangkuan keluarga.
    Mudah2an segala yang dihajat/nazar dapat mereka berdua selesaikan.
    SELAMAT PULANG KE TANAH AIR! Wassalam

    ReplyDelete
  18. Salam. Tak sabar nak tunggu cerita auntie .

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...